Melihat ruang dapur dengan tema warna putih yang sentiasa kemas dan bersih, tentu mengundang tanda tanya bagaimana tuan rumah dapat kekal maintain sebegitu. Adakah tuan rumah tidak memasak untuk pastikan dapur sentiasa terlihat rapi.
Apatah lagi bila kita cuba bandingkan dengan dapur rumah sendiri. Umumnya setiap kali memasak tentu ada kesan minyak atau pun percikan sambal di bahagian dinding dapur dan ini sekali gus menjadikan ruang dapur terlihat comot.
Jadi apa kata kita baca perkongsian daripada Puan Noor Hafiza Mohamad bagaimana cara dirinya menjaga ruang dapur untuk terlihat kekal bersih. Banyak juga info yang dikongsikannya semoga semua ini memberi manfaat.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Sudah 2 bulan rasanya sis guna wallpaper brick ni. Pengalaman pertama guna, melecur jugaklah yang dekat dapur gas tu, sebab sis guna api kuat semasa guna periuk ajaib, dan buka penutup ajaib tu jadi kena ke dinding. Sis terleka sekejap.
“Sekarang ni bila nak masak sis gunakan penghadang aluminium, letak pada dinding dan tepi bekas garam kunyit supaya masa menumis takdelah terpercik merata.
IKLAN
“Dapur pulak sis tarik ke depan sikit. Senang je nak lap wallapaper ni guna span cuci pinggan atau magic span. Nanti kita tengoklah berapa lama boleh tahan. Hermmm ada lagi ke orang nak cakap dapur putih sis tak berasap.
Dapur sebelum tepek wallpaper brick. Haaa inilah penghadang aluminium. Beli kat kedai MR DIY
Satu dinding ni sis guna 4 keping wallpaper MR DIY.
IKLAN
Dapur gas sis spray cat putih Samurai. Sekarang dah nampak kuning-kuning kesan garam kunyit. Tunggu masa je nak beli dapur baru hehehe. Dah 6 tahun dapur. Cap GIANT ni masa beli RM45 je.
Ni sudut belakang dapur atau backyard orang putih cakap. Sis guna rak buku GERSBY IKEA. Sebijik RM129. Dekat bahagian atas jangan letak balang kaca dengan berat muatan ye nanti lenduh. Berpada-padalah.
Ekstra tip :Sis lap dengan air softlan + cuka setiap 2 minggu. Tengok pada habuk tebal mana. Alah senang je lap-lap sambil exercise kecikkan pinggang tu.
Sumber : Noor Hafiza Mohamad via Deko Rumah Ku Syurga Ku
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.
Egypt atau lebih dikenali dengan nama Mesir adalah antara sebuah negara tamadun terawal di dunia dan mempunyai pelbagai sejarah yang mendalam seperti dinasti pemerintahan firaun,sejarah anbiya dan penyebaran Islam.
Bagi yang beragama Islam pastinya teringin menjejakkan kaki ke sini. Menarik dengan perkongsian lelaki ini yang menyenaraikan lebih 40 sebab kenapa Mesir dikatakan sebuah negera yang menarik.
Ikuti perkongsiannya.
Kalau tanya aku, nak tak pergi Mesir semula? Aku akan jawab : Gila tak nak. Zaman remaja aku habis kat Mesir. Baik buruk Mesir aku hadap. Tanah kelahiran pula tu. BENDA YANG BEST DI MESIR: 1. Transport 24 jam. Ikut la waktu mana nak travel kenderaan pasti ada. 2. Duit Mesir lagi murah dari Malaysia. 3. Syurga buah-buahan. Rasalah puas-puas buah di Mesir. Penuhkan peti ais. Anggur sekilo RM4, Strawberi sekilo RM2. Buah peach ada, ruttob, tembikai, oren dan banyak lagi. 4. Servis runner @ grabfood lagi awal diamalkan di Mesir. Beli ayam pun pakai runner. Bagitau je nak berapa kilo, nak potong berapa. 5. Semua walking-distance je. Nak pergi kedai, pasar, kedai makan, coffee shop semua dekat. 6. Kedai buku bersepah-sepah. Nak cari buku eropah kurun ke 14 pun ada lg. Kedai buku bundle pun banyak. Buku ‘Mahathir Mohammad’ paling senang nak jumpa. Buku agama lagi lah banyak, bermacam cetakan, bermacam ilmu baru. 7. Arab Mesir sentiasa membiasakan mulut berzikir dan memberi salam. 8. Kedai-kedai di Mesir sentiasa pasang alunan bacaan al-quran. Tak pelik kalau selalu dengar dalam teksi. 9. Lokasi yang strategik. Nak ke Saudi dan Jordan naik kapal laut je. Nak ke Eropah ‘flight’ 5 jam. Berenang 10 hari sampai Cyprus . Dulu modal LE800 kami jalan sampai Istanbul ikut darat. Waktu tu Syria tak perang lagi 10. Cuaca Mediterranean. 11. Banyak kedai 3asir (jus), pekena air tebu + lemon sejuk waktu musim panas mmg sempoi. 12. Bulan Ramadhan bulan paling meriah. Satu bulan tak masak pun takpe, arab pemurah sangat bagi makan. 13. Solat tarawih satu malam 1 juzuk pun masih ok. Tak rasa penat. 14. Kalau arab dah boleh ajak kau datang rumah dan kenal-kenal dengan keluarga dia, maknanya dia betul-betul senang dengan kau. 15. Arab Mesir sangat penyayang dengan budak-budak. Diorang mmg pandai layan budak. Aku selalu dapat hadiah buah-buahan, pak arab bagi kat anak. 16. Puluhan surau dan masjid kecil untuk menunaikan solat. 17. Banyak kelas talaqqi agama yang hidup di masjid-masjid. Sangat-sangat berguna untuk isi waktu selain pergi kuliah. 18. Coffe house tempat paling chill untuk lepak. Kedai ala-ala bar. Boleh tengok dia bancuh kopi sambil borak2 petang. 19. Banyak aktiviti kesenian dan budaya kebanyakkannya di Cairo dan Alexandria. Banyak pertunjukan teater (masrah). 20. Syurga makanan. Kalau sampai di Mesir, jangan takut untuk cuba makanan disana. Dari ‘street food’ sampai ke fine dining. Dulu aku selalu buat food hunting di Alex. Ada restoran yang duduk dalam celah-celah bangunan, kena tanya local.
21. Kalau nak buat lasik mata, datanglah ke Mesir. Murah ye. Sambil-sambil travel ke Mesir. Adik aku buat dulu RM800 je.
21. Bila musim panas, malamnya seakan tidak berpenghujung. Orang ramai akan keluar bersiar-siar bawa keluarga. 22. Musim panas boleh jalan ke Matrouh Siwa dah dekat dengan Libya. Musim sejuk boleh ke Sinai kearah Palestin dan Saudi. 23. Banyak sangat kesan sejarah, sebab banyak sangat perang tambahan pula penjajah yang pelbagai. Kesan tinggalan Rom, Turki, Perancis dan lain-lain. 24. Alexandria, kota untuk pemancing. Kedai alatan memancing up to date. Sewa bot pun murah. Mancing tebing pun boleh. Ikan belanak banyak 25. Perasaan lain macam kalau masuk kedai runcit arab. Rasa nak beli semua. Packaging jajan dia sangat menarik. Lama tak makan Molto 26. Satu lg, kalau terlambat pergi solat jumaat. Jangan risau kau masih ada peluang untuk solat di masjid lain. Sebab ada masjid dah habis solat jumaat, tp masjid lain masih baca khutbah. 27. Orang arab sangat menghormati tetamu. Bila dia ajak makan kena habiskan.
