Setiap pasangan suami isteri pastinya inginkan kebahagian yang berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Namun kadang kala sikap pasangan yang membuatkan rumahtangga yang dibenar menjadi kelam dan mudah dibadai ombak.

Bagaimanapun, tidak dinafikan bergelar isteri menuntut kesabaran dalam melayari bahtera bersama suami. Malah pelbagai dugaan yang mendatang. Apa yang pasti, seorang isteri itu perlu bersikap sabar dalam cabaran dalam rumahtangganya.

Perkongsian puan Felinna Fattah  mengenai kisah sikap isteri yang harus menyantuni suami adalah kunci kebahagiaan.

“Isteri Yang Memahami Akan Membuat Suami Tak Sabar Untuk Pulang Ke Rumah.” Perkongsian Yang Bermanfaat Untuk Kebahagiaan Rumahtangga

Isteri suka betul merungut. Jadi Isteri ni sangatlah susah. Ya susah. Cakap banyak pun susah, berleter banyak pun susah, diam pun susah.

Ada banyak faktor suami akan stress dengan isteri. Terlalu meminta minta, terlalu memaksa, terlalu kuat melenting, terlalu mudah bersangka sangka semua ni buat suami cuba cari jalan menjauhi isteri mereka.

Then ini akan buat isteri lagi stress… lagi banyak pula dia berleter, dan lagi jauh suami lari….

Ini antara masalah yg kakfel selalu dengar sebab isteri main dengan emosi. Kita wanita ni kan sangat “fragile” dan mahu difahami.

Sebenarnya.. inilah hak kita wanita untuk mendapat perhatian suami, mendapat masa suami dan of course supaya suami laksanakan tanggungjawab sebagai suami.

Kita berhak… dan kita layak… sebab kita tulang belakang mereka. kita wajib usaha dapatkan.

Jadi isteri kena sabar

“Isteri Yang Memahami Akan Membuat Suami Tak Sabar Untuk Pulang Ke Rumah.” Perkongsian Yang Bermanfaat Untuk Kebahagiaan Rumahtangga

Tapi berbalik kepada perjuangan kita untuk mendapatkan hak. Ada pelbagai cara boleh kita buat. DENGAN SABAR. Kakfel ulang sabar.. bermaksud ulang ulang ulang…. hingga suami sedar.

Trust me .. 
memerli suami, memeperkecilkan usaha suami mencapai cita cita, menceritakan kelemahan suami kepada kawan kawan dan keluarga akan hanya menjauhkan suami dari kita.

IKLAN

Kita rasa kita hebat berniaga, idea kita hebat, pendapat kita power… kita pandang rendah impian suami.

Trust me…

Suami akan terbeban dan akan mula mencari ruang menjauhkan diri dan bercerita di luar untuk meleraikan kekusutan yg ada.

Kita tak sedar sikap suami datang dari sikap Kita.

Sebab tu berbalik institusi kekeluargaan. Kesefahaman adalah “game” yg paling susah.

Kadang kita nampak suami jauhi kita dengan kesibukan , taknak layan anak , taknak pergi keluar dengan kita sebab dia “SIBUK” maka kita seronok salahkan org sana sini akan isu itu.

Tetapi hakikat.. suami terpaksa “SIBUK” kan diri utk jauh dari beberapa perkara yg dia benci.

Kakfel hadapi kes macam ni banyak kali. Since kakfel nak sama samaa kita jadi lebih baik termasuk kakfel yg jahil ni.

Isteri kena buat suami rasa tak sabar nak balik rumah

IKLAN

“Isteri Yang Memahami Akan Membuat Suami Tak Sabar Untuk Pulang Ke Rumah.” Perkongsian Yang Bermanfaat Untuk Kebahagiaan Rumahtangga

Dan kakfel sgt percaya isteri yg memahami akan buat suami rasa tak sabar nak balik rumah and plan pelbagai utk gembirakan isteri. Kakfel lihat sendiri di kalangan pekerja kakfel sikap ini.

Apa kata malam ni, start harini.. instead memaksa suami berubah ikut apa kita nak. Kita berubah ikut apa suami nak dan mula memahami tanpa memikirkan emosi.

Rumahtangga dibina bukan berdasar siapa betul siapa salah dan ego siapa menang. Ianya melibatkan pengorbanan yg tinggi.

Then syaitan hasut
“Kakfel tak layak cerita pasal pengorbanan rezeki kakfel dapat suami Rafie Ramli mmg baik dan memahami . “

Ha ah.. suami baik lepas kakfel redha duduk rumah mak 1 tahun, kakfel redha kerja dia masih tunggang langgang, kakfel tak pernah bising awal dulu dia tinggal kakfel ambik gambar jauh jauh, kakfel support setiap impian dia hingga dia sendiri nampak dan terbuka hati utk terjun bisnes sama sama suami isteri.

Kakfel tak pernah paksa dia…. ini yg dr dulu kakfel buat. Orang nampak kakfel keras.. tapi dengan suami kakfel letak darjat dia dalam level tertinggi.

Dia nak keluar dia boleh keluar.. tapi dia tak nak keluar. Dia pula terfikir.. dah cukup memahami isteri aku ni apa aku nak lagi.

IKLAN

So setiap masa lapang dia tak pikir nak buat benda lain selain bersama isteri.

Kakfel sentiasa sedar.. kita wanita masih kekal menjadi number 2 dalam institusi keluarga. Suami masih ketua.

Lelaki yg dilembutkan dengn kekerasan tidak akan mampu keluar menjadi BINTANG yg hebat.

Suami ini dilahirkan sebagai khalifah, jiwa pemimpin mereka tinggi, tanggungjawab mereka besar, mereka tetap perlu menjawab apa mereka perjuang kepada agama.

Sebab tu ada suami yg keluar 44 hari tinggal anak Isteri utk Agama .

Tapi itu TETAP BUKAN ALASAN TAK JAGA ISTERI YA SUAMI ! Itu salah.. buat apa pun biarlah Adil.

Nak bagi suami adil ni la cabaran kita wanita.

Sebab tu org cakap berdirinya seorang lelaki yg hebat dengan adanya wanita yg lebih hebat di belakang.

Kalau suami tak boleh bimbing kita , sabar ini mungkin bahagian kita Allah nak uji utk jalan ke syurga. So biarlah kita bimbing mereka tanpa mereka sedar.

Berlapang dada wanita.. bukan Islam tak bagi Hak yg adil pada kita. Tapi Islam sangat menjaga kita wanita sebab itu kita diberikan tanggungjawab besar utk “BERSABAR” tambahan lagi dengan lelaki yg mungkin kurang emosi tapi Ego nya meninggi.

Sabarlah … sabar itu manis. Selagi kita habisan salahkan keadaan dan org lain.. kita terlupa selak kain sendiri selagi itu kita takkan jumpa apa apa solusi.

Jom jadi isteri solehah dan menenangkan…nak dengar takpa taknak pun takpa nasihat kakfel yg dah nak masuk 9 tahun kahwin.

But… trust me. Kami yg jumpa hari hari ni hadapi lebih banyak ujian yg uolls takleh bayang.. ?

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI