Bila habis makan makan tengahari, mula la fikir untuk menu makan petang. Nak-nak lagi bila orang dalam rumah memang jenis suka makan, jadi seronok lah ibu-ibu tu nak masak bila datang mood rajin tu. Kan?
Yang mana dok memikir nak masak apa untuk menu petang tu, apa kata jom buat apam mudah je yang orang dulu-dulu suka buat, iaitu apam gula merah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Siti Zubaidah. Jom cuba!
Apam Kampung Gula Merah
Sebab malas nak potong2, masuk dalam acu terus..siap dah sejuk boleh packing..resepi guna resepi arwah mak, tapi sama mcm yg kawan2 pernah share dalam ni jugak..
Ads
Bahan-bahannya :-
3 cawan Tepung Gandum
1 cawan Gula Merah
4 sudu makan Gula
2 cawan Air
2 sudu kecil yis
Cara-caranya :-
Ads
– Satukan semua bahan dalam satu bekas, kacau hingga rata.
– Kemudian perap selama satu jam, atau sampai adunan dah naik hingga sekali ganda.
– Sebelum masukkan adunan ke dalam acuan, oleskan bekas menggunakan minyak.
Ads
– Tips nak dapat atas yang cantik tu, lepas dah isi dalam acuan, biarkan sekejap sambil tggu air kukus mendidih, kemudian mula kukus selama 15 minit.
Lempeng kelapa atau dikenali sebagai ‘Peknga’ jika di negeri sebelah utara ini sememangnya sangat popular dan selalunya dihidangkan sebagai sarapan pagi atau minum petang.
Kali ini menu lempeng kelapa yang dikongsikan oleh Hamizah Othman merupakan versi yang sihat kerana menggunakan ‘chia seed’ sebagai bahan tambahan. Menurutnya, individu yang mempunyai penyakit diabetes juga sesuai untuk mencuba menu ini.
Lempeng Kelapa Sihat
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Campur adunan bagi sebati.
– Panaskan pan atau kuali dengan api yang perlahan.
– Letak minyak zaitun/minyak masak kalau suka.
– Sendukkan adunan. Ratakan tak nipis dan tak tebal.
– Bila dah agak masak, terbalikkan bahagian atas pula.
Seringkali juga ada yang kecewa setelah membeli buah tembikai bila dipotong isi di dalamnya tidak merah warnanya dan tidak manis pula rasanya. Malah semasa hendak membeli kita sudah beria-ria memilih. Angkat satu-satu buah tembikai yang ada siap ketuk-ketuk dengar bunyi buah tembikai yang ingin dibeli, tapi tetap juga tidak berhasil untuk mendapatkan buah tembikai yang manis dan enak rasanya.
Mungkin cara anda itu kurang tepat untuk kenal pasti kualiti buah tembikai, jadi apa kata anda perhatikan ciri-ciri ini sebelum membeli tembikai sebagaimana yang dikongsikan oleh saudara Zainal Hassan.
TIP MEMILIH TEMBIKAI
Jika line tembikai terlihat cantik, kemas dan tidak serabut itu bermakna antara ciri-ciri buah tembikai tersebut manis dan enak rasanya.
2. Tapak
Kemudian lihat juga pada bahagian bawah atau tapak buah tembikai. Sebaiknya pilih yang kecil kerana kebiasaanya tembikai yang mempunyai tapak yang kecil lebih manis rasanya.
3. Bentuk
Selain itu lihat juga berbezaan bentuk buah tembikai tersebut. Biasanya ada dua bentuk, iaitu sama ada bulat atau lonjong. Perbezaan keduanya dikatakan sebaiknya pilih yang berbentuk bulat kerana kebiasaanya yang bulat lebih manis berbanding yang lonjong. Pun begitu jika anda mahukan yang lebih berair tiada salahnya untuk memilih yang lonjong namun rasanya kurang sedikit manis berbanding bulat.
4. Tangkai
Bahagian tangkai tembikai juga boleh dijadikan sebagai panduan untuk memilih tembikai yang manis. Dikatakan tembikai yang mempunyai tangkai yang curly (kerinting) lebih manis berbanding yang mempunyai tangkai lurus.
Manakala contoh buah yang tidak manis adalah seperti gambar yang dikongsikan di bawah ini.
Lihat pada ciri utamanya, di mana line yang terbentuk tidak cantik dan berserabut.
Begitu juga dengan buah tembikai di atas ini, terlihat bahagian bawah tapaknya bersaiz besar. Jadi elakkan untuk membeli buah tembikai yang sebegini kerana rasanya kurang manis.
Begitu juga dengan jelas buah tembikai ini mempunyai tangkai yang lurus, itu adalah ciri buah tembikai yang tidak manis.
