Memasak memang menyeronokkan buat ibu-ibu terutama dalam menyediakan hidangan kepada keluarga dengan air tangan sendiri. Tetapi, yang lecehnya lepas masak kena pula mengemas. Segala minyak dan peralatan digunakan harus di cuci. Begitu juga dengan dapur.
Penat juga kadang-kadang tapi ia akan jadi aktiviti yang menyeronokkan apabila melihat hasilnya. Bagi ibu-ibu yang nak lihat dapur bersih berkilat macam baru, boleh cuba petua yang dikongsikan ini.
Tips Cuci Dapur Guna Tepung
Tips cuci dapur tanpa guna air sahaja selamat tak pecah dan retak. Lepas guna pun boleh buat macam ni.
Guna tepung je, tabur kat cermin dapur pastu gosok dengan tangan sampai bersih berkilat macam ni. Lepas tu lap dengan kain bersih.
Tungku tu rendam dengan cuka campur soda Clorox sikit selama 2 jam. Semalaman pun boleh.
Cubalah, berguna untuk kita semua.
Selamat mencuba!…ye.
kredit: Idel Hayarnulis
Ciuman Ibu Bapa Buat Anak Mudah Dengar Kata & Rasa Diri Dikasihi. Sebab Tu, Dah Besar Pun Jangan Segan Nak Mencium Anak
Memeluk atau mencium anak ketika masih kecil banyak manfaatnya bagi perkembangan diri mereka. Sebab tu, sebelum keluar bekerja, ibu bapa disarankan untuk membiasakan diri mencium anak dan isteri.
Inilah yang dikongsikan oleh Ibu Rose tentang kuasa ciuman dalam mengeratkan hubungan anak dan ibu bapa.
Mencium anak-anak adalah sangat penting untuk menumbuhkan EQ anak dengan lebih segar.
Anak-anak yang sering dicium dengan penuh kasih-sayang merasai dirinya dikasihi.
Jangan segan untuk mencium anak walaupun mereka sudah besar. Sekiranya mereka sering dicium semasa kecil, anda akan mendapati bila mereka sudah remaja, perkara itu jadi kebiasaan bagi mereka.
Namun, dengan remaja dan anak-anak yang telah berusia 8 tahun ke atas, jika hendak menciumnya dikhalayak ramai, bertanyalah dulu. Bukan apa, hanya sekadar menghormati dirinya. Kerana ada setengah kawan-kawan yang jarang dicium oleh ibu bapa mereka akan mengolok-olokan dan mengejek-ejek anak anda dan mengelarnya manja atau yang sepertinya. Kekadang ini akan membuat anak anda stress.
Namun, dalam pengalaman Ibu, jika kita sudah sangat rapat dengan anak-anak dan kita asuh sikap yakin diri tinggi ke dalam dirinya, semua ejekan kawan tidak mencederakannya. Malah, selamba sahaja dia akan mencium anda dan dengan bangga mengatakan; ” Ini mak/bapa saya. Saya sayang dia!” . Dan kawan-kawan yang hendak mengejek pun terkedu.
Kuasa ciuman sangat kuat, dia menjadikan anak mudah mendengar kata. Bukan kerana mereka takut anda, tapi kerana mereka sangat sayang dan hormat kepada anda. Mereka berasa terhutang budi.
Mahu anak jadi bijak dan berakhlak mulia. Mari belajar ilmu, skil dan sikap positif untuk mendidik anak-anak kita.
Dah cium anak anda hari ini?
Salam kasih,
Ibu Rose
DIY Kabinet Dapur Sendiri Dengan Kos Hanya RM94 Sahaja. Cukup Mudah & Jimat, Lelaki Ni Kongsikan Caranya!
Memasang sebuah kabinet dapur yang cantik dan lengkap dengan segala fungsi memang didambakan oleh semua wanita.
Pun begitu bukan semua orang punya citarasa sama. Ada juga yang lebih gemar melakukan sendiri dan berkreatif demi mencari kelainan di rumah sendiri.
