Berita baik buat ibu bapa yang bakal menghantar anak ke tadika. Dalam perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin petang tadi, kerajaan akan memberikan geran kepada pengendali taska untuk mematuhi dan melaksanakan SOP yang ditetapkan.
"Ini bagi meningkatkan keyakinan ibu bapa untuk menghantar semula anak-anak mereka ke taska. Selain itu, e-Baucar akan disediakan untuk perkhidmatan pengasuh kanak-kanak yang ditempah dalam talian dan juga insentif cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada taman asuhan dan taman didikan kanak-kanak sehingga RM3,000. Langkah ini akan dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat dan LHDN.
"Saya memahami keperluan saudara-saudari yang menggunakan pengangkutan awam untuk keluar bekerja dan melakukan aktiviti-aktiviti lain. Bagi meringankan beban kos pengangkutan, Kerajaan akan memperkenalkan Program MY30 di mana pengguna hanya perlu membayar RM30 sahaja sebulan untuk menikmati pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang.
Inisiatif ini terbuka kepada semua warganegara dan akan berkuatkuasa mulai 15 Jun hingga hujung 2020. Saya ingin mengingatkan saudarasaudari supaya mematuhi SOP dan mengamalkan penjarakan sosial ketika menggunakan pengangkutan awam," ujarnya dalam pengumuman Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek petang tadi.
Selain itu, kerajaan juga akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-Dompet pengguna bermula Julai ini. Ia akan dipadankan dengan tambahan baucer, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-Dompet.
“Inisiatif ini yang bermula pada Julai 2020 akan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia. Ia bertujuan untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan itu melalui program e-PENJANA bernilaI RM750 juta.
Ads
Selain itu, ia juga bertepatan dengan pilihan rakyat yang memilih untuk menggunakan kaedah pembayaran tanpa sentuh atau contactless payment dalam menjalani kehidupan norma baharu kini.
Ads
“Saya menyeru lebih banyak agensi dan Kementerian untuk merancakkan usaha digitalisasi dan automasi.
Ads
“Untuk menggalakkan rakyat supaya menyokong produk dan perkhidmatan tempatan, Kerajaan juga akan meneruskan kempen “Buy Malaysia”.
“Antara inisiatif yang akan dilaksanakan termasuklah menggalakkan rangkaian pasar raya besar untuk membuat penandaan produk tempatan dan juga menubuhkan saluran produk Malaysia yang berdedikasi di platform e-dagang,” tambahnya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini.
JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan MyKid sebelum ini ditangguhkan sementara pengeluarannya berikutan kekurangan bekalan cip bagi kad mentah berkenaan.
“Bagi yang telah membuat permohonan sebelum ini dan mempunyai resit permohonan MyKid namun cetakannya ditangguhkan, pemohon diminta untuk membuat pengesahan cetakan di portal rasmi JPN (www.jpn.gov.my) sebelum hadir membuat kutipan di Pejabat JPN yang dipilih,” menurut kenyataan itu.
Menurut JPN, tempoh semakan adalah tiga bulan bermula 29 Julai hingga 31 Oktober tahun ini.
“Selepas tempoh ini, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.
“Kerjasama pemohon diperlukan bagi memastikan MyKid dicetak akan dituntut oleh pemohon dan sekali gus mengelakkan lambakan MyKid yang akan merugikan kerajaan,” menurut kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03-88807077 atau emel ke pro@jpn.gov.my.
Media sebelum ini melaporkan pengeluaran MyKid bagi bayi baru lahir di negara ini ditangguhkan selama enam bulan susulan masalah kekurangan bekalan mikrocip yang turut terkesan di peringkat global sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.
Sumber: BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selepas 46 hari melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam orang ramai berpeluang untuk keluar dari rumah selepas kerajaan melonggarkan sedikit PKP. Walaupun tidak sepenuhnya dilaksanakan memandangkan virus Covid-19 masih belum dihapuskan, namun demi memastikan ekonomi berjalan, membuatkan kerajaan mengambil pendekatan sedemikian.
Namun, pelbagai kisah sama ada yang gembira mahupun duka dikongsikan orang ramai di media sosia. Antara yang paling menyentuh hati netizen adalah gambar orang ramai yang sedang berbaris di hadapan kedai pajak gadai.
Perkara tersebut telah menimbulkan beberapa pandangan orang ramai mengenai nasib mereka yang berbaris itu. Apa tidaknya, ada yang berpendapat bahawa berkemungkinan mereka itu memerlukan wang untuk menyara kehidupan.
Menjengah ke laman Twitter, terdapat beberapa warganet yang berkongsikan suasana di pelbagai tempat yang menunjukkan orang ramai berbaris di hadapan kedai pajak gadai. Perkongsian warganet kebanyakannya telah mengundang pelbagai reaksi sedih.
Sedihnya lalu pekan Rawang tadi, ramainya beratur depan Ar Rahnu & Pajak Gadai.
