Selalunya kalau makan di kedai terutamanya kedai makan thai, mesti akan order udang celup tepung kan? Atau udang ‘belon’ thai kerana rupanya kembung seperti belon. Bila makan tu, terasa rangup di luar dan lembut di dalam. Memang membangkit selera lah, lagi-lagi bila dicicah bersama sosnya yang manis masam.
Haa yang mana nak cuba buat sendiri tu, boleh la cuba resepi ni! Guna 4 bahan je tau… kahwinkan pula dengan tomyam dan telur dadar. Fuhhh terbaik. Jom cuba!
RESIPI UDANG BELON THAI
Bahan-bahannya:
– Udang
– Tepung blue key self raising flour (kotak warna pink)
– Telur
– Garam secukup rasa
Ads
– Air secukupnya
Cara-caranya:
1. Bersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan je.
2. Campur semua bahan-bahan yang lain. (tepung, telur, garam)
Ads
3. Masukkan air secukupnya. Taknak cair sangat, tak nak pekat sangat. Buat biar boleh lekat elok adunan tepung dengan udang.
4. Celup udang dalam adunan tepung kemudian goreng dalam minyak yang panas
Ads
5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.
Nota: Untuk hasilkan udang belon yang cantik boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang jadi tak perlu nak belah belakang udang tu.
Ahh jomm.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya kalau nak makan roti canai kita akan beli di kedai yang baru masak ataupun beli yang frozen. Kalau dapat yang sedap dan lembut memang tak cukup sebiji kan. Pernah tak ibu-ibu belajar buat sendiri?Jom cuba resipi yang sangat mudah ini dan guna bahan-bahan yang ringkas jer
Resepi ROTI CANAI
Bahan-bahan
3 cawan tepung gadum
1 hingga 1 1/2 cawan air
1 sudu besar marjerin
Garam secukup rasa
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak
Cara membuat nya:
1. Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
2. Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual) tp campur semuer kalau pakai mesin.
3. Campur minyak masak
4. Campur marjarin
Cara membuat:
Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat,
tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 10 roti canai)
Dan saluti dgn marjarin utk mengelakkan ia dari melekat.(maisya salut dengan minyak)
Tinggalkan selama 2 jam.
Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu…nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu
Di sini PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais
Kuih donat adalah antara menu hidangan yang sering menjadi pilihan anak-anak. Malah buat minum petang memang disukai ramai.
Selain beli dikedai, kuih donat ini sebenarnya membuatnya amat mudah. Sebagaimana resipi ini menggunakan bahan penyediaan secara sukatan. Sesuai sangat untuk yang baru nak cuba buat donat. Jom newbie cuba resipi ni. Memang jadi siap gebu gebas lagi!
Bahan-bahan lain:
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam halus
2 sd makan shortening
2 sd makan marjerin @ (kalau tak ada shortening boleh letak 3 sd makan marjerin, cairkan dan biar sejuk)
2@3 sudu makan susu tepung Nespray
1 sudu teh baking powder
1 sd teh Bread Softener @sebarang pelembut roti yang ada
Cara buat perapan yis
Satukan air suam dan gula, kacau hingga gula larut. Masukkan yis dan kacau-kacau sekejap, biarkan 15 minit atau hingga berbuih. Bila yis dah berbuih campurkan kuning telur dan kacau sebati siap.
Satukan semua bahan lain
Gaul rata hingga sebati tepung bersama bahan-bahan lain dalam bekas besar. Tuangkan perapan yis yang dah berbuih, gaul rata dan uli hingga sebati. Tambah sedikit air jika doh terlalu keras dan rasa berat. Kalau dah rasa ok tak perlu tambah air lagi, ikut tahap resapan tepung. Doh mesti lembut melekit-melekit sedikit.
Terus uli dengan cara tarik tolak doh seperti memberus baju hingga doh yang melekit bertukar menjadi licin. Boleh juga masukkan doh ke dalam plastik bersih dan ramas-ramas, sekali sekala picit-picit hingga doh menjadi licin dan tak melekit.
Keluarkan doh dari plastik dan terus uli lebih kurang setengah jam hingga doh licin, elastik dan terasa lembut ringan. Doh dah tak melekat-melekat pada tangan.
Tutup bekas doh dengan tudungnya atau kain lembap atau plastik. Perap doh lebih kurang 1 jam hingga naik 3 kali ganda.
Apabila doh dah cantik kembang, tekan-tekan atau tumbuk perlahan untuk buang angin dan bentukkan dengan bentuk disukai. Samada bentuk donat biasa, bentuk hati atau bentuk bunga. Sentiasa lumurkan tepung pada tangan supaya doh tak melekat pada tangan.
