Lain orang , lain kepakarannya! Ada yang jaguh ketika di dapur, ada yang jenis kaki pembersih memang bab menguruskan rumah serah pada dia, dan sebagainya. Lebih-lebih lagi bagi yang ada adik beradik ramai, sememangnya akan berbahagi tugas untuk menolong ibu di rumah.

Sama seperti pelakon dan pengacara, Yasmin Hani yang mengakui dirinya tidak gemar memasak dan lebih menitikberatkan kebersihan di persekitaran rumahnya.

Menurut Yasmin, dia hanya akan memasak hanya apabila perlu sahaja.

“Saya boleh memasak cuma tidak sampai level seperti ibu. Saya seorang yang suka outdoor dan mengemas. Tahap keyakinan saya dalam bab mengemas ni sampai rasa boleh buka business mencuci..

“Kalau memasak, saya rasa basic saja boleh sebab pada akhirnya saya tanya diri sendiri, saya nak rumah bersih ke nak dapur berasap tapi rumah kotor berlemuih?

IKLAN

“Saya sanggup berlapar asalkan rumah saya bersih. Nombor satu pada saya ialah kebersihan. Saya suka masak bila saya nak saja,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Yasmin sering berdoa agar suatu hari nanti hatinya terbuka untuk minat memasak serta menjelaskan keadaan ketika dia membesar menjadi punca lebih gemar mengemas.

“Dulu bila saya masuk dapur, saya kena marah dan halau. Dah ada tiga orang (kakak Yasmin) di dapur, jadi yang bongsu ni tak pandai masak buat apa? Saya keluar kemas satu rumah.

IKLAN

“Saya rasa lebih suka mengemas sebab keadaan saya membesar macam tu. Saya suka diberi peluang untuk sertai program masakan Dapur Tempur ni sebab saya dapat banyak belajar.

“Saya Nak Rumah Bersih Ke Dapur Berasap Tapi Rumah Kotor Berlemuih?” – Yasmin Hani

“Saya fikir balik dan berdoa ‘Ya Allah, tolonglah buka hati saya untuk suka memasak, suka tau bukan pandai memasak’.

IKLAN

“Sebelum ni saya doa untuk luangkan masa dengan anak-anak, Allah makbulkan dengan maid saya lari. Jadi sekarang ni saya minta doa untuk minat memasak, zapp saya dapat peluang jadi host untuk program masakan.

Dapur Tempur bakal bersiaran sebanyak 8 episod akan menemui penonton bermula 3 November 2022, setiap hari Khamis, jam 8.30 malam di TV9 dan juga melalui strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

Sumber : Xtra

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI