Kalau ingat cerita dulu-dulu, “Cili Padi” mesti mengenali pelakon kecil molek, siapa lagi kalau bukan Datin Anne Ngasri.
Sudah lama berdiam dalam bidang seni, tetapi aktif di media sosial, baru-baru ini Anne ada memuat naik satu perkongsian di laman Instagram miliknya dengan membuat ucapan khas sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Suffian Hakiem Sumali yang kini sudah meningkat remaja iaitu sudah mencecah 18 tahun.
“Syukur Alhamdulillah, Today is my eldest son 18th Birthday , @suffianhakiem . Time flies 😇. May Allah ease ur way, shower you with love and protect u always, Aminnn . Good luck in life and make us proud! We Loves u so much! ❤️ Suffian Hakiem Sumali” tulisnya di ruangan kapsyen.
Yang menjadi perhatian orang ramai dalam perkongsian tersebut adalah wajah Anne yang tak dimamah usia dan kelihatan seperti kakak dan adik bila bersama anak sulungnya itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji Anne yang dilihat masih cantik dan awet muda seperti sebelum ini. Malah ada juga yang berseloroh keturunan2 ngasri seakan vampire kerana adik beradik Anne yang lain juga kelihatan muda.
Lazimnya waktu cuti sekolah, ramai ibu bapa mengambil kesempatan untuk mengkhatankan anak mereka. Ramai yang memilih waktu ini kerana selalunya penyembuhan luka berkhatan memerlukan tempoh yang lama antara 10 hingga 14 hari.
Namun untuk melakukan penjagaan selepas berkhatan bukan mudah terutama bagi pertama kali buat ibu ayah. Risau dibuatnya, jika salah penjagaan luka lambat sembuh!
Apa yang penting, ibu bapa perlu tahu agar anak mereka tidak mengalami bentan atau bernanah supaya luka cepat sembuh.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menerusi perkongsian Public Health berkongsi infografik bersiri penjagaan berkhatan dan penerangan daripada Dr. Adelin Zin.
Kata Dr Adelin sembuh luka sunat ni tak sama setiap anak, hatta adik beradik pun. Biasanya ambil masa sekitar seminggu ke 3 minggu.
Kenapa ada yang sampai 3 minggu? Sebab ada zakar yang tenggelam menyebabkan luka nya lambat kering. Jadi kena continue bersihkan dan keringkan sampai semua keropeng tanggal.
Yang penting, setiap kali lepas buang air atau mandi memang kena keringkan. Anak biasanya meraung tak bagi sentuh, jadi pandai-pandailah parent pujuk. Paling koman, suh tadah depan kipas kasi kering.
Jangan letak apa-apa serbuk dari sengsei ya, sebab ada yang letak sampai busuk bau burung anak nya, terpaksa doktor bersihkan sebab melekat-lekat serbuk sensei tu.
Makan pun tak perlu berpantang sangat-sangat. Protein penting untuk penyembuhan luka. Kalau anak takde apa-apa alahan, makanlah sekadarnya yang penting berkhasiat. Bukan janji dengan anak habis je pantang ni seminggu abah belanja kepci
Terakhir yang perlu anda watch out adalah senarai seperti dibawah. Kalau ada bleed sikit-sikit masa hari pertama dan kedua itu biasa. Tekap je dengan tisu bersih dalam seminit dua, kalau still tak berhenti bawa jumpa doktor. Tapi kalau ada tanda-tanda yang lain tu, cepat-cepat bawa ke klinik ye untuk pemeriksaan lanjut.
