Menarik perkongsian ini tentang bahawa me time bukan sekadar membawa isteri membeli belah atau melancong tetapi ada juga membawa isteri ke masjid. Sebagaimana perkongsian ini.
Saya bersetuju dengan tips bawa isteri jalan jalan pergi melancong tidur hotel,pergi shooping,pusing pusing taman,riadah untuk gembirakan isteri. Saya pun buat begitu.
Tapi adalah lebih penting untuk kita usaha setiap hari,hujung minggu,waktu lapang bawa isteri pergi masjid,majlis ilmu,majlis bacaan Al Quran. Bukan sahaja dapat ketenangan jiwa bahkan ilmu akan bertambah.
Jika suami mati. Sekurangnya Isteri tahu mana dia nak pergi untuk tenangkan jiwa dan itulah ilmu yang bermanfaat yang suami tinggalkan.
Jika asyik fikir nak bawa isteri pergi shooping,pergi melancong semata nanti tiada masa untuk bawa isteri pergi majlis ilmu dengar nasihat para alim ulama. Dahlah kita ini siang malam sibuk dengan urusan kerja,apa salahnya waktu lapang itu kita fikirkan pula urusan akhirat.
Jika itu ada dalam minta isteri,dia mula faham hanya itu sahaja cara yang dapat menenangkan jiwa dia. Hanya itu sahaja cara ‘me time’ yang dia perlukan. Sedangkan baca Al Quran isteri masih tidak betul,bagaimana solat dia,bagaimana ilmu kebersihan dia.
Acap kali kita dengar dan baca isteri mengadu. Abang dah lama tak pergi melancong,bercuti bersama anak anak. Dah lama saya tak ber me time. Tapi kita jarang dengar. Abang dah lama saya tak pergi masjid bersama anak anak,rindu nak dengar majlis ilmu. Rindu nak ber me time dalam masjid.
Sahabat. percayalah untuk mengembirakan hati isteri dan keluarga tidak cukup sekadar melancong atau shooping semata,sedangkan ilmu agama itu lebih penting untuk menjamin kebahagiaan dunia akhirat.
P/S: Mungkin status ini terpakai untuk saya sahaja.
Kredit: Muhammad Hassan