Hati mana yang tidak sebak apabila melihat kebaikan seorang warga tua serba kekurangan membantu tanpa berkira.
Hati mana yang tidak sebak apabila melihat kebaikan seorang warga tua serba kekurangan membantu tanpa berkira.
Perkongsian seorang pengguna Toktik, fitry.care, mengundang sebak netizen apabila melihat kebaikan seorang lelaki yang menghulurkan duit RM2,00 kepada seorang gadis yang kehabisan minyak motorsikal.
Gadis berkenaan yang tidak membawa duit ketika membuat khidmat penghantaran sekitar daerah Bentol di Tawau Sabah. Dalam keadaan terdesak gadis itu meminta bantuan lelaki tua berkenaan yang kebetulan berada dihadapannya.
Siapa sangka, lelaki tua yang kurang pendengaran itu menghulurkan RM2.00 simpati situasi yang dialami gadis berkenaan. Lebih menyedihkan dia memberitahu hanya dengan duit itu sahaja untuk digunakan membeli kuih.
Menyedari akan hal itu, gadis itu menolak bantuan yang diberikan tapi tetap mahu diberikan agar memudahkan urusan gadis itu.
Tiada pilihan lain, gadis itu terpaksa menerima bantuan ikhlas namun berjanji akan datang semua membalas budinya.
Gadis itu kembali semula seperti yang dijanjikan untuk membalas budi baiknya. Lebih manis lagi, gadis itu telah memberi sumbangan ‘hadiah’ buat pakcik itu.
Keluarga: Moga pakcik dan keluarganya sentiasa dimurahkan rezeki.
Raya yang bakal disambut beberapa hari saja lagi buat ibu-ibu semakin kalut dengan pelbagai persiapan. Menyediakan juadah istimewa antara perkara wajib yang ibu perlu risaukan.
Makanan kesukaan anak-anak seperti Ayam Masak Merah pastinya menjadi menu utama hidangan selain rendang ketupat. Namun menyediakan Ayam Masak Merah yang lebih istimewa dan sedap, lain daripada yang lain, ibu-ibu kena cuba ni.
Bosan dengan resipi biasa, jom kita ikut resipi yang dikongsikan wanita bernama Rafiza Idayu. Rupanya nak rasa lebih menyengat kena letakkan serai dengan
kuantiti yang agak banyak. Katanya, resipi Ayam Masak Merah yang di’infused’ rasa serai yang wangi dan buka selera.Jom ikut caranya. Nampak mengiurkan.
Saya berkempatan belajar dengan seorang yang menyediakan Ayam Masak Merah yang sangat sedap ketika jamuan kenduri kahwin anak beliau. Pesannya, letak serai banyak dan maniskan sedikit masakan tersebut.
Jom kita lihat langkah demi langkah
Bahan bahannya:
Ayam seekor dipotong 12 bahagian
Serbuk Kunyit
Garam
30 biji lada kering
2 inci halia
2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 batang kayu manis
5 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
7 biji cengkih
1 biji gula nisan (gula kerek @ gula nisse @ gula melaka @ gula perang)
4 ketul asam gelugur (asam keping)
2 biji tomato
10 sudu sos cili (brand Kimball)
10 sudu sos tomato (brand Kimball) 12 batang serai
* Rasa akan berubah mengikut bahan atau brand yang digunakan. Contohnya sos cili brand Maggi akan sedikit masam. Jadi kurangkan penggunaan asam keping
Caranya:
1. Setelah basuh dan toskan ayam, perap ayam sebentar dengan kunyit dan garam.
2. Goreng ayam tiga suku masak dan toskan. Jangan terlalu garing kerana ayam akan keras dan kurang juicy.
3. Ini tips yang penting untuk dapatkan aroma yang wangi dalam Ayam Masak Merah. Bawang besar hendaklah dihiris nipis. Jangan blender. Bawang besar yang
digoreng akan menerbitkan rasa manis dan wangi. Cili kering tadi direbus dan dikisar bersama bawang putih dan halia.
4. Panaskan minyak dan masukkan serai yang telah diketuk. Minyak masak akan beraroma serai yang wangi.
5. Kemudian masukkan bahan tumis.
Bahan tumis iaitu 4 sekawan :
+ Kayu manis
+ Bunga Lawang
+ Buah Pelaga
+ Cengkih
6. Kemudian masukkan bawang besar yang telah dihiris nipis.
7. Tumis sehingga naik bau. Tips untuk mengetahui bagaimana naik bau adalah bawa tangan di atas tumisan dan bawa aroma ke hidung.Belajar cara nak tau bau bawang wangi apabila ditumis. Ops! Elakkan bawa hidung ke gigi kuali, kalau terpercik minyak di muka.. acik tak bertanggungjawap
tau!
8. Apabila dah naik bau, masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Pastikan minyak tidak terlalu sedikit agar bahan tumisan masak cantik sekata. Jangan bimbang dengan bawang besar yang dihiris tadi kerana ia akan hancur semasa proses menumis.
9. Masak bahan kisar tadi sehingga pecah minyak. Kenapa perlu pecah minyak? Ia indikasi bahawa bahan kisar telah masak sempurna. Jika lauk kenduri, masakan akan lebih tahan lama dan mengelakkan sakit perut jika bahan tidak dimasak sempurna. Apabila telah pecah minyak, masukkan gula nisan.
10. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato.
11. Masukkan air pada kepekatan yang diingini.
12. Apabila telah mendidih, masukkan potongan buah tomato.
13. Masