Biasanya bila tiba sambutan Hari Guru setiap 16 Mei, murid-murid sekolah terutama dari sekolah rendah bersemangat untuk memberikan hadiah kepada guru tersayang.

Namun adakalanya ada anak murid yang tidak berkemampuan untuk membelikan hadiah mahal untuk guru. Namun dia tetap tidak mahu ketinggalan untuk memberikan hadiah sama seperti kawan-kawannya yang lain.

Seorang guru berkongsi bagaimana tersentuh hatinya apabila mendapat hadiah yang tidak disangka-sangka daripada salah seorang muridnya.

3 Biji Kismis Nak Hargai Guru

@qishfavouritethings 😭😭😭😭 hadiah paling diingati.. #hariguru #selamathariguru #teachersoftiktok ♬ original sound – PandaGuy

“Nak menitik air mata ni..Ingatkan apa dalam ni, tapi ada 3 biji kismis dalam kertas kecil yang di stapler. Kemas.

Sebab ikhlas nak hargai guru. Its okay kalau tak bagi hadiah. Balas jasa guru dengan kejayaan kamu

IKLAN

Video pendek yang dikongsi di laman TikTok mendapat hampir 250k tontonan.

Hadiah yang diberikan oleh pelajar berkenaan berjaya membuatkan guru ini sebak dan dia menjelaskan itu merupakan hadiah yang paling akan diingati seumur hidup.

Menurut guru muda ini lagi, sekolahnya sama sekali tidak mempunyai sesi pemberian hadiah daripada murid kepada guru-guru yang lain dan itu merupakan inisiatif sendiri yang diambil oleh pelajar berkenaan.

Warganet Turut Kongsi Pengalaman

Ramai warganet yang menonton video tersebut turut berkongsi pengalaman memberi hadiah kepada guru semasa di bangku sekolah rendah dan ada juga guru-guru berkongsi hadiah yang mereka dapat daripada murid sendiri.

IKLAN

Apa pun usaha anak-anak murid yang gigih ingin menghargai guru-guru mereka patut diberi pujian.

Guru Sebak Kongsi Anak Murid Hadiahkan 3 Biji Kismis Dibalut Kertas Buku Latihan Sempena Hari Guru

Guru Sebak Kongsi Anak Murid Hadiahkan 3 Biji Kismis Dibalut Kertas Buku Latihan Sempena Hari Guru Sumber: cse_balqisshhh

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI