Untuk menjadikan rumah cantik tidak semestinya perlu membeli barang-barang hiasan untuk mencantikkan ruang. Bagi yang mempunyai peruntukkan barangkali boleh membeli, namun bagi yang sebalijnya tentu sukar untuk mengeluarkan sebahagian wang.
Sebagaimana perkongsian ini. Menarik untuk mencuba buat sendiri buat bakul Skybird. Hanya menggunakan bahan-bahan yang murah sahaja.
Ikuti langkah demi langkah ini yang dikongsikan oleh Suhaila Shaari
Ads
Jom DIY bakul skybird Guna brg dari Eco dan MrDiy sahaja.
Ads
Rope tie dari Mrdiy. Harga rm2.10 sepack xsilap. saya beli 11 packs.pasu dari Kedai Eco. Ikot la nak pasu mcm mana pun. suka hati.Gam best gila dr MrdiyBuat kaki pulak. Again, kayu lebih elok k. potong serong untuk jd tapak bawah.ni dari kedai eco jugak. untuk buat part kaki. Tapi sebenarnya lagi senang guna kayu silinder. Lagi kukuh. Ada dkt hardware kayu tu. murah je.moh le.kita main lilit lilitsiap lilit jugakSiapTadaaaaa dah siap.
Tidak seperti selebtriti lain yang memilih untuk berkongsi hal perkahwinan secara terang-terangan, namun pelakon yang tengah hangat membintangi drama Cemburu Seorang Perempuan ini mengambil pendekatan berbeza.
Nazrief Nazri, 28 semalam sah bergelar suami kepada seorang model hijab dalam satu majlis pernikahan sederhana namun meriah. Nazrief dan pasangannya, Aizatul Aqma Hamdan, 25, selamat bergelar pasangan suami isteri dan dinikahkan oleh jurunikah Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa, Saiful Hamizi.
Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM15,000.
Pihak lelaki juga menyerahkan tiga dulang hantaran dan berbalas lima daripada pihak perempuan.
Menurut pelakon yang dikenali dalam drama Makmum Yang Paling Aku Cinta itu, dia bersyukur kerana majlis pernikahannya dengan Aizatul berjalan lancar.
“Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar seperti direncanakan.
“Lebih setahun mengenali hati budi, kami juga sepakat mengakhirinya dengan perkara yang wajib iaitu pernikahan seperti dituntut agama,” katanya.
Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu termasuk keluarga dan kenalan rapat.
Terdahulu, Nazrief juga menghantar rombongan merisik Aizatul pada 30 Jun tahun lalu.
Dalam pada itu, menurut Nazrief, dia dan isteri masih belum merancang majlis resepsi mereka kerana mahu memberi keutamaan kepada majlis pernikahan terlebih dahulu.
Difahamkan, Nazrief dan Aizatul berkenalan menerusi laman Instagram sebelum berkawan rapat dan seterusnya melangkah ke fasa perkahwinan.
Dalam pada itu, nazrief turut memuat naik sekeping gambar bersama isteri usai majlis pernikahannya menerusi laman instagramnya.
ALHAMDULILLAH Maka bermulalah perjalananan hidup kami sebagai suami isteri.
Terima kasih kepada keluarga dan sahabat handai kami yang hadir ke majlis sederhana kami petang semalam.
Kepada yg tidak mendapat jemputan, kami mohon maaf kerana majlis kami dibuat secara sederhana sahaja. InshaaAllah, jika tiada aral melintang kami akan jemput utk majlis resepsi nanti. Doakan hubungan kami diberkati dan berpanjangan sampai syurga. I love u syg @angellajoliey.
Memang tidak dinafikan ramai wanita suka jika suaminya seorang yang romantik. Bukan kata-kata aje tau, tetapi dengan melakukan perkara yang romantik. Boleh dikatakan ramai wanita suka jika suami membuat perkara romantik. Jom ketahui cara supayaa suami lebih romantik.
Kita biasa dengar kerabu mangga, biasa orang buat lauk makan bersama nasi. Tapi kali ini kita buat satu kelainan sikit, kita buat Kerabu epal hijau. Rasa dia memang segar, dan lebih sedap dari mangga bagi pendapat saya.
Mungkin ramai yang dah tau resepi dia, tapi kita share juga sebab senang dan sedap. Tak perlu masak atas kuali pun. Potong dan gaul saja
BAHAN-BAHAN
■Cili merah+cili padi
■1 Biji Bawang besar(hiris halus)
■3 biji epal hijau (hiris halus)
■1 biji bawang besar(hiris halus)
■1 sudu kecil garam (agak² la)
■2 sudu gula
■Secubit belacan
■1 sudu maggi cukup rasa
Satukan semua bahan gaul sebati
Kemudian boleh ratah begitu saja pun sedap. Hati-hati, kalau buat lauk ni memang buat ajen tambah nasi tau. Memang selera betul makan ada masam-masam ni. Selamat mencuba!
Kredit : Azura Tahir
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.