Ramai yang suka berkebun di halaman rumah tentu puas hati apabila hasil tanaman menjadi. Namun bagi yang tinggal di kediaman di bertingkat seperti apartment atau kondominium juga boleh berbuat demikian.
Pelbagai kaedah yang digunakan untuk memastikan tanaman menjadi antaranya mengikut kaedah hidroponik. Sebagaimana perkongsian Amara Ann Kasim yang menunjukkan kotak polisterin, cawan mi segera, bekas yogurt dan bekas aiskrim untuk penanaman sayuran seperti sawi, salad dan sayur kailan.
Seterusnya ikuti perkongsiannya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Di sebabkan ramai yang tanya cara saya tanam guna kaedah hidroponik guna bekas terpakai saya sharekan sini caranya.
Untuk lebih faham di setiap gambar ada penerangan dia dan video dia sekali. Saya pun baru berjinak-jinak tanam guna kaedah ni. Pertama kali mencuba alhamdulilah menjadi.
Saya banyak belajar dari pemerhatian di youtube dan dari sharing kawan-kawan dalam group kebun.
KAEDAH TANAMAN
JENIS BAJA
Ads
Saya menggunakan air baja ab. Sukatan dia bergantung kepada seller yang menjual baja ab tu. Jenama baja ab apa-apa pun boleh guna dengan sukatan yang betul.
Baja saya beli sini 👉🏻 https://shope.ee/5pVe0oXA5A
Saya juga menggunakan medium cocopeat campur tanah hitam sikit dlm pot tanaman saya berfungsi untuk pegang anak pokok yang masih kecil. Jadi guna apa yang sedia ada je.
JENIS TANAH
Cocopeat saya selalu beli sini 👉🏻 https://shope.ee/3V7jEgOo1R (30 sen)
BEKAS
Ads
Bekas tanaman saya guna bekas aiskrim, meggi cup dan pot dia saya guna bekas yougart je dan apa-apa bekas pon boleh.
RUMAH TINGKAT 4 TANAM DI BALKONI
Saya tanam di balkoni rumah tingkat 4 je. Balkoni depan kena cahaya pagi sahaja. Dari kul 8-11am. Balkoni belakang dari kul 2.30-6pm je. Yang penting ada ABC (air,baja,cahaya)
Saya harap perkongsian saya ni memberikan sedikit sebanyak ilmu yang boleh di -manfaatkan bersama-sama rakan-rakan kebun yang rasa-rasa baru nak berjinak-jinak nak bertanam.
Jangan mudah putus asa. Cuma doakan saya di murahkan rezeki dan di permudahkan segala urusan.
Terima kasih sahabat kebun yang sudi beri tunjuk ajar pada saya sebelum ini. Selamat berkebun semua. Ilmu yang bermanfaat elok di kongsi bersama.
Setiap pasangan suami isteri pastinya inginkan kebahagian yang berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Namun kadang kala sikap pasangan yang membuatkan rumahtangga yang dibenar menjadi kelam dan mudah dibadai ombak.
Bagaimanapun, tidak dinafikan bergelar isteri menuntut kesabaran dalam melayari bahtera bersama suami. Malah pelbagai dugaan yang mendatang. Apa yang pasti, seorang isteri itu perlu bersikap sabar dalam cabaran dalam rumahtangganya.
Perkongsian puan Felinna Fattah mengenai kisah sikap isteri yang harus menyantuni suami adalah kunci kebahagiaan.
Isteri suka betul merungut. Jadi Isteri ni sangatlah susah. Ya susah. Cakap banyak pun susah, berleter banyak pun susah, diam pun susah.
Ada banyak faktor suami akan stress dengan isteri. Terlalu meminta minta, terlalu memaksa, terlalu kuat melenting, terlalu mudah bersangka sangka semua ni buat suami cuba cari jalan menjauhi isteri mereka.
Then ini akan buat isteri lagi stress… lagi banyak pula dia berleter, dan lagi jauh suami lari….
Ini antara masalah yg kakfel selalu dengar sebab isteri main dengan emosi. Kita wanita ni kan sangat “fragile” dan mahu difahami.
Sebenarnya.. inilah hak kita wanita untuk mendapat perhatian suami, mendapat masa suami dan of course supaya suami laksanakan tanggungjawab sebagai suami.
Kita berhak… dan kita layak… sebab kita tulang belakang mereka. kita wajib usaha dapatkan.
Jadi isteri kena sabar
Tapi berbalik kepada perjuangan kita untuk mendapatkan hak. Ada pelbagai cara boleh kita buat. DENGAN SABAR. Kakfel ulang sabar.. bermaksud ulang ulang ulang…. hingga suami sedar.
Trust me .. memerli suami, memeperkecilkan usaha suami mencapai cita cita, menceritakan kelemahan suami kepada kawan kawan dan keluarga akan hanya menjauhkan suami dari kita.
