Siapa kata susah nak tanam sayur? Dari anda membeli di pasar yang hanya akan bertahan dua dan tiga hari sahaja, lebih baik anda tanam sayur di halaman rumah sendiri.
Lebih fresh dan puas hati bila menuai dari hasil tanaman sendiri.
Di laman Facebook, seorang wanita bernama Fadzillah Md Hassan telah berkongsi caranya menanam sayuran di tepi rumah dengan hanya menggunakan pasu.
Tak sangka, dengan hanya bermodalkan RM2, hasil dari tanaman sayuran ini dapat digunakan untuk memasak sebagai hidangan kepada keluarga tercinta.
Memetik dari perkongsian dari Fadzillah,
Nak kongsi tanaman yang saya tanam di tepi rumah. Kebanyakkan saya guna pasu.
1) Biji benih: saya beli di kedai ECO/ kedai RM2.00/nursery/kedai jual peralatan kebun. Pokok ketumbar saya guna biji ketumbar yang guna untuk masak.
2) Baja: saya guna macam2 baja. Ada yang beli dekat ECO/kedai jual peralatan kebun/kedai baja, kedai DIY.
Kebanyakkan saya guna baja kopi peram dengan air simpan dalam botol plastik 5 liter.
Peram sebagai pati lebihkurang 3-4 hari, goncang hingga semua larut dalam air. Bila nak guna bancuh dalam baldi, ambil sedikit pati yang peram tadi & campur dalam air.
Ads
3) Tanah hitam sepaket rm2.00, pokok sayur kalau nak cantik jangan campur dengan tanah lain. Guna tanah hitam/tanah kompos/tanah 6in1 sahaja.
4) Saya pun macam orang lain jugak. Tak semua yang saya tanam hidup subur. Tak hidup cuba lagi sampai berjaya.
Ads
5) Nak kebun yang cantik kena pantau kebun tiap-tiap hari. Saya dan suami kalah jugak bila musim hujan rumput cepat tumbuh. Kena cangkul rumput, saya tak guna racun rumput.
Ibu bapa mana yang tidak berbangga bila mana anak-anak mampu dan boleh membaca dan menulis pada usia seawal tiga atau empat tahun. Sementelah anak-anak sebaya mereka masih belum mampu.
Kerana itu, pelbagai cara dan kaedah yang cuba digarapkan dan diajar kepada anak-anak bagi tujuan tersebut. Kebiasaannya, buku-buku dan alat menulis seperti pensel akan dibeli dan diberikan kepada mereka.
Sebaliknya, pendekatan berbeza diparktikkan oleh seorang Guru Pendidikan Awal Kanak-kanak, Puan Ashikin Hashim yang menguna pakai kaedah di luar kebiasaan yang mungkin tidak difikirkan oleh ibu bapa untuk melakukannya.
Caranya cukup mudah dan tidak mengeluarkan belanja mahal pun iatu dengan menggumpal kertas, mengguna gunting, mengcop dan sebagainya.
Jom ikut kaedah yang guru ini kongsikan di laman facebooknya. Moga ibu bapa mendapat manfaat daripadanya!
Nak ajar anak pandai menulis?
Bukan dengan bagi kertas & pensel ya mak ayah.
Bukan bagi worksheet banyak-banyak.
Habis tu???? Nak buat macam mana ya?
Siapa nak tahu, sila angkat tangan.
Gambar-gambar di bawah adalah aktiviti untuk menguatkan tangan dan bahu anak-anak.
Masa anak baby dulu, ada skipped merangkak tak? Mungkin sesetengah anak tiada masalah bila skip merangkak but some do have problems. Seperti tidak mempunyai otot tangan dan bahu yang kuat. Jadi anak tak nak menulis, penat menulis.
Ini hanya sebahagian aktiviti. Banyak lagi aktiviti kuatkan tangan dan bahu yang boleh meningkatkan skil menulis anak. Google banyak lagi aktiviti lain.
Lepas tu rajin-rajin bagi anak berlari, melompat, memanjat, main bola – supaya otot-ototnya semua bekerja.
Hadkan penggunaan gajet 🙂
Ashikin Hashim 🙂 Early Childhood Practitioner
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hidayah itu milik Allah, bila-bila masa sahaja Dia akan beri tak kira kepada sesiapa sekali pun. Lihat sahaja kisah penghijrahan selebriti wanita yang mengambil keputusan berhijab dan sebagainya lagi.
Tak kurang juga artis yang terkenal yang kemudiannya mengambil keputusan untuk berubah dan terus menyepikan diri. Antaranya termasuklah selebriti bernama Iwan atau nama sebenarnya, Wan Syahman bin Wan Yunus.
Sebut sahaja nama Iwan pasti kita akan terkenang era kegemilangan irama dangdut kontemporari yang pernah mencetuskan satu fenomena dalam industri hiburan tanah air sekitar tahun 1990-an. Bermula dari situ nama Iwan terus meniti di bibir peminat sehingga dia digelar raja dangdut. Namun kini dia selesa dengan kehidupan berdakwah ke jalan Allah.
Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, PU Amin yang berpeluang bertemu dengan Raja Dangdut ini nyata nampak dia sudah berubah sama sekali. Penampilannya cukup ringkas, dengan berserban dan juga jubah sahaja.
PU Amin dalam kapsyennya mengimbas zaman kegemilangan Iwan suatu ketika dahulu.
“Dulu pernah mengadakan 20 kosert dalam satu bulan. Satu malam konsert 2 jam 3 jam dia punya jualan tiket 1 juta lebih . Dia kata tidur atas duit , makan sebelah duit , dalam jamban ada duit..
