Sebelum ini tular tentang penyanyi, Datuk Nora Ariffin mengambil skrol anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan di majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95 yang berlangsung bulan lalu.
Terbaru, Nora telah membuat satu perkongsian di laman Instagram miliknya dengan memuat naik gambar dan video kenangan bersama arwah anaknya yang telah genap 3 tahun meninggalkannya.
“14 Dec 2019, genap 3 tahun berlalu, seperti masih baru. Masih segar diingatan, belum luput dari pandangan. Rindu tak pernah padam.
“Moga anaknda Alif tenang disana. Mama redha pada Alif. Moga syurga tempat istirehatmu & kita semua.
Ads
“Al- fatihah buat anaknda Alif Johan & semua yg telah terdahulu pergi meninggalkan kita.” tulisnya.
Dalam perkongsian itu juga, Nora berkongsi satu gambar dia melawat ke pusara sambil membawa skrol diploma milik arwah anaknya itu.
Menjengah di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata peminat mengirimkan doa dan kata-kata positif kepada pelantun lagu Secebis Harapan.
Untuk makluman, arwah Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah ketika berada di rumah. Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan pusara bapanya.
Orang tua-tua dahulu selalu berpesan, hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah peribahasa yang dikaitkan dalam hal mendidik anak-anak.
Masa anak masih kecil itulah waktu berharga untuk ibu ayah didik dan asuh bagi menyuburkan iman, akhlak dan peribadi mulia dalam diri anak-anak.
Namun bukan semua cakna tentang hal ini hingga bila anak sudah dewasa, baru terasa terlambat pula untuk dididik.
Andai diundurkan waktu, ingin sekali kembali di masa lalu bagi memperbaiki cara didik anak-anak agar menjadi insan yang bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat.
Tidak mahu penyesalan seperti ini terjadi pada diri, ada baiknya kita jadikan kisah yang dikongsikan Mona ini sebagai inspirasi. Bagaimana dia melihat seorang ayah ini membawa dua orang anak lelaki ke masjid setiap hari untuk menunaikan solat subuh berjemaah.
Bukan sahaja kesungguhan ayah menjadikan perkara itu rutin pada anak-anaknya, malah kedua anak kecil itu terlihat begitu baik tingkah lakunya.
Ayah Ni Jadikan Rutin Solat Subuh Diapit Anak Lekaki
Hampir setiap awal pagi, pasti kelihatan bapa muda ini, diapit oleh 2 anak lelaki kecilnya bersolat suboh di masjid ni.
Saya sangat terpesona. Betapa seorang ayah yang masih muda, berupaya dan berusaha bangun awal pagi setiap hari dan menjadikan solat suboh di masjid amalan rutinnya.
Saya bertambah kagum, bagaimana dia berupaya membangunkan dan membawa dua anak lelaki yang masih kecil yang sepatutnya sedang enak lena untuk ikut bersolat bersamanya.
Menambah hormat saya padanya, melihat bagaimana dia mendidik kedua-dua mereka yang duduk baik-baik di kiri dan kanan beliau setiap masa tanpa pernah bertukar gaya atau berlari ke sini sana.
Mengikut kata En. Suami yang juga sering memerhati, setiap kali seusai solat, dia pasti menadah tangan kepada Yang Maha Esa. Berdoa panjang sekali dan anak-anaknya tetap duduk baik-baik di sebelahnya, menanti.
Paling saya suka adalah melihat mereka berdua si kecil comel bersongkok dan berkupiah setiap kali tanpa lupa.
Andai saya boleh memutar kembali masa, ingin sekali saya melakukan sepertinya. Mendidik anak mengenal rumah Allah.
Semoga Allah merahmati kehidupan kalian sekeluarga.
Kredit : Mona via Kisah Dunia
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Jemaah haji Indonesia bergaya sakan balik dari Mekah macam nak pergi ‘Fashion Show’ Milan. Sekarang ini ‘musim’ jemaah haji pulang ke negara masing-masing selepas selesai menunaikan haji di Tanah Suci.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan jemaah haji turun daripada pesawat dengan baju berbagai fesyen. Perkara itu membuatkan orang ramai pelik melihat fesyen mereka.
Menerusi video berkenaan yang dikongsikan oleh seorang kru kabin penerbangan, dapat dilihat jemaah haji wanita mengenakan pakaian dengan aneka fesyen. Ada pakaian yang penuh dengan labuci dan tak kurang juga beropol-ropol.
Penampilan mereka yang bersahaja dan unik ternyata mencuri tumpuan ramai. Kesemua mereka merupakan jemaah haji keturanan Bugis dari Makassar Indonesia. Difahamkan perkara itu merupakan adat dan tradisi orang Bugis di Indonesia.
Meskipun sudah lanjut usia, namun gaya dan gelagat masing-masing seolah-olah sedang berada di pentas peragaan fesyen. Gaya mereka yang bersahaja begitu mencuit hati. Masing-masing nampak berkeyakinan dengan busana yang dipakai.
Video tersebut dibanjiri dengan komen-komen para warga maya. Berikut antara komen-komen menarik warga maya.
Dalam satu lagi perkongsian dilaman TikTok yang dikongsikan oleh ahmadfatwatjatier pula memaparkan ‘airport fashion’ yang diperagakan oleh jemaah haji ketika turun dari pesawat.
Jom kita bercucuk tanam di laman rumah. Aktiviti ini bukan sahaja boleh kita lakukan sekadar mengisi masa lapang, tapi andai dibuat bersama keluarga pasti lebih menyeronokkan.
Andai masih tercari-cari pokok apa yang ingin disemai, apa kata kita mulakan dengan menyemai pokok limau nipis ini. Katanya, menanam pokok ini dengan keratan batang tidaklah susah mana sebagimana yang dikongsikan ini.
Cara semai limau nipis
1. Potong ranting limau,sepanjang 5″ dari pucuk.
2. Pastikan batang sudah berwarna gelap/kecoklatan.
3. Cucuk pada media tanam, apa jenis tanah pun boleh, sebolehnya yang boleh serap lembab.
4. Letak ditempat redup, saya letak bawah pokok jambu, terlindung dari sinaran matahari.
5. Bila 2 minggu, batang masih elok, tidak menghitam, Insya Allah peratusan hidup adalah tinggi.
Dah pun berputik. Tapi takkan jadi buah punya.
Manakala perkongsian daripada Azman Mohamed Ali di Fb ada menunjukkan kaedah lain untuk menyemai keratan batang limau nipis ini. Caranya juga mudah dan jom ketahuinya.
“Ohhh…rupanya senang menanam keratan limau purut dan limau nipis ye….ambil keratan buang daun , letak tanah dalam pasu siram sebasah mungkin cucuk keratan dalam pasu tu tutup dengan palastik bag letak tempat teduh…lepas seminggu dah keluar tunas…
Semoga dengan perkongsian menyemai pokok limau nipis dengan menggunakan keratan batang seperti ini dapat memudahkan ibu-ibu untuk mencuba bercucuk tanam di laman rumah. Semoga berjaya!
sumber : Euis Maemunah dan Azman Mohamed Ali via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...