Hasrat untuk menghabiskan sisa usia bersama insan tersayang dan saling menjaga ketika sakit akhirnya tidak kesampaian buat Nisun Che Mat, 69, selepas bakal suaminya, Mat Yusof Hashim, 77, ditemukan meninggal dunia.
Kereta dipandu lelaki berkenaan terjunam ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah-Lubuk Kawah, Bukit Selambau.
Lebih menyentuh hati, pasangan itu sebenarnya sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada 12 Disember ini.
Namun perancangan untuk menghabiskan hari tua bersama akhirnya bertukar menjadi kenangan apabila Mat Yusof ditemukan meninggal dunia selepas operasi pencarian dilakukan.
Mat Yusof Hashim Mahu Habiskan Masa Bersama
Menurut Nisun, arwah pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengannya kerana mahu menghabiskan masa bersama serta saling menjaga pada penghujung usia.
“Arwah ada sebut mahu berkahwin dengan saya sebab nak habiskan masa bersama dan saling menjaga di penghujung usia ini. Namun, hasrat itu tidak kesampaian,” katanya.
Jasad Mat Yusof Hashim yang ditemukan lemas di Sungai Lubuk Kawah selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terjatuh dalam sungai berkenaan, malam kelmarin. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI
Walaupun masih bersedih, Nisun tetap bersyukur apabila jasad arwah akhirnya berjaya ditemukan selepas operasi pencarian dilakukan.
“Alhamdulillah jasad arwah sudah ditemui. Sebelum ini kita berdoa supaya operasi pencarian dipermudahkan. Memang sedih tetapi nak buat macam mana, kita reda sajalah,” katanya.
Bagi Nisun, kehilangan itu pastinya sukar diterima apabila insan yang sepatutnya menjadi teman hidupnya tidak sempat bersama-sama melalui kehidupan rumah tangga seperti yang dirancang.
Pagi Itu Sepatutnya Buat Ujian Darah
Apa yang lebih meruntun hati, pada pagi jasad Mat Yusof Hashim ditemukan, pasangan itu sebenarnya dijadualkan menjalani ujian darah sebagai sebahagian daripada urusan sebelum perkahwinan.
Malah, menurut Nisun, pada malam sebelum kejadian, arwah masih sempat mengingatkannya mengenai urusan tersebut.
Ads
“Pagi ini sepatutnya kami buat ujian darah. Malam sebelum kejadian itu pun arwah mengingatkan saya mengenai urusan hari ini,” ujarnya.
Pasangan itu juga belum membuat persiapan besar untuk majlis perkahwinan kerana hanya merancang mengadakan kenduri secara kecil-kecilan.
“Saya reda kerana itu perancangan kita, Allah yang menentukan. Buat masa ini kami belum membuat sebarang persiapan kenduri, lagipun kami rancang buat kecil-kecilan sahaja,” katanya.
Urusan yang sepatutnya menjadi antara langkah menuju hari perkahwinan mereka akhirnya tidak dapat dilaksanakan. Malam sebelumnya, Mat Yusof masih mengingatkan Nisun mengenai ujian darah yang perlu mereka jalani bersama pada keesokan pagi.
“Kalau Dia Sakit, Mak Cik Jaga”
Sepanjang mengenali Mat Yusof Hashim, Nisun menyifatkan arwah sebagai seorang lelaki yang baik.
Malah, mereka sudah berbincang mengenai kehidupan selepas berkahwin, termasuk soal saling menjaga sekiranya salah seorang jatuh sakit.
Ads
“Kalau dia sakit, mak cik jaga, saling jagalah. Memang dia seorang yang baik,” katanya.
Hasrat itu menggambarkan kehidupan sederhana yang dirancang pasangan berkenaan. Mereka mahu menjadi teman antara satu sama lain dan saling menjaga ketika melalui penghujung usia.
Namun, perancangan untuk meniti hari tua bersama akhirnya tinggal kenangan.
Mat Yusof Hashim Ditemukan 100 Meter Dari Kereta
Jasad Mat Yusof Hashim ditemukan pasukan bomba pada pukul 9.10 pagi, kira-kira 100 meter dari lokasi kereta Proton Wira yang dipandunya ditemukan di dalam sungai.
Penemuan jasad itu sekali gus menamatkan operasi pencarian yang sebelum itu turut dinantikan Nisun dengan penuh harapan dan doa supaya urusan pasukan pencarian dipermudahkan.
Walaupun penemuan tersebut membawa berita yang menyedihkan, Nisun tetap melahirkan rasa syukur kerana jasad bakal suaminya akhirnya berjaya ditemukan.
Bagi Nisun, walaupun impian untuk bergelar isteri pada Disember ini tidak menjadi kenyataan, dia memilih untuk menerima ketentuan dengan hati yang reda.
Tarikh 12 Disember yang sepatutnya menjadi permulaan kehidupan baharu buat pasangan itu kini tinggal sebagai satu perancangan yang tidak sempat direalisasikan.
Namun seperti yang diluahkan Nisun sendiri, manusia hanya mampu membuat perancangan. Dia memilih untuk menerima kehilangan bakal suaminya dengan reda meskipun impian untuk menjalani kehidupan bersama tidak kesampaian.
Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang, namun Allah SWT yang menentukan setiap perjalanan hidup.
Sebut aje durian, pastinya kita terbayangkan isi durian yang kekuningan dengan aroma buah yang menyelerakan.
Bayangan buah yang besar dan dengan isi yang tebal pastinya membuatkan ada yang sanggup berhabis ratus ringgit hanya untuk menikmati buah ini.
