Sejuk perut ibu mengandung. Demikian yang boleh diungkapkan dengan kisah pasangan suami isteri ini yang memiliki 9 anak bergelar hafiz.
Tatkala ditanya resipi kejayaan mendidik anak-anaknya, si ibu Rosmunainah Asmuni, 65 mengakui Al-Quran merupakan kunci kepada kecerdasan fikiran. Malah akui ibu bertuah ini, untuk bergelar hafiz, tidak semestinya seseorang itu perlu dilahirkan sebagai seorang genius, sebaliknya hanya memerlukan keinginan sahaja.
Pasangan yang menguruskan Akademik Al-Quran Amalillah (Akmal) di Kampung Tebakang, Bukit Payong, Terengganu ini berkongsi resipi mendidik anak-anak mereka dengan menghafal kitab suci itu dari kecil lagi.
“Al-Quran bukan diturunkan kepada orang cerdik atau genius saja, tetapi mukjizat kepada semua, bermakna orang biasa juga boleh hafiz dan hafizah, asalkan ada keinginan.
“Malah, selepas bergelar hafiz, lebih mudah untuk menghadam ilmu lain dengan lebih cepat berbanding orang biasa dan tidak keterlaluan jika dikatakan, ia kunci untuk menjadi seorang genius.
“Saya dan suami (Hussin Ismail, 65) mendidik semua sembilan anak saya menjadi hafiz pada usia muda dan kemudian turut cemerlang dalam bidang lain,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di Akademi Al-Quran Amalillah (Akmal) di Kampung Tebakang, Bukit Payong di sini.
Semua sembilan anaknya terdiri daripada Siti Nuur Izzati, 38, kini menjadi pengurus di Maahad Tahfiz Al-Nursi, Shah Alam; Mohd Saifullah, 37, (Ketua Eksekutif Akmal); Mohd Fakhrurrazi, 35, (bekas peserta program Imam Muda musim ke-2 dan penyelia pentadbiran Akmal di Shah Alam); Siti Fatimatuzzahra, 33, (pensyarah di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor); Siti Nuur Nazifah, 31, (guru tahfiz ulul albab); Mohd Iqbal, 29, (penyelia pentadbiran Akmal Bukit Payong); Mohd Zulqornain, 26, (Timbalan penyelia pentadbiran Akmal Bukit Payong); Mohd Khidhir, 23, dan Mohd Danial, 21, kedua-duanya masih menuntut di Universiti Antarabangsa Afrika, Sudan.
Ads
Jaga makan minum anak
Kata Rosmunainah, dia dan suami tidak mengamalkan petua atau ritual tertentu, tetapi menjaga makan dan minum anak-anaknya.
“Cuma apabila kakak yang sulung (Siti Nuur Izati) dan anak kedua kami (Mohd Saifullah) bergelar hafiz, lebih mudah untuk semua adik mereka turut sama menjadi hafiz,” katanya.
Keberkesanan amalan menghafal al-Quran turut diakui Hussin dengan mengambil contoh anak sulungnya, Siti Nuur Izati yang mampu menjadi pelajar terbaik zon utara dalam peperiksaan Sijil Tinggi Ugama (STU) lebih 20 tahun lalu sebelum menjadi penuntut terbaik di Universiti Al-Azhar, Mesir ketika melanjutkan pelajaran ke negara itu.
Ads
“Begitu juga anak kedua, Mohd Saifullah yang belajar sekolah tahfiz di Lahore, Pakistan, kemudian belajar di Universiti Al-Ulum, Yaman dan menjadi penuntut terbaik di sana. Bila balik Malaysia selepas pulang dari Yaman, baru dia ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan dapat keputusan cemerlang.
“Anak ketujuh (Mohd Zulqornain) pula ambil UPSRI (Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam) pada usia sembilan tahun, kemudian PMR (12 tahun) dan SPM (14 tahun).
“Dia dapat tawaran ke UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) tetapi tak pergi, sebaliknya dia masuk Universiti Al-Iman, Sana’a Yaman pada usia 16 tahun.
“Ini buktinya al-Quran adalah mukjizat dan memang sudah dijanjikan Allah, bila dah hafal lebih 6,000 ayat, maka mudah untuk menghafal benda lain,” katanya.
Ads
Kongsi kaedah dengan orang lain
Menurutnya, kejayaan mendidik sembilan anak bergelar hafiz membuatkan dia semakin bersemangat berkongsi kaedah dengan orang lain.
Daripada situ katanya, timbul idea untuk mewujudkan Akmal yang kini mempunyai 80 pelajar dengan lebih 70 peratus daripada mereka menghafal 30 juzuk al-Quran dalam masa setahun.
“Kami menggunakan kaedah fast track iaitu revolusi hafazan al-Quran dalam tempoh setahun. Ia membabitkan pengurusan masa, suasana, makan minum dan kesediaan diri pelajar serta guru untuk mengajar,” katanya.
Nak makan Asam Pedas yang sedap kenalah buat sendiri, barulah puas hati. Soalnya bagaimana nak masak asam pedas yang sedap lagi power rasanya. Masak asam pedas memang senang tapi kalau ada bantuan bahan ini pasti buat rasanya lebih sedap.
Perkongsian daripada yang pakar dalam bidang masakan kita kena ambil dan jadikan ilmu. Nah admin kongsikan resipi arwah nenek Dato’ Chef Wan. Chef Wan memuat naik resipi ini menerusi laman instagramnya _chefwan58 baru-baru ini.
Selamat mencuba!
My late grandmother always berpesan. “Bila masak Asam Pedas jangan lupa tumis chili tu sampai pecah minyak dan wangi. Kau masak dia dgn api perlahan lahan jaga rempah jangan sampai hangus! Kacau selalu jangan kasi lekat pada periuk tu nanti hangus. Dulu2 kita guna periuk tanah sahaja.
Untuk sekali masak nenek ambil la lebih kurang 40 batang chili kering, bawang merah 10 biji, bawang putih 3 biji, 2 Cm Halia dan Juga kunyit hidup. Nak guna belacan boleh cubit sikit tak nak pun boleh she said. Kau kisar kan semua dan tumis la dengan minyak. Dah wangi kau masuk la terong atau kacang bendi serta air asam jawa. Asam jawa lebih tak apa. Nama pun Asam Pedas.
Tak pedas, tak cukup Asam dan Wangi rempah tu mcm mana? Lepas dah didih 5 minute tu kau masuk ikan dan Daun kesom serta bunga kantan. Jangan masak Ikan tu lama2 nanti hancur. Balik sekali sana dan sekali sini ikan itu. Masak la dalam dia. Lagi pun kuah itu masih panas”.
Mcm tu la pesan arwah Nenek Nun saya dari Alor Gajah. She beside my mother was my best kitchen Guru. Mengamuk nenek jika masak Asam pedas cair2. Dia kata baik aja kau lempar ke Longkang itu. Orang dahulu mengajar very precise dan tegas. At lunch while preparing this dish mcm terbayang rupa nenek dan suara dia berleter dengan saya lagi.
Omg i missed her so much. Sikit lagi air mata nak keluar. Arwah is such a a kind and generous person. Suka menjamu saudara Mara and has a big heart. Pokok belimbing buluh lebat lagi berbuah at the back of my kitchen so i decided to add them too as vegetables. Tak bila lagi nak makan belimbing buluh ini.
Perkongsian Chef Wan itu menarik minat warganet, rata-rata mengucapkan terima kasih kerana berkongsi resipi.
nafida66 Great story telling… tq for the family recipe..
domestixgoddessOoh ini ke secretnya pakai chili kering. So far I cooked pakai fresh chili, sering tak puas rasa rasa warnanya pon kurang merah. Nak cuba lah next time pakai chili kering. Teeima kasih ❤️
ireen2330Wahhhhhh…… tq DCW dapat recepi asam pedas melaka. It’s my favourite. Nak kawin dgn org Melaka tapi tak dapat2..dpt recepi pun dah cukup mengembirakan hati saya😭😭😭. Tq DCW💐
marzitam🌹tq dcw resepi n tips tu..semuga dirahmati allah kepada nenek n dcw
Kalau waktu bulan puasa resipi ini satu kemestian, tak beli di bazar ramadan pasti buat sendiri kan. Baik ikan mahupun ayam percik mesti wajib dihidangkan.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri kuah percik yang sedap tapi mudah, boleh cuba resipi dari puan Afy AL Habibi. Tengok pun dan terliur.
Cikgu pilih untuk berkongsi semula resepi ikan percik warisan keluarga cikgu. Cikgu rasa rugi pula kalau tak tunjuk langkah masak satu persatu. Sebab cikgu tengok bulan puasa kali ini makin ramai yang cari balik resepi cikgu sayang ni.
Cikgu buat ikan percik tu betul-betul duduk bersila berguru depan mak. Resepi yang sememangnya turun temurun dari emak. Tak ada rahsia yang disembunyikan. Cikgu belajar masa balik kampung dua tahun lepas. Haa. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya.
Kalau nak buat ayam percik ada cara berbeza. Nanti cikgu kongsi lagi lain kali.
Yang pasti kawan yang sudah cuba resepi ini mereka suka sangat. Cikgu lebih suka percik warna merah dari putih. Bezanya satu sahaja. Boleh baca dekat gambar di bawah.
Musim bulan puasa bazar di Kelantan memang tersohorlah menu percik ni. Jadi puasa dalam tempoh pkp sekarang bolehlah kawan cikgu cuba buat sendiri.
Ikut sahaja semua langkah cikgu bagi. Mesti menjadi dengan sedapnya. Boleh follow cikgu untuk resepi lengkap yang lain.
Terima kasih emak kongsi resepi paling enak!
Bahan-bahan
Ikan Kembung 5 ekor
( basuh bersih dan kelar ikan)
– 2 batang serai
– 5 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 1/2 inci kunyit hidup
( Semua bahan di hiris nipis)
Masukkan dalam tabung pengisar. Tambahkan 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal atau jenama lain. Kisar hingga lumat.
cara membuat:
Lumur rata bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit.
Bahan untuk kuah percik
– 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
– 2 ulas bawang putih
– 1/2 hiris nipis halia
– Secubit belacan
– 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
Kisar semua bahan hingga lumat.
cara membuat:
1. Tambahkan sekali 6 senduk santan segera. ( Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa) Tambahkan 1 senduk air kosong.
2. Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar ( kisar sendiri). Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik. Nak buat warna percik putih maka tak perlulah letak cili kisar. Itu bezanya. Pada warna sahaja.
3. Letak periuk atas dapur. Buka api perlahan. Perahkan sehiris limau nipis.
4. Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit serbuk perasa Hilal atau jenama lain* kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri/ masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat. Kacau kuah dengan api sederhana besar.
5. Tutup api setelah kuah berbuih mendidih. Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.
6. Bakar ikan di atas bara api. Jangan bakar hingga kering garing supaya isinya kekal juicy.
7. Sendukkan kuah percik tadi dan ratakan atas badan ikan. Salutkan dua kali untuk hasil yang cantik. Masa ni memang tak tahan bau kuah yang disalai sekali atas bara api.
Nikmat yang tak dapat diucapkan. Haa Siap. Nampak sedap kan?
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitulah rezeki terpijak yang diperolehi oleh suami isteri berbangsa India ini yang dikenali sebagai S.Pavithra, 28, dan suaminya M.Sugu, 29.
Awalnya, mereka sering berkongsi video masakan dengan bertutur dalam Bahasa Melayu dan siapa sangka dengan trik dan kelebihan tersebut, mereka suami isteri memperoleh pendapatan sampingan bulanan dengan bayaran mengikut mata wang Dolar Amerika Syarikat (USD).
Pasangan suami isteri ini telah dilantik menjadi Rakan YouTube hasil daripada penerimaan penonton yang memberangsangkan untuk setiap perkongsian video masak memasak mereka.
Mengetahui lanjut kisah ini, ayuh baca perkongsian ini agar dapat menyuntik inspirasi kepada ibu-ibu yang minat memasak untuk menjana pendapatan sepertimana yang dilakukan oleh pasangan ini.