Kita rasa kita hebat berniaga, idea kita hebat, pendapat kita power… kita pandang rendah impian suami.
Trust me…
Suami akan terbeban dan akan mula mencari ruang menjauhkan diri dan bercerita di luar untuk meleraikan kekusutan yg ada.
Kita tak sedar sikap suami datang dari sikap Kita.
Sebab tu berbalik institusi kekeluargaan. Kesefahaman adalah “game” yg paling susah.
Kadang kita nampak suami jauhi kita dengan kesibukan , taknak layan anak , taknak pergi keluar dengan kita sebab dia “SIBUK” maka kita seronok salahkan org sana sini akan isu itu.
Tetapi hakikat.. suami terpaksa “SIBUK” kan diri utk jauh dari beberapa perkara yg dia benci.
Kakfel hadapi kes macam ni banyak kali. Since kakfel nak sama samaa kita jadi lebih baik termasuk kakfel yg jahil ni.
Isteri kena buat suami rasa tak sabar nak balik rumah
Dan kakfel sgt percaya isteri yg memahami akan buat suami rasa tak sabar nak balik rumah and plan pelbagai utk gembirakan isteri. Kakfel lihat sendiri di kalangan pekerja kakfel sikap ini.
Apa kata malam ni, start harini.. instead memaksa suami berubah ikut apa kita nak. Kita berubah ikut apa suami nak dan mula memahami tanpa memikirkan emosi.
Rumahtangga dibina bukan berdasar siapa betul siapa salah dan ego siapa menang. Ianya melibatkan pengorbanan yg tinggi.
Then syaitan hasut “Kakfel tak layak cerita pasal pengorbanan rezeki kakfel dapat suami Rafie Ramli mmg baik dan memahami . “
Ha ah.. suami baik lepas kakfel redha duduk rumah mak 1 tahun, kakfel redha kerja dia masih tunggang langgang, kakfel tak pernah bising awal dulu dia tinggal kakfel ambik gambar jauh jauh, kakfel support setiap impian dia hingga dia sendiri nampak dan terbuka hati utk terjun bisnes sama sama suami isteri.
Kakfel tak pernah paksa dia…. ini yg dr dulu kakfel buat. Orang nampak kakfel keras.. tapi dengan suami kakfel letak darjat dia dalam level tertinggi.
Dia nak keluar dia boleh keluar.. tapi dia tak nak keluar. Dia pula terfikir.. dah cukup memahami isteri aku ni apa aku nak lagi.
So setiap masa lapang dia tak pikir nak buat benda lain selain bersama isteri.
Kakfel sentiasa sedar.. kita wanita masih kekal menjadi number 2 dalam institusi keluarga. Suami masih ketua.
Lelaki yg dilembutkan dengn kekerasan tidak akan mampu keluar menjadi BINTANG yg hebat.
Suami ini dilahirkan sebagai khalifah, jiwa pemimpin mereka tinggi, tanggungjawab mereka besar, mereka tetap perlu menjawab apa mereka perjuang kepada agama.
Sebab tu ada suami yg keluar 44 hari tinggal anak Isteri utk Agama .
Tapi itu TETAP BUKAN ALASAN TAK JAGA ISTERI YA SUAMI ! Itu salah.. buat apa pun biarlah Adil.
Nak bagi suami adil ni la cabaran kita wanita.
Sebab tu org cakap berdirinya seorang lelaki yg hebat dengan adanya wanita yg lebih hebat di belakang.
Kalau suami tak boleh bimbing kita , sabar ini mungkin bahagian kita Allah nak uji utk jalan ke syurga. So biarlah kita bimbing mereka tanpa mereka sedar.
Berlapang dada wanita.. bukan Islam tak bagi Hak yg adil pada kita. Tapi Islam sangat menjaga kita wanita sebab itu kita diberikan tanggungjawab besar utk “BERSABAR” tambahan lagi dengan lelaki yg mungkin kurang emosi tapi Ego nya meninggi.
Sabarlah … sabar itu manis. Selagi kita habisan salahkan keadaan dan org lain.. kita terlupa selak kain sendiri selagi itu kita takkan jumpa apa apa solusi.
Jom jadi isteri solehah dan menenangkan…nak dengar takpa taknak pun takpa nasihat kakfel yg dah nak masuk 9 tahun kahwin.
But… trust me. Kami yg jumpa hari hari ni hadapi lebih banyak ujian yg uolls takleh bayang.. ?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap wanita pastinya mengimpikan kehidupan berumah tangga yang bahagia, punya suami dan anak-anak di sisi. Namun, bahagia itu tak semua mampu kecapi. Dugaan dan ujian yang diberikan oleh Sang Pencipta berbeza-beza.
Ada orang bahagia dikurniakan keluarga lengkap dengan suami dan anak, ada pula bahagia biarpun hanya anak-anak di sisi. Tak kurang juga ada yang mencipta bahagia biarpun tidak dikurniakan cahaya mata.
Setiap satunya punya jalan cerita yang dicipta Dia Yang Satu. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Pengarah, penerbit dan juga pelakon terkenal, Erma Fatima dalam satu perkongsian di instagramnya baru-baru ini meluahkan isi yang cukup menyentuh hati.
Perkongsian itu dimuat naik usai menghadiri majlis ‘baby shower’ yang dianjurkan khas buat rakannya Vie Shanti Khan. Dalam majlis tersebut, Erma tidak melepaskan peluang bergambar sambil mengusap perut usahawanita tersebut.
Beliau kemudiannya memuat naik video berkenaan dengan kapsyen yang cukup menjentik hati netizen.
Aku jadi cemburu setiap kali melihat wanita hamil. Satu2nya anugerah Allah buat seorang wanita yang tidak akan dapat aku nikmati hinggalah akhir nyawaku.
Betapa beruntungnya kau @vieshantiekhan menjadi seorang wanita sejati.. mendapat suami yg mencintai kau..memiliki zuriat yg menjadi simbol pada kebahagiaan kalian.
DAN mendapat anak2 yg selamanya akan menghargai kau sebagai ibu yang melahirkan mereka. Congrats adik ku…
Umum mengetahui, beliau sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Badaruddin Azmi pada tahun 1991. Namun pasangan ini mengambil keputusan berpisah selepas 26 tahun hidup bersama. Mereka tidak dikurniakan anak tetapi mempunyai lima orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 25, Ahmad Arir, 23, Ahmad Aifin, 21, dan Nurain, 12 juga Citra.
Luahan hati Erma Fatima turut mengundang sebak di hati ramai pihak termasuklah rakan selebriti. Masing-masing turut memberikan kata-kata semangat buat pengarah ini.
Berita baik buat pengguna lebuh raya di seluruh negara! Selama dua hari penguna bakal menikmati pengecualian tol pada 23 dan 24 Disember ini bersempena sambutan Hari Krismas.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa tol percuma ini akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam Isnin (23 Disember) sehingga 11.59 malam Selasa (24 Disember).
Namun begitu, pengecualian ini hanya diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) di semua plaza tol kecuali di plaza tol sempadan negara, iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Johor Darul Takzim.
Menurut beliau, pemberian tol percuma ini adalah sebahagian daripada aspirasi “Madani di Hati, Rakyat Disantuni” yang dibawa oleh Kerajaan Madani sempena perayaan Hari Krismas 2024.
“Implikasi kewangan yang ditanggung kerajaan bagi membayar balik kepada syarikat konsesi tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM38 juta,” katanya.
Sehubungan dengan itu, Nanta berharap pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan pengecualian tol itu dengan sebaik-baiknya dan merancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa musim cuti.
Beliau menyarankan agar pengguna mematuhi jadual waktu perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA) yang dicadangkan bagi memastikan keselamatan pemanduan terjamin. Langkah ini penting untuk memastikan semua pengguna lebuh raya dapat tiba di destinasi masing-masing dengan selamat, sekaligus menjadikan sambutan perayaan kali ini lebih bermakna.
“Pengguna juga dinasihatkan untuk menjaga kesihatan dan kesegaran tubuh badan bagi pengalaman pemanduan yang selamat, memastikan kondisi kenderaan dan tayar kenderaan sentiasa baik serta baki kad Touch ‘n Go serta eWallet yang mencukupi.
“Semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi arahan papan tanda dan maklumat yang dipaparkan di Variable Message System (VMS). Penunggang motosikal juga dinasihatkan untuk berhati-hati terutama semasa trafik tinggi di lebuh raya,” katanya.
Nanta turut menyarankan pengguna lebuh raya untuk menyemak status trafik semasa atau sebarang insiden di lebuh raya yang dikemas kini melalui media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook (Lembaga Lebuhraya Malaysia), aplikasi X (@LLMtrafik) serta TikTok (@llmtrafik).
Beliau turut memaklumkan bahawa pengguna lebuh raya boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai trafik atau sebarang bantuan yang diperlukan.
“Selain itu, pengguna juga boleh mengakses paparan CCTV di semua lebuh raya melalui laman sesawang LLM di https://www.llm.gov.my untuk mengetahui keadaan trafik semasa. Maklumat trafik terkini juga boleh diperoleh melalui WhatsApp Channel LLM Info Trafik,” tambahnya.
Wanita TTC 10 tahun mohon doa agar dikurniakan zuriat pada 10 malam terakhir Ramadan menarik perhatian ramai apabila komen penuh kasih daripada TokTi mengundang sebak warganet.