Keluarga Ngasri yang terdiri daripada Naszeli Ngasri, Anne Ngasri, Darling Ngasri dan Bell Ngasri antara yang popular sejak masih kecil lagi. Kesemuanya masih lagi kekal aktif dalam bidang seni dan ada yang aktif di belakang tabir.
Menerusi Instagram Datin Anne Ngasri ada memuatnaik beberapa keping gambar yang memperlihatkan mereka adik- beradik berkumpul di sebuah restoran bagi menyambut hari lahir abang mereka, Naszeli Ngasri.
Untuk rekod, Nazeli atau mesra dengan panggilan Boy kini sudah bergelar datuk usai anak sulungnya selamat melahirkan bayi baru-baru ini.
Hari jadi merangkap hari keluarga yang berlangsung disambut secara sederhana tetapi meriah.
Apa yang menyeronokkan apabila dapat berkumpul beramai-ramai memandangkan masing-masing sibuk dengan urusan kerjaya dan keluarga sendiri.Sambil menitipkan ucapan ulangtahun buat abang tersayang, Anne turut mendoakan Naszeli diberikan kesihatan yang baik dan dilindungi Allah selalu.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai. Masing-masing menitipkan ucapan selamat hari lahir.
Ads
Dalam masa yang sama, ramai memuji wajah keempat-empat adik beradik ini tetap awet muda walaupun masing-masing sudah berkahwin dan memiliki cahaya mata dan ada yang sudah berstatus datuk.
norainisara1885 awet muda betul laa diaorg semua ni,dr kecik tgk diaorg,diaorg still sama je…aku je yg makin beso…aahhh ghisauuuuu😂😂😂😂
Jika sebelum ini, si ibu yang rajin berkongsikan resipi dan video masakannya buat pengikut-pengikut setia di Instagram.
Telatah nya yang bersahaja dan cukup lemah lembut membuatkan ramai suka dan tidak hairanlah video yang dimuat naik sering mendapat perhatian ramai.
Kini, bakat memasaknya sudah mula bercambah kepada anak kembarnya. Ada sahaja gelagat pasangan kembar ini ketika memasak. Terbaru, si kembar ini membuat Kek Coklat sempena hari jadi mereka baru-baru ini.
Ariana Aubrey & Karl Kareef is excited to make and bake their own birthday cake on their 5th birthday! 🎉🎉🎉The video is taken on 19th Feb itself! Happy Birthday again my lovely AK! Mummy & Daddy loves you so much! ❤️❤️❤️
Eina memuat naik video anak-anaknya membuat kek coklat, namun kecomelan dan telatah mereka ketika dirakamkan benar-benar menghiburkan. Sebelum ini, pasangan kembar ini juga pernah membuat pancake.
Bukan sahaja memasak, Karl Kareef dan Arianna Aubrey juga turut menunjukkan cara-cara membuat Homemade Play Dough yang selamat dimainkan oleh kanak-kanak. Memang comel tengok telatah dua adik-beradik ini.
Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Gandingan ideal pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati ketika sejuk.
Untuk minum petang hari ini, apa kata cuba resipi ini untuk sajian bersama keluarga atau teman-teman. Bahan yang digunakan tak banyak malah cara membuatnya juga cukup mudah.
Jom cuba Puding Karamel hasil perkongsian dari Mimiey Zuhaa. Selamat mencuba!
Ni dia puding caramel tanpa telur & tanpa perlu kukus.. Alhamdulillah membentuk dengan elok dan jayanya.. Biasa puding caramel letak telur bau hanyir kan.. So boleh la cuba resepi ni nanti.. Yang tak boleh makan mesti boleh makan, budak-budak pun sukaa..
Bahan gula caramel:
¼ cawan gula
3 sudu besar air
Bahan puding:
1 paket agar-agar(10gm)
4 cawan air
1 tin susu cair
½ cawan susu pekat
¾ cawan gula(nak manis lagi letak 1 cawan)
3 sudu tepung kastard
1 sk esen vanila
Cara membuat:
1.Panaskan gula dan air di dalam loyang dengan api perlahan sehingga gula keperangan dan kacau hingga rata. Ketepikan dulu.
2.Satukan kesemua bahan untuk puding didalam periuk dengan api perlahan.
3 Biarkan ia larut dan tidak berketul.
4 Setelah adunan sedikit pekat boleh tutupkan api.
5.Tapis adunan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam loyang berisi caramel tadi.
6.Selepas siap tuang ke dalam loyang bolehlah masukkan kedalam peti selama 2-3jam atau betul² adunan puding jadi keras.
7.Apabila dah keras bolehlah potong , hidang dan makan sejuk²
Sesuai untuk dihidangkan bila tetamu datang Mudah,ringkas dan cepat kan. selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dia diduga oleh kisah perceraian dengan bekas suaminya sejak dua tahun. Biarpun reda dan menerima andai diri diduakan, namun penceraian tetap menjadi pilihan bekas suaminya.
