Bergelar ibu bapa bukan satu tanggung jawab yang mudah. Pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa dilalui. Ada ketikanya bila sabar semakin berkurangan itu yang ada yang naik darah sehingga sanggup memukul anak sendiri.

Kisah yang dikongsikan oleh Saudara Abu Hannah  menerusi facebooknya wajar dijadikan contoh buat ibu bapa lain. Semoga sifat amarah kita dapat dikawal terutama dalam berhadapan dengan anak-anak yang masih kecil. Usah membuatkan emosi mereka tercalar hanya dek kerana ketidaksabaran kita dalam mengawal situasi.


Geram Cuma 2 Minit Jer, Impak Dia Mungkin Selamanya Pada Anak. Deep Perkongsian Ni!

Semalam, slps solat isyak, aku berdiri memerhatikan Hannah bermain bersama kawan2 dia. Tiba2 seorg wanita berjubah hitam mendekati kanak2 itu. Dan merentap tgn salah seorg budak2 itu.

Telinga ditarik. Tangan disentap. Punggung dipukul. Badan ditolak.

Aku memerhatikan sahaja. Dan tgn aku signal pd hannah supaya ajak kawan2 lain main jauh dari situ dan jgn perhatikan. Hannah dekati aku, dan aku bisikkan pdnya…

” Hannah jgn tgk. Pergi ajak kawan2 main sebelah sana..,” ujar aku pdnya. Hannah angguk seakan faham lantas diajak kawan2 lain bermain jauh dari situ.

Tiba2 sewaktu budak seusia hannah itu dimarahi ibunya, dia berlari ke arah aku. Mungkin dia kenal dan cam muka aku sbb lama berdiri memerhatikan mereka bermain bersama.

” Sini! Cepat balik! Mengada.. Ingat org suka la tu..!,” marah ibunya.

IKLAN

Jujurnya aku rasa kekok. Sbb budak tu berdiri sebelah aku memegang hujung jubah. Seakan minta bantuan.

Dia hanya menunduk menantikan ibunya atau aku yg mulakan sesuatu.

Aku cangkung, lantas aku pikul budak tu dibelakang aku…

” Jom kak.. Sy hantar dia smpai kat luar masjid. Mana selipar dia?,” ujar aku. Aku harap, tindakan aku tu boleh bg masa pd ibu yg kepenatan dan keletihan itu ambil masa berfikir tindakannya td.

Akak tu cuma angguk dan menunjukkan arah selipar anaknya. Hannah dan kawan2 lain mengejar aku yg sdg memikul anak comel ini dibelakang aku. Sambil berlari anak. Riuh sekejap masjid yg hampir sunyi ni.

IKLAN

Sesudah anak itu aku pakaikan selipar. Aku gosok ubun2nya. Sedikit selawat aku tiupkan kepadanya agar dia kembali ceria. Dan aku titipkan sedikit kata2..

” Ibu bukan marah. Ibu cuma tersilap sikit. Sbb ibu penat. Kakak jgn lari laju2 taw. Kalau ibu penat, kakak pimpin tgn ibu. Mesti ibu tak marah. Kalau ibu nak marah. Kakak peluk kaki ibu. Nanti ibu tak marah.. Ok syg?,” ujar aku pd anak kecil ini.

Emaknya mintak maaf pd aku. Dia marah sbb masa solat td anaknya tinggalkan handphone yg anak dia main2 sepah2 kat ruangan solat wanita. Rupanya anak dia 2 org. Yg dimarah ini yg kecil. Yg sulung sdg menanti diluar masjid utk pulang.

Aku isyarat agar jaub sikit drpd kanak2 yg ramai tu. Mungkin ada sebab Allah tunjuk benda ni depan aku.

” Puan, maafkan sy kalau tindakan sy td menyinggung puan. Sy xnk campur. Bila anak puan pegang hujung lengan jubah sy so sy rasa sy cuba nak bantu. Bukan sy nak ajar puan. Sy pun tak pandai. Puan lg arif pasal anak. Sbb puan yg mengandungkan mereka. Yg lahirkan mereka. Puan lebih kenal anak puan. Tp puan, yg sy tahu. Berkasar itu tidak selesaikan apa2 masalah. Sy yg dewasa ni pun x suka org berkasar dgn sy. Sy rasa anak puan lebih lagi. Puan ibu yg kuat dan baik. Apa yg puan jelaskan pd sy td, sy tahu puan mungkin geramkan hal lain. Cuma kita manusia kdg2 terlepas. Sy tahu puan penat. Puan letih. Selesaikan semua sorg2. Sbb tu puan hebat dan kuat. Anak2 ni telah jadikan puan sehebat ini. Handle semua sorg2. Satu jer puan sy mintak. Sy merayu, tolonglah puan jgn rentap tgn anak mcm tu. Sy rasa smpai kat dada sy puan. Marah tu 2 minit jer puan. Kita tahan yg 2 minit tu. Allah gantikan dgn pelbagai perkara baik. Sbb kanak2 ni bawak berkat puan. Kita jaga mereka. Allah jaga kita. Sy mintk maaf. Kalau2 sy ada singgung puan sbb dukung anak puan td. Wallahi, sy pun x pandai jaga anak. Sy xnk campur. Maafkan sy. Sy minta diri…,” ujar aku.

IKLAN

Dia pun mengaku silap dia.

Aku bukannya pandai. Aku xde apa2. Cuma… Bila kita rasa nak lepaskan geram pd anak. Geram tu cuma 2 minit jer. Impak dia mungkin smpai selamanya pd anak.

2 minit tu kita lawan. Kita akan jadi lebih kuat lagi dan lagi. Syaitan akan menangis kuat dek kerana 2 minit kita tahan amarah kita.

Aku faham lelah menguruskan semua benda sorg2. Takde hobi, takde kawan, takde me time.

Tapi Allah gantikan semua tu dengan satu benda yg jauh lebih berharga. Xde teknologi mampu buat benda ni.

Namanya BONDING.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI