Siapa sangka berbuat baik kepada haiwan kesayangan Rasulullah mendapat rezeki yang tidak di sangka. Salah satunya ialah kucing. Memang benar, murah rezeki jika berkongsi rezeki dengan makhluk Allah ini bukan sahaja mendapat ganjaran pahala tetapi akan dibalas dalam pelbagai bentuk kebaikan.
Melalui perkongsian di laman Twitter MohdFikriEman yang melalui pengalaman sendiri yang berkisar tentang keberkatan selepas memberi beberapa ekor kucing liar makan. Beliau yang menganggur hampir dua bulan tidak yang menyangka mendapat tawaran kerja, setelah membeli tiga paket makanan kucing dengan bermodalkan hanya RM4.50 sahaja! Sungguh inspirasi perkongsian ini!
Beliau juga berkongsi gambar hasil carian google bagi mengambarkan situasi memberi kucing makan.
Ads
Kalau nak berjaya. Pegang semua dengan rezeki. Rezeki mesti mai dari tuhan. Kalau nak rezeki mesti kena pegang Allah dan rasullullah. From my idol @ustazdondaniyal
Menurut laporan Mstar, Mohd Fikri Eman, menyifatkan rezeki itu sebagai bukti ‘kuasa bersedekah’. Selain mendapat pekerjaan, anak muda ini turut dikejutkan dengan pengesahan untuk mengerjakan umrah.
Ads
“Saya tengok empat lima ekor kucing berkeliaran di kawasan rumah, terdetik di hati untuk saya pergi beli makanan untuk haiwan itu.
“Pagi esoknya terus saya dapat dua tawaran kerja. Apabila dapat berita itu, terus saya terfikir pasal kucing yang saya bagi makan.
Ads
“Waktu kerja juga fleksibel, selain kerja pertama sebagai Pembantu Perangkaan, saya juga jadi jurulatih kecergasan pada hujung minggu.”
Kanak-kanak perempuan 11 tahun tahan sakit lebih sejam, jari manis tersekat tombol pintu. Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan selama lebih satu jam selepas jari manisnya tersekat pada tombol pintu di rumahnya di Jalan Bukit Kawa Apas Balung, Tawau, Sabah pada Ahad.
Susulan kejadian itu, ahli keluarga kanak-kanak berusia 11 tahun itu terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak bomba untuk memotong tombol pintu berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.05 malam dan seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi.
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati jari manis sebelah kanan kanak-kanak tersebut tersekat dalam tombol pintu sejak lebih satu jam lalu sebelum pasukan bomba tiba.
“Anggota bomba kemudian menggunakan peralatan pemotong khas untuk membuka tombol pintu tersebut sebelum berjaya dibuka kira-kira 10 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Katanya lagi, operasi kemudian ditamatkan pada jam 8.07 malam selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi tersebut.
Ramai wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon hingga menyebabkan kitaran haid tidak menentu, emosi yang tidak stabil, rambut keguguran, kulit menjadi berkedut dan kering, muka menjadi kusam dan mudah rasa penat.
Pengambilan pil hormon tidak membantu kerana ia hanyalah suatu langkah bersifat sementara. Apabila berhenti pengambilan pil hormon, kita mengalami masalah yang berulang yang sama.
Yang terbaik adalah kita membantu tubuh kita mencapai keseimbangan ini dari dalam tubuh. Selalunya bila kita bercakap tentang ketidakseimbangan hormon, tahap hormon estreogen yang terlalu tinggi.
Estrogen adalah hormon yang bertanggung jawab terhadap ciri ciri kewanitaan seperti keanjalan kulit, menstabilkan emosi, menjaga kesihatan rambut, kitaran haid yang tetap, kekuatan wanita, selain penting dalam mencegah penyakit seperti kerapuhan tulang, sakit jantung, dan dementia.
TIPS MUDAH MENGIMBANGKAN SEMULA HORMON DALAM TUBUH WANITA
Antara langkah yang boleh dilakukan.
1. *Kurangkan pendedahan terhadap bahan kimia sintetik* seperti pencuci lantai, kosmetik seperti gincu, losen siang/ malam, serum muka, ‘personal care’ seperti sabun mandi, deoderan, baja kimia dan racun serangga. Pastikan kita memakai sarung tangan jika penggunaannya tidak dapat dielakkan.