Ada nampak Mak Cik Kiah tak? Manalah tau kot2 dia pun beratur depan Ar Rahnu & Pajak Gadai tadi. Kalau ada, bagitau Ayah Din bantuan kerajaan masih tidak mencukupi.
Suruh Ayah Din tingkatkan lagi bantuan. Dah apa gunanya kerajaan kalau tak dapat bantu rakyat??
Itu Pentingnya Simpanan Emas….
Masa Terdesak Macam Inilah Diperlukan..
Ada Duit Lebih Tu Belilah Emas…Nilai Emas Makin Naik …Rugi Tau ..
Haaa Nampak Tak Bini Aku Senyum Sebut Beli Emas…Bukan Main Lebar Dia Punya Senyum
Mungkin pada sesetengah orang, PKP ini tidak banyak memberi kesan memandangkan ada yang masih memiliki pendapatan dan sebahagian majikan membenarkan pekerja mereka untuk bekerja dari rumah. Jadi, secara tidak langsung, gaji tidak dipotong dan dibekukan.
Namun Ttidak bagi sesetengah yang lain terutama yang bekerja sendiri. Golongan ini terjejas teruk memandangkan selama ini mereka bergantung kepada gaji harian. Bila berlaku Covid-19, sumber pencarian mereka ini mungkin telah terganggu berikutan daripada pelaksanaan PKP yang berkuatkuasa pada 18 Mac 2020.
Ramai ramai beratur kt pajak gadai bukan suka suka tp terpaksa. Itu yg ada benda nak digadai. Yang takda 😔
Dalam pada itu, rata-rata warganet terkesan dan sebak tattkala melihat situasi tersebut yang mana seseorang individu memerlukan wang terpaksa bergadai untuk meneruskan kehidupan.
Sumpah sedih bila tengok gambar orang beratur dekat kedai pajak gadai. Ramai yang terdesak sampai terpaksa gadai barang kemas sendiri 😔😭 haish pic.twitter.com/ovNJ6KloV1
Kali pertama saya jejak kaki kedai pajak adalah masa nak posting ke Johor. Mak saya suruh gadai rantai pusaka dia. Berjurai air mata dr rumah sampai la dlm perjalanan.
Tuan, kalau ada yg berhajat nk gadai barang kemas, sy cadangkan pergi ke bank. Nilai lebih tinggi & upah lebih rendah. Arrahnu exchange @ agrobank. Pos malaysia pun ada (ikut caw).
Namun satu kisah seorang ibu tua yang terpaksa bergadai memandangkan duit bantuan belum di terima dan gajinya sebagai seorang tukang cuci harian sudah habis digunakan. Kisah mak cik ini dimuat naik seorang wanita menerusi Twitternya @theiliaqilah.
Menurutnya,makcik tersebut mempunyai anak menghidap penyakit asma yang semestinya memerlukan bantuan perubatan. Tambah gadis itu lagi, makcik berkenaan masih belum menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) oleh kerajaan dan hanya bergantung kepada pendapatan sebagai tukang cuci.
15 Tahun Lalu Menyewa, Berniaga Di Pasar Tani. Sekarang Ada Rumah Sendiri. “Semoga Terus Beri Inspirasi”- Netizen
Siapa sangka hidup yang dahulunya susah boleh berjaya, malah mampu bina rumah agam yang hebat untuk anak-anak diami.
Itulah yang dirasai oleh usahawan berjaya Datin Seri Nur Shahida Rashid menerusi perkongsiannya di Instagram, mengimbas kembali perjalanan hidupnya 15 tahun lalu.
15 tahun lepas banyak yg saya belajar dari sebuah kehidupan……
bersyukur kepada Allah sentiasa beri rezeki pada kami……semoga legasi perniagaan ini dapat diwarisi anak2 saya dan dapat membantu ramai oramg yg memerlukan…
Dalam video yang berdurasi itu, Shahida yang juga merupakan isteri kepada usahawan Datuk Aliff Syukri dilihat sedang duduk bersama sambil berbual dan memerhatikan kediaman mereka.
Tulisnya dalam perkongsian tersebut, itu menjadi rutin mereka setiap petang duduk sembang di tembok sambil memandang rumah, tak percaya yang mereka sudah memiliki rumah sendiri.
Berbeza dengan 15 tahun lalu, mereka hanya bekerja di pasar tani Seksyen 13 Shah Alam untuk menjual jamu dan hanya menyewa ketika itu. Malah, nak beli langsir pun tak mampu dan hanya menampal surat khabar di dinding rumah.
Perkongsian Shahida mendapat perhatian pengikutnya yang mengakui hantaran tersebut memberi motivasi buat mereka untuk sentiasa berusaha dan tidak putus asa.
Terdahulu, Shahida dan Aliff mendirikan rumahtangga pada 2008. Mereka dikurniakan lima orang anak iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.