Kemanisan rasa isi ikan keli yang digoreng rangup memang sukar digambarkan dengan kata-kata buat penggemar ikan air tawar. Cukup menyelerakan jika dimakan, pun begitu bila memikirkan rintangan yang harus dihadapi setiap kali ingin menggoreng, mungkin ada yang berfikir dua tiga kali untuk memasaknya.
Apa tidaknya, ikan keli bila digoreng confirm meletop dan silap hari bulan minyak panas boleh singgah ke pipi.
Lagi satu masalah bila menggoreng ikan keli ini pula suka melekat di kuali dan ini menjadikan hasil gorengan tidak cantik dipandang.
Ads
Pun begitu, semua masalah ini dengan mudah dapat diatasi jika ikut petua dan tip yang dikongsikan oleh Zur Ain ini. Terbukti, hasil perkongsian gambar gorengan ikan keli yang telah dimasak memang terbaik. Elok, sempurna!
Ads
Nak tahu lanjut apa rahsianya, jom semak.
Ads
“Lautan api pun tak sanggup ku redah .. apetah lagi nak goreng ikan keli ni .. boleh berperang weh kat dapur .. hahaha .. tapi sejak hakak dapat tips nak goreng ikan tak meletup hakak dah berani sekarang ..”Zur Ain
Langkah 1 :
Basuh ikan dan rendam dengan tepung gandum .. Cuci sental-sental sampai lendir ikan tu hilang .
Langkah 2
Dah siap sental-sental ikan tu .. gaullah ikan keli tu dengan garam, kunyit dan tepung jagung. Sukatan tu ikot sendiri berapa ekor ikan tu .. lepastu gaul lah bagi rata ..
Langkah 3
Sambil gaul-gaul ikan tu..panaskan minyak dulu .. dah panas tu letak 2/3 potong halia .. tak payah buang kulit halia tu ..
Beginilah rupanya ikan keli yang telah siap digoreng. Memang cantik dan sempurna tanpa sedikit pun ada kesan kulit ikan melekat di kuali.
Ikan telah siap digoreng.
sumber : Zur Ain Salim via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak lelaki perlu dididik untuk menjadi seorang pemimpin, setidak-tidak sebagai seorang ketua keluarga.
Juga seharusnya diajar untuk bertanggungjawab atas setiap tindakannya. Hukumi mereka sekiranya mereka melakukan kesilapan. Jangan biarkan mereka melakukan kesalahan yang sama.
Sebagaimana perkongsian ustazah ini, boleh jadi manfaat bersama.
TIP DIDIK ANAK LELAKI
Cabaran mendidik anak lelaki berbeza dengan anak perempuan. Saya kongsikan beberapa tips terbaik melahirkan anak lelaki yang berjiwa kental, bertanggungjawab dan di hormati masyarakat.
1. Sumber belanja
Inilah kehidupan. Saya menelusuri sejarah kehidupan Almarhum ayahanda dan 5 bapa saudara yang dibesarkan oleh atuk dan nenek. Semuanya lelaki. Kebanyakan dari mereka menjadi insan hebat, sangat disegani dan ada yang namanya tercatat dalam kelompok ulama negeri kelantan.
Subhanallah.. .
Jangan terkejut jika saya nyatakan, mereka melanjutkan pengajian ke luar negara berbekalkan duit belanja dari hasil jualan telur itik dan sumbangan masyarakat kampung.
Rupanya, wang belanja dan sumber yang berkat memberi kesan yang hebat dalam kehidupan seorang anak. Menjadi asbab kepada Allah SWT redha dengan ilmu yang dituntut sehingga mampu menjadi tunjang dalam masyarakat.
2. Susah
Kemewahan hanya akan melahirkan seorang anak lelaki yang pandai meminta bukan memberi.
Ajari mereka tentang kehidupan yang susah, jika hari ini suasana rumah kita tidak membantu, bawalah anak-anak ke suatu tempat yang mampu mengajar erti kesusahan yang sebenar.
Ajak mereka melakukan khidmat masyarakat, turun menziarahi keluarga yang dhoif dan berikan tanggungjawab sebagai Ketua untuk menguruskan sesuatu misi mengikut kadar kemampuan.
Banyakkan program bersama anak lelaki, membersih kawasan masjid, tempat wudhuk dan paling penting ialah tandas. Inilah cara yang paling mudah untuk menundukkan hati yang keras dan sombong.
Bila hati sudah dilentur, mudahlah akhlak dibentuk.
3. Damping
Cuba tanya anak lelaki satu soalan nie, bila besar nanti nak jadi apa?
Kita akan mendengar jawapan yang hampir sama. “Saya nak Jadi macam ayah”
Apapun pun pekerjaan seorang ayah, anak lelaki akan merasa bangga dan sentiasa memasang angan-angan untuk menjadi seperti nya.
Penting, dampingi anak-anak dengan contoh kelakuan yang terbaik. Tabiat yang buruk tinggalkan diluar rumah atau lakukan diluar pngetahuan anak-anak lelaki. Contohnya bertengkar, ketagihan game, merokok dan sebagainya.
Seorang anak yang diajar dengan kekerasan, sifat bengis, pemarah, suka berhibur dan kemaksiatan akan cenderung menjadi seorang penjenayah, mereka melihat orang lain sebagai lawan bukannya kawan.
4. Cintakan ilmu, pasakkan tauhid dalam jiwa
Bahaya membiarkan jiwa seorang anak lelaki kosong, kering dan gersang kerana banyak unsur-unsur negatif akan berebut memenuhinya.
Tidak mudah mendidik anak lelaki kerana kita hanya mampu melihat hasilnya apabila mereka menginjak remaja dan menjadi dewasa.
Cabaran yang paling besar ialah menguruskan anak lelaki remaja.. berapa ramai ibu ayah yang menumpahkan air mata kerana anak mereka tersungkur di lembah kehinaan, salah memilih haluan hidup, kuat melawan, memilih teman hidup yang salah, tercalar akidah kerana taasub dengan artis2 barat dan kpop.
Ubat kepada segala penyakit ini ialah suapkan makanan kepada Rohani mereka. Wujudkan hubungan dengan Allah dan benamkan kalimah tauhid dalam jiwa, pasti dan pasti tidak ada perkara yang boleh merosakkannya.
5. Berdikari
Bekal hidup yang paling baik untuk seorang anak lelaki ialah ilmu dan pengalaman. Hantar mereka belajar di tempat jauh, lagi jauh lagi mahal pengalaman yang mereka perolehi.
Anak lelaki yang berdikari akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan bijak mengatur kehidupan.
Kita bukan sahaja melahirkan seorang anak lelaki, tetapi Allah amanahkan kita bakal khalifah. Besar sungguh tanggungjawab mendidik, kerana kita akan disoal tentang amanah ini.
Pemergian orang tersayang lebih-lebih lagi yang dekat dengan kita ibarat separuh jiwa turut pergi. Hancur luluh hati bila mengenangkan yang pergi itu pasti takkan kembali lagi. Pilu di hati hanya Tuhan yang tahu apatah lagi memandang wajah si kecil yang tidak tahu apa-apa. Ditinggalkan ibu tersayang sekelip mata. Hanya yang ada kini ayah tempat berpaut dan berkongsi kasih sayang.
Membaca perkongsian lelaki bernama Azlan Adnan ini cukup meruntun hati. Isteri yang disayangi pergi buat selama-lamanya. Arwah isterinya Nordiana Bidin meninggal dunia pada 20 Januari yang lalu.
Arwah dikatakan meninggal dunia dipercayai berpunca daripada sakit kepala. Lebih menyedihkan adalah keadaan dua anak kecil yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu tidak faham ‘kehilangan’ selama-lamanya ini.
Al-Fatihah buat arwah, semoga keluarga tabah dengan dugaan ini.
Ibu Dah ‘Sleep’ Kat Kubur
Anak-anak mungkin tak tahu Cara mana nak sampai kan pada babah, yang depa rindu ibu
Yang anak2 tahu , Ibu dah ‘sleep’ kt kubur
——————————–
Dlm Jam 10:25mlm, 20/1/2020 Ibu masih terbaring tidur sama mcm pagi td. Bergerak, bernafas mcm mana pagi td. Tidur mcm biasa. Bergerak berpusing kiri kanan. Tidur nyenyak cuma tak boleh sedar dari jam 3.30 petang sampai la malam
Setiap kali babah jengah ibu, Air liur, ibu tak boleh kemam. Jadi babah lap perlahan2 bagi ibu nampak bersih
Tp jam ni, Lepas babah terlambat jengah ibu Air makin banyak kt mulut ibu.. Babah lap Dan itu kali pertama Dan juga kali terakhir babah cium pipi ibu, peluk ibu sambil bisik;
“anak-anak kita masih kecik lagi syg. Bangun la…”
Air mata sebelah kanan ibu tiba-tiba kluar. Babah terus lapkan Air mata ibu sambil kemas kan tisu2 yg melekat di pipi ibu
Babah duduk bertenang sekejap di kerusi sebelah ibu. Dalam be berapa saat, babah rasa pelik kenapa ibu tak bernafas mcm biasa. Babah panic
Rasa nafas ibu di hidung.. Tak ada Rasa nadi ibu di pergelangan tgn.. Tak ada
Babah menjerit panggil jururawat. Jururawat terus berlari masuk bilik utk tengok ibu
Babah turun ke bawah Babah tak boleh terima, Dan babah tahu ibu mmg dah tak ada.
