Penggunaan internet kini begitu menyeluruh di dalam kehidupan seharian kita dan ia juga menjadi keperluan dan bukannya lagi sekadar dilihat memenuhi kehendak semata-mata di zaman ini. Apa tidaknya, dari buka mata di subuh hari hingga nak tidur di malam hari, mesti ada sahaja urusan kita lakukan dengan menggunakan internet.
Jadi tidak hairanlan, kalau boleh kita semua mahukan line internet yang mempunyai kelajuan pantas agar memudahkan urusan. Bahkan bila berdepan dengan masalah line internet yang lembab, memang boleh hilang sabar dibuatnya. Tambahan pula jika dalam urusan kerja yang perlu dilakukan dengan pantas dan sebagainya.
Dan baru-baru ini tular di media social mengenai tips atau trik yang boleh dilakukan oleh pelayar internet bagi mengguatkan isyarat wifi agar dapat dihantar kepada peranti yang digunakan dengan pelbagai cara. Sejauh mana keberkesanannya tidaklah dapat dipastikan lagi selagi anda sendiri tidak mencubanya.
Namun perkongsian warganet tentang tips-tips tersebut, nampaknya cukup meyakinkan dan tidak salah kiranya untuk anda cuba dan di sini dikongsikan agar anda dapat praktikkan.
Menurut AQu Fenz pada mulanya isterinya bising bilamana dia menggunakan aluminium foil untuk dijadikan bekas menempatkan modem wifi dan apabila melihat perubahan pada akses internet yang lebih lancar tanpa ‘lag’ isterinya tersenyum lebar.
Ads
Begitu juga dengan perkongsian daripada Shahrul Hafizh yang mana sebelum ini jika pukul 8.00 malam jatuh 10Mbps dan selepas mencuba menggunakan aluminium foil menjadi 24Mbps. Pada awalnya dia pun seakan tidak percaya.
Ads
Manakala cara yang dikongsikan oleh Fakhrul Rodzi ini mengundang tawa namun bila membaca perkongsiannya mungkin menarik untuk dicuba. Katanya dengan cara tersebut dapat menyebabkan kelajuan internet daripada 2.5Mbps menjadi 13Mbps.
Jadi tunggu apa lagi, jika sebelum ini anda mengalami masalah dengan kelajuan internet bolehlah diusahakan cara mudah yang dikongsikan ini. Mana tahu ianya benar-benar berkesan, dapatlah anda melayari internet dengan rasa hati yang lebih tenang dan selesa. Selamat mencuba.
Melihat pasangan ini menguruskan dan mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri nyata memberi motivasi kepada ibu bapa lain. Tidak hairanlah setiap kali mengemas kini status terbaru di media sosial, ada sahaja pertanyaan dan permintaan daripada orang ramai yang ingin mereka berkongsi ilmu keibubapaan.
Tidak sekadar itu sahaja, pasangan ideal Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina juga tidak menggunakan bantuan pembantu rumah dalam menguruskan anak-anak. Sebaliknya mereka lebih selesa melakukan sendiri sejak dahulu lagi.
Terbaru, pasangan ini baru dikurniakan sepasang cahaya mata kembar yang yang diberi nama Sheikh Eusoff dan Shophea Emelia.
“Eusoff dan Emelia merupakan nama yang diberikan untuk anak kembar kami.
“Kami memilih untuk menggunakan awalan E & E. Namanya akan jadi Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia seperti anak-anak kami yang lain,” katanya.
Pada masa sama, Dr. Sheikh turut memanjatkan doa agar kedua-dua anaknya itu akan membesar menjadi seorang soleh dan solehah selain berbakti kepada semua insan.
Terdahulu, Sheikh Muszaphar menimang cahaya mata kelima dan keenamnya selepas isterinya, Datin Dr. Halina Mohd Yunos selamat melahirkan kembar kedua mereka pada 20 November lalu.
Push anak belajar banyak benda
Senada dan sehati dalam segala hal, namun Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sedikit ‘dominan’ terutama dalam mendidik anak-anak. Tegasnya, anak-anak perlu didedahkan dengan segala kemahiran sejak kecil lagi bagi memudahkan pada masa akan datang.
“Alahmdulillah, syukur kerana ini rezeki yang Tuhan berikan pada kami. Saya dan isteri memang suka anak ramai. Saya suka mendidik anak-anak ikut cara saya yang dipraktikkan hasil pembelajaran melalui ajaran ibu bapa saya dan juga sebelah Halina. Saya suka tonjolkan anak-anak dengan unsur kasih sayang selain ‘push’ mereka sehingga ke tahap maksima kerana kita tidak tahu potensi mereka yang boleh pergi.