2. *Kurangkan lemak berlebihan dalam badan* dengan menurunkan berat badan. Tisu tisu lemak pada tubuh juga penting tetapi jangan berlebihan kerana ia mengundang pelbagai masalah kesihatan.
3. *Tambahkan dan pelbagaikan sumber protein dan lemak sihat dalam hidangan*. Tanpa protein yang mencukupi kita mungkin akan berasa cepat lapar dan ini akan menyebabkan kita ketap makan dan bertambah berat badan. Protein yang sihat seperti ikan, telur dan ayam juga penting untuk kesihatan rambut, pembinaan otot dan merawat tisu yang rosak. Lemak sihat seperti minyak zaitun dan minyak kelapa dara.
4. *Membantu proses perkumahan toksin* dengan mengamalkan banyak sayur-sayuran dan buah_buahan atau makanan yang disebut sebagai *Quranic Food* seperti minyak zaitun, buah teen, buah delima, anggur, pisang dan kurma. Ia mengandungi cukup mineral, vitamin dan antioksida.
5. *Elakkan penggunaan gula putih* atau sebarang gula tambahan dalam minuman dan makanan.
6. *Tambahkan sumber vitamin E, vitamin C dan vitamin D* dalam makanan. Vitamin D dapat ditingkatkan dengan pendedahan selama 10-15 minit setiap hari pada sinaran matahari yang tidak terik. Dalam banyak kajian, mereka yang kekurangan vitamin-vitamin ini walaupun cukup makan, akan mudah mengalami obesiti, sindrom metabolik dan sesetengah kanser. Pengambilan suplemen vitamin yang bersesuaian mungkin membantu menambahkan sumber vitamin untuk tubuh kita.
7. *Pastikan makanan kita mengandungi mineral yang penting* seperti magnesium, zinc, selenium yang mencukupi. Ia penting dalam keseimbangan hormon dan merangsangkan metabolisme tubuh.
8. Dapatkan *tidur yang mencukupi, kawal stress, lakukan senaman ringan dan cukup minum air kosong*.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.
Namun jika minum air secara berlebihan akan memudaratkan kesihatan. Sebagaimana penjelasan Dr Zubaidi Hj Ahmad menjelaskan hal ini.
Bahaya minum air terlalu banyak
“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, bolehkah kita minum air 5L sehari. Saya ingin mengurangkan rasa lapar. Hopefully dapat menurunkan berat badan saya. Terima kasih.”
Walaikumusalam.
Kita minum air untuk kekal hidrasi. Jika tidak, kita akan berasa rasa lemah badan, cepat penat, mengantuk dan mungkin mengalami sakit kepala.
Oleh itu ramai pakar yang mencadangkan agar meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari untuk kekal hidrasi. Kuantiti air yang perlu diambil setiap orang sebenarnya bergantung kepada pelbagai faktor seperti berat badan, jantina, persekitaran dan lain-lain.
Kesan minum air berlebihan
Namun meminum terlalu banyak air boleh memberikan kesan buruk kepada tubuh kita. Minum terlalu banyak air kosong bukanlah cara yg betul menurunkan berat badan.
Minum air kosong membantu kita mencernakan makanan yang kita makan dan memastikan organ berfungsi dengan baik.
Walaupun saya sering mencadangkan pengambilan air kosong setiap hari, ini tidak bermakna kita boleh minum air secara berlebihan.
Pengambilan air berlebihan melebihi 3L sehari mungkin memberi beban kepada ginjal.
Pernah ada satu kes di mana seorang gadis minum 5 liter air sehari, untuk menjadi kurus, mengalami sawan.
Ini kerana ia boleh menyebabkan sel badan termasuk otak membengkak, dan mengalami sawan.
Pengambilan air yang berlebihan juga menyebabkan kita akan kencing kerap dan mengeluarkan garam sodium yang banyak sehingga menyebabkan kekurangan mineral ini dalam tubuh. Keadaan ini dipanggil Hyponatraemia. Ini menyebabkan kekejangan pada otot.
Oleh itu minum air pada kadar sepatutnya.
Jika kencing kita menjadi jernih, berkemungkinan kita telah minum air yang terlalu banyak. Air kencing yang normal berwarna sedikit kekuningan.
Jadi bersederhanalah. Minum air terlalu banyak pun bahaya, tidak cukup minum air pun bahaya.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.