Ads

Syed Saddiq Utamakan Kewangan, Pilih Majlis Kahwin Sederhana Bersama Bella Astillah

Menjelang hari bahagia bersama Bella Astillah, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui aspek pengurusan kewangan menjadi antara perkara utama yang diberi perhatian dalam merancang majlis perkahwinan mereka.

Bagi Syed Saddiq, 33, majlis perkahwinan tidak semestinya perlu terlalu mewah sehingga akhirnya memberi beban kewangan kepada pasangan selepas bergelar suami isteri.

Syed Saddiq Pilih Majlis Ikut Kemampuan

Menurutnya, dia dan Bella memilih untuk melakukan yang terbaik mengikut kemampuan, selain mahu menyampaikan mesej yang baik kepada masyarakat mengenai kepentingan merancang kewangan dengan bijak.

Syed Saddiq Utamakan Kewangan, Pilih Majlis Kahwin Sederhana Bersama Bella Astillah

“Saya selalu berkongsi dengan bakal isteri bahawa kita buat sebaik mungkin mengikut kemampuan kerana kami juga mahu menyampaikan mesej yang baik.

“Jangan kita menggadaikan segala simpanan hanya untuk kemewahan sehari, tetapi akhirnya menanggung hutang dan beban untuk berdekad-dekad,” katanya.

Syed Saddiq berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq di Kuala Lumpur, Jumaat.

Menurutnya lagi, masalah kewangan juga antara perkara yang boleh memberi tekanan kepada sesebuah rumah tangga. Justeru, dia mahu memastikan persiapan perkahwinan mereka dibuat secara sederhana tanpa membebankan kehidupan selepas berkahwin.

Ads

Syed Saddiq: “Saya Pengawal Kewangan”

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut berseloroh bahawa dirinya menjadi ‘pengawal kewangan’ dalam merancang majlis berkenaan.

Katanya, majlis di Kuala Lumpur akan diadakan secara kecil-kecilan dengan kehadiran keluarga, rakan rapat serta peminat.

“Jika ada yang tidak menerima jemputan atau tidak dapat bersama secara fizikal pada hari tersebut, saya terlebih dahulu ingin memohon maaf. Bukan salah Bella, tetapi saya yang menjadi ‘pengawal kewangan’,” katanya.

Bella pula memaklumkan majlis di ibu kota itu diadakan sebagai acara ramah mesra dengan kehadiran sekitar 200 tetamu.

Bagi mereka yang tidak dapat hadir secara fizikal, majlis tersebut juga akan disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan platform dalam talian.

Ads

Syed Saddiq Utamakan Kewangan, Pilih Majlis Kahwin Sederhana Bersama Bella Astillah

Kenduri Rakyat Di Muar Dan Sabah

Selain majlis utama di Kuala Lumpur, pasangan ini turut merancang Kenduri Rakyat di Muar, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut Syed Saddiq, penganjuran kenduri berkenaan turut mendapat kerjasama beberapa jenama korporat menerusi sumbangan barangan keperluan asas.

Ads

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Jasmine. Puluhan ribu kilogram barangan asas diberikan untuk majlis ini, saya anggarkan sekurang-kurangnya RM300,000.

“Ada orang mungkin memilih untuk meminta wang tunai, tetapi bagi kami, kalau melalui majlis ini kita dapat meringankan beban walaupun sebuah keluarga sambil mereka berkongsi kegembiraan kami, ia sesuatu yang sangat bermakna,” katanya.

Tarikh Majlis Syed Saddiq Dan Bella Astillah

Syed Saddiq dan Bella dijadualkan melangsungkan akad nikah pada 10 Oktober 2026.

Majlis resepsi di Muar, Johor pula akan berlangsung pada 25 Oktober, diikuti Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober 2026.

Perkongsian Syed Saddiq ini turut menjadi peringatan bahawa hari perkahwinan mungkin hanya berlangsung sehari, tetapi kehidupan berumah tangga memerlukan perancangan kewangan untuk jangka masa yang jauh lebih panjang.

BACA LAGI : “Belum Jadi Suami, Dah Fikir Nafkah”, Syed Saddiq Curi Perhatian Ketika Kursus Kahwin

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Pesanan Tun Siti Hasmah Buat Isteri & Ibu, “Kena Banyak Bersabar”

Pesanan Tun Siti Hasmah tentang menjadi isteri dan ibu, daripada bijak membahagikan masa, mendidik anak supaya berusaha hingga pentingnya kesabaran.