Tiada yang lebih bermakna dari rasa bersyukur dan bahagia melihat zuriat yang dinantikan lahir dengan selamat. Malah, lebih istimewa lagi, anak ketiga kepada pasangan Alif Satar dan Shadila Halid berkongsi tarikh lahir dengan ayahnya.
Malam tadi pelakon dan hos terkenal Alif Satar turut berkongsi berita kelahiran anak ketiganya di laman instagramnya.
Ads
Bayi lelaki seberat 3.54 kilogram dilahirkan secara normal dan lebih menarik, cahaya mata itu dilahirkan pada tarikh sama dengan tarikh lahirnya.
“Alhamdulillah, bayi dan isteri saya dalam keadaan baik. Bayi kami pun lahir dalam keadaan sihat.
Ads
“Ini adalah hadiah hari ulang tahun kelahiran yang tidak ternilai buat saya,” katanya kepada Harian Metro.
Pastinya Alif cukup gembira dengan kelahiran tersebut memandangkan sebelum ini dia sudah memiliki 2 cahaya mata perempuan. Alif dan Shad Dilla sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ariana, 4, dan Alisha, 2.
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan kini sedikit longgar namun orang ramai tidak dibenarkan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilifitri.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kesukaran untuk memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan berkaitan pencegahan COVID-19, menjadi punca mengapa pulang ke kampung untuk sambutan Aidilfitri dan juga ziarah tidak dibenarkan.
Katanya, perkara tersebut sememangnya berat untuk dihadapi rakyat terutama yang menyambutnya, namun berbanding pasar raya sebagai contohnya, SOP itu sebenarnya lebih mudah untuk ditetapkan di premis perniagaan seperti itu.
“Sebagai contoh siapa yang nak masuk mesti beratur, jarak satu meter… penjarakan sosial mesti dijaga, sebelum masuk juga kena saring dan untuk masuk juga kena ada jumlah tertentu yang kita perlu tetapkan, jadi semua SOP itu kita jelas.
“Tetapi balik kampung siapa yang nak pantau, dalam satu rumah tiba-tiba berpeluk-peluk dengan saudara-mara, macam mana kita nak pastikan penjarakan sosial berlaku?
“Bagaimana nak pastikan ada yang periksa suhu setiap orang yang masuk ke rumah,” katanya dalam program ‘Ruang Bicara’ Bernama TV, yang disiarkan secara langsung, malam tadi (Khamis).
Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, walaupun satu jawatankuasa khas telah dibentuk antara agensi kerajaan untuk memantau kepatuhan kepada SOP berkenaan, namun beliau berkata anggota yang ada, tidak mencukupi untuk memantau setiap rumah di seluruh negara.
“Jadi (pemantauan) pematuhan itu kita jangka tak dapat kita laksanakan. Jadi apa yang kita buat ini adalah untuk menjaga kepentingan semua.
“Kita tidak mahu Aidilfitri ini menjadi satu kluster baharu, akibat raya balik ke tempat kerja bawa penularan baharu,” katanya.
Bagaimanapun, katanya ia tertakluk kepada Menteri Kesihatan yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sebarang arahan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, termasuk kebenaran untuk pulang ke kampung.
“Seperti saya katakan, kita akan rujuk kepada Kementerian Kesihatan, kerana Akta 342 ini adalah akta di bawah kementerian berkenaan, dan di dalam akta ini Menteri Kesihatan boleh keluarkan arahan, jadi arahan menteri pada ketika ini, tidak boleh,” katanya.
Ismail berkata, walaupun ada juga beberapa pihak yang minta supaya kebenaran diberikan dengan mengenakan SOP tertentu, beliau berkata ia tidak dapat dilakukan, selagi ia diletakkan di bawah senarai terlarang.
“Selagi itu ia tidak boleh ada SOP pun, SOP hanya boleh dikeluarkan kepada senarai dibenarkan,” katanya.
Sumber: BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Malang tak berbau… Demikian boleh diungkapkan pada anak kecil ini.
Dalam sekelip mata insiden tertusuk tayar kereta mainan berlaku. Segalanya berlaku cukup pantas.
Kisah tersebut dikongsikan oleh saudaranya Sue Mohamad menerusi laman facebooknya semalam.
“Ya Allah..separuh nyawa ku hmpir hilg tgk kejadian ptg td..korg semua tlg hati2 jika ada mainan ank kareta2 ke buang lh jdkn ini pngjrn buat kita.. hari ni ptg td ank buah sy tertucuk gan tayar kerata ni.
“Entah mcm mana dia main2 trbuka bnda tu,pstu dia tergolek jatuh atas tayar keta ni.mlm ni kena tahan wad doctor da buat CT scan dn pntau ank buah sy hrp esok dpt lh buang bnda ni..doa kn ank buah sy cept sembuh ye, Aamiin..
Menurut Sue, mainan tak letak merata-rata kerana setiap kali lepas main akan simpn bila dia nak main baru bagi.
“Malah sebelum itu, mainan tu semua elok tak ada yg rosak dan tercabut.
“Cuma waktu tu dia bermain dengan anak buah adik ipar..anak tu buka tayar kareta2 mainan tu kami tak sedar ank buah saya ni pulak tergolek masa dia duduk dan betul-betul kena kepala dia.
“Sekelip mata saje benda tu terjadi..saya pun tak fikir panjang terus ke hospital..dari jam 4 petang semalam hari ni baru masuk dewan bedah.
“Dia tak berdarah sebab benda tu masih tertusuk kat kepala baby..tapi doctor cakap bila cabut baru akan ada pendarahan sebb tu kena operation juga,”ujar Sue ketika bercerita mengenai insiden yang menimpa anak buahnya bernama Habib.
Moga kisah ini menjadi pengajaran buat ibu bapa supaya sentiasa alert dan memastikan setiap barang mainan anak-anak tidak dibuang merata sehingga mendatangkan kecederaan pada anak kecil. Semoga adik Habib cepat sembuh.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Urutan sememangnya diakui sesuatu yang menyedapkan dan melegakan. Malah ia berupaya menghilangkan rasa letih sekali membuatkan rasa segar.
Malah tidak mustahil ada yang sanggup memperuntukkan bajet untuk berurut di spa atau berjumpa tukang urut untuk mendapatkan manfaatnya.
Urutan ni ada pelbagai jenis, ada yang urut satu badan, ada tangan sahaja dan juga bahagian betis.
Muat naik seorang pengguna akaun Hazmi Latif yang menunjukkan sebuah tutorial urutan keletihan untuk suami isteri yang dilakukan oleh @jendelaspamelaka yang mendapat perhatian warganet. Video berdurasi 5 minit itu sehingga kini mendapat jumlah tonton sehingga 1.2 juta.
Jom ikuti cara urutan ini. Boleh lah lakukan kepada suami atau isteri. Video klik di sini
Dalam pada itu ramai netizen mengakui telah melakukan urutan itu dan ia berkesan.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.