Ada orang kata gula perang lebih bagus digunakan berbanding gula putih untuk menjaga kesihatan. Benarkah?

Mencari jawapan tersebut, baik kita baca perkongsian daripada doktor ini yang pastinya berasaskan fakta. Jom semak perkongsiannya.

GULA PERANG & GULA PUTIH: APA PERBEZAANNYA?

Gula adalah bahan yang sangat biasa digunakan oleh masyarakat kita hari ini. Tanpa gula kita akan rasa segala makanan dan minuman tidak lagi sedap dan menyelerakan.
Tetapi kajian menunjukkan bahawa pengambilan gula berlebihan adalah merbahaya kepada kesihatan.

Oleh kerana itu, kita selalu mendengar pendapat yang menyatakan bahawa gula perang adalah lebih baik daripada gula putih. Adakah pendapat ini benar dan berlandaskan bukti kajian sains yang betul.

PERBEZAAN NUTRISI – GULA PERANG & GULA PUTIH.

Sebenarnya gula perang dan gula putih kedua-duanya adalah dibuat daripada tebu atau daripada lobak bit . Kebanyakan gula perang adalah dihasilkan dengan mencampurkan gula putih dengan molasses iaitu sejenia gula perang cecair.

Molasses ini menyebabkan warna gula menjadi perang dan menambahkan sedikit kandungan nutrisinya. Penambahan ini akan menambahkan kandungan kalsium,zat besi dan potassium didalamnya. Data menunjukkan, jumlah penambahan nutrisi ini adalah sangat sedikit dan tidaklah menjadikan ianya sumber terbaik kepada nutrisi tersebut .

Gula perang juga mempunyai nilai kalori yang kurang sedikit iaitu 15kcal berbanding gula putih 16.3kcal, tetapi perbezaan tersebut sangat minimal dan tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada gula perang. Perbezaan utama adalah dari segi warna dan rasa sahaja.

PERBEZAAN PENGHASILAN – GULA PERANG & GULA PUTIH

Gula dihasilkan samada daripada tebu atau lobak bit, walaubagaimanapun terdapat perbezaan di antara pengahsilan gula perang dan gula putih. Langkah pertama adalah jus daripada tebu atau lobak bit di ekstrak, di pekatkan dan di panaskan untuk membentuk pekatan perang yang di panggil ‘molasses’ .

IKLAN

Kemudiannya molasses perang bergula ini di putar dengan mesin ‘centrifuge’ untuk mengasingkan kristal gula dengan molasses . Kristal gula putih di proses seterusnya untuk mengasingkan lebihan molasses dan menjadikan kristal gula lebih kecil. Seterusnya, kristal gula di tapis melalui sistem penapisan untuk menjadikannya gula putih yang biasa kita lihat.

Gula perang halus (refine) adalah gula putih halus yang dicampurkan semula dengan molasses. Manakala, gula perang yang kasar (unrefined) melalui proses yang kurang berbanding proses menghasilkan kristal gula putih yang menjadikan ia mempunyai kandungan molasses yang lebih tinggi dan warna perang yang asli.

PENGGUNAAN DALAM MASAKAN

Gula putih dan gula perang di gunakan dengan cara berbeza dalam seni masakan dan pembuatan kek. Ia juga digunakan secara bersama untuk mengolah warna, tekstur dan rasa masakan dan makanan.

Molasses dalam gula perang lebih kuat mengekalkan lembapan (moisture), oleh penggunaannya dalam pembuatan kek akan menjadikan kek tersebut lembut tetapi lebih pejal. Biskut yang dibuat menggunakan gula perang akan menjadi lebih ‘moist’ (lembab) dan pejal dan biskut yang menggunakan gula putih akan menjadikan ianya lebih kembang dan rapuh serta lebih kering.

Gula Perang Atau Putih Mana Satu Hendak Dipilih? Dr Ni Bagi Faktanya!
.

IKLAN

Oleh kerana perbezaan sifat ini maka gula putih dan gula perang digunakan untuk tujuan berbeza dalam pembuatan kek dan biskut untuk tekstur, rasa dan kerapuhannya. Gula perang juga digunakan sebagai sapuan untuk mengilatkan makanan dan juga sebagai sos gula seperti dalam sos barbeque dan sebagainya.

PERBEZAAN GULA PUTIH & GULA PERANG
Gula Perang Atau Putih Mana Satu Hendak Dipilih? Dr Ni Bagi Faktanya!
.

Perbezaan utama diantara gula putih dan gula perang adalah kerana ‘rasa’ dan ‘warna’ serta kesan tekstur kepada makanan yang disediakan. Ia bukanlah kerana perbezaan kepada kesannya kepada kesihatan atau kesannya kepada indeks glisemik (GI). Oleh itu pendapat yang menyatakan gula perang lebih sihat daripada gula putih adalah tidak tepat kerana kedua-duanya mempunyai indeks glisemik (GI) yang sama serta nilai nutrisi yang hampir sama iaitu kedua-duanya mempunyai kandungan glukosa dan fruktosa didalamnya.

Menukar gula putih kepada gula perang hanya akan mengubah warna dan rasanya sahaja dan tidak menjadikan makanan atau minuman tersebut lebih sihat.

Menggunakan gula perang dalam pembuatan kek cokelat dan kek buah adalah lebih sesuai daripada segi rasanya dan warnanya berbanding dengan gula putih.

Menggunakan gula putih lebih sesuai untuk kek atau biskut yang berwarna cerah dan juga produk makanan yang memerlukan rasa yang lebih manis seperti kek span dan pastri manis.

YANG MANA SATU HENDAK DI PILIH?

IKLAN

Samada anda menggunakan gula putih atau gula perang, kesannya kepada kesihatan adalah serupa. Oleh itu pemilihan hanyalah berdasarkan rasa, warna dan tekstur makanan yang ingin dibuat. Walaupun gula perang mempunyai kandungan mineral yang lebih berbanding gula putih, tetapi jumlah kandungan mineral didalamnya terlalu kecil sehinggakan ia tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada kesihatan.

Gula adalah faktor risiko utama yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang berlaku sekarang seperti obesiti , diabetes, penyakit jantung , kanser dan sebagainya . Oleh kerana itu pengambilan gula perlu dikawal dan di kurangkan seminimum yang boleh iaitu kurang daripada 5 sudu teh sehari iaitu dalam anggaran kurang daripada 5% gula tambahan daripada jumlah kalori keseluruhan pemakanan seharian kita .

Pengambilan sekali sekala makanan manis bergula masih boleh diterima, tetapi penggunaan secara berterusan setiap hari akan menjadikan seseorang ketagih kepada rasa manis gula dan untuk jangkamasa panjang memudaratkan kesihatan .
Menggunakan alternatif gula perang menggantikan gula putih bukanlah satu alternatif yang sihat dan betul kerana kedua-duanya sebenarnya sama tentang kesan negatifnya kepada kesihatan. Penggunaan pemanis gantian seperti stevia atau lakanto adalah lebih baik dan lebih sihat.

KESIMPULAN

Gula perang dan gula putih adalah dua jenis gula yang sangat mudah diperolehi di pasaran. Walaupun terdapat perbezaan sedikit diantara keduanya dari aspek warna dan rasanya, tetapi kesannya kepada kesihatan adalah SAMA kerana kandungan nutrisi yang sama.

Pengambilan gula samada gula perang atau gula putih masih perlu kita hadkan dalam pengambilan makanan setiap hari untuk mengurangkan risiko jangkamasa panjang kepada kesihatan umumnya.
Tambahkan manis dalm senyuman, kurangkan manis dalam pemakanan, Insyaallah.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS,MSc(UCSI), MNM(ACNEM), FAGE

Rujukan:

1. https://www.ers.usda.gov/topics/crops/sugar-sweeteners/background/
2. https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/343930/nutrients
3. https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/468247/nutrients
4. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/B9780128022399000141
5. Barker AL, Dayan FE. Fate of Glyphosate during Production and Processing of Glyphosate-Resistant Sugar Beet ( Beta vulgaris). J Agric Food Chem. 2019 Feb 20;67(7):2061-2065. doi: 10.1021/acs.jafc.8b05672. Epub 2019 Feb 11.
6. Singh, Amandeep et al. “Phytochemical profile of sugarcane and its potential health aspects.” Pharmacognosy reviews vol. 9,17 (2015): 45-54. doi:10.4103/0973-7847.156340
7. Delli Bovi, Anna Pia et al. “Obesity and Obesity Related Diseases, Sugar Consumption and Bad Oral Health: A Fatal Epidemic Mixtures: The Pediatric and Odontologist Point of View.” Translational medicine @ UniSa vol. 16 11-16. 1 Jul. 2017
8. DiNicolantonio, James J, and James H OKeefe. “Added sugars drive coronary heart disease via insulin resistance and hyperinsulinaemia: a new paradigm.” Open heart vol. 4,2 e000729. 29 Nov. 2017, doi:10.1136/openhrt-2017-000729
9. Yang Q, Zhang Z, Gregg EW et al. Added sugar intake and cardiovascular diseases mortality among US adults. JAMA Intern Med. 2014 Apr;174(4):516-24. doi: 10.1001/jamainternmed.2013.13563.
10. Rippe JM, Angelopoulos TJ. Sugars and Health Controversies: What Does the Science Say?. Adv Nutr. 2015;6(4):493S–503S. Published 2015 Jul 7. doi:10.3945/an.114.007195.
11. Bhardwaj, Bhaskar et al. “Death by Carbs: Added Sugars and Refined Carbohydrates Cause Diabetes and Cardiovascular Disease in Asian Indians.” Missouri medicine vol. 113,5 (2016): 395-400.

sumber : Dr Norman Norawi

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI