Benarlah, bahawa dalam melayari bahtera rumahtangga pastinya ada kelebihan dan kekurangan pasangan. Namun semua itu lumrah. Untuk memastikan rumahtangga itu bahagia, pasangan haruslah saling melengkapi. Ikuti perkongsian suami ini yang dikenali sebagai Muhammad Hassan di laman facebooknya. Jom semak!
Dua hari ini isteri saya selalu cakap. Awak, saya risau dan takut bila dengar hadith fitnah akhir zaman ramai wanita akan ikut dajjal dan Nabi Muhammad s.a.w lihat ramai wanita dalam neraka. Antara dosa besar wanita adalah tidak taat suami. Aibkan suami.
Saya diam lama. Dalam kereta saya pegang tangan isteri. Saya sayang awak kerana Allah. saya sentiasa maafkan awak, saya redha awak. saya banyak kurang sebagai seorang suami, banyak susahkan awak. Awak baik sangat jaga saya. Banyak perkara lagi saya tidak tunai tanggungjawab sebagai seorang suami.
Ads
Saya pesan kat isteri dan ini mungkin semua pembaca boleh cakna. Jagalah solat awal waktu, lagi 5 minit nak masuk waktu kena bersiap. Habis azan terus solat. Jaga aurat. Nak jemur baju diluar rumah pun kena tutup aurat. Banyakkan sedekah, jaga kebersihan diri, jangan tinggal tahajjud dan dhuha.
Jika awak buat semua ini dan suami redha terhadap awak. Allah janji pilihlah pintu syurga mana yang awak mahu. Senangkan isteri nak masuk syurga. Jawab saya kat isteri.
Ads
Tuan puan. Berkasih sayanglah kerana Allah s.w.t. Carilah redha Allah dalam hubungan suami isteri. Berusahalah untuk jadi suami isteri yang lebih baik dari semalam. Bahagia itu mahal, apa guna jika sebuah perkahwinan itu buatkan kita tidak bahagia.
Ads
Para suami didiklah isteri kearah agama yang sempurna. Berlemah lembutlah terhadap mereka. Jagalah perasaan mereka. Hargailah mereka.
Moga Allah beri bahagia kepada kita semua dalam keredhaannya. Moga Allah mudahkan perjalanan kita untuk menuju ke syurga.
Momen membesarkan anak merupakan kenangan yang indah buat setiap ibu bapa. Apabila usia meningkat, anak-anak pula dewasa sudah tentu membina keluarga sendiri. Ketika ini, semua itu akan jadi kenangan.
Begitulah perkongsian ustaz Firdaus Mokhtar mengenai momen kehidupan yang bakal berubah apabila anak-anak meningkat dewasa.
“Hari ini lah anak-anak nak panjat badan kita pun. Hari ini lah anak-anak nak minta kita buatkan susu. Hari ini lah anak-anak nak minta kita masakkan nasi dan suapkan makan.”
“Hari ini lah anak-anak nak seronok menari-nari tengok kita balik kerja. Hari ini lah anak-anak nak berlari ke pintu bila kita sampai ke rumah. Hari ini lah anak-anak nak kita main kejar kejar dengan dia.”
Hari ini juga mereka akan percaya semua kata-kata kita tanpa sikit pun ragu. Hari ini lah mereka nak bertanya soalan yang tak putus, itu dan ini, biar pun soalan berulang-ulang kali.
Iya, semuanya hari ini. Saat mereka masih lagi kecil dan meletak sepenuhnya kehidupan dengan kita.
Sampai masanya nanti, kita tinggal sendiri. Semua yang anak-anak buat hari ini cuma tinggal kenangan. Suara, ketawa, pergerakan, menangis, berkejar kejar dan segalanya tentang mereka hanya bermain di ingatan kita.
Kawan-kawan,
Hiduplah kita dengan kehidupan hari ini. Cari bahagia yang kita ada saat ini. Selagi boleh bermain dengan anak-anak, mainlah.
Diajak berlari dan berlumba, buatlah. Diminta dimanja sekejap, layanlah. Anak-anak minta dimandikan, buatlah. Entah sampai bila kita punya peluang nak buat semua tu.
Begitulah.
Firdaus Mokhtar, Banyak juga masa tak guna dengan anak-anak. Kakak pun kejap je dah besar. Allahu.
Biasa kita dengar orang memberi alasan jika rumah bersepah sebabnya kerana anak masih kecil dan sebab itu juga tidak berbaloi rasanya untuk dihias.
Namun, sedar atau tidak bila kita sendiri membiasakan anak-anak dengan hidup di dalam rumah yang bersepah secara tidak langsung kita sedang membentuk personaliti anak yang tidak mementingkan kekemasan.
Memahami lagi tentang pentingnya mendidik anak-anak dalam hal dekorasi dan perkaitannya dalam membentuk tingkah laku anak sejak kecil, jom kita baca perkongsian daripada Puan Khairunnisa Hamzah ini.
“Kalau ada anak kecil macam mana nak dekor rumah? Akak hantar sofa dan perabot ke rumah mak dekat kampung sebab risau anak panjat-panjat” luah seorang ibu yang punya anak kecil ramai.
Adakah rumah tidak perlu didekor bila ada anak kecil? Di dalam buku Dekor Dekor Cinta, saya ada berkongsi tentang membentuk Tamadun bermula dari rumah sendiri.
Apabila tidak ada program dan cara hidup, anak akan bertambah liar, sedangkan saat mereka masih kecil ini lah merupakan satu peluang keemasan untuk membentuk peribadi mereka yang baik.
