Amalan minum kopi di kalangan masyarakat seperti sudah menjadi kebiasaan. Malah penangan minuman berkafien tinggi ini seperti sudah sebati dalam diri.
Jika tidak mendapatkannya sehari, boleh tak keruan hidup jadinya. Jadi tak mustahillah kopi sentiasa menjadi minuman utama dalam kehidupan.
Tapi awas! Amalan menikmati minuman ini sewaktu hamil dan berterusan boleh mempengaruhi perkembangan anak dalam kandungan.
Berdasarkan kajian jurnal JAMA Network Open, bayi yang terdedah kepada kafein ketika dalam kandungan cenderung untuk lebih pendek berbanding rakan sebayanya.
Menerusi 2,400 responden yang terdiri daripada wanita hamil, didapati anak yang dilahirkan daripada ibu yang mengambil kafein dan paraxanthine dalam kehidupan harian, lebih pendek.
Ads
Jurang ketinggian juga dilaporkan mengalami perbezaan seolah-olah anak berusia empat tahun dan lapan tahun.
Pun begitu, harus diingat kafein bukan hanya terkandung di dalam kopi sebaliknya meliputi coklat, teh dan juga air bikarbonat.
Maka disebabkan itu, pengambilan kafein dihalang khususnya untuk ibu hamil.
Bagaimanapun, pengkaji NIH, Jessica Gleason mengklasifikasikan dapatan kajian tentang perbezaan ketinggian itu masih rendah.
Ads
Baginya, kajian perlu lebih menyeluruh dan meliputi tahap kesihatan kanak-kanak terlibat serta adakah perbezaan ketinggian itu berlarutan sehingga dewasa.
Beliau juga menasihati supaya ibu hamil tidak panik dengan hasil kajian yang diperoleh itu kerana penelitian lebih lanjut diperlukan.
“Dapatan kajian ini bukanlah perbezaan besar dalam ketinggian meskipun terdapat bukti yang menyatakannya,” jelas Gleason.
Ads
Walaubagaimanapun, wanita hamil perlu berbincang tentang pengambilan kafein dengan doktor mereka bagi mengetahui kesan lanjut dan melihat perkembangan bayi dalam kandungan.
Tentu kita inginkan keluarga yang bahagia, hubungan suami isteri yang mesra walaupun telah lama berkahwin dan anak-anak yang mendengar cakap. Terdapat pelbagai perkongsian mengenai ini, termasuk yang dipaparkan oleh seorang guru ini di laman facebooknya, Tengku Faris . Jom semak perkongsiannya
CARA UTK BAIK PULIH DIRI SENDIRI
Jika kita dapat baik pulih diri kita secara betul, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita.
Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.
Mulai hari ini BAIK PULIH diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam.
Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40).
Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi.
Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang,orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Al-Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu.
Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah:
Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun. Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku.
Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya.
Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh.
Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati.
Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya.
Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari.
InsyaAllah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah. Selamat beramal dan moga berjaya, wassalam.
. SEMOGA BERMANFAAT.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bahagia itu ‘ simple’ buat seorang isteri. Tak perlu kekayaan semata tetapi belaian dan perhatian dari seorang suami.
Biarpun suami hanya melakukan perkara yang biasa-biasa itu cukup bahagia buatnya.
Begitulah yang diminta oleh seorang isteri kepada suaminya iaitu menbawanya bersiar- siar dengan kereta.
Katanya itu me time untuk isterinya. Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian ini.
Isteri saya kaki kereta, tahap hard core. Saya ok je sentiasa menyokong. Tak salah pun dia minat kereta.
Tapi bukan kaki kereta macam orang lelaki. Dia lain.
Dia obses naik kereta. Yang kena drive adalah saya, bukan dia. Hampir setiap hari. Jalan-jalan tanpa destinasi. Nampak jelas kegembiraannya.
Kalau mood tengah tak ok, ajak naik kereta. Setel terus
Dia mula minat naik kereta sejak jadi surirumah sepenuh masa dari tahun 2016. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10227667728059138&id=1245072773 Ni sebab kenapa dia berhenti kerja sebagai pensyarah.
Me time
Pusing-pusing naik kereta ni aktiviti yang bermanfaat sebenarnya. Macam me time bagi dia. Banyak boleh borak, slow talk, boleh bagi tazkirah secara santai sampai tertidur hahaha
Kepada para suami, merondalah membawa tulang rusuk mu, ia bagai pergi melancong dengan bajet murah
Ada tak orang lain suka naik kereta tanpa destinasi macam ni?
Kisah ibu yang menghidap ketumbuhan bahagian otak mendapat simpati dari masyarakat. Kamareeah yang terlantar sejak tujuh bulan juga koma selepas melahirkan anak bongsunya.
Suami Kamareeah, Fairol Haziri Rahim, 44, berkata, rawatan berterusan terpaksa dibuat terhadap isterinya yang berada dalam koma selepas kejang dan sawan kerana tumor semakin membesar Disember lalu.
Terdahulu keluarga berkenaan menerima kunjungan daripada usahawan Datuk Zhafran Yusof yang turut ditemani isterinya, Datin Fouziah Gous untuk melihat sendiri keadaan Kamareeah serta anak bongsunya yang dilahirkan pramatang
Menurut usahawan Datuk Zhafran Yusof, sudah lima tahun dia dan isterinya melakukan kerja amal dengan menziarahi keluarga memerlukan selain menghulurkan sumbangan kepada mereka yang berada di sekitar pantai timur sejak kejadian bah kuning di Kelantan pada 2014.
“Bagaimanapun dalam banyak kes yang pernah kami lawati, keajaiban berlaku terhadap Kamareeah yang melahirkan anak bongsunya dalam keadaan koma selepas tular membuatkan saya dan isteri benar-benar ingin bertemu dengan keluarga ini.
“Alhamdulillah, perbincangan bersama sahabat yang tinggal di Kelantan memudahkan kami mencari keluarga ini dan berpeluang melihat sendiri keadaan Kamareeah serta anaknya,” katanya.
Sementara itu, Fairol Haziri yang merupakan suami Kamareeah memberitahu, selepas kisah sedih itu tular di media sosial dan mendapat liputan akhbar, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai datang ke rumah dan menyerahkan sumbangan untuk meringankan bebannya.
“Saya mengharapkan keajaiban akan berlaku dan apabila isteri sedar nanti dia boleh menyusukan anak kami,” kata Fairol Haziri Rahim, 44, suami kepada Kamareeah Arwae, 36, yang melahirkan anak bongsu mereka dalam keadaan koma.
Fairol Haziri berkata, doktor memberi jaminan bahawa Kamareeah akan sembuh suatu hari nanti, namun tidak dapat memberi tempoh berapa lama isterinya yang terlantar itu akan kembali pulih.
“Lebih menyedihkan, sejak lahir Farah Hanis yang kini berusia 53 hari hanya bergantung sepenuhnya kepada susu formula khas untuk bayi pramatang kerana isteri tidak dapat menyusukan bayi kami seperti yang dilakukan sebelum ini kepada anak sulung, Farras Hazim, 19 bulan, walaupun hanya sekejap.
“Selepas isteri koma, Farras terus terputus susu ibu dan sejak itu, dia enggan minum susu formula.
“Hati saya sebak melihat anak bongsu yang baru dilahirkan membesar tanpa belaian seorang ibu dan perasaan gembira kami menyambut orang baru bertukar pilu,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini, semalam.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.