Tapi masih tak cukup . Duit berjuta juta , tapi tak tenang , tak puas , dah kaya nak nama pulak , dah ada semua , tetap tak tenang tenang , bahagia tak jumpa..
Kata dia rupanya Allah jauh dengan dia . Dia sujud . Baru rasa tenang . Dia jauhkan diri dari harap puji pujian manusia . Dia uzlah . Dia ziarah . Dia sedekah . Duit dia infaq pada yang memerlukan . Harta dia untuk jalan Allah . Hidup atas jalan dakwah . Dua Rakaat Semua Masalah Selesai . Dia istiqamah.
Demikian diungkapkan oleh PU Amin pada penampilan dan kehidupan raja dangdut ini. Selain itu, dalam satu temu bual, turut bercerita mengenai bagaimana dia terdetik untuk berubah dan berhijrah ke jalan yang benar.
“Dahulu saya di panggil raja dangdut Malaysia. Nikmat yang paling tinggi, tapi apalah ertinya gelaran kalau seandainya ketika itu saya leka dengan keduniaan yang ada tapi Allah dan Rasul tinggal di belakang.
“Ketika umur 49 tahun saya di uji. Ujiannya dengan Keruntuhan rumah tangga, anak-anak terbiar menyebabkan saya berubah.
“Satu hari bila fikir, saya ditinggalkan keseorangan tanpa keluarga baru terfikir untuk apa saya dilahirkan di dunia ini. Adakah saya seperti ini. Cari ketenangan tapi tak ada lagi ketenangan, cari keberkatan tapi tak berkat walaupun banyak dapat sebelum ini.
“Akhirnya saya berfikir, bahawa saya akan mati dan bila takut mati baru terfikri untuk berbuat ibadah kepada Allah SWT,”ujarnya.
Bercerita detik awal penghijrahannya, akui Iwan segalanya bermula selepas dia mengambil keputusan merantau ke Singapura.
“Kemudian ke German dan Saya pernah mengembara ke Malaysia dan akhirnya menjadi penyanyi. Kemudian saya mendapat hidayah di Singapura. Saya bertemu dengan seorang ustaz, seorang Jemaah dari Sulawesi. Kami bertemu di sebuah masjid di Singapura.
“Ketika itu, dia nasihatkan saya, kalau kamu nak berjaya kena ikut yang sudah berjaya iaitu Sahabat-Sahabat Baginda Rasullah SAW. Mereka telah berjaya dan Allah sudah Reda pada mereka. Dari situ saya nampak di dunia ini kena ikut orang yang berjaya dan sebagai manusia kita datang ke dunia ini semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.
“Baru saya faham dan ustaz sarankan saya islahkan diri iaitu usaha atas nama. Maknanya 3 perkara saya perlu lakukan iaitu usahakan iman saya, usahakan untuk buang syirik yang selama ini tak faham, tak sedar banyak berlaku syirik dan terakhir usaha buang batil-batil yang ada,” jelas Iwan lagi.
Tambahnya lagi, sebelum ini dia pernah ingin berubah dan pernah cuba berubah namun tidak berjaya.
“Dulu saya sudah satu tahun beribadat, tetapi tiada sebarang perubahan lagi. Memang buat ibadat tapi ketiga-tiga perkara ini saya belum dapatkan. Sehinggalah jumpa ustaz ini alhamdulillah dia takzirah saya.
Begitulah kisah Iwan yang mengakui apabila dia mengikut Fisabilillah barulah Allah buka jalan padanya. Semoga kisah Iwan menjadi panduan dan bermanfaat untuk kita semua.
Sumber:m IG PU Amin Via Utube VK
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sepanjang bulan lepas, dilaporkan suhu panas akan melanda Malaysia. Dilaporkan ianya akan berlaku sehingga bulan Ogos nanti.
Kesan dari gelombang ini sudahpun dilihat apabila beberapa kanak-kanak dilaporkan meninggal akibat dari strok haba.
Menurut laporan portal BERNAMA, gelombang panas ini telah menyebabkan sebuah sungai di Kuala Krai, Kelantan, hampir kering dan ikan-ikan yang terdapat di sungai itu mati.
“Seekor bangkai ikan ditemui dalam lopak kering akibat cuaca panas ketika tinjauan di Kampung Pasir Era, Kuala Krai, Kelantan yang di laporkan terjadi pada 28 April 2023.elah menyebabkan
Keada cuaca yang panas ini telah tanah menjadi kering dan retak, tetapi juga menjejaskan kehidupan seharian orang ramai.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sebelum ini berkongsi cuaca panas yang berlaku di negara ini khususnya di Semenanjung Malaysia dan sejak itu menunjukkan peningkatan suhu antara 35 hingga 37 darjah Celsius iaitu pada Tahap 1.
“Keadaan cuaca panas dijangka berterusan untuk tempoh yang agak lama, contohnya sehingga Ogos berikutan musim peralihan monsun.”
Sejujurnya, ia adalah masa agak lama untuk rakyat Malaysia menanggung gelombang panas.
Oleh itu, disarankan untuk semua orang mengambil langkah berjaga-jaga dengan minum air kosong sebanyak mungkin untuk kekal terhidrat dalam masa yang sukar ini.
Ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa memastikan anak-anak mengurangkan aktiviti luar dan kerap minum air masak.
Aktiviti luar juga haruslah dikurangkan dan jika ianya dilakukan pastikan mendapat rehat yang cukup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di