Menerusi akaun Instagram Mawar Karim, telah dikongsikan satu video memaparkan gelagat anak perempuannya, Wan Maryam Ketika menghadiri majlis graduasi sekolah. Makluman, Maryam bersekolah di Global Modern International School.
Pelbagai bangsa yang dapat dilihat pada majlis ini. Maryam yang memakai gaun berwaarna pink kelihatan begitu comel. Maryam disolek tipis waajahnya juga membuat persembahan nyanyian dan tarian bersama rakan – rakannya yang lain.
Terhibur netizen melihat gelagat Maryam yang aktif dan lincah menari di atas pentas. Mawar turut merakamkan gelagat Maryam yang mesra bersama pelajar lain. Seorang yang peramah dan bergaul mesra dengan orang lain, Maryam juga tidak lekang dengan senyuman di bibir.
Ads
Ketika nama Maryam dipanggil untuk naik ke atas pentas untuk menerima sijil juga menghiburkan netizen. Ketika Maryam sudah naik ke pentas, topinya pula terjatuh. Guru yang ada di pentas membantu untuk memakaikan semula topi itu tetapi gaya Maryam yang begitu teruja untuk posing membuatkan warganet terhibur.
Rata – rata netizen meninggalkan komen pujian dan mereka terhibur dengan gelagat Maryam.
Awal-awal lagi ada baiknya kita tanamkan hasrat agar dapat menunaikan umrah bersama ahli keluarga pada tahun ini. Pasti ianya akan menjadi kenangan dan pengalaman terindah dalam hidup kita sekeluarga.
Andai setiap ahli keluarga yang ingin dibawa sihat tubuh badan tentu dirasakan lagi mudah urusannya sepanjang berada di sana, bukan? Pun begitu, bagaimana pula jika ingin membawa ibu ayah atau ahli keluarga yang OKU dan terpaksa berkerusi roda? Tidak dapat dibayangkan bagaimana pula cabarannya.
Hal ini telah dikongsikan oleh Tuan Haji Abdul Jalil apabila berpeluang membuat umrah bersama ayahnya yang juga merupakan OKU ke tanah suci. Ayuh kita baca pengalaman bermakna ini untuk dijadikan panduan sebelum bergelar tetamu Allah bersama ditemani insan-insan teristimewa.
TIPS UMRAH BERSAMA ORANG OKU(Abah saya sendiri)
*Percaya pada qada & qadar bahawa Allah telah memilih kita sebagai tetamu Allah.Maju saja untuk jadi tetamu-Nya(sebab gerak hati dah ada,saya pun sama seperti ini keadaan awalnya)
1)Rujuk agensi tersebut berkenaan pakej umrah dan hotel yang disediakan(pilih pakej yang ada bilik OKU).
2)Bawa kerusi roda sendiri(walaupun memang banyak kerusi roda yang disediakan di mekah dan madinah).
3)Kat lapangan terbang Malaysia-orang OKU & keluarga diberi keutamaan dan ada kerusi roda kecil khas kapal terbang untuk bawa ahli keluarga OKU untuk duduk dalam kapal terbang & boleh request kat pramugara atau pramugari.
4)Tiba Lapangan terbang Jeddah & Madinah(Ahli Keluarga OKU diturunkan dari kapal dan menaiki satu kerusi roda khas kapal terbang dan ditempatkan di kerusi roda masing-masing. Kemudian ada satu kren khas akan bawa turun orang-orang berkerusi roda mahupun orang tua yang tiada tenaga di lapangan tersebut.
5)Bila sampai lapangan terbang Jeddah atau Madinah,kebiasaannya,pengangkutan bagi para tetamu Allah(orang yang akan membuat umrah dahulu atau ziarah dahulu) dengan menaiki bas.Oleh sebab itu,perancangan awal diperlukan untuk kita menempah teksi dari agensi di Malaysia(sediakan duit lebih).
6)Naik teksi hingga tiba di hotel(kalau dari lapangan terbang jeddah) serta perjalanan dari Mekah ke Madinah,kos agak tinggi(tapi inilah namanya perjalanan hamba menjadi tetamu tuhan) dan begitulah sebaliknya dari Madinah ke Mekah.
7)Keadaan Hotel,diawal tadi saya terangkan, ambillah pakej yang terbaik dan selesa yang menyediakan bilik & tandas OKU sama ada di Mekah dan Madinah(tak kisah hotel apa,rujuk dengan agensi)
8)Situasi Di Mekah dan Madinah,memang mudah untuk dapat laluan OKU,bagi saya di Madinah,layanannya lebih baik kerana pengalaman di Raudah(senang saja abah saya dan saya masuk siap diiringi lagi,alhamdulillah)
9)Kebaikannya dan hakikat dari pengalaman ini,setiap orang yang berkerusi roda(macam abah saya yang tiada kekuatan untuk berjalan) mampu laksanakan umrah wajib dan umrah kedua(bermiqat di tan’im dengan naik teksi dan niat pun dalam teksi) dengan jayanya.Kontranya adalah ziarah tempat-tempat di Mekah dan Madinah yang menggunakan bas memang tak dapat diikuti oleh abah saya(tak mengapa,yang penting,ibadatnya).