28. Yuran pengajian murah, waktu aku dulu kalau tak silap RM60 untuk setahun. Duit kitab pun lebih kurang LE250 untuk satu semester. Kalau medik azhar $1000, kalau Uni Alex $8000. Betulkan kalau aku silap.
29. Budaya membaca al-quran dalam kenderaan awam, di taman, tepi jalan adalah perkara biasa. Lagi-lagi bulan puasa. 30. Budaya menghafaz al-quran sejak dari kecil. 31. Mesir tempat sesuai untuk mulakan solo backpacking. Ada berani? 32. Kalau ada peluang pergi kampung arab jangan lepaskan. Banyak benda boleh belajar, paling kurang tunggang himar. 33. Fathirah Coklata adalah makanan paling sedap . Ada je lg makanan yang sedap hehe. 34. Jangan segan nak mintak diskaun. Pujuk sampai dapat. 35. Pasar karat syurga vintage. Nak cari rayban, levis, kamera lama-lama ada, motor BSA pun ada. 36. Kalau nak shopping, pergi Port Said. Banyak barang import turun disitu. 37. Mesir ada banyak pantai yang cantik-cantik. Budak Malaysia banyak ambil lesen scuba diving sebab murah. Kalau tak nak pergi jauh-jauh, mandi di Pantai Syatbie di Alex pun dah ok. 38. Kain cotton Mesir antara yang terbaik di dunia. Ada satu kedai sebelah ARMA. Beli la kain tuala disitu. Banyak lagi kedai tapi itu yang paling ingat. 39. Souq Shafie paling rare. Macam-macam binatang diorang jual. Nak beli buaya pun boleh. Seingat aku budak Malaysia pernah beli, bela dalam akuarium. 40. Bahasa ammi Mesir difahami dunia arab. Aku dah pakai masa di Saudi, Syria, dan Morocco. Semua faham. Yang penting boleh hidup. 41. Nak buat lesen kereta motor murah. Ujian kereta kena buat u-turn je, terus dapat lesen 10 tahun. Kalau tertinggal helmet masa ujian, helmet kontraktor pun boleh. Ujian motor pusing kon je. Tak tau lah sekarang ni macam mana. 42. Belanja barang dapur murah, lagi-lagi sayur-sayuran. Dulu aku selalu beli daging batang pinang sebab murah. Tp kalau beli ayam, diorang akan timbang ayam hidup, lepas timbang baru sembelih. Tapi ada je diorang jual ikut bahagian ayam. 43. Di pasar banyak dijual, arnab, burung merpati, ayam belanda, ayam kampung. Harga telur ayam kampung dan telur biasa kadang2 boleh sama harga. Sebab tu aku selalu beli telur ayam kampung.
Banyak lagi nak isi, nanti aku edit lagi.Ini semua pengalaman yang aku ambil sepanjang 9 tahun di Mesir. 4 tahun menetap di Mansurah dan 5 tahun di Alexandria. Kalau diajak 10 kali untuk ke Mesir aku pasti sebut YA! YA! dan YA! Jika dicari 100 keburukkan Mesir memang akan jumpa, tapi kau akan jumpa lagi 1000 kebaikkan Mesir. Jangan takut ke Mesir
Biasa kita dengar orang bercerita tentang sifat orang Korea Selatan ini sangat jujur dan berdisiplin tinggi. Pendek kata, mereka tidak akan ambil barang yang bukan kepunyaan mereka dan diajar untuk sentiasa bercakap benar.
Ini antara salah satu kisah yang boleh dijadikan inspirasi, agar kita juga mampu untuk bersikap sentiasa jujur dalam kehidupan ini.
Kejadian ini berlaku di mana seorang lelaki Korea Selatan telah menemui 2200 keping wang kertas berjumlah lebih 110 juta won (RM401,013) di dalam peti ais lama yang dibelinya secara dalam talian.
Ini sebagai mana memetik berita di MBC News, lelaki tersebut ditemui sejumlah wang yang banyak itu ketika sedang membersihkan peti ais yang baru dibeli. Lantas terus ke balai polis untuk membuat laporan berkenaan penemuan wang tersebut pada tarikh 6 Ogos yang lalu.