—————————–
Ammar.. Rania 1 day, kalau terbaca ni semula Babah cuma nk korang berdua tahu
Wpun hanya Abg Ammar saja dpt rasa moment hari ibu pergi..
Harap Ammar & Rania faham kenapa ibu “pergi tinggalkan kita”
Bukan ibu tak syg Tapi Allah pinjam kan ibu untuk kita Sekejap je..
Ammar cuma sempat 2 tahun 2 bulan Rania cuma sempat ibu dukung 4 bulan saja Babah beruntung sikit dgn kamu berdua. Sempat 4 tahun 2 bulan
Tak lama mcm mana anak2 lain Tak lama mcm mana babah & nenek
Tapi percayalah Ibu sedang tunggu kita kt sana
——————————
Ingat pesan babah. Bila abah pun dah tak ada Rajin2 jengah kubur bila rindu
Kalau teringat, terus tadah tangan “Doa” Minta Allah tautkan rindu kita dalam mimpi
Minta kita semua semula bersama 1 keluarga
Genap awak pergi sebulan hari ni Macam mana lagi setahun akan datang? Harap Allah berikan kekuatan & kesihatan berpanjangan buat kita 3 beranak
——————————–
Perkahwinan bukan cari persamaan Bukan cari apa yang kita suka Atau kita boleh lari dengan apa yg kita tak suka
Persamaan belum tentu membahagiakan Perbezaan itulah tanda “saling melengkapi” Jika kita saling memahami
Terima kasih sbb sama-sama telan Pahit Manis Maung bersama Abg
Sampai hari ni abg rasa mcm mimpi Mimpi yang panjang sgt Mengharap mimpi ni jgnlah jadi kenyataan
Nordiana Bidin (Dee Ana) Wanita sempurna dalam hidup kami sampai akhir hayat
Ingat pesan abah JANGAN LUPA IBU
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penggemar kek gula hangus mesti teruja untuk menyediakan resipi yang dikongsikan ini. Bukan sahaja mudah disediakan, malah menurut pemilik resipi ini yang juga merupakan peniaga kek gula hangus turut memberi tip untuk menjadikan rasa kek ini lebih enak. Malah tidak dengan itu, kek ini juga dikatakan masih dalam keadaan baik selama 4 hari walapun tidak disimpan di dalam peti.
Jadi usah tunggu lagi, jom kita cuba sediakan menu nan satu ini. Bolehlah dijadikan hidangan untuk minum petang yang istimewa. Jom semak.
Diantara kek jualan sampingan saya yang paling mudah nak buat…banyak resepi saya pernah cuba,resepi ni yang paling mudah & rasa sedap yang penting gula jangan terlampau perang,,nanti kek pahit saya sertakan resepi di bawah,,,saya izinkn kalau ade yang nak share & yang nak guna resepi ni untuk berniaga..
.
Kek gula hangus
2 cawan gula
2 cawan air panas
3 sudu majerin
4 biji telor gred A
1/2 cawan susu pekat
2 cawan gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
Cara Penyediaan:
1. Cairkan gula guna api perlahan..bila gula dah larut dan bertukar jadi warna perang masukkan air panas..masukkan majerin 3 sudu..kacau,,bila dah berbuih tutup api dan ketepikan.
.
2. Kacau telor dengan garfu,,,(kacau manja-manja je)…masukkan susu pekat dan esen vanilla,,,kacau biar sebati
.
3. Ayak tepung dan soda,,masukkan dalam adunan tadi,,,kacau adunan hingga tidak berketul.
.
4. Masukkan gula yang dicairkan tadi dalam adunan dan kacau perlahan hingga sebati
5. Sapu minyak loyang saiz 7 inci
6. Tapis adunan tadi dalam loyang dan bakar pada suhu 150~160 api bawah sahaja 35 minit & tambah 10 minit bakar guna api atas bawah..
**Kalau nak buat jual buat sehari awal,,,rasa lagi sedap,,,kek tahan 4 hari tanpa masuk peti.