Wanita mana yang sanggup memegang status janda. Apatah lagi, lelaki yang diharapkan menjadi pelindung dan tempat berpaut namun kententuanNya, tiada siapa mampu menghalang. Akhirnya ikatan pernikahan terlerai jua di tengah jalan. Pun begitu, usah ditangisi apa yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya.
Berkongsi kisah hidupnya dengan Majalah Keluarga baru-baru ini, akui Deja Moss atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, biar diduga dengan perpisahan dengan bekas suami, namun dia kuat untuk bangkit semula.
“Penceraian memberi tamparan hebat dalam hidup saya. Selepas berpisah, saya rasakan hidup jadi kosong. Maklum sahaja sebelum itu hubungan kami sangat baik dan tidak berlaku apa-apa pergaduhan berlaku antara saya dan bekas suami. Dan ia (perceraian) berlaku secara tiba-tiba.
“Menipu kalau saya kata tidak sedih dan kecewa. Pada mulanya memang saya tak boleh terima, saya terkejut dan tak tahu apa nak buat. Ketika itu saya just shutdown hidup saya. Enam bulan saya tak bercakap dengan orang, tak tengok TV dan lebih banyak lock myself dalam bilik. Bila kita rasa kehilangan memang sangat terasa kekosongannya.
Namun, sedikit demi sedikit saya cuba saya teguhkan hati. Saya dekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta dengan bersolat dan berzikir. Saya amalkan zikir Astagfirullahaladzim 1000 kali pagi dan petang, kemudian Selawat pula 1000 kali pagi dan petang juga dan lafazkan Bismillah 100 pagi dan petang serta sebelum tidur. Itu yang saya amalkan dalam dua tahun ini dan alhamdulillah ia memberi seribu ketenangan.
“Saya cuba bangkit dan cari kekuatan dengan menghambakan diri pada Allah. Saya minta Allah untuk memberi saya kekuatan menghadapi dugaan itu. Alhamdulillah Allah dengar permintaan saya dan sedikit demi sedikit saya mula bangkit semula.
“Selepas melalui fasa perceraian itu saya mula mencari sesuatu yang boleh mengisi naluri. Dan ketika itu saya rasakan dengan melakukan charity yang paling dekat dengan diri saya. Sebelum itu memang sudah lama terdetik dalam hati tetapi tidak tahu cara lakukannya.
“Saya melihat ramai kawan-kawan yang lost bila berlaku perceraian begini. Malah ada yang buka hijab atau mula pergi ke tempat tidak sepatutnya. Tetapi saya memilih jalan untuk rapat dengan Maha Pencipta. Dulu saya pernah lost dan inilah masanya untuk saya gantikan dengan perkara berfaedah (melakukan perkara kebajikan).
“Sesungguhnya Allah atur perjalanan kita itu dengan bersebab. Malah saya tidak pernah rasa sebahagia ini selepas perceraian. Saya isi masa dengan membantu anak-anak yatim, orang asli, ibu tunggal serta golongan yang memerlukan.
“Malah saya juga turut kongsi pengalaman saya sebagai seorang usahawan kepada pelajar jika dijemput memberikan ceramah motivasi,” tambah Deja lagi yang sudah 10 tahun mengusahakan Kek Lapis Sarawak.
Kongsi rezeki dengan anak yatim
Menurutnya yang bakal keluar dengan single terbaru bertajuk ‘Menepis Rawan’ ini begitu teruja berkongsi pengalamannya menjalin kolaborasi dengan Teratak Che Dah iaitu sebuah rumah anak yatim yang terletak di Kundang.
“Saya tiada duit untuk beri tiap-tiap bulan dan di kampung itu ada komuniti ibu tunggal. Jadi saya salurkan ilmu buat Kek Lapis Sarawak dengan mereka. Kita buat, jual dan sebahagian keuntungan disalurkan kepada rumah anak yatim berkenaan.
“Kalau ada rezeki lebih, kita juga turut salurkan pada rumah anak yatim lain, golongan ibu tunggal serta golongan asnaf yang memerlukan. Di tempat itu ada station seperti sebuah kilang untuk ibu tunggal ini bekerja dan cari pendapatan bulanan.
“Saya tidak kisah berkongsi ilmu ini kerana bagi saya biarlah legasi kek lapis saya ini berkembang maju. Kita tidak tahu bila kita akan mati, jadi saya mahu orang terus mengingati kek lapis ini dan inilah yang yang saya berikan balik pada komuniti,” ujar Deja yang memerlukan RM18 ribu sebulan untuk keseluruhan operasi di Teratak Che Dah berkenaan.