Ads

Ozlynn Kongsi Giya Peluk Islam Atas Pilihan Sendiri, Nasihat Ariq Jaga Batas Pergaulan

Pelakon Ozlynn tampil menjelaskan hubungan anak sulungnya, Ariq dengan seorang gadis yang dikenali sebagai Giya yang kini sedang melalui fasa baharu dalam hidupnya selepas memeluk Islam.

Menurut Ozlynn atau nama penuhnya Rozlinawaty Ismail, 45, Giya merupakan seorang gadis yang berasal dari Filipina tetapi dibesarkan di Dublin, Ireland. Katanya, gadis itu juga sebelum ini sering menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Islam.

Ozlynn Kongsi Giya Peluk Islam Atas Pilihan Sendiri, Nasihat Ariq Jaga Batas Pergaulan

Ozlynn berkongsi, Giya baru sahaja memeluk Islam sebelum bulan puasa lalu dan kini sedang mendalami ilmu agama sebagai seorang mualaf. Dalam tempoh itu, keluarga mereka turut menyantuni Giya dengan membawanya berpuasa bersama, berbuka puasa dan meraikan Hari Raya.

“Dia baru sahaja memeluk Islam sebelum bulan puasa, jadi kami sedang menyantuni dia. Kami bawa dia berpuasa bersama, berbuka dan menyambut Hari Raya.

“Dia juga seorang yang baik, cuma sekarang dia dalam proses dan kami juga membantunya mengajar tentang batas-batas, apa yang boleh dan apa yang tak boleh,” katanya.

Dalam masa sama, Ozlynn turut menegaskan bahawa keputusan Giya memeluk Islam dibuat atas kerelaan dirinya sendiri dan bukan disebabkan oleh anaknya atau mana-mana pihak lain.

Ozlynn Kongsi Giya Peluk Islam Atas Pilihan Sendiri, Nasihat Ariq Jaga Batas Pergaulan

“Saya juga selalu tekankan kepada dia masuk Islam bukan sebab lain tapi sebab diri sendiri yang nak.

Ads

“Ya, dia cakap dia masuk Islam sebab membaca al-Quran dan kenalan di sekelilingnya pun sudah ramai masuk Islam, jadi dia rasa Islam agama yang kembali kepada fitrah.

“Memang dia sendiri yang nak, bukan sebab anak saya atau apa.

“Dia banyak bertanya, kadang-kala dia akan telefon dan bertanya pada Johan tentang apa yang dia tak tahu,” ujarnya.

Ozlynn berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan tayangan filem Libang Libu yang berlangsung di GSC Mid Valley, baru-baru ini.

Ads

Ketika ditanya mengenai status hubungan Ariq dan Giya, isteri kepada penyampai radio Johan itu menjelaskan mereka sekadar berkawan dan masih memberikan tumpuan kepada pelajaran masing-masing.

Bagaimanapun, sebagai seorang ibu, Ozlynn mengakui dia sentiasa menasihati anaknya tentang batas pergaulan dan kepentingan menjaga syariat agama.

“Mereka tidak ke arah lebih mendalam, hanya berkawan.

“Sebagai seorang ibu, saya pun tidak pernah menghakimi pilihan anak sebab dia yang akan menentukan masa depan dia sendiri.

“Dia nak berkawan tak mengapa, cuma saya selalu berpesan pada Ariq, jaga diri dan batas.

Ads

“Saya kata pada anak, ‘dia baru masuk Islam, kau dalam Islam bapa kau ajar mengaji dan al-Quran tapi kalau kau tak buat, maknanya aku dengan bapa kau ialah ibu bapa yang gagal.’

“Alhamdulillah, dia juga anak yang mendengar kata.

“Tapi masing-masing masih belajar lagi, jadi biarlah mereka fokus pada pembelajaran masing-masing,” katanya lagi.

Terdahulu, sekitar Mac lalu, Giya memaklumkan dirinya sudah bergelar mualaf dan mengakui berasa seronok menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.

Sebelum ini, hubungan Giya dan Ariq sering mendapat perhatian ramai selepas mereka saling berkongsi hantaran video secara terbuka di platform media sosial.

BACA LAGI : Ozlynn Pernah Terima Nafkah RM1, Kisah Susah Senang Bersama Johan Jadi Inspirasi

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Jadi Sahabat Anak, Tapi Jangan Hilang Peranan Sebagai Ibu Bapa

Dalam dunia keibubapaan hari ini, ramai ibu bapa mula memilih pendekatan yang lebih terbuka dan santai dalam membesarkan anak-anak.Jika dahulu hubungan lebih berjarak dan...