
Mendidik anak ada cabarannya. Memukul bukan salah satu cara penyelesaian mendidik anak. Ikuti perkongsian Puan Farhana ini yang juga merupakan seorang kaunselor sekolah.

Kenapa pukul anak tidak ada dalam option saya mendidik anak buat masa sekarang?
Saya tidak mahu ajar mereka bahawa sebenarnya tidak mengapa untuk pukul seseorang di sekeliling mereka, tidak kiralah bila mereka marah ke, atau sedih ke..
Mereka belajar memukul orang itu dari apa yang mereka terima dari sekeliling mereka.
Sebab itu kalau saya tengok ada sesetengah anak anak di sekolah, marah sikit je terus sepak kawan.
Masalah anger managment begitu membimbangkan
Dan ia tidak semudah kita beritahu mereka itu salah mereka akan stop.
Itu semua datang dari dalam, apa yang mereka terima dan belajar dari kecil dan mereka bahawa sehingga besar.
Jadi, saya mohon sangat sangat untuk fikir 1000 kali sebelum pukul anak.
Pukul anak itu kadang kadang dijadikan shortcut untuk mendisiplinkan anak.
Berkesan.
Untuk waktu itu.
Namun, untuk jangka masa panjang.
Menakutkan.
Pukul anak, biarlah jarang jarang
Pukul anak, biarlah sebab kukuh
Pukul anak, biarlah sesuai usia
Pukul anak, biarlah dengan akal waras
Tips untuk elakkaan diri terlajak pukul anak, terutamanya untuk kes kecil.
Sebelum pukul anak, pukul diri sendiri dulu.
Ambil masa untuk lengah lengah kan situasi itu.
Bila anda sejuk sikit, mungkin anda akan pertimbangkan pilihan kedua, ketiga dan keempat selain memukul anak.
…
#notaparentingpuanfarhan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengantin Baharu Maut Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi, Hasrat Ziarah Keluarga Nurly Sahirah Tak Kesampaian

Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, hasrat ziarah keluarga Nurly Sahirah tak kesampaian. Hajat seorang pengantin baharu untuk menyantuni keluarga Allahyarham Nurly Sahirah Azman, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas bas di Gerik bulan lalu tidak kesampaian apabila dia sendiri maut dalam kemalangan di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, Setiu, pagi Rabu.
Pengantin Baharu Maut Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi, Hasrat Ziarah Keluarga Nurly Sahirah Tak Kesampaian
Menurut adiknya, Wan Zainul Abidin Wan Abdul Halim, 33, abangnya, Wan Hasbullah Wan Abdul Halim, 42, dalam perjalanan ke Besut bagi bertemu sekumpulan penunggang motosikal dari Kedah untuk merancang lawatan ke rumah keluarga Allahyarham Nurly Sahirah.

“Mereka dah janji nak berjumpa di Besut. Niat nak berbincang tentang ziarah keluarga arwah Nurly. Tak sangka abang pula yang pergi dulu,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, Jalan Pusara, malam tadi.
Tambahnya, arwah yang tinggal di Jalan Tekukur, Kuala Terengganu, baru sahaja melangsungkan pernikahan pada Jumaat lepas, bersamaan 1 Muharam, dan merancang mengadakan majlis kesyukuran pada September akan datang.
“Dia pernah cakap nak buat kenduri kesyukuran perkahwinan, nak raikan sekali bersama ahli keluarga, tapi semuanya hanya tinggal kenangan,” ujarnya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Wan Nazirah Wan Pauzi, 37, serta tiga anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu berusia antara 9 hingga 13 tahun yang masih bersekolah di SMK Sultan Sulaiman dan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 (SKSS1).

Arwah juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Jalan Tekukur, selain dikenali sebagai seorang hafiz yang menghafaz 30 juzuk al-Quran serta aktif dalam misi kebajikan termasuk membaik pulih pondok di Thailand dan program khatan serta ibadah korban.