“Saya mahu didik mereka dalam semua bidang termasuklah bab agama, akhlak, mengaji, belajar berenang, tekwando dan pelbagai lagi. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, demikian juga kami. Dalam hal ini, saya mengharapkan anak-anak akan jadi lebih baik daripada kami kelak. Awalnya isteri saya agak takut dan kesian kerana anak-anak masih kecil.
“Tetapi sebenarnya mereka suka jika apa yang kita suruh buat itu benda yang menyeronokkan buat mereka. Penerimaan Bella dan Tasha baik dan saya tidak suka mereka membazir masa begitu sahaja kerana pada saya setiap minit itu adalah pelajaran.
“Pernah juga mak saya tegur kononnya biarlah anak-anak main tetapi bagi saya pelajaran juga satu corak permainan. Contohnya ke kelas menyanyi, persekitaran tersebut cukup menyeronokkan.
“Jadi, daripada situ mereka selesa dan seronok untuk belajar. Saya berimpian mahu melihat anak-anak mengikut jejak langkah kami dalam bidang kedoktoran. Kerana itu saya mendedahkan mereka dengan bidang perubatan ini sejak awal lagi.
“Tetapi andai suatu hari nanti mereka mahu memilih bidang lain, saya akur. Tetapi saya percaya jika kita didik dan asuh minda mereka sejak awal ke arah tersebut, maka saya yakin mereka akan menuju ke arah yang betul.
Take a break elak stress
Ditanya mengenai cabaran memiliki anak kembar, jelas Angkasawan negara ini lagi, memang sangat mencabar dan dalam masa yang sama terselit kebimbangan tidak mampu memberi kasih sayang sama rata.
“Memang stress dan kadang kala penat sangat kerana boleh dikatakan 24 jam kami menguruskan anak-anak sendiri. Saya bangun jam 2-3 pagi untuk susukan dan dodoikan anak. Pada saya suami kena banyak berkorban dan jangan harapkan isteri sahaja.
“Saya lebih suka berjaga malam dan biarkan Dr Halina tidur dan berehat. Pada saya, sebagaimana isteri berkorban begitu juga suami dan kedua-dua kena main peranan.
“Saya selalu pesan pada isteri, kalau penat ambil rehat dengan pergi keluar untuk ‘take a break’ walau hanya 30 minit. Tetapi jarang sebenarnya nak stress kerana penat macam mana sekali pun itu adalah sesuatu yang kami suka lakukan” ujar Dato’ Dr Sheikh Muszaphar lagi.
Anak sekolah aliran Cina
Tidak mahu anak terkena kejutan budaya membuatkan pasangan ini menghantar anak-anak bersekolah lebih awal sedari usia 3 tahun. Bahkan Bella menurut Dato Dr Sheikh Muszaphar lagi sudah mencapai level tahun empat untuk subjek matematik dan Bahasa Inggeris. Mengakui Bella banyak mengikut jejak langkah isterinya terutama bab bergaya, mekap, kasut dan sebagainya, Dato Dr Sheikh juga menghantar anak-anak ke sekolah Cina.
“Saya selesa menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan kerana tidak mahu anak berasa diri ‘besar’ sebaliknya mahu mereka jadi orang biasa yang sentiasa rendah diri. Sekolah Cina menjadi pilihan kerana mahu mereka fasih bahasa Mandarin. Walaupun saya secara peribadinya tidak tahu berbahasa Cina dan terpaksa membuka Google translate apabila mengajar anak-anak, saya tidak kisah kerana bahasa ini amat penting untuk masa depan,”ulas Dato Sheikh Muszaphar.
Parenting satu eksperimen
Mengakui masih baru dalam bab keibu bapaan, Dato Dr Sheikh Muszaphar tidak mengharapkan semua orang menerima kaedah yang dipraktikkannya itu.
“Ini cara saya dan kepada mereka yang tidak setuju tidak apa. Kerana proses parenting ini seperti satu eksperimen. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Mungkin kita sudah berikan yang terbaik tetapi hasilnya berbeza. Namun yang pasti saya sudah melakukan yang terbaik dan jika ada yang mahu mencontohi cara saya, maka boleh ikut.
“Keutamaan saya lebih pada keluarga dan bab memberi ceramah masih diteruskan cuma tidak mahu terima terlalu banyak. Soal penerimaan tawaran untuk anak-anak buat masa sekarang kami masih kawal lagi.
“Kami tidak mahu mereka didedahkan pada bidang komersil dan memilih produk yang bersesuaian dengan anak-anak,”jelas Dato Dr Sheikh Muszaphar yang mengakui kerjasama dan perancangan awal yang sistematik memudahkan dia dan isteri menguruskan anak-anak baik di rumah mahupun ketika bercuti dan sebagainya.
Terdapat banyak resipi kek pisang yang dikongsi di laman sosial namun yang menjadi kesukaran ialah bagi mereka yang tidak memiliki ketuhar atau ketukar telah rosak.
Nah, jangan risau, jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Hazliza Dza membakar kek pisang dengan hanya menggunakan kuali.
Wah, nampak menarik kan, boleh cuba ni!
Sebab ramai yang tanya saya macam mana bakar pakai kuali.. So saya serta kan cara dan gambar skali..
1. Panaskan kuali pasti kan kuali di tutup ye.. (sama macam 0ven gak) time ni api besar pun takpe 2. Agak2 kuali dah panas s0 kecik kan api.. 3. Letak tmpat letak periuk 2.. 0rang paggil tungku.. Saya letak terbalik sebab tungku 2 besar dari kuali ?? 4. Letak kan acuan dan tutup dengan penutup pengukus.. 5. Bakar bergantung pada acuan.. Macam saya tadi 50 minit.. 6. Jangan risau tau kuali takkan terbakar ??.. Setakat saya bakar guna cara ni..
Nota penting: jangan sesekali bukak penutup periuk sebelum 30-40 minit bakar yer.. Takut kek jadi mendap..
*bakar tanpa air *Kalau ada air jd kukus
:: jangan kecam kuali sis ye.. Hihihi
Kek Pisang Bakar guna kuali
Bahan-bahan untuk dikisar:
Bahan-bahan yang perlu diayak:
Cara-caranya:
1. Kisar semua bahan yang perlu dikisar kecuali pisang selama 2-3 minit. Apabila semua bahan sudah sebati, campurkan pisang yang telah dilecek dan kisar sekejap.
2. Satukan bahan-bahan yang perlu diayak dalam bekas. Kemudian campurkan bahan yang telah dikisar tadi dan adun hingga sebati.
3. Sapukan marjerin atau mentega pada acuan atau loyang untuk memastikan kek tidak melekat pada bekas tersebut. Selain itu, boleh gunakan kertas minyak (baking paper) untuk dialaskan dalam acuan.
4. Tuangkan adunan dan hias dengan menggunakan pisang yang telah dipotong nipis supaya tidak tenggelam ketika kek dibakar.
5. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Periksa keadaan kek selepas 40 minit membakar supaya kek tidak mendap atau bantat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semenjak kebelakangan ini sering sahaja kita mendengar duit tabungan di dalam bank boleh lesap begitu sahaja angkara daripada scammer yang semakin berleluasa kini. Ini pastinya menimbulkan kerisauan buat kita semua yang menyimpan duit di bank, memandangkan seakan sudah tidak selamat lagi.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Apatah lagi bila mana ada antara kita yang membuat simpanan di Tabung Haji dengan tujuan untuk mencukupkan jumlahnya bagi mengerjakan haji di masa akan datang. Impian yang sekian lama untuk ke tanah suci tentunya musnah andai pembiayaan ke sana tiba-tiba boleh hilang ‘dicuri’ dalam akaun sendiri!
Lantaran itu buat anda yang bimbang akan keselamatan wang simpanan di dalam Tabung Haji, antara cara yang boleh dilakukan adalah ‘unlinked’ akaun TH dengan akaun perbankan yang lainnya.
Ini seperti mana yang dikongsikan oleh Azila Mohd Kasim dan ini cara untuk unlinked akaun Maybank2u dengan TH.
CARA LINKED & UNLINKED AKAUN TABUNG HAJI DENGAN MAYBANK2U
Saya kongsikan cara linked dan unlinked akaun Maybank 2U daripada Akaun Tabung Haji.
BOLEH UNLINKED bagi yang telah linked kan.
EKSTRA INFO
Dapat maklumat bahawa akaun CIMB perlu pergi ke ATM mesin bank untuk unlinked ke Tabung Haji.
Akaun Bank lain-lain mungkin sahabat sekalian boleh hubungi customer service bank masing-masing.
Jangan panik ya.InsyaAllah ada lagi duit di Tabung Haji dan selamat
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.