Kes penipuan menerusi media sosial kian menjadi-jadi. Apa tidaknya, banyak laman-laman media sosial yang menawarkan dan membolehkan para peniaga untuk menjual secara atas talian.
Pengguna yang ghairah membeli tanpa memeriksa terlebih dahulu penjual itu sah atau penipu akhirnya menanggung akibat. Ada yang ditipu duit dibayar tetpi barang tidak sampai-sampai. Justeru, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial telah membangunkan satu laman web untuk menyemak nombor telefon atau nombor akaun bank sebelum berurusan sama ada nombor tersebut telah mempunyai rekod dengan pihak polis atau tidak. CCIDSCAM.MY berkongsi cara untuk para pengguna membuat semakan sama ada akaun penjual betul atau palsu. Moga bermanfaat buat semua!
Halba sebagai skrub memang langsung tak terjangkau dek akal.
Langsung tak terfikir untuk olah jadikan skrub kecantikan seperti yang dilakukan wanita bernama Sumaiyah Abdullah ini. Hebat! Jom ikut langkah dan caranya.
SKRUB AWET MUDA
Ramai yang tak tau rupanya khasiat halba bukan untuk dimakan sahaja. Halba juga baik untuk kecantikan kulit tau. Seperti yang dijanjikan, kali ni ciksu nak share satu petua awet muda. Petua ni ciksu dapat dari Pak Arab yang jual makanan sunnah. Kalau kat negara belah-belah Arab, diorang dah biasa guna serbuk halba ni untuk penjagaan diri dan kecantikan.
Seriusly, dah hampir 3 bulan ciksu amal petua ni. Kesannya puas hati sangat. Jerawat kat muka pun takut-takut nak muncul tau. Kulit rasa smooth sangat bila sentuh.
Bahan-bahan dapat kat dapur je.
1- Halba
2- Putih telur
Cara-cara :
1- Kisar halba sehingga menjadi serbuk.
2- Masukkan serbuk halba ke dalam putih telur.
3- Kacau rata.
4- Sapu kat muka atau tangan.
5- Biarkan kering.
6- Bilas dengan air suam.
Amal seminggu sekali. Boleh rasa keanjalan kulit kat situ. Trust me. ?
Untuk penggunaan harian, Ciksu amal 3 kali sehari sebagai ganti facial foam. Caranya basahkan muka, pastu sapu serbuk halba kat muka. Gosok perlahan-lahan ke seluruh muka lebih kurang 3 minit. Kemudian, bilas. Terasa kulit begitu anjal sekali. Best sangat. Kalau nak campur dengan foam yang korang guna sekarang pun boleh jugak. ?
Khasiat halba untuk kulit.
Biji halba mengandungi protein, vitamin C, niasin, kalium, dan diosgenin (yang merupakan sebatian yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan estrogen). Komponen-komponen aktif lain dalam halba adalah alkaloid, lisin dan L-tryptophan serta saponin.
Serbuk halba ni dapat membantu melembutkan kulit serta mengelakkan kulit menjadi kering. Untuk masalah jerawat mujarab sangat tau.
Cuba la. Tak payah lagi dah beli produk memahal. Itu pun belum tentu bebas bahan chemical yang merbahaya.
Nampak hebat kan? Seperti kata Sumaiyah lebih baik kita cuba produk alami macam ni sebab tak bahayakan kulit kita. Chemical pun tak ada. Selamat mencuba!
Kredit: Sumaiyah Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak Wabak Covid-19 menyerang, pelbagai pihak berjaga-jaga. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara kaedah yang dilaksanakan pihak berkuasa dalam membendung penularan wabak ini.
Dalam masa yang sama, rakyat diminta menjaga kesihatan termasuklah kebersihan diri. Penggunaan topeng muka, Hand sanitizer amat digalakkan.
Bimbang virus itu melekat pada buah-buahan, sayur-sayuran, ada yang merendamnya dalam air sabun bagi membunuh virus tersebut.
Tapi tak semua benda boleh dicuci dengan air sabun terutama bahan makanan kerana penggunaan sabun biasa dilarang kerana ia boleh mengundang masalah kesihatan.
Saudara Che Azawimie Che Zahari berkongsi tip cara mencuci sayuran dengan menggunakan sabun khas untuk sayur.
Basuh2… Baru segar.
Tetiba ada org pm. Bakpe basuh sayur pakai sabun tu……
Abam pakai sabun mmg khas utk sayur la… Bukan sabun basuh pinggang hok biasa tu..
ni mmg boleh buat basuh sayur… Utk buang2 racun2.. lagi segar sayur tu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon cantik manis, Amyra Rosli semalam selamat melahirkan anak keduanya. Perkara itu diumumkan suaminya, pelakon Amar Baharin menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Amar meluahkan rasa gembira dan syukur menerima ahli baru dalam keluarganya.
Bismillahi Allahuakhbar ❤️ Alhamdulillah isteri saya Nur Amira Izzati dah selamat melahirkan anak perempuan kami pagi tadi. Baby sihat & Isteri saya juga selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan. Barakallahu Fik 🙏🏻
Perkongsian tersebut turut dimuat naik bersama sekeping gambar tanpa menunjukkan wajah bayi perempuannya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia 3 tahun. .
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.