10)Kesimpulannya,kalau berkemampuan,memang saya galakkan anda pergi walaupun keadaan anda berkerusi roda atau lumpuh.
Tambahan: Sediakan bajet lebih kurang 1000 riyal atau lebih(untuk tambang pengangkutan saja tapi mesti ada bakinya tu) & ubat-ubatan jangan lupa bawa(kalau itu satu keperluan) & bawa spray air(untuk senang berwudhuk).Akhir sekali,perlukan teman sama ada anak atau isteri atau saudara mara yang boleh membantu orang OKU tersebut dalam segala urusan seperti urus diri,menolak kerusi roda dan lain-lain(orang yang membantu kena kuat raga serta jiwanya)
Pengalaman saya yang tak boleh dilupakan,setibanya di Jeddah(sebab ambil pakej umrah Mekah ke Madinah),para jemaah,memang perlu naik bas untuk ke hotel,hakikatnya agak bingung untuk bawa abah saya naik tangga bas yang tinggi(1st time),nak jadikan kisahnya,mampu pula angkat abah saya(dalam gambar tu) naik bas.Akhirnya,sama-sama bertiga orang(abah,ibu dan saya) berfikir untuk mudahkan perjalanan kami. Alhamdulillah,penyelesaian adalah tips2 tadi serta perjalanannya mudah dari awal sampai akhir.Hal ini,begitu cekal bonda saya kata “Boleh je”.Maka semuanya boleh sampailah seusai umrah kami bertiga sekerluarga.
Hakikatnya,banyak pengalaman yang indah di Haramain.
“Semoga Aisamuddin Yusoff dan Sekerluarga dipermudahkan untuk menunaikan haji pada masa yang terdekat ini.Amin..”
Sekian saja, yang merindui Haramain.
sumber : Umrah SH Travel-Haji Abdul Jalil
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cikgu BM dapat hadiah minyak angin waktu sambutan Hari Guru, memang rare. Jika kebiasaannya guru menerima bunga atau pen sempena Hari Guru, lain pula kisah seorang guru Bahasa Melayu ini yang mendapat hadiah tak dijangka, sebotol minyak angin cap kapak daripada salah seorang muridnya.
Cikgu BM Dapat Hadiah Minyak Angin Waktu Sambutan Hari Guru, Memang Rare
Fatin Nur Farhana Ruslan, yang sudah empat tahun mengajar, menganggap pemberian itu sebagai pengalaman luar biasa dalam kerjayanya sebagai pendidik. Malah, beliau tidak menyangka video ringkas tentang hadiah tersebut yang dimuat naik ke TikTok menjadi tular dan mencetuskan pelbagai reaksi lucu serta positif daripada warga maya.
“Video itu sebenarnya dirakam tahun lepas, tapi baru saya kongsikan di media sosial sebab Hari Guru jatuh pada Jumaat ini, 16 Mei. Saya fikir, mungkin boleh beri inspirasi kepada murid dan ibu bapa tentang idea hadiah yang lain daripada biasa,” katanya.
Rakaman berdurasi 22 saat itu memaparkan seorang murid lelaki berbangsa Cina memberikan minyak angin cap kapak kepada cikgunya sebagai hadiah Hari Guru. Aksinya yang bersahaja membuat ramai tersenyum, dan ada yang menyifatkan ia sebagai hadiah yang amat berguna terutamanya buat guru yang penat berdiri dan bercakap seharian di kelas.
Fatin turut berkongsi bahawa bukan beliau sahaja yang menerima hadiah istimewa itu, malah guru-guru lain yang mengajar murid tersebut turut mendapat minyak angin yang sama.
“Saya beritahu murid itu yang videonya dah viral, dan dia sangat teruja! Katanya, tahun ini dia nak beri hadiah serupa tapi dengan jenis minyak angin yang berbeza. Siap rancang nak rakam video baru pula,” tambah Fatin dengan nada terhibur.
Walaupun dianggap ‘simple’, Fatin mengakui hadiah itu sangat praktikal dan dihargai oleh guru-guru.
Fatin juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik dan berharap sambutan ini terus menyuntik semangat buat guru-guru untuk terus mengajar dengan penuh dedikasi dan kasih sayang.
Pelakon terkenal, Datin Seri Umie Aida teruja apabila anak sulungnya, Mohd Danial Firdaus selamat bergelar suami kepada wanita pilihan dikenali Haniz Zahira, 28.
Majlis akad nikah yang serba sederhana itu diadakan di sebuah masjid di ibu kota yang dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja. Dengan sekali lafaz, pasangan ini sah bergelar suami isteri.
Danial yang juga pemain keyboard kumpulan Neon Band sebelum ini melangsungkan majlis pertunangan dengan Haniz yang juga Pegawai Pemasaran pada 22 Jun yang lalu. Selain Danial, Umie Aida juga memiliki dua lagi anak angkat iaitu Mohd Dzulhelmy, 26, dan Aisyah Humaira yang kini berusia setahun.
Tahniah diucapkan buat Umie Aida dan suami. Semoga pasangan pengantin kekal bahagia hingga ke akhir hayat.