Solat jenazah Allahyarham Wan Hasbullah diadakan di Masjid Khalifah, Kuala Terengganu malam tadi dan dihadiri lebih 2,000 jemaah sebelum jenazah dikebumikan sekitar jam 10 malam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi semalam, arwah maut selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Z1000 yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang sedang membelok ke simpang kanan.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Pengantin Baharu Maut Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi, Hanya Sempat Empat Hari Bergelar Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cara Wanita Ini DIY Langsir Tingkap Dan Sinki Lagi Mudah Dan Murah. Bajet Hanya RM20 Jer. Ikutii Caranya.

Biasanya untuk susun atur kediaman faktor yang paling penting kita fikirkan adalah soal kewangan. Nak tukar kain langsir dan susun atur ruang dapur tentu melibatkan kos ratusan ringgit.
Tapi sebaliknya, bagi wanita ini. Menariknya hanya menggunakan kain semeter RM2.80, mampu menjadikan ruang dapurnya kelihatan cantik dan kemas!
Bagi nak mencantikkan ruang dapur hujung minggu ni, apa kata cuba cara wanita ini, hanya RM20 aje.
Ikuti perkongsian ini.
Penyakit saya tak boleh tengok rumah bersepah atau nampak serabut kat mata. Biar lah orang nak kata dapur saya tak ada kitchen cabinet or table top, saya tetap nak rumah sya bersih dan kemas. Walaupun simple. Tak semestinya tak ada table top, tak ada kabinet tka boleh susun atur barang-barang dengan baik dan tak nampak kemas
Nak mengemas bahagian dapur paling mencabar, tambah-tambah bahagian bawah sinki, lebih lagi untuk rumah yang tak de kabinet macam rumah saya, tapi bukan jadi alasan untuk saya mengalah. Saya tetap memikirkan sesuatu, apa yang patut saya buat untuk tutup bawah sinki supaya nampak lebih kemas. Biar tak cantik, biar simple, janji saya selesa
Pada mula nya saya nak tempah langsir untuk bawah sinki, tapi bila di pikir-pikir, apa kata saya cuba untuk diy sendiri, beli kain cotton yang cuma harga rm2. 80 semeter. Macam-macam corak dan warna boleh pilih.
Paling best modal sangat jimat tak sampai RM20 pun beli kain untuk bawah sinki dan untuk langsir tingkap 2 panel.
Semua barang barang boleh dapatkan kat kedai kain dan DIY
BAHAN BAHAN DIPERLUKAN UNTUK BUAT LANGSIR BAWAH SINKI
1 keping kain ukuran 2 Meter (1 meter rm2. 80)
1 batang Curtain Bar (rm 4)
Penyakut (RM 3.50)
BAHAN BAHAN DIPERLUKAN UNTUK BUAT LANGSIR 2 PANEL
2 keping kain. Ukuran labuh 2meter untuk sekeping (labuh ikut tingkap masing-masing)
Mudah dan ringkas kan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.










Abaikan mereka yang tak suka rumah yang tak ada kitchen cabinet. Yang penting rumah kita bersih, setiap hari mengemas, kita gembira
Nanti ada rezeki boleh tukar warna kain.
Ringkas dan jimat. Apa lagi, hujung minggu ni boleh susun atur dapur untuk jadi lebih cantik.
Kredit: Noor Krlc
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Saat Permata Hati Sudah Kaku & Biru, Aku Tak Mengalah Bantu Dia.” Luahan Sayu Ibu Kehilangan Anak Akibat Tersepit Celah Katil.

Pemergian insan tersayang secara mengejut memang meninggalkan impak yang cukup besar pada diri. lebih-lebih lagi jika ia melibatkan orang yang terdekat dan amat disayangi.
Namun siap kita mampu menolak ketentuanNya. Jagalah bagaimana sekali pun, jika sudah tertulis di Luth Mahfuz, maka kita tak mampu untuk menidakkan apa yang berlaku. Cekal, kuatkan hati dan iman. Pasti ada hikmah di sebaliknya.
Bagi ibu bernama Nursafiah Edy , tiada kata yang mampu diungkapkan. Pemergian anak tersayang dalam sekelip mata cukup memilukan hati.
Anak kecilnya meninggal dunia akibat kekurangan oksigen dalam satu insiden tersepit di katil.
Bismillahirrahmanirahim
Sebenarnya mama tak kuat nak ceritakan….tapi mama nak share dengan kawan-kawan..dalam kebaikan ada keburukan…
Banyak yang tanya macam mana kejadian berlaku..ada yang kata-kata belakang, konon mama cuai…tapi ibu mana yang nak anak dia jadi macam ni.
Sini contoh yang Pia boleh gambarkan…beginilah kedudukan arwah waktu itu masa Pia nak ambil menyusukan dia…muka dia sepenuh hadap tilam tu…waktu kami tinggalkan dia untuk makan dia sedang tidur…dan arwah baru pandai pusingkan badan…

Dia tak jatuh ye….dia terselit….banyak salah faham kata dia jatuh…tak… doktor pun sahkan dia tak ada pendarahan apa-apa..cuma otak dia bengkak kerana kekurangan oksigen..
Pia share supaya kita berhati-hati
Jenis katil baby macam nie… Pia tak salahkan katil ni….cuma mungkin uolss boleh berjaga-jaga kalau ada yang guna katil jenis nie…
Sebab kain jaring dia boleh lentur ikut badan….kalau ada ruang..jangan biarkan ruang tu ada sikit pun….

Kalau orang tanya baju siapa yang dia pegang waktu tidur …
Ni insan kehilangan nak bercerita ..
Baju belang-belang tu adalah baju wildan syurga ku…baju yang dipakai saat aku seperti orang gila dalam kereta menjerit meminta semua kereta memberi laluan padaku untuk aku bantu permata hati aku ni dengan penuh harapan…!!di saat permata hati ni sudah kaku dan biru…tapi aku tak pernah mengalah untuk bantu dia…

Bantal bersarungkan mickeymouse tu adalah bantal dia setiap kali dia tidur..itulah bantal peneman tidur dia..bantal yang membuat dia tidur nyenyak smpai bau bantal tu sebau dia sikit pun tak lari…bau tu..dan disaat akhir pun bantal ni diletak disisinya…

Kain batik ni…kain yang setiap kali aku guna untuk lapik permata hatiku selepas mandikan dia..kat kain ni juga ada bau dia tau…
Huzairy suka sangat tidur berselimutkan kain batik tu…
Banyak lagi mama nak citer pasal awak sayang.

Semalam 40 hari adik..mama buat bacaan yassin adik…dah 40 hari mama memendam rindu rupanya sayang…kita berjauhan disini…tapi mama akan pastikan dan usaha untuk kita jumpa disana….In sya Allah…
Adik nak tahu?ada orang cakap mama gila…kena berubat!! sebab selalu g ziarah kubur adik…orang yang cakap tu gila kan…sebab gila takut dengan kematian….ikut hati mama,mama nk lempang je org yang cakap tu…

Huzairy anak mama…Ibu mana tak rasa kesunyian kehilangan anak sayang..bukan tak redha tapi orang yang kehilangan sahaja akan rasa dan memahami mama….huzairy bukan pergi waktu lahir…huzairy mama dah jaga..dah susukan..dah mandikan..gurau-gurau dan tentu2 tak sakit..mana mama tak terasa semua tu sayang…tapi mama masih waras..mama akan sedaya upaya untuk teruskan kehidupan ni walaupun jiwa ini rasa kosong separuh..sebab mama percaya janji Allah tu pasti….adik sedang berbahagia ditaman syurga…
Semoga Anak mama bahagia ditaman syurga…
Maafkan mama sayang….
Al-fatihah
Al-fatihah wildan syurga mama
27/7/2018-15/1/2019
#muhammadeddyhuzairy
#41harisygtinggalkanmama
#rindutiadapengujung
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