Ada daripada kita yang gemarkan gaya luar biasa, bersahaja mahupun cara paling simple dalam menghias rumah. Begitu juga di dapur.
Bagi anda yang lebih gemar melakukan sendiri, ada baiknya anda mencuba hasil ilham Shuhaimi Zulkefli yang membina sendiri kabinet DIY nya di rumah dengan hanya menggunakan rak buku.
Cantik, kemas dan kreatif. Bukan hanya cantik dan kemas, malah ideanya ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata sangat berminat dengan hasil kerjanya.
Pemuda ini berkongsi hasil kerjanya dengan turut menyenaraikan bajet yang diperlukan. Menarik!
“Oleh sebab ramai pm cara buat kabinet pakai rak buku tu, saya bagi gambar detail di bawah sekadar berkongsi.
Saya hanya pakai :
1) Rak Buku (Tesco)
– RM14.90 x 6 Biji
2) Angle Bar L Shape (Kedai D.I.Y @ hardware)
– RM3.60 (12 pcs)
3) Paku Dinding (tak pakai drill)
– RM1 (sebungkus)
TOTAL = RM94.00
** Setiap rak, saya letak 2 pcs Angle Bar (atas & bawah) tepat pada tulang tengah tu. Tingkat atas tak perlu ikat, letak jer kat situ.
** Beban paling berat saya, lesung batu & botol pencuci.
Cantikkan hasilnya? Bukan hanya itu sahaja malah dia juga dengan sedang mempersiapkan beberapa projek DIY lain.
Hebat!
Selamat mencuba!
Cara Masak Ayam Kam Heong Yang Mudah, Ringkas Tapi Sedap. Wanita Ni Kongsikan Ini Resipinya. Memang Padu!
Ibu-ibu dah fikir ke menu apa untuk berbuka petang nanti. Kalau masih belum dapat idea mungkin boleh cuba resipi Ayam Kam Heong ini. Menu yang cukup popular kalau berkunjung ke Restoran Chinese Muslim dan sedap pula tu.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Ameera ini. Pasti membuka selera seisi keluarga petang nanti.
Ayam masak Kam heong. Mudah dan sangat sedap. Tidak perlukan bahan yang banyak.
Cara dan bahan ada disetiap gambar. Selamat mencuba korang. Sedap dan sungguh menyelerakan. Tambah 3 kali tanpa belas kasihan.
Bahan-bahan:
Ayam
2 biji Bawang besar
5 ulas Bawang putih
5 Tangkai daun kari
3 Biji cili padi dibelah 2
Minyak untuk menggoreng
2 sudu Serbuk kari
1 sudu kicap manis
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
gula, garam secukup rasa
Cara membuat:
Panaskan minyak, Ayam digoreng terlebih dahulu. Letak garam dan kunyit.
Pakai minyak goreng ayam tadi je. Jika banyak buang sikit, tumiskan bawang besar 2 biji, bawang putih 5 ulas, daun kari 5 tangkai, tumiskan semua bahan tu.
Dah agak masak bawang tu terus masukkan rempah ayam 2 sudu makan. Ibu pilih rempah kari adabi. Tumis sehingga pecah minyak.
Dah pecah minyak, ambil cili padi 3 biji belah 2. Nak pedas lagi letak lebih. Sukati kauorang ok!
Cili sos ibu tonggeng gitu je. Sukatan 2 sudu makan.
Sos tiram juga 2 sudu makan.
Kicap agak agak je. Tapi lebih tepat 1 sudu makan dah cukup. Kicap manis tau! Gaul rata. Api jangan kuat, api perlahan sahaja.
Last sekali masukkan ayam digoreng tadi. Gaul rata satukan mereka semua didalam satu team supaya mereka tidak lupa diri. Sungguh!
Rempah yang disalut segala rasa didalam masakan.
Siap.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sumber: Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)