Ads

Sebelum Sakit, Hafeez Al-Bukhary Pernah Jaga Ayah Uzur, Bakti Seorang Anak Buat Ramai Sebak

Pemergian pencipta kandungan yang juga pramugara, Hafeez Al-Bukhary Zulkefly, mencetuskan rasa hiba dalam kalangan netizen. Meskipun ramai hanya mengenali Allahyarham menerusi dunia maya, kisah kebaikan serta jasanya sebagai seorang anak nyata meninggalkan kesan yang cukup mendalam.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada malam Khamis selepas bertarung dengan kanser usus besar tahap empat. Sebelum ini, keadaan kesihatannya dikatakan semakin merosot dan berada dalam fasa kritikal seperti yang dimaklumkan oleh ahli keluarganya.

Sebelum Sakit, Hafeez Al-Bukhary Pernah Jaga Ayah Uzur, Bakti Seorang Anak Buat Ramai Sebak

Hafeez Al-Bukhary Zulkefly Pernah Menjaga Ayah Yang Uzur

Di sebalik berita pemergian itu, kisah bakti Hafeez Al-Bukhary Zulkefly terhadap bapanya kembali menjadi perhatian ramai. Menerusi perkongsian seorang individu di Threads, Allahyarham dikenang sebagai seorang anak yang sangat berbakti, khususnya ketika menjaga bapanya yang uzur.

Menurut individu berkenaan, selain dikenali menerusi kandungan ketika berkhidmat sebagai pramugara, arwah juga banyak memberi inspirasi melalui cara beliau menjaga dan melayan ayahnya dengan penuh kasih sayang.

Ads

“Hafeez Al Bukhary. Nama yang akan terus terbayang muka arwah.

Selain konten semasa berkhidmat, arwah memberi inspirasi ketika beliau menjaga dan berbakti kepada ayahnya.

Sangat memberi inspirasi. Tersentuh tengok cara beliau menjaga ayahnya yang uzur sebelum beliau sakit kurus mendadak.

Allahu mulianya kematian pada malam Jumaat,” kongsi individu tersebut.

Perkongsian itu mengundang sebak ramai, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan arwah sendiri kemudiannya diuji dengan penyakit sehingga berat badannya susut secara mendadak. Ramai mengakui kisah hidup Allahyarham memberi pengajaran tentang erti kasih sayang, pengorbanan dan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa.

Sebelum Sakit, Hafeez Al-Bukhary Pernah Jaga Ayah Uzur, Bakti Seorang Anak Buat Ramai Sebak

Bakti Hafeez Al-Bukhary Zulkefly Jadi Inspirasi Ramai

Bukan mudah untuk menjaga ibu bapa yang uzur. Ia menuntut kesabaran, kekuatan emosi, masa dan pengorbanan yang besar. Namun, kisah Hafeez Al-Bukhary Zulkefly menjadi bukti bahawa kasih sayang seorang anak terhadap orang tua bukan hanya terzahir melalui kata-kata, tetapi juga melalui tindakan dan tanggungjawab yang dipikul dengan penuh keikhlasan.

Ads

Ramai netizen turut menitipkan doa buat Allahyarham serta menyifatkan pemergiannya sebagai kehilangan seorang insan baik yang pernah memberi inspirasi kepada orang sekeliling menerusi perkongsian di media sosial.

Selain berkongsi kehidupan sebagai pramugara, Allahyarham turut memperlihatkan sisi kehidupan yang penuh nilai kekeluargaan. Perkongsian mengenai bapanya sering menyentuh hati ramai dan menjadi peringatan bahawa berbakti kepada ibu bapa adalah antara amalan yang sangat besar ganjarannya di sisi Allah SWT.

Ads

Pengorbanan Seorang Anak Kekal Menjadi Teladan

Semoga segala jasa, kebaikan dan pengorbanan Hafeez Al-Bukhary Zulkefly terhadap bapanya menjadi asbab pahala yang berpanjangan serta diterima sebagai amal soleh.

Moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

BACA LAGI : “Bangun 5 Pagi Urus Ayah”, Hafizah 30 Juzuk Raih PNGK 4.0 STPM

Sumber: Threads @hazwanijml

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Abby Abadi Nasihat Marissa Jaga Diri, Pesan Jangan Ulang Kesilapan Lalu

Abby Abadi menitipkan ucapan hari lahir penuh kasih buat Marissa Dania Hakim yang menyambut ulang tahun ke-21, disertai doa, nasihat dan kenangan membesarkan anak kesayangannya.