Penceraian bukan penghalang untuk berbaik demi anak-anak. Jika sebelum ini Norman Hakim dan bekas isterinya , Abby Abadi serta Fasha Sandha dan Jejai menjadi contoh pasangan yang bercerai tetapi masih berhubung baik.
Terbaru Datuk Eizlan Yusof dan bekas isterinya Vie Shantie Khan dikatakan berbaik apabila dilihat bercuti bersama-sama. Menerusi satu perkongsian oleh Dato’ Sri Eizlan Yusof , beliau memuat naik sekeping gambar bersama bekas isterinya melalui laman instagramnya baru-baru ini.
Turut kelihatan anak-anak serta isteri barunya, Datin Sri Natasha Rosa Boudville.
Ads
Rupa-rupanya keluarga ini telah bercuti bersama-sama sempena hari jadi anak mereka Vie Zaalia. Kehadiran Vie Shantie mencuri tumpuan sekali gus menutup spekulasi kononnya hubungan Eizlan dan bekas isterinya dingin. Majlis hari jadi yang berlangsung di sebuah homestay turut dihadiri anak-anak mereka yang lain iaitu Vie Zaara dan Zareef Yusof.
Keceriaan dan wajah bahagia jelas terpancar di wajah masing-masing. Tidak hairanlah ramai yang memuji sikap sporting Eizlan dan bekas isterinya itu.ssarshat Masyaallah.. Such a warm sight… May Allah bless all of u with everlasting love and ukwah for the sake of Him!
annarozana_adn Barulah best tengok family begini. Damai selalu wpun dh berpisah. Contohi sprt keluarga kak abby abadi & norman hakim. Semoga sejahtera selalu
themissainol Antara family yg boleh dicontohi selepas family norman dan abby
moveoncharity_team Tahniah dato kerana dapat menyatukan keluarga ini demi anak anak…..inilah pengorbanna ibubapa…..anak anak keutamaan kita…tahniah juga buat isteri dato yg sporting dan mommy kpd anak anak yg turut berkorban demi anak anak ini…tahniah untuk semua
hanimidayu_ismail selepas kluarga norman & abby, ctdk, skrg kluarga dato eizlan… trbukti, apa2 yg terjadi, kasih syang trhdp anak2 tu yg plg penting… semoga terus dilimpahi ksh syg dr Allah…
vintage_rosegold Allah yg merancang. The two of you are perfect parents, just wish….
Anak lelaki perlu dididik untuk menjadi seorang pemimpin, setidak-tidak sebagai seorang ketua keluarga.
Juga seharusnya diajar untuk bertanggungjawab atas setiap tindakannya. Hukumi mereka sekiranya mereka melakukan kesilapan. Jangan biarkan mereka melakukan kesalahan yang sama.
Sebagaimana perkongsian ustazah ini, boleh jadi manfaat bersama.
TIP DIDIK ANAK LELAKI
Cabaran mendidik anak lelaki berbeza dengan anak perempuan. Saya kongsikan beberapa tips terbaik melahirkan anak lelaki yang berjiwa kental, bertanggungjawab dan di hormati masyarakat.
1. Sumber belanja
Inilah kehidupan. Saya menelusuri sejarah kehidupan Almarhum ayahanda dan 5 bapa saudara yang dibesarkan oleh atuk dan nenek. Semuanya lelaki. Kebanyakan dari mereka menjadi insan hebat, sangat disegani dan ada yang namanya tercatat dalam kelompok ulama negeri kelantan.
Subhanallah.. .
Jangan terkejut jika saya nyatakan, mereka melanjutkan pengajian ke luar negara berbekalkan duit belanja dari hasil jualan telur itik dan sumbangan masyarakat kampung.
Rupanya, wang belanja dan sumber yang berkat memberi kesan yang hebat dalam kehidupan seorang anak. Menjadi asbab kepada Allah SWT redha dengan ilmu yang dituntut sehingga mampu menjadi tunjang dalam masyarakat.
2. Susah
Kemewahan hanya akan melahirkan seorang anak lelaki yang pandai meminta bukan memberi.
Ajari mereka tentang kehidupan yang susah, jika hari ini suasana rumah kita tidak membantu, bawalah anak-anak ke suatu tempat yang mampu mengajar erti kesusahan yang sebenar.
Ajak mereka melakukan khidmat masyarakat, turun menziarahi keluarga yang dhoif dan berikan tanggungjawab sebagai Ketua untuk menguruskan sesuatu misi mengikut kadar kemampuan.
Banyakkan program bersama anak lelaki, membersih kawasan masjid, tempat wudhuk dan paling penting ialah tandas. Inilah cara yang paling mudah untuk menundukkan hati yang keras dan sombong.
Bila hati sudah dilentur, mudahlah akhlak dibentuk.
3. Damping
Cuba tanya anak lelaki satu soalan nie, bila besar nanti nak jadi apa?
Kita akan mendengar jawapan yang hampir sama. “Saya nak Jadi macam ayah”
Apapun pun pekerjaan seorang ayah, anak lelaki akan merasa bangga dan sentiasa memasang angan-angan untuk menjadi seperti nya.
Penting, dampingi anak-anak dengan contoh kelakuan yang terbaik. Tabiat yang buruk tinggalkan diluar rumah atau lakukan diluar pngetahuan anak-anak lelaki. Contohnya bertengkar, ketagihan game, merokok dan sebagainya.
Seorang anak yang diajar dengan kekerasan, sifat bengis, pemarah, suka berhibur dan kemaksiatan akan cenderung menjadi seorang penjenayah, mereka melihat orang lain sebagai lawan bukannya kawan.
4. Cintakan ilmu, pasakkan tauhid dalam jiwa
Bahaya membiarkan jiwa seorang anak lelaki kosong, kering dan gersang kerana banyak unsur-unsur negatif akan berebut memenuhinya.
Tidak mudah mendidik anak lelaki kerana kita hanya mampu melihat hasilnya apabila mereka menginjak remaja dan menjadi dewasa.
Cabaran yang paling besar ialah menguruskan anak lelaki remaja.. berapa ramai ibu ayah yang menumpahkan air mata kerana anak mereka tersungkur di lembah kehinaan, salah memilih haluan hidup, kuat melawan, memilih teman hidup yang salah, tercalar akidah kerana taasub dengan artis2 barat dan kpop.
Ubat kepada segala penyakit ini ialah suapkan makanan kepada Rohani mereka. Wujudkan hubungan dengan Allah dan benamkan kalimah tauhid dalam jiwa, pasti dan pasti tidak ada perkara yang boleh merosakkannya.
5. Berdikari
Bekal hidup yang paling baik untuk seorang anak lelaki ialah ilmu dan pengalaman. Hantar mereka belajar di tempat jauh, lagi jauh lagi mahal pengalaman yang mereka perolehi.
Anak lelaki yang berdikari akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan bijak mengatur kehidupan.
Kita bukan sahaja melahirkan seorang anak lelaki, tetapi Allah amanahkan kita bakal khalifah. Besar sungguh tanggungjawab mendidik, kerana kita akan disoal tentang amanah ini.
Mereka yang lahir sekitar tahun 80an -90an mesti biasa menggunakan kamera yang menggunakan roll film yang dihantar ke kedai untuk ‘dicuci’ menjadi gambar. Namun kini bila terpandang negetif filem yang tersimpan elok dalam almari, teringat kita beberapa memori terakam indah suatu ketika dahulu. Kadang-kadang terfikir juga kalau dihantar ke kedai untuk dicuci, boleh ke lagi? Kalau boleh, berapa pula lah harga perkhidmatan tersebut.
Pun begitu, tahukah anda sebenarnya ada cara PERCUMA yang boleh anda buat dengan negatif filem tersebut menjadi ‘gambar’ dengan menggunakan apps di telefon. Cara untuk buatnya juga mudah sepertimana yang dikongsikan di fb Ruang Mahasiswa, dan bolehlah dipraktikkan.
Jadi ini langkah demi langkah yang boleh anda lakukan untuk jadikan negatif filem yang ada dalam simpanan menjadi gambar berwarna!
Langkah 1 : Download Apps PicArt & Ramini
Untuk lakukan proses ini anda perlu download aplikasi PiscArt dan Remini di Playsore.