Namun tahukah anda bahawa buah durian ada bersaiz kecil. Baru-baru ini tular menerusi perkongsian foto menerusi Twitter yang dimuat naik pengguna fendymojo.
Ekorannya itu ramai netizen meluahkan terkejut melihat durian bersaiz mini. Ada yang menyatakan ia seakan rambutan dan seakan ‘keychain!. Ada juga tidak menyangka mempunyai isi di dalamnya.
Bagaimana seorang youtuber daripada Singapura pula menyatakan pendapatnya bahawa durian mini itu mempunyai rasa seakan musang king dan durian D24.
Dalam pada itu, memetik daripada info sebuah food detik durian mini ini didakwa mempunyai rasa yang sedap dan isi yang tebal. Malah dikatakan dapat dibuka dengan mudah.
Menurut website berkenaan, seorang youtuber berasal dari Singapora membuat ulasan mengenai rasa durian mini yang dikatakan seakan musang king.
“Aromanya mirip seperti aroma durian D24 daripada aroma Mao Shang Wang (Musang King). Jadi, saya prediksi kalau rasanya seperti rasa D24 dan Mao Shang Wang.”
Nasi minyak merupakan menu yang tidak asing lagi dan sering menjadi hidangan istimewa untuk merai tetamu di majlis kenduri kahwin.
Pun begitu, jika ada yang teringin untuk menikmatinya bolehlah sediakan sendiri tanpa perlu menunggu jemputan undangan daripada seseorang.
Cukup ada kerajinan pasti menu istimewa ini siap terhidang dengan lengkap bersama ayam masak merah dan acar timun. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Ida Hanaa.
Resepi Nasi Minyak
3 cawan beras basmathi
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Rempah 3 sekawan – kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 2 biji pelaga
2 sudu besar mentega/ minyak masak
1 kiub pati ayam
1/2 cawan susu cair
2 helai daun pandan
Bawang goreng hiasan
Cara-caranya:
Langkah 1 : Beras direndam dulu lebih kurang 30 minit dan toskan airnya
Langklah 2 : Panaskan mentega, tumis bawang dan halia yang telah diblend
Langkah 3 : Masukkan 3 sekawan dan daun pandan
Langkah 4 : Bila bawang sudah garing masukkn susu cair, air, kiub pati ayam dan garam
Langkah 5 :Tuangkan dalam periuk nasi
Langkah 6 : Biarkan nasi masak seperti biasa
Langkah 7 : Biarkan 5 minit baru gembur-gemburkan nasi guna garfu supaya nasi tak patah
Langkah 8 : Taburkan bawang goreng, siap.
Ayam Masak Merah
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
2 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
4 ulas bawang merah (dihiris halus)
Rempah 3 sekawan (kulit kayu manis, pelaga , bunga lawang)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Garam dan gula secukupnya
Hiasan- daun bawang/daun ketumbar
*bahan kisar
Cara -caranya :
Langkah 1 : Ayam digaul dgn serbuk kunyit+garam dan goreng hingga msk
Langkah 2 : Guna minyak goreng ayam tadi untuk goreng bawang merah yang sudah dihiris dan angkat ketepikan
Langkah 3 : Tumiskan bahan kisar dan rempah 3 sekawan
Langkah 4 : Bila sudah naik bau, masukkan cili kisar. Tumis hingga cili garing
Langkah 5 : Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram
Langkah 6 : Masukkan air, perasakan dengan garam dan gula
Langkah 7 : Bila sudah mendidih masukkan ayam dan biarkan seketika
Langkah 8 : Taburkan bawang merah goreng tadi dan tutup api
Hiaskan dengan daun ketumbar/ daun bawang
Kurma Ayam + kentang
Beberapa ketul ayam dipotong kecil
2 biji kentang
1 biji lobak merah
1 biji tomato
1/2 kotak santan
1 peket rempah kurma
Minyak untuk menumis
Gula dan garam
Air secukupnya
Bahan tumis –
1 biji bunga lawang, sedikit kulit kayu manis
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia *
*dihiris halus
Cara-caranya:
Langkah 1: Tumis bahan2 hiris dan biarkan hingga naik bau
Langkah 2 : Masukkn rempah kurma an air sedikit
Langkah 3 : Masak hingga naik minyak
Langkah 4 : Masukkan ayam, ubi kentang, karot
Langkah 5 : Masukkan santan + sedikit air
Langkah 6 : Biarkan mendidih. Masukkn garam secukup rasa
Langkah 7 : Biarkan kuah masak hingga pekat sedikit dan sudah siap. Masukkn cili merah/ cili hijau jika suka
Pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik video berpakaian pengantin serba putih sambil berpegangan tangan di masjid selain berkongsi tarikh 23 Januari 2023.
Pereka fesyen duo Seth & Luna tampil membuka cerita sekaligus mengesahkan Nad dan Ungku sudah sah menjadi pasangan suami isteri.
Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di Instagram, Seth & Luna yang sudah berkawan selama tujuh tahun berbesar hati diberi kepercayaan untuk menyimpan rahsia terbesar (pernikahan).
“Beliau mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dia dan bakal suaminya. Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat.
“Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru, Nad Zainal dan Ungku Ismail Aziz semoga mahligai perkahwinan yang dibina berbahagia dan bekekalan hingga ke jannah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Terdahulu, Nad dan bekas suami iaitu Muhammad Faliq Amirudin mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015. Bagaimanapun, perkahwinan tersebut tidak berkekalan apabila Nad mengesahkan telah bercerai pada September lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, berusia setahun.
Sumber: Instagram
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di