Sehubungan dengan itu, polih telah pun memulakan siasatan berhubung hal tersebut dan menyifatkan kejadian ini tidak masuk akal kerana melibatkatkan sejumlah wang yang sangat banyak disorokkan di dalam peti ais.
Dalam pada itu, agensi portal allkpop turut berkongsi berita berkenaan penemuan wang kertas tersebut dan di mana menurut Akta Hilang dan Jumpa di negara tersebut, membolehkan orang yang menemui wang memilikinya dengan syarat sepanjang 6 bulan tiada siapa pun tampil menuntut mengatakan harta tersebut adalah haknya.
Namun andai pemilik wang dapat dikesan, pihak yang menjumpainya akan diberi pampasan antara lima hingga 20 peratus. Pun begitu, sekiranya wang tersebut didakwa mempunyai kaitan dengan jenayah, wang tersebut akan diserahkan kepada dana negara.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Diduga memiliki anak istimewa bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Namun, istimewanya anak ini dianugerahkan Tuhan bakat yang cukup luar biasa. Kemahiran yang adakalanya tiada pada anak-anak normal yang lain.
Demikian juga dengan anak autisme. Ramai ibu bapa yang berkongsi kisah anak-anak istimewa mereka sama ada dalam pelajaran mahupun sebagainya.
Seorang ibu Bunga Marissa berkongsi bakat luar biasa anak lelakinya yang baru berusia 6 tahun, namun sudah menghafal dan menulis surah dengan lancar biarpun tidak diajari oleh sesiapa. Sebaliknya dia hanya mendengar dan terus menulis di kertas.
Assalamualaikum..saya nk tanya..kalau ank saya yang ikut routine setiap hari tak boleh skip..adakah dia autism..dia sangat fokus pada sesuatu perkara..umur dia baru 6 tahun tapi dia dah boleh menghafal Ar-Rahman,Al- Waqiah serta menulis sekali.
Umur 4 tahun dia dah boleh membaca buku..ni dia yang tulis..dia hanya tengok dan dengar surah Al-Matsurat setiap pagi..dia boleh tulis balik apa yang dia tengok & dengar..saya tak pernah pi cek doktor.
Dulu dia akan mengamuk bila tak dapat sesuatu yang dia minat..dia hanya minat buku dengan pensel..lepas saya bagi dia makan scott tantrum nak ngamuk dah kurang..dah boleh bawa bincang..adakah anak saya ni autism ye..boleh bagi pendapat x?
Dia mengakui kemahiran luar biasa anaknya yang bernama Ahmad Mustaqim bin Mohd Nasrul Naim itu mula disedari sewaktu lockdown baru-baru ini.
“Anak saya mulanya hanya mendengar, kemudian menghafal dan menulis di buku. Sebelum ini dia menghafal Asma Ul Husna. Kini Ar-Rahman,Al- Waqiah. Dia bermula dengan mendengar dahulu. Buat masa ini saya belum membawa dia berjumpa pakar untuk mengesahkan anak saya autism.
“Sebelum ini, dia suka mengamuk. Contoh tertinggal barang dia..dia nak juga tak boleh ganti yang lain. Dia mengamuk teruk jenuh nak pujuk. Dia tahu kita ni tipu dia kalau beli lain atau cari ganti.
“Buat masa sekarang saya tak ada buat apa-apa tentang bakatnya itu. Memandangkan dia masih kecil, jadi saya lepaskan je dia buat apa dan belajar sendiri. Sebab dia masih kanak-kanak dan saya mahu dia enjoy zaman kanak-kanak dia.” ujar guru sekolah menengah ini ketika ditemubual penulis mengenai anak lelakinya itu.
Selama ini kita tentu selalu bercakap dan memeluk anak tetapi kita tidak tahu rupa-rupanya ada teknik yang betul melakukan hal tersebut mengikut jantina anak.