Anne Ngasri maintan cantik walau sudah berusia lewat 30an. Wajah dan bentuk fizikal persis gadis remaja. Ditambah dengan raut wajah ‘baby face’ ramai tidak percaya rupanya Anne Ngasri sudah memiliki enam orang cahaya mata.

Anne Ngasri Maintain Cantik & Awet Muda Macam Gadis Remaja

Wajah keanak-anakkan yang dimiliki Anne sering dicemburui ramai. Seakan tidak dimamah usia, ramai tertanya-tanya apakah tip kecantikan yang diamalkannya. Anne tidak lokek berkongsi petuanya.

Anne Ngasri Maintain Cantik & Awet Muda Macam Gadis Remaja, Ini Rupanya Petua Yang Diamalkan

Ini Rupanya Petua Yang Diamalkan

“Petua saya mudah saja. Saya amalkan banyak minum air suam termasuk ambil vitamin C serta buah-buahan. Kalau dalam seminggu tak dapat makan buah, saya rasa macam ada sesuatu yang tak lengkap.

“Ramai juga yang tanya saya pakai apa untuk kulit, nampak cantik dan sentiasa muda remaja. Semestinya saya menggunakan produk ‘Glopink Beauty Skin by Anne Ngasri’ secara konsisten selama empat tahun. Alhamdulillah ia membantu dalam merawat masalah jerawat dan jeragat.

“Bagi saya apa jua produk skincare yang kita guna, selain mesti sesuai dengan kulit pastikan juga kita konsisten menggunakannya,” ujarnya yang mengakui menjaga enam orang anak tanpa kehadiran pembantu rumah.

IKLAN

Anne Ngasri Maintain Cantik & Awet Muda Macam Gadis Remaja, Ini Rupanya Petua Yang Diamalkan

 

“Menguruskan anak yang ramai kadangkala membuatkan ibu-ibu mudah penat dan stres. Itu saya tak nafikan. Saya faham kerana kita sebagai manusia memang tak boleh lari daripada ujian.

“Apa yang saya amalkan ialah sentiasa berzikir dan beristighfar setiap kali melakukan kerja-kerja rumah. InshaAllah akan berkurang stres. Secara tak langsung jiwa pun akan terasa lebih tenang kerana apa jua yang kita lakukan adalah ibadah. Atas pertolongan Allah SWT jugalah segala urusan kita dipermudahkan.

IKLAN

Anne Ngasri Maintain Cantik & Awet Muda Macam Gadis Remaja, Ini Rupanya Petua Yang Diamalkan

“Allah SWT menjadikan wanita sebagai seorang yang lembut jiwanya walaupun luaran nampak kasar atau lasak. Wanita juga seorang yang cukup teliti.

Jadi, jangan terlalu memaksa diri kita untuk melakukan semua kerja dalam satu masa. Lakukan secara perlahan-lahan, InshaAllah semuanya akan selesai dengan baik,” tambahnya lagi.

Anne mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Datuk Mohd Sumali Reduan pada tahun 2012.

IKLAN

Anne Ngasri Maintain Cantik & Awet Muda Macam Gadis Remaja, Ini Rupanya Petua Yang Diamalkan

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata, Sufi Harraz, 10, dan Nefa Naura, 5, selain masing-masing mempunyai zuriat daripada perkahwinan terdahulu.

Anne mempunyai tiga anak iaitu Abdul Warits,17; Abdul Wafri,15; dan Nazharah Afroza, 13. Manakala, Mohd Sumali mempunyai seorang anak, Suffian Akim, 18.

Sumber: Nona

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI