Menariknya perkongsian ini untuk mendidik anak-anak supaya suka ke sekolah.
Ikuti perkongsian seorang guru tentang bagaimana menjadikan sekolah sebuah tempat yang disukai oleh anak-anak.
Rahsia anak semangat nak ke sekolah
1. Sebelum tidur
Petua paling mujarab untuk anak-anak yang takut, malas dan tidak suka ke sekolah. Bisikkan kata-kata semangat yang mampu menolak segala pemikiran dan sikap negatif.
Biasanya anak ponteng dengan beberapa faktor, takut cikgu sebab tak siap homework, tidak suka atau minat dengan sesetengah subjek, takut dengan kawan dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah.
Wujudkan persepsi positif pada diri anak, pada cikgu dan persekitaran
” Ammar bijak,
tulisan cantik,
peramah,
Ads
berani,
Allah sayang,
ibu ayah sayang,
cikgu sayang
kawan-kawan sayang,
Semua orang sayang Ammar”
In sha Allah.. Cuba perhatikan perubahan pada anak-anak
Ads
2. Kenapa perlu ke sekolah?
Saya pernah tanya beberapa orang murid soalan kat atas, jawapan mereka membuatkan saya terfikir…
Antara jawapan yang saya terima,
” Mak Ayah suruh”
” Kalau tak datang ayah marah”
” Best datang sekolah sebab dapat jumpa kawan-kawan”
Hampir semua murid tidak tahu tujuan datang ke sekolah.
Ads
Perkara yang paling penting dalam membentuk semangat dan motivasi anak-anak adalah cita-cita.
Bina satu cita-cita dan khabarkan kepada mereka tujuan ke sekolah ialah untuk mencapai cita-cita tersebut.
3. Ceritakan yang baik-baik tentang cikgu
Jernihkan hubungan dan tanggapan anak terhadap cikgu. Rasionalkan kenapa mesti siapkan kerja rumah, positifkan anak-anak bila cikgu tegur tentang sikap dan perangai mereka.
Menelan aduan anak bulat-bulat membuktikan bahawa kita ibu bapa yang gagal menyelesaikan masalah, terlalu emosional dan melulu.
Anak-anak tersepit, rasa takut, benci dan negatif terhadap guru makin membarah. Akhirnya ke manapun anak bersekolah persepsinya terhadap cikgu tidak akan berubah.
Anak yang sihat mentalnya akan membesar menjadi manusia yang seimbang.
Anak yang menyimpan dendam dan prasangka akan membesar sebagai manusia yang sakit, murung, pendendam dan bertindak mengikut perasaan.
Setiap pasangan pasti ada cara tersendiri dalam berhubung. Jika dahulu, rata-rata memilih perutusan surat sebagai pengganti diri. Tetapi kini cara tersebut tidak lagi relevan memandangkan teknologi kian canggih.
Bukan hanya sekadar menghantar pesanan ringkas melalui SMS atau whattApp malah boleh berhubung melalui video call dan pelbagai cara lagi.
Namun, kisah pasangan suami isteri ini cukup sweet untuk dikongsikan. Manakan tidak. Mereka menggunakan surat dengan bahasa yang cukup romantis.
Kagum dengan kisah cinta ibu dan ayah, seorang wanita bernama Umaira Haris menerusi laman twitternyaberkongsi koleksi surat lama yang diutuskan antara kedua ibu bapanya suatu ketika dahulu.
Terkadang, aku ada tertanya2 pada diriku sendiri, bagaimana ibu mampu hidup 21 tahun tanpa mencari pengganti ayah?
Tapi bila aku baca surat2 ayah pada ibu….., Aku temui jawapannya. Kalau aku sendiri ditempat ibu, aku sanggup menunggu cinta hatiku, sehingga 1000 tahun lagi.
Terkadang, aku ada tertanya2 pada diriku sendiri, bagaimana ibu mampu hidup 21 tahun tanpa mencari pengganti ayah?
Tapi bila aku baca surat2 ayah pada ibu…..,
Aku temui jawapannya. Kalau aku sendiri ditempat ibu, aku sanggup menunggu cinta hatiku, sehingga 1000 tahun lagi. ❤️ pic.twitter.com/tdedktHolh
— umairaharis #StayAtHome (@umairaharis) June 21, 2020
Patutlah aku suka menulis, kalau masa sekolah dulu, karangan aku mesti sepanjang-panjangnya. Ibu & ayah aku suka menulis. Bukan setakat surat cinta je. Tapi kad harijadi, diari untuk aku pun ada, walaupun aku masih belum pandai membaca. Aku nak start untuk Eishal & Hana juga. ❤️ pic.twitter.com/rsY2r0ovBa
— umairaharis #StayAtHome (@umairaharis) June 21, 2020
Biarpun masih tergagah, menjulang cinta yang patah. Sebenarnya aku kesepian dan aku masih cinta. Diri ini penuh luka, yang tidak akan tertutup.
Meskipun ada pengganti, seiras wajah.
— umairaharis #StayAtHome (@umairaharis) June 21, 2020
Rata-rata warganet terkesan dengan perkongsian tersebut. Ada yangterharu tak kurang yang menyifatkan kedua ibu bapa Umaira pasangan yang sweet.
I love how our parents wrote their love letters. Sangat puitis and terharu bila baca. My dad also like this. Dua baris pun dah cukup to make us smile 🙂
Indahnya bahasa dulu kala
cintanya suci zahir dari hati
— 👜maysa_poketra 🌟l Beg RM20 (@cikhandbag) June 21, 2020
thats why people said handwriting memang ada sentimental value yg tersendiri. sebab even orang tu dah takda, we still can keep it as memories. we keep the memories in love letters haih cutenya 🥺
Kegembiraan suami isteri mengikuti aktiviti berkonvoi bertukar tragedi apabila kedua-duanya terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Kejadian berlaku selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangi mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jemaluang, Mersing.
Pasangan terbabit, Mohd Hanafi Ismail, 37, dan isterinya, Salimah Mohd Shafei, 40, dari Pulau Duyong, Kuala Terengganu dikatakan berkonvoi ke Johor Bahru bagi menghadiri acara Desaru Intetnational Bike Week (DIBW) 2019 yang berlangsung selama empat hari bermula semalam.
Salah seorang peserta konvoi yang hanya dikenali sebagai Iwan, 30-an berkata, kejadian berlaku apabila sebuah Perodua Myvi dikatakan terbabas lalu memasuki laluan kanan sebelum merempuh beberapa motosikal termasuk salah satunya ditunggangi pasangan suami isteri itu, kira-kira jam 8 malam.
“Akibat kejadian ini, kedua-dua mangsa parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi peserta konvoi patah kaki dan tangan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurutnya, konvoi berkenaan membabitkan lebih 100 motosikal berkuasa tinggi bertolak dari Kuala Terengganu.
Katanya, ketika dalam perjalanan, pasangan terbabit menunggang Kawasaki Z800 bersama 19 peserta konvoi lain berpecah untuk singgah di bandar Kuantan, Pahang bagi membaiki motosikal rakan mereka yang mengalami kerosakan.
Konvoi terakhir suami isteri
Pasangan ini yang mempunyai dua orang anak sememangnya meminati aktiviti berkonvoi motosikal besar dan tidak disangka-sangka bahawa konvoi kali ini adalah konvoi terakhir mereka berdua.
Anak sulung pasangan itu, Nur Syazwany, 17, yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Oktober depan mengakui sukar menerima kehiIangan itu yang berlaku sekelip mata.
“Memang abah dan ibu berjanji nak balik hari ini, tapi saya tidak menyangka mereka pulang dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Pulau Duyong, Kuala Terengganu, hari ini.
Pelajar Sekolah Menengah Agama Khairiah itu berkata, adiknya, Muhammad Akmal, 12, pula tidak sihat dan selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Rabu lalu.
Pesanan terakhir abah
Katanya, mereka hanya mengetahui kejadian berlaku selepas dimaklumkan datuk, Mohd Shafie Muhamad, 72.
“Setengah jam sebelum kejadian itu berlaku, abah ada telefon dan pesan supaya saya mengunci semua pintu dan menjaga adik serta berinya makan ubat.
Tidak sempat salam ibu ayah sebelum pergi
“Muhammad Akmal demam dan tidak bermaya. Ketika abah dan ibu keluar rumah pada 7.30 pagi (semalam), kami tak sempat bersalaman kerana saya baru terjaga tidur dan adik pula masih lelap. Itu yang buatkan saya terkiIan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata, menantunya (Mohd Hanafi) yang bekerja sebagai jurujual kenderaan sangat meminati motosikal berkuasa tingggi dan membeli model Kawasaki Z800 yang ditunggang ketika kejadian.
Rata-rata warganet mengucapkan takziah kepada ahli keluarnga mangsa dan mengharapkan mereka tabah dengan dugaan tersebut.
Benarlah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memilikulnya. Inilah dugaan hidup yang dilalui keluarga ini apabila dianugerahkan anak syurga, yang kini telah pun berusia hampir 20 tahun.
Ikuti kisah keluarga ini, semoga dapat menjadikan kita lebih sabar dan cekal dalam mendepani ujian hidup berkeluarga.
Cabarannya terasa sangat berbeza dalam kembara kami kali ini.
Dia bukanlah bayi, mahupun kanak-kanak, malah bukan lagi anak remaja. Balqis kini sudah di usia dewasa.Tubuhnya membesar selari dengan usia. Namun, kemampuannya tidak sama.
Balqis memerlukan bantuan kami sepenuhnya untuk uruskan dirinya.Kami akur, dia tidaklah membesar di hadapan kami sekelip mata. Hampir 20 tahun, memakan masa.Hampir 20 tahun Allah berikan latihan untuk kami sekeluarga.
Sedikit demi sedikit perubahan kami lihat dengan hati dan mata. Dari tidak sedar, menjadi pemerhati.
Dari tidak mampu duduk tegak, sudah boleh duduk bersandar.
Dari sepi tidak bersuara, sudah bising dengan bunyian dan perkataan tertentunya.
Dari dijangka terbaring sahaja, sudah ligat tangan mahu menyalam dan menegur semua yang dia jumpa.Subhanallah.
Banyak sungguh perubahannya kesan diserang sawan ketika 6 bulan usia.
Cuma, semakin dewasa semakin besar jugalah cabarannya. Tubuhnya, ragamnya dan juga mood turun naiknya.
Sepanjang kembara kami kali ini, ragamnya sangat mencabar buat kami dan juga adik-adiknya.
“I used to feel bad for Kakak, but this trip…I was like Arrrrggghhh why do you have to make it so difficult, Kakak!” Luahan hati si adiknya ini ketika sesi bulatan keluarga diadakan pada malam terakhir kami di Pulau Redang. Ia luahan ikhlas sekadar mahu lepaskan dari dada yang dipendam.
Masing-masing tunduk memandang ke pasir. Naufal tidak sedikitpun menaikkan kepalanya. Menitis-nitis airmatanya.
Nadiyah dari awal sudah tulus dengan perasaannya, tidak disimpan rasa mahupun airmata. Nafis mengesat-ngesat mata dengan bajunya, tidak mampu bersuara.
Sungguh, anak-anak terasa lelah dengan kerenah kakak mereka, kali ini. Berbeza dari kembara sebelumnya.
Serba tidak kena. Serba mendesak dan merenggek. Serba kelam kabut dibuatnya.
Urusan yang sepatutnya mudah, menjadi amat payah dan memakan masa. Tenaganya kuat sekali mengalahkan kami yang semakin tua.
Pulau yang di kelilingi pasir, perlukan tenaga untuk menarik kerusi rodanya. Tolak di atas pasir, tidak akan bergerak. Maka, terpaksa ditarik secara mengundur Balqis di atas kerusi rodanya. Lelah si tua bergerak ke sana sini.
Waktu tidurnya pula sangat mencabar dalam chalet yang kami maklum, serba sederhana. Dia terlalu biasa punya ruang tidur sendiri yang sunyi penuh privasi. Tiada gangguan buka tutup pintu dari sesiapa kerana dia punya bilik dan katil khasnya yang tersendiri. Tidurnya sangat payah sepanjang di Pulau Redang. Lalu, dikacau, dicekau, dipunggah segala isi dalam chalet kami.
Menyiapkannya juga sangat melelahkan. Perlu dikendung tubuhnya yang besar dan panjang melewati ruang pintu chalet yang rendah dan sempat.
Trip snorkling, Balqis mengamuk di hadapan semua penumpang lain. Dia mahu turun snorkling, tidak mahu ketinggalan, tidak mahu sabar menunggu giliran. Digelongsorkan tubuh badannya mengambil perhatian. Lantas terjunlah si Abi ke dalam lautan dalam membawa si anak dewasa ini hingga terlupa telefon bimbitnya di dalam poket…. menyelamlah bersama kekalutan.
Sungguh! Kalutnya hingga memerlukan tenaga dan menguji kesabaran yang luar biasa. Malangnya, kami hanya ibubapa yang biasa-biasa. Sangat lemah tenaga dan iman yang sentiasa turun naiknya.
Namun, Berhati-hatilah hati yang membaca.
Usahlah rasa ibubapa anak istimewa mengeluh bila berkongsikan hal-hal yang tidak nampak di mata biasa kita.
Usah terdetik di hati, “Mereka tidak redha dengan tentuanNya”.
Usah dijaja, “Itulah kifarah dariNya.”
Usah mendabik dada, “Lega aku tidak diuji sedemikian rupa.”
Usah penuhi hati dengan simpati semata-mata, tanamkanlah juga empati yang tinggi bila berhadapan dengan keluarga seperti kami.
Jangan sesekali ucapkan ayat klise; “Sabar lah ya”; kerana dengan bersabarlah anak ini masih sihat, selamat dan bahagia di bawah bumbung rumah mereka.
Jangan! Jangan juga sesekali katakan kami hebat. Sesungguhnya kita ada Allah, Yang Maha Hebat ….bukan kita, manusia.
Lalu, Bacalah dan dapatkan manfaat darinya. Jadikan ia ilmu bermanfaat dan diamalkannya. Agar kelak kami boleh bawa bersama persembahkan di hadapanNya. Agar bantu tutup lubang-lubang dosa dalam menjaga anak syurga amanahNya.
Inilah bantuan yang sebaik-baiknya untuk kami, dari para sahabat yang sudi membaca dan menyelami kisah-kisah kami bersama Balqis yang amat istimewa.