Ada kajian yang dibuat mendapati minda seseorang terekod dengan banyaknya semasa berusia emas, iaitu 0-6 tahun. Cara hidupnya semasa kecil yang akan membentuk peribadi diri mereka apabila dewasa kelak.
Waktu ini, otak sedang laju digunapakai dan merekod. Kerana itu waktu ini dikatakan waktu yang sangat baik untuk membentuk anak kecil yang mudah dibentuk dan diprogram. Buat kata pepatah melayu, “Melentur buluh, biarlah dari rebung”.
Tapi malangnya, kita sering diomokkan dengan kata-kata,
“Membazir saja menghias rumah masa anak kecil”
“Mereka belum tahu apa-apa lagi”
“Biarlah anak kreatif explore dunianya sendiri”
Dan macam-macam lagi.
Saya suka mengajak kepada pemikiran kenapa Sultan Muhammad Al-Fateh sudah bersedia menjadi pemerintah kerajaan pada usia yang muda ?
Bagaimana untuk jadikan anak kita sebagai seorang yang berperibadi baik dan rajin?
Kelakuan ini tidak datang dengan sendiri. Ia perlu dilatih. Ia perlu berlaku dalam rutin harian.
Pernah dengar tentang anak-anak kecil ini kita perlu ulang cakap beribu kali, baru mereka ingat dan faham?
Jadi, kelakuan yang baik itu perlu dilatih beribu kali baru ia boleh terjadi sendiri.
Antara latihan yang boleh dibuat adalah dengan menyediakan kelengkapan kemahiran buat mereka di rumah.
Jadikan mereka sebahagian dari penghuni rumah dan boleh kendiri (melakukan pekerjaan sendiri) di rumah mereka sendiri.
Sekiranya banyak perkara memerlukan mereka meminta pertolongan dari orang dewasa, kadangkala itu boleh membuatkan mereka rasa penat meminta tolong, hatta boleh jadi give up apabila pertolongan itu bertangguh. Yakni, lambat diberikan pertolongan kerana orang dewasa sibuk bermain telefon, sibuk selesaikan urusan lain atau tidak endah akan permintaan mereka.
Maka, lebih baik kelengkapan mereka dipersiapkan di rumah supaya mereka mampu menguruskan diri sendiri tanpa meminta bantuan seperti:
1. Tidur dan bangun di tempat tidur sendiri
2. Masuk toilet, berus gigi, buang air dan mandi sendiri.
3. Wuduk, ambil telekung dan sejadah sendiri.
4. Ambil pakaian dan pakai sendiri
5. Bersikat, berdandan, berkemas di depan cermin sendiri.
6. Mengambil buku, permainan, dan membuat latihan di meja belajar sendiri.
7. Mengambil pinggan, cawan, makanan, minuman dan duduk di tempat makan sendiri.
8. Mencuci pinggan dan cawan sendiri selepas makan.
9. Mudah mencapai tisu dan kain lap sendiri.
10.Mengambil biskut, roti, buah dan air minuman sendiri.
Nampak?
Bagaimana untuk mereka boleh buat sendiri?
Oleh itu, kita sebagai ibu ayahnya, boleh menciptakan kelengkapan anak-anak mengikut ARAS KETINGGIAN mereka sendiri.
Ini sangat penting.
Seperti kita juga, lagi-lagi orang rendah seperti saya. Andai kata kelengkapan dapur, kelengkapan almari, kelengkapan bilik air dan sebagainya tinggi tak tentu pasal, agak-agaknya penat tak kita?
Ya, sangat penat.
Perlu menjengket, perlu ambil tangga sampailah perlu panggil orang yang lebih tinggi untuk bantu ambilkan.
Susah, kan?
Tapi kita terus buat kerana kita ada rutin yang perlu diselesaikan.
Tetapi, jika anak-anak kecil, kesusahan tersebutlah sebenarnya halangan untuk mereka menjadi anak-anak yang mahir, bijak dan mampu berdikari.
Jadi, mungkin musim PKP ini, ibu ayah boleh ambil peluang untuk persiapkan kelengkapan anak-anak.
Kita hanya perlu tunduk rendahkan diri dan lihat menggunakan aras mata anak-anak kita.
Lihat, apakah keperluan mereka dan bagaimana kita boleh bantu mudahkan mereka.
Walau apa pun, jangan pisahkan dekorasi dengan hasil penyediaan kelengkapan tadi. Kerana akhirnya dekorasi yang menceriakan suasana dan memberikan impak peribadi dan aura yang luar biasa.
Berikut saya berikan contoh-contoh idea dari carian pinterest sebagai pencetus ilham buat ibu ayah yang mahu buat sudut khusus buat anak-anak di rumah.
Buah betik yang mempunyai banyak manfaatnya yang tersendiri lebih-lebih lagi ia membantu dalam menurunkan berat badan. Buah betik adalah buah yang baik sekali untuk dimakan ketika kita sakit mahupun sihat.
Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi. Boleh dikatan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh badan kita.
Selain beli di kedai, kita boleh juga menanam buah betik. Nak pastikan pokok betik menjadi bila nak tanam, ikuti petua wanita ini untuk memastikan pokok betik menjadi bila dah tanam.
Rupanya ada benih jantan dan betina.
Untuk yang belum tahu. Cara saya nak semai anak betik, biji yg hitam Dan kurang hitam di asingkan. Yang berwarna hitam pekat itu nanti akan di semai.
Itu biji betik yang akan mengeluarkan buah yg betina, yang bewarna pudar hitam tu pokok betik jantan tak akan mengeluarkan buah, hanya bunga sahaja.