Goreng Keli Bukan Je Tak Meletop Bahkan Cantik Elok Je Kulitnya, Ni Petuanya Kena Buat!

Share

Kemanisan rasa isi ikan keli yang digoreng rangup memang sukar digambarkan dengan kata-kata buat penggemar ikan air tawar. Cukup menyelerakan jika dimakan, pun begitu bila memikirkan rintangan yang harus dihadapi setiap kali ingin menggoreng, mungkin ada yang berfikir dua tiga kali untuk memasaknya.

Apa tidaknya, ikan keli bila digoreng confirm meletop dan silap hari bulan minyak panas boleh singgah ke pipi.

Lagi satu masalah bila menggoreng ikan keli ini pula suka melekat di kuali dan ini menjadikan hasil gorengan tidak cantik dipandang.

Pun begitu, semua masalah ini dengan mudah dapat diatasi jika ikut petua dan tip yang dikongsikan oleh Zur Ain ini. Terbukti, hasil perkongsian gambar gorengan ikan keli yang telah dimasak memang terbaik. Elok, sempurna!

Nak tahu lanjut apa rahsianya, jom semak.

“Lautan api pun tak sanggup ku redah .. apetah lagi nak goreng ikan keli ni .. boleh berperang weh kat dapur .. hahaha .. tapi sejak hakak dapat tips nak goreng ikan tak meletup hakak dah berani sekarang ..”Zur Ain 

Langkah 1 :
Basuh ikan dan rendam dengan tepung gandum .. Cuci sental-sental sampai lendir ikan tu hilang .
Langkah 2
Dah siap sental-sental ikan tu .. gaullah ikan keli tu dengan garam, kunyit dan tepung jagung. Sukatan tu ikot sendiri berapa ekor ikan tu .. lepastu gaul lah bagi rata ..
Langkah 3
Sambil gaul-gaul ikan tu..panaskan minyak dulu .. dah panas tu letak 2/3 potong halia .. tak payah buang kulit halia tu ..
Beginilah rupanya ikan keli yang telah siap digoreng. Memang cantik dan sempurna tanpa sedikit pun ada kesan kulit ikan melekat di kuali.

Ikan telah siap digoreng.

sumber : Zur Ain Salim via MAHN
IKLAN