Guna Sukatan Cawan Paling Senang, Ni Resipinya Buat Kuih Seri Muka!

Share

Jika anak-anak kita suka makan pulut tentu juga mereka suka jika disajikan kuih seri muka yang mempunyai rasa lemak pulut dan beraroma pandan.

Cara penyediaannya bahannya juga cukup mudah, dengan hanya menggunakan sukatan cawan yang sama akan memberikan hasil adunan kuih yang sempurna.

Ini sebagai resipi yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha, bolehlah dijadikan panduan untuk menyediakan kuih seri muka yang enak dan cantik sempurna.

Bahagian bawah
3 cawan pulut
2 cawan santan
Secubit garam
(Cuci pulut toskan masukkan santan dan garam kukus dalam talam selama 25minit) kemudian angkat penyek-penyek bagi padat

Bahagian atas
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 1/2 cawan gula pasir
Setengah cawan air pandan (kisar daun pandan)
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Secubit garam

Cara buat :

1.Masukkan semua bahan-bahan blend. Kisar  adunan hingga  halus.

2. Kemudian masukkan ke dalam pulut yang telah dapadatkan.

3. Kukus 30 minit. Siap.

Ekstra info : Boleh guba cawan apa-apa asalkan sukatan guna cawan yang sama.

IKLAN