Secara mudahnya, sebelum membeli tembikai lihat 4 ciri utama buah tembikai tersebut, iaitu garisan, bentuk, tangkai dan tapak buah. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi panduan dan diharapkan selepas ini kita sudah bijak memilih dan bukannya pilih buah mengikut naluri atau agakan.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Pernah tak simpan makanan dalam peti dengan harapan nak makan kemudian, tetapi bila nak makan ehhh dah basi rupanya! Rasanya macam dah simpan elok-elok, tapi kenapa cepat basi eh?
Punca makanan basi adalah akibat pertumbuhan mikroorganisme seperti ragi, kulat dan bakteria yang akan membiak dan mengubah warna, tesktur, bau serta rasa sajian.
Setiap jenis makanan dan minuman mempunyai daya tahan yang berbeza bergantung kepada jenisnya juga. Ada yang boleh tahan lama atau cepat basi dan perlu dimakan dengan segera.
Dalam kes yang tertentu, wujud antara lain faktor yang akan jadi punca makanan basi lebih cepat!
Apa faktor sajian basi dengan lebih cepat?
Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas, ada faktor makanan basi dengan lebih cepat yang lain:
#1. Cara menyimpan yang ternyata salah
Punca utama makanan basi dengan lebih cepat adalah individu yang tidak tahu cara menyimpan makanan agar tidak basi yang betul. Ia adalah perkara yang paling penting.
Anda perlu kenal makanan mana yang perlu disimpan pada suhu sejuk atau sederhana. Dalam pada itu juga, jangan sesekali simpan makanan di tempat yang terlalu panas.
Antara tip penting lain dalam cara menyimpan makanan agar tidak basi yang betul adalah anda perlu mengasingkan makanan mengikut jenis seperti daging, buah atau sayur.
#2. Tempoh menyimpan yang terlalu lama
Selain daripada cara, tempoh menyimpan juga adalah sangat penting. Anda mungkin perlu untuk mengehadkan berapa lama ia boleh disimpan untuk dimakan sebelum ia menjadi basi.
Contohnya, anda mungkin boleh simpan sajian nasi dengan lauk dan ulam di dalam peti ais selama beberapa jam sahaja. Sila peka dengan waktu ia disimpan dan diambil.
Jika makanan itu telah basi, maka segera buang daripada simpanan anda agar ia tidak pula akan menjejaskan makanan-makanan lain yang disimpan di tempat sama dengannya.
#3. Menyimpan makanan yang panas dan bertutup
Satu kesilapan yang orang kita selalu buat adalah menyimpan makanan ketika ia masih panas dan bertutup. Sebenarnya, ia hanya akan buat wap air terperangkap.
Akibatnya, ragi, kulat atau bakteria akan dapat habitat yang sangat sesuai untuk tinggal yakni lembap dan hangat. Jadi, sila hindari daripada melakukan kesilapan ini untuk elak makanan menjadi basi.
#4. Paparan cahaya yang berlebihan
Siapa yang sangka bahawa paparan cahaya berlebihan daripada matahari atau lampu juga boleh jadi punca sajian basi dengan lebih cepat angkara proses photodegradation.
Meskipun lebih biasa berlaku pada bahan bukan makanan seperti hiasan atau lukisan, makanan juga ada risiko untuk mengalaminya lantas merosakkan ia dengan lebih cepat.
Disebabkan itu juga, logik peti ais adalah ia akan gelap apabila ditutup dan hanya terang apabila dibuka. Jadi, sila elak makanan anda daripada terkena paparan daripada cahaya.
#5. Suhu peti ais yang kurang sejuk
Tempat paling popular untuk menyimpan makanan adalah di dalam peti ais dengan alasan ia akan memperlahankan pertumbuhan mikroorganisme dan buat ia lambat basi.
Ya, ia mungkin benar jika suhunya berada pada kadar 4 darjah selsius ke bawah. Namun, jika ia lebih tinggi daripada itu, maka mikrorganisme masih mampu untuk membiak.
Pun begitu, suhu ini mungkin berbeza bergantung jenis makanan. Contohnya, hanya sumber daging yang perlu untuk disejukbekukan dan bukannya sayur serta buah segar.
Cara menyimpan makanan agar ia tidak basi?
Sebenarnya, ia tidak begitu sukar dan anda hanya perlu elak daripada melakukan 5 perkara penting di atas ini. Apa yang paling utama, semak label pada makanan untuk tahu cara tepat penyimpanannya.
Konklusinya, anda masih boleh menyimpan makanan dan minuman untuk diambil pada waktu akan datang. Cuma, anda kena tahu cara, tempoh, tempat dan suhu yang tepat.
Sumber: Hello Doktor
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari telah meninggal dunia pada Khamis di Hospital Ampang,...