Dah siap bentuk rehatkan lebih kurang 30 minit, bergantung suhu ruang. Dulang bekas letak donat mesti ditabur tepung agar donat tidak melekat pada dasar apabila hendak digoreng. Jangan sampai doh terover kembang tau, nanti donat mengecut lembik dan serap banyak minyak bila digoreng.
Panaskan minyak dan goreng donat dengan api sederhana perlahan, balikkan sekali sekala sahaja hingga masak kedua-dua bahagian untuk dapatkan ring putih pada tepi donat.Jangan kerap balik-balikkan donat nanti hilang ring Putin tu.
Api pulak jangan kuat sangat nanti donat garing mengejut, luar nampak terlalu garing tapi dalam tak masak sepenuhnya. Ingat tu. Angkat donat dan toskan minyak, boleh lapik bekas dengan tisu dapur. Apabila donat dah suam bolehlah salutkan dengan gula, susu tepung+gula atau coklat.
GULA SALUT DONAT:
1/2 cawan Snow Powder @Dusting Powder
Sedikit gula castor
Satukan kedua-dua gula dan kacau rata. Letak donat dalam bekas besar bertutup rapat. Goncang perlahan-lahan hingga gula tersalut cantik.
Kredit: Zurina Kifli
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah tak, yakin je pilih bawang kat kedai konon luarannya ok, kiranya bawang tu tak busuk la. Sekali balik rumah nak guna, alah busuk juga rupanya. Alamak makcik terkono!
Haaaa yang mana masih lagi rasa diri failed bab nak pilih bawang tu, meh tengok tip nak pilih bawang oleh Rosie Zam yang sebetulnya. Tak ada la rasa duit tu membazir terbeli bawang yang busuk. Hehe.
Tip memilih bawang yang elok
1. Pangkalnya tidak busuk atau lembik.
2. Baunya tidak berubah. Kadang di luar nampak elok, tetapi di dalamnya busuk.
3. Tidak sedikit pun bahagian bawang itu berair.
Sekarang dah tahu kan. Ini tips pilih bawang bukan membawang tau! Dah alang-alang share pasal bawang, jom tengok cara buat bawang goreng rangup sendiri di rumah!
Petua dan cara yang betul membuat bawang goreng rangup
PETUA 1: PILIH BAWANG
Pastikan pilih bawang yang segar dan elakkan daripada memilih bawang yang lembik dan hampir busuk.
PETUA 2 : TOS HINGGA KERING
Bila bawang dicuci, pastikan selepas itu ditoskan hingga kering agar ketika digoreng tidak lembab dan dapat digoreng ranggup.
PETUA 3 :HIRIS NIPIS
Pastikan bawang dihiris nipis bagi memastikan ianya dapat digoreng sempurna.
PETUA 4 : TABURKAN GARAM
Menaburkan sedikit garam akan membuatkan bawang yang digoreng dapat mengekalkan kegaringan selain memberi rasa bawang goreng tersebut lebih enak.
Kuantiti garam jangan terlalu banyak, cukup sekadarnya bagi memastikan keaslian rasa bawang dapat dikekalkan.
PETUA 5 :GAUL BERSAMA TEPUNG
Taburkan tepung pada hirisan bawang juga dapat membantu menjadikan bawang yang digoreng menjadi ranggup dan enak dimakan.
Pilihan tepung pula bervariasi, boleh gunakan sama ada tepung gandum, tepung beras mahupun tepung jagung. Setiap jenis tepung mempunyai tekstur dan hasil tersendiri.
PETUA 6 : MINYAK YANG BANYAK
Pastikan semasa menggoreng, minyak diisi penuh di dalam kuali. Ini bagi memastikan bawang dapat digoreng sempurna.
PETUA 7 : API SEDERHANA
Kawalan api juga sangat penting. Sebaiknya guna api sederhana dan bukannya api yang besar atau kecil. Bila kekuningan barulah dikaub balik bagi memastikan bawang masak sekata dan sempurna.
PETUA 8 : SIMPAN
Selepas digoreng biarkan seketika hingga benar-benar sejuk. Untuk cara yang lebih berkesan, letakkan bawang goreng di atas kertas tisu agar minyak yang berlebihan dapat diserap sepenuhnya.
Kemudian pastikan bawang goreng disimpan di dalam bekas kedap udara.
Praktis 8 petua ini akan menjadikan bawang yang digoreng terasa begitu enak dan kekal ranggup untuk dimakan pada bila-bila masa. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.