Sebenarnya mengemop lantai pun ada caranya dan bukan hanya bergantung kepada pencuci yang mahal semata-mata. Guna apa yang ada di rumah tetapi berkesan, barulah lantai lebih bersih, licin dan berkilat. Ini yang disarankan untuk pastikan lantai lebih bersih.
Anda perlulah mencuba tip yang diberikan ini. Selain harum insyaallah lantai anda juga kekal bersih untuk tempoh yang lama.
Mulakan langkah dengan menyapu seluruh kawasan rumah dengan bersih. Pastikan setiap habuk, sampah terutamanya helaian rambut yang gugur dikumpulkan terlebih dahulu. Ini penting supaya proses mengemop tidak terganggu.
Ads
Langkah 1 -Air Panas & Cuka
Sediakan air rendaman berisi air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Mopkan keseluruh lantai dengan bancuhan air ini. Pastikan mop dikembangkan ketika proses mengemop. Biarkan seketika sehingga kering.Langkah 2 – Cecair Peluntur
Jika suka anda boleh juga menggunakan cecair peluntur seperti Clorox dalam bancuhan namun gunakan sedikit sahaja kerana ia meninggalkan bau yang agak kuat. Pastikan ia diletakkan sedikit sahaja dan moplah seperti biasa. Biarkan kering.
Langkah 3 – Pencuci Harum
Kemudian buat bancuhan air bersama pencuci lantai yang ada dipasaran. Pastikan pencuci ini jangan tersalah beli. Belilah pencuci yang harum seperti berbau bungaan seperti ros atau lemon. Ada sesetengah bau pencuci lantai yang berbau kurang enak dan buat kita rasa tidak selesa. Mopkan keseluruhan lantai dengan sekali cucian sahaja dan biarkan kering.
Ads
Langkah 4 – Air Bersih
Akhir sekali barulah dibilas dengan air bersih ke seluruh lantai. Pastikan penggunaan air bersih tanpa apa-apa bahan. Moplah seperti biasa dan biarkan hingga kering. Hasilnya lantai anda bukan hanya harum malah licin dan bersih.
Tip
* Pastikan proses mengemop dimulakan dengan bahagian bilik terlebih dahulu dan diakhiri dengan kawasan dapur.
* Anda boleh juga menggunakan bancuhan lain khusus untuk dapur kerana kawasan ini luar biasa minyaknya.
* Pastikan mop dikembangkan dengan tepat supaya lebih membantu anda melakukan kerja dengan lebih cepat dan sekata.
* Buka kipas pada volume yang tinggi supaya lebih cepat kering.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mengetahui pasangan berlaku curang memang satu perkara yang menyakitkan hati. Hati mana yang tidak terluka dan rasa tertipu bila mengetahui kepercayaan dan kesetiaan yang diberikan dibalas dengan kecurangan.
Zaman sekarang pelbagai masalah rumah tangga dipaparkan berbanding zaman atuk nenek kita dulu yang kekal sampai hujung usia.
Seberapa banyak pun pengorbanan seorang isteri seolah tak nampak di mata, melahir anak setengah nyawa, sedia makan minum,dan sebagainya namun masih ada suami yang tetap nak cari lain. Apa sebenarnya yang diingini oleh kaum lelaki bergelar suami?
Wanita bernama Nadia Hazmi menerusi catatannya di laman facebook berkongsi pandangan mengenai hal ini.
RESEPI BUBUR KELADI SEDAP MENYENGAT “Tv3 Asyik Tayang Drama Penyondol Je Dah Tak Ada Cerita Lain Ke?” “Isteri dah cantik, anak comel2 berderet.. tapi kenapa masih nak cari yg lain..” Itu persoalan yang sering bergelintar di wall FB sejak fenomena HUSNA beberapa minggu lepas.. kak Nad yg tak pernah layan drama2 melayu ni pun jadi tergerak nak tengok kesan dari bahang si husna tu.. tak la tengok semua episode tapi curi2 5-10 min setiap slot, dari Jangan Benci CIntaku, Cinta Bukan Kristal, sampai la ke Villa Ghazara semalam.. plot cerita hampir sama la kan seperti semua sedia maklum. Tapi kak nad lebih suka tgk cerita Hantu Kak Limah la..
Yang di highlight oleh bawangs rangers ni tetap si Penyondol.. tapi sedar tak sedar.. si LELAKI seolah tak apa2 pulak.. sedangkan “Tetamu tak akan masuk kalau pintu tak di buka”.. faham tak? Apa sebenarnya lelaki nak? Seberapa banyak pun pengorbanan seorang isteri seolah tak nampak di mata, melahir anak setengah nyawa, sedia makan minum, tolong flush jamban lepas berak, sarungkan stokin, cabutkan uban.. tapi still laki nak cari lain. Persamaan antara shot Cinta Bukan Kristal dgn Hantu Kak Limah seperti gambar dibawah, yg kak nad tertengok dulu, waktu ni.. laki dia mintak bini dia masakkan bubur keladi, waktu tu bini tgh main wasap ke mobile lejen, dan bini tgh sibuk sambung belajar ke kerja apa waktu tu.. bini ckp “Ok bang nanti saya buatkan”.. lepastu laki dia jawab dgn sinis.. “awak tau kan saya tak pernah suka bubur keladi”.. lalu si bini terkezut dan baru sedar yg dia lupa suaminya tak suka makan benda tu..
Berbeza pula dgn abg Khuda dan kak limah.. kenapa abg Khuda sanggup beristerikan kak limah yg jauh lebih tua darinya, sbb kak limah padai masak bubur keladi yg tersangat lah sedap sampaikan itu je lah point dia bgtau kat member2 ajak naik rumah.. sampaikan Nayan, Yeh, Hussein dan Wani pun tergilakan bubur keladi kak limah..
Dari sini kita dpt lihat, bukan sekadar bubur keladi yg jadi punca, tapi sentuhan lemah gemalai kak limah masak dgn penuh kasih syg, lemah lembut layanan dan klasiknya nilai cinta tu dpt ditafsirkan berbanding disuruh masak bubur keladi secara arahan.
Betul, kak limah duduk kampung takda kerja lain nak buat.. tapi Sofea bini Adrian wanita bekerjaya dan educated yg tanpa sedar ‘lalai’ terhadap layanannya terhadap suami kerana kesibukan duniawi. Macam tu lah beza rumah tangga atuk nenek kita dulu yg kekal sampai hujung usia berbanding dgn kita sebagai pasangan era baru.. kaum isteri lebih ‘educaated dan bekerjaya. Ambil alih tanggungjawab suami secara tak sedar. Lebih dominan dan indipenden.
Lelaki sebenarnya perlukan PERHATIAN. Lelaki ada 1 nafsu, tetapi wanita ada 9 nafsu, 9 nafsu tu bukan ada hanya pada kita sebagai isteri kerana 9 nafsu telah dibahagi2 kepada komitmen dan tanggung jawab rumah tangga dan urusan anak2, tapi 9 nafsu tu juga ada pada mereka yg digelar ‘penyondol’ tersebut, yg ingin untuk memenuhi 9 lagi ruang kosong di hati suami. Kerana mereka biasanya tak ada benda nak buat (kalau single). Kalau bini org, 9 nafsu mereka pula tidak dipenuhi oleh si suami sedia ada. Maka “Ruang Kosong” inilah yg menjadi persolan dan punca sebenarnya, tambah pula bagi hati kosong yg tidak di penuhi IMAN. Hal ini selalu ditidakkan oleh pasangan2 kerana sering merasakan diri sempurna dan dah melengkapi segalanya.. contoh, bila Fika pegi study kt Perth, bila Sofea sibuk sambung study n kerja, dan bila hantu Kak Limah balik rumah.. ?
Villa Ghazara pula kisah pakcik tua kaya yg ada anak ramai, isteri cantik dan baik tp dah berusia.. pakcik tu simpan bini muda kat apartment mewah ngadap KLCC. Bini muda jadi tempat dia meluah rasa bila ada masalah tentang anak2 dan kehidupan dgn isteri tua. Tapi dia tetap la sayang isteri tua sampai isteri muda sikit pun tak boleh sentuh bab berkongsi kasih dgn yg tua sbb dah byk pengorbanannya selama hidup dengan pakcik tua tu.. nampak? Dia kesal, sedar dan sayang mcmana pun pada isteri tua dan cukup segalanya namun tetap menduakan isteri dibelakangnya. Itulah lelaki. Tapi lelaki jarang nak up status FB nak kata nak komplen isteri mereka itu dan ini malahan tak ada pula yg membela nasib Shah, Adrian dan Mustafa Kamal. Itu kelebihan mereka. Berbanding kita isteri ni, laki tak ingat besday dan anniversary pun meroyan bagitau satu dunia. Bising2 marah kat husna. Kesian kt org nama husna.. heee
Jadi apa sebenarnya mereka mahukan? Isteri dari lahiriahnya sanggup berkorban jiwa dan raga demi kebahagiaan semua. Sebab itulah setelah berkahwinnya seorang gadis, “syurga adalah di bawah tapak kaki suami”.. bukan lagi ibu. Kerana harga syurga bukannya murah.. untuk ke syurga juga tak mudah… jadi, bertabahlah. Untung mereka yg diduakan tapi tidak dipijak ditendang si suami. Untung mereka yg disepak terajang tapi tak diduakan. Untung mereka yg suaminya soleh tapi berat untuk berpoligami. Semua ada bahagian masing2, ada kelebihan dan kelemahan masing2 yg harus dilengkapi, disempurnakan. Itu realiti drama dalam pentas kehidupan.. Bukan salah TV3 siar kisah tu.. ambil iktibar. ? Tapi ingat.. “Tetamu tak akan masuk kalau pintu tak di buka”.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tular di media sosial premis gedung pasaraya besar Mydin “dirompak” oleh mangsa banjir susulan kekurangan bekalan makanan dan sebagainya dan kekangan mendapatkan bantuan asas.
Ekoran daripada Itu, Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin menghalalkan mereka yang melakukan perkara tersebut demi kelangsungan hidup.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ameer menjelaskan beliau tidak menyokong perbuatan mencuri, namun dalam keadaan darurat, mungkin mangsa banjir tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut.
“Saya ingin memberi maklum balas mengenai insiden pecah masuk ke premis Mydin Mart yang hangat dibincangkan di media sosial, media tempatan dan sebagainya.
“Sejujurnya saya tidak menyokong perbuatan mencuri, namun dalam keadaan darurat mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.
“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, beliau turut menzahirkan rasa simpati dengan insiden bencana banjir teruk yang melanda terutama ketika negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19.
Cawangan Mydin Mart, Sri Muda, Shah Alam turut musnah akibat banjir pada 18 Disember 2021 dan mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.
Beliau turut memohon rakyat Malaysia untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT agar mangsa terselamat dan bencana banjir dan pandemik pulih seperti biasa.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.