Semoga semua anak-anak yang bersunat tahun ni cepat sembuh dan boleh beraktiviti seperti sediakala. Asbab dah bersunat tu maka ibu bapa kena ajarkan lah anak-anak supaya menjaga kemaluan mereka terutamanya dari zina dan maksiat, ok?👌🏻
*Setiap kali tengah berkhatan pasti saya doakan anak-anak yang saya sunatkan tu terpelihara dari perkara yang dilarang Allah swt. Semoga Allah makbulkan doa kecil saya, ameen
Selepas dua hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) gagal menemukan 9 mangsa yang dipercayai hilang di kawasan tanah runtuh Father’s Organic Farm di Gohtong Jaya, Batang Kali pada berlaku pada Jumaat lalu, kini rakyat Malaysia dan ahli keluarga khususnya boleh menarik nafas lega.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan tanah runtuh berjaya menemui dua mayat iaitu seorang kanak kanak perempuan dipercayai berusia lingkungan sekitar 6 hingga 10 tahun dan seorang mayat mangsa dipercayai lelaki dewasa.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), mayat mangsa lelaki dewasa ditemui sekitar pukul 11.16 pagi.
Kemas kini setakat jam 11.16 pagi, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Operasi Tanah Runtuh Jalan Batang Kali – Genting Highlands telah berjaya menemui seorang lagi mangsa iaitu lelaki dewasa di sektor B.
“Ini menjadikan jumlah mangsa korban tanah runtuh yang berjaya ditemui adalah sebanyak 26 orang.
“Operasi SAR pada hari keenam diteruskan lagi bagi mencari baki tujuh mangsa yang masih hilang,” jelas kenyataan itu.
Terdahulu mayat mangsa ke-25 yang juga kanak-kanak perempuan yang ditemui pada kedalaman 17 meter di lokasi runtuhan tanah di sektor C.
Sehingga kini, operasi giat dijalankan untuk mencari 7 mangsa yang masih hilang.
Operasi turut dibantu 11 jengkaut tanah pelbagai agensi serta sembilan ekor unit anjing pengesan K-9.
INFORMASI
Jumlah Mangsa: 94
Mangsa selamat : 61
Mangsa meninggal: 26
Mangsa Masih hilang:7
Rumusan Mangsa meninggal : 5L(D), 13W(D), 5L(K), 3P(K)
Sumber: Pusat Pengurusan Operasi JBPM
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Mama, ayah! Lipas! Arrggg!” Jerit anak nampak anak lipas lalu-lalang di kerusi ketika duduk dibahagian penumpang dalam kereta.
Mau terkejut ayahnya ketika memandu terdengar jeritan anak-anak. Semua anak-anak bergerak ke tepi nak elak lipas! Bukan takut tapi geli! Maka bermula aksi-aksi ‘mengetuk’ lipas menggunakan tisu atau apa aje dalam kereta.
Dahsyatkan penangan lipas dalam kereta. Itu baru anak lipas. Kalau ‘mak ayah’ lipas mahu melompat anak-anak ke depan. Mungkin ada yang pernah mengalami situasi ini.
Memang tidak dinafikan, kehadiran lipas dikatakan berkaitan dengan kebersihan. Sisa makanan yang tidak dibersihkan akan ‘menjemput’ lipas membiak dalam kereta. Agak sukar untuk mengelak anak-anak daripada makan dalam kereta. Bayangkan jika pulang ke kampung, sudah tentu tak dapat elak makan dalam kereta.
Selain menjaga kebersihan kereta, terdapat petua yang boleh dipraktikskan untuk menghalau lipas membaik dalam kereta. Ikuti 9 petua mudah ini tanpa guna racun. Mungkin salah satu menjadi solusi kepada masalah anda. Jom cuba petua!
IKUTI PERKONGSIAN INI.
1.PERANGKAP MINYAK CAMPURAN SUSU DAN MAJERIN
Menaik cara perkongsian cik zati yang mengunakan bahan dapur iaitu minyak masak terpakai, majerin dan susu pekat manis. Degan mampurkan ketiga bahan dalam satu bekas kemudian dibiarkan semalaman dalam kereta. Esok pagi akan dapat lihat hasilnya. Bukan saja dalam kereta, turut boleh praktikan dalam rumah.
2.DAUN PANDAN
Salah satu cara paling mudah dan berkesan adalah menggunakan daun pandan. Baunya yang kuat dan wangi ini amat dibenci oleh lipas. Caranya mudah, cuci terlebih dahulu dan hiriskan daun ini untuk mengeluarkan baunya. Kemudian, isikan dalam beg kain yang berjaring halus.Kalau nak ikatkan dan letak terus dalam kereta pun boleh, tapi jangan biarkan sampai terlalu kering dan reput kerana nanti susah mencucinya. Malah, mungkin boleh menarik serangga lain pula.
3.DAUN DURIAN BELANDA
Daun durian belanda juga boleh digunakan untuk menghalau lipas. Caranya hampir sama dengan daun pandan di atas. Tapi, ada yang mengatakan ianya lebih berkesan apabila digunakan apabila daunnya telah kering. Bagi anda yang meminum teh daun durian belanda, anda boleh cuba meletakkan uncang teh yang telah digunakan tersebut di dalam kereta.
4.SERAI WANGI
Semburan serai wangi adalah salah satu alternatif semulajadi yang sesuai untuk mengelakkan lipas daripada bersarang dalam kereta anda. Patinya boleh dibuat sendiri dengan air rebusan atau goreng dengan api perlahan. Campurkan dengan sedikit air dan masukkan dalam botol penyembur. Semburkan di seluruh kereta, terutamanya pada bahagian karpet.Ada juga yang dijual terus sebagai produk penghalau serangga yang organik dan selamat digunakan
5.BAKING SODA
Salah satu petua menghalau lipas yang berkesan adalah menggunakan baking soda. Ia bukan saja toksik terhadap lipas, tetapi ia boleh menyerap bauan sisa makanan yang mengundang lipas ke dalam kereta anda. Taburkan selapisan baking soda ke atas karpet kereta dan biarkan beberapa hari sebelum anda.
6.PERANGKAP BOTOL MINUMAN
Salah satu perangkap yang paling mudah dibuat adalah perangkap botol minuman seperti yang dibuat oleh Puan Sharifah. Ambil botol air minuman dan tinggalkan sedikit sisa di dalamnya. Kemudian, biarkan botolnya terbuka dan selitkan botol pada tepi seat kereta dalam keadaan menegak. Dalam posisi ini, barulah lipas akan susah untuk memanjat keluar. Biarkan semalaman atau 2-3 hari dan anda pasti akan mendapati ada banyak lipas yang terperangkap di dalamnya. Anda juga boleh mencampurkan sisa makanan dengan sedikit larutan baking soda untuk membunuh lipas tersebut.
7.LESTERINE
Salah satu petua menghalau lipas yang boleh anda cuba adalah menggunakan Listerine. Penyegar mulut dan nafas ini boleh digunakan sebagai penyembur untuk menghalau lipas. Sebaiknya, pilih bau pudina yang paling kuat. Semburkan dalam kereta anda termasuklah di bahagian tersembunyi.
8.MINYAK AROMATERAPI
Bagi anda yang mempunyai koleksi minyak aromaterapi, bolehlah menggunakan wangian tea tree oil, peppermint atau lemongrass untuk menghalau lipas-lipas ini daripada terus bersarang dalam kereta anda.Namun, jika masih ada telur-telurnya, mungkin ia tidak dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih cepat dan berkesan.
9. VAKUM & JAGA KEBERSIHAN
Bersihkan kereta dengan cara vakum di bahagian karpet kereta atau bahagian-bahagian tersorok di bawahnya. Juga cuba elakkan daripada makan di dalam kereta. Jika ada sisa makanan, cepat-cepat bersihkan dan jangan tinggalkannya semalaman kerana lipas-lipas kereta ini dapat membiak dengan cepat!
Menarik kan petua-petua ni. Selamat mencuba!
Sumber : majalahperdana.com dan cik zati
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ara Aziz mencipta perhatian apabila melanjutkan pengajian ke universiti pada usia 15 tahun. Ketahui perjalanan, cita-cita menjadi pakar bedah otak serta sokongan penuh daripada keluarganya.