Dan ini adalah petikan berita tentang kisah pasangan suami isteri tersebut. Jom baca.
Sepasang suami isteri tidak menyangka perkongsian video memasak pelbagai menu dengan bertutur dalam bahasa Melayu berjaya menambat hati rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan peringkat umur.
S.Pavithra, 28, dan suaminya M.Sugu, 29, yang berjinak-jinak sebagai YouTuber menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’ sejak Januari lalu, sudah mempunyai seramai 160,000 pelanggan sekali gus menjadikan mereka sebagai Rakan YouTube.
Pasangan yang tinggal di kuarters ladang kelapa sawit di sini itu juga boleh menarik nafas lega kerana sebagai Rakan YouTube, mereka mampu memperoleh pendapatan sampingan bulanan dengan bayaran mengikut mata wang Dolar Amerika Syarikat (USD).
Pavithra yang mempunyai perwatakan lemah lembut serta petah berbahasa Melayu itu berkata dia mula memuat naik video masakan di YouTube selepas mendapat saranan daripada seorang rakan baik yang juga seorang YouTuber.
“Menu pertama adalah ikan tilapia bakar dan saya tunjukkan cara-cara memasak dengan mengggunakan bahasa Melayu. Dalam masa empat hari sahaja seramai 5,000 telah mengikut akuan YouTube saya dan selepas itu telah dapat e-mel daripada YouTube untuk menjadi rakan,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Pavithra, ibu kepada dua anak yang berasal dari Buntong, Ipoh berkata dia dan suami tidak menyangka ramai yang menonton video memasaknya serta terus melanggan, dan dianggap sebagai dorongan untuk mereka terus menghasilkan bahan lebih menarik.
“Saya pandai cakap bahasa Melayu jadi tidak salah kalau saya buat video memasak dalam bahasa ini. Kalau saya cakap bahasa Tamil tidak semua faham, jadi saya pilih gunakan bahasa Melayu biar semua rakyat Malaysia boleh tengok dan faham.
“Paling menyeronokkan dan memberi semangat apabila ramai yang memberikan komen positif dan meminta saya teruskan usaha ini. Tidak kurang juga ada yang minta kami tunjukkan cara masak makanan India, ini sangat menyeronokkan,” katanya.
Tambah menarik dan teruja apabila ada selebriti tanah air yang bukan sahaja mengikuti akaun YouTube mereka malah turut mencuba resepi itu dan kemudian berkongsi di akaun laman sosial masing-masing sambil menyatakan ia adalah idea ‘Sugu Pavithra’.
Antara yang mencuba resepi ‘Sugu Pavithra’ adalah atlet bina badan negara, Sazali Samad dan YourTuber Jepun ‘IChang RM’ dengan memasak kari ayam.
Pavithra berkata dia dan suami memilih untuk memasak makanan mudah antaranya terung bulat tumis belacan, kuih ketayap dan kangkung tumis dengan bahan digunakan biasanya ada di dapur setiap rumah agar lebih ramai mencuba resepi yang dikongsikan.
Satu yang menarik mengenai Pavithra, dia tidak memerlukan peralatan yang banyak atau canggih untuk memasak, tapi cukup dengan satu kuali, sudip dan dua periuk termasuk satu periuk untuk memasak nasi.
Malah, untuk merakam aksinya di dapur, Pavithra hanya menggunakan telefon pintar yang diletakkan di atas cawan di tempat kukuh, tapi tetap menghasilkan klip video yang cantik dengan bantuan suaminya.
“Jika suami masak, saya yang banyak bercakap termasuk kenalkan bahan-bahan dan cara-cara kerana suami pemalu,” katanya, memaklumkan tugas menyunting klip video dibuat selepas makan serta dua anaknya tidur.
Pasangan suami isteri itu bagaimanapun tidak menganggap diri sebagai selebriti sebaliknya masih Sugu dan Pavithra yang sama, dan meminta orang ramai terus mengikuti serta mencuba resepi yang dikongsikan.