Langkah 2 : Pilih gambar di negatif filem yang anda inginkan dan kemudian buka PiscArt. Pilih Effects kemudian Colors kemudian Negative
Langkah 3 : Anda juga boleh crop mengikut kesesuaian pada bahagian Tools sebelum anda SAVE gambar tersebut.
Pada tahap ini gambar masih kehijauan dan sebab itu juga kita memerlukan apps yang kedua untuk mencantikkan lagi gambar tersebut.
Langkah 5 : Setelah pilih gambar tadi, tick ikon berwarna merah di bawah. Anda akan dapat lihat perbezaan sebelum dan selepas.
Jika ingin cantikkan lagi warna gambar, anda boleh pergi semual ke Home di Apps Remini dan tekan ikon More dan pilih Colorize. Kemudian barulah anda akan dapatkan hasil gambar yang sharp dan cantik.
Pasti memuaskan hati dan bolehlah anda lihat gambar dari negarif filem yang sekian lama berada di dalam simpanan ‘dijelmakan’ dalam bentuk gambar berwarna.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Orang selalu cakap, ramadhan datang setahun sekali, usah dipersiakan. Tambahkan pahala berganda dengan melakukan solat terawih dan sebagainya.
Namun bukan semua yang mampu berbuat demikian… Dek kekangan tugas dan tanggung jawab yang harus menjadi keutamaan. Demikian luahan DR Kamarul Ariffin Nor Sadan cukup menyentuh hati.
Lepas berbuka tempoh hari, klinik aku kena serbu dengan pesakit. Ramai bukan main. Terpaksa lihat pesakit laju sedikit sebab ramai yang masih menunggu.
Aku dah mula serabut, mula kurang sabar, dan mula mengeluh.
“Kenapalah aku kena kerja? Di waktu begini, orang lain semua di masjid, tenang-tenang solat tarawih. Aku pula berhempas pulas di sini.” detik hati aku.
Beberapa tahun kebelakangan ni aku dah mula rasa terlepas nikmat Ramadan. Jarang-jaranglah dapat tunai solat tarawih berjemaah, sebab aku kena berkerja.
Gambar hiasan
“Panggil next patient,” kata aku pada pembantu klinik.
Pembantu klinik pun panggil, dan masuk seorang ibu dengan anaknya yang berusia 7 tahun. Si ibu mengadu anaknya demam, aku periksa.
“Doktor, dulu doktor pernah kerja HSI eh?” soal si ibu semasa aku tengah periksa tekak anak dia.
“A’ah. Dulu saya pernah kerja sana. Mana puan tahu?” balas aku.
Terkebil-kebil si ibu tu memandang aku.
“Kenapa, puan?” tanya aku.
“Doktor tak ingat saya eh?”
Aku pula terkebil-kebil jadinya.
“Doktor, anak saya ni, masa dia lahir, doktor yang azankan. Ingat tak?” katanya sambil mengusap kepala anaknya.
Bila dia cakap begitu, terus rasa macam aku mengembara semula ke tahun 2012. Ramadan tahun tu aku bertugas di Jabatan Obsteterik dan Gineakologi.
“Doktor, patient doktor dah nak terberanak tu!” kata jururawat pada aku yang baru selesai berbuka di pantri.
Melompat aku dari kerusi, cuci tangan dan lari pergi dewan bersalin. Sampai-sampai, tengok bahagian atas kepala bayi dah tertonjol di bukaan pangkal rahim.
Masa aku buat persediaan nak sambut kelahiran tu, hati aku dah tak sedap. Rasa berdebar lain macam. Namun, tak sampai 2 minit lepas tu bayi pun lahir dengan jayanya. Alhamdulillah!
Gambar hiasan
Selepas aku potong tali pusat bayi, aku letak bayi dalam dakapan ibunya. Bukan main senyum lagi si ibu. Memancar kegembiraan di wajah dia, tapi tiba-tiba anak mata si ibu memandang siling.
“Doktor… saya rasa peninglah”
“Dah inject Synto?” tanya aku pada jururawat yang bantu aku.
“Dah, doktor!”
Syntocinon ni ubat kecutkan rahim. Biasanya kami suntik pada ibu sebaik sahaja bayi dilahirkan untuk elakkan pendarahan yang banyak.
“Doktor, bleeding banyak ni,” kata jururawat.
Tekanan darah masih OK, tapi denyut nadinya dah laju, tanda-tanda kehilangan darah yang signifikan.
Kami terus ambil bayi dari dakapan si ibu, dan terus uruskan pendarahan. Infusi dimulakan.Uri dipisahkan dengan segera. Darah masih tumpah.
Kami teruskan dengan urutan rahim dan mulakan infusi syntocinon. Air dimasukkan dalam vena. Beberapa orang lagi doktor datang bantu.
Memang haru biru dalam bilik dewan bedah tu. Darah di mana-mana: pada sarung tangan, pada apron, atas katil, di lantai, malah juga atas kasut aku.
Ada 3 orang doktor, dan 2 orang jururawat tengah bertungkus-lumus pastikan pendarahan terkawal dan keadaan pesakit stabil.
“Puan, angkat sikit punggung!”
“Puan, suami mana?”
“Puan, nama siapa?”
“Puan, OK tak?”
Dalam keadaan tu, kami perlu berkomunikasi, tapi kerana keadaan genting dan mendebarkan, suara kami agak tinggi. Jadi bila beri arahan atau menyoal pesakit, kadang-kadang kedengaran seperti marah.
Setelah berperang dengan situasi getir tu, akhirnya pendarahan berjaya diberhentikan. Keadaan pesakit pun beransur-ansur stabil. Akhirnya hanya tinggal saya dan seorang jururawat menemani pesakit di bilik dewan bersalin tu.
Gambar hiasan.
“Doktor…” sapa pesakit dengan suara yang lemah. Mukanya kelihatan sangat lesu. Mata dia kuyu.
“Ya, puan.”
“Anak saya OK tak?”
“Alhamdulillah OK. Dia ada di warmer.”
“Boleh tolong saya, tak?” soal wanita yang kini telah rasmi bergelar ibu itu.
“InsyaAllah, boleh.”
“Tolong azankan… anak saya.”
Kali pertama pesakit suruh aku azankan bayi dia yang baru lahir. Biasanya bapa bayi yang azan atau iqamah sendiri.
“Suami saya… on the way. Dari Perak. Polis. Bertugas. Doktor azankan dulu, ya.” katanya dengan ayat yang pendek-pendek. Barangkali terlalu penat.
Tak sempat tanya, pesakit tu dah jawab persoalan aku. Aku hanya senyum dan angguk tanda bersetuju. Sejujurnya, itu kali pertama aku azankan bayi yang baru lahir.
Semenjak hari tu, dah entah berapa ramai bayi yang aku azankan atau iqamahkan. Semua pasangan muslim, bayinya aku akan azankan jika pasangan beri kebenaran.
Memori itu terus melenyapkan keluhan aku yang tadi. Mungkin aku tak dapat tunaikan ibadah khusus Ramadan seperti tarawih, tapi aku diberi peluang tunaikan ibadah yang orang lain tak berpeluang tunaikan.
Jadi, apa yang nak dikeluhkan?
“Terima kasih, doktor,” ujar suami merangkap kepada bapa kepada budak tadi.
“Semoga anak Tuan jadi orang hebat !” balas aku.
“Macam doktor” balas dia.
Entah kenapa saya jadi emosional. Bahang je rasa dada. Bahang yang mententeramkan jiwa. Nasib baik tak nangis. Jika tidak, malu ternampak dek brader polis tu.
Apapun, di bulan Ramadan ni, marilah kita jadi seproduktif, jika tak mampu jadi lebih produktif dari bulan-bulan yang lain.
Kerja itu juga ibadah. Kita tunailah seperti mana kita tunaikan ibadah-ibadah lain. Dengan keikhlasan dan dengan sepenuh hati.
Seorang pempengaruh wanita, Nur Syahirah, 28, atau lebih dikenali sebagai SchaYang, meninggal dunia malam tadi, dipercayai akibat sesak nafas, hanya seminggu selepas mendirikan rumah tangga.