Siapa kata semakin berusia tak perlu lagi tunjukkan sifat romantis. Namun ramai antara pasangan hari ini, bila sudah punya anak mula malu atau seakan tiada masa untuk melakukan aktiviti romantis bersama.

Meskipun sudah lama berkahwin dan punya anak yang ramai, kembalikan kehangatan cinta dan semarak kasih sayang antara suami isteri.

Akhirnya hubungan menjadi hambar dan masalah lebih teruk lagi boleh menjadi punca berlakunya perpisahan. Segera keluar daripada mimpi buruk ini, ayuh lakukan tindakan pantas untuk mengembalikan semula kehangatan cinta bersama pasangan.

Hangatkan Kembali Cinta Suami Isteri, Ayuh Lakukan Ini Segera. Tonton Wayang Pun Kena Masuk List Tau!

  1. Kongsi hobi

Jika suami suka melakukan aktiviti berbasikal, isteri boleh turut serta teman suami berbasikal. Libatkan anak-anak agar aktiviti riadah ini lebih menarik dan agar semua ahli keluarga gembira melakukannya. Begitu juga jika isteri hobinya melukis , suami bolehlah bawa isteri ke pameran lukisan dan sebagainya.

IKLAN
  1. Bercuti bersama

Percutian hanya anda dan pasangan sahaja. Pasti percutian ini cukup istimewa dan  sebaiknya rancang sekurang-kurangnya setahun sekali. Sepanjang percutian tersebut lakukan aktiviti romantis seperti jalan berpegangan tangan, hadiahkan sekuntum bunga dan sebagainya sama seperti pada zaman di awal percintaan.

  1. Tonton wayang

Tentukan sebulan sekali anda ambil cuti sehari untuk keluar menonton wayang bersama. Selesaikan dahulu urusan menghantar anak ke sekolah dan kemudian barulah anda dan pasangan keluar ‘dating’ berdua untuk menonton wayang.

Hangatkan Kembali Cinta Suami Isteri, Ayuh Lakukan Ini Segera. Tonton Wayang Pun Kena Masuk List Tau!

IKLAN

 

  1. Ucap I Love U

Jika malu diucap secara terbuka di hadapan anak-anak, jangan pernah sekali lupa untuk dilafazkan bila anda sedang berdua-duaan. Nyata ucapan keramat ini dapat memberi rasa bahagia dan menjadikan diri terasa disayangi oleh pasangan.

  1. Masuk tidur sama

Pastikan anak-anak tidur awal di bilik masing-masing. Jadi anda dan pasangan punya masa privacy bersama. Sebaiknya pastikan anda dan pasangan akan masuk tidur serentak. Memandangkan amalan ini dapat mewujudkan kebahagiaan dan kemanisan hidup berumah tangga.

IKLAN

Hangatkan Kembali Cinta Suami Isteri, Ayuh Lakukan Ini Segera. Tonton Wayang Pun Kena Masuk List Tau!

 

  1. Mengiring menghadap suami

Jangan sekali-kali tidur membelakangkan suami. Posisi ideal adalah mengiring menghadap wajah suami dan sambil sebelah tangan anda  berada di atas tubuhnya. Untuk lebih romantis, suami sebenarnya akan berasa cukup selesa jika isteri meletakkan kepala di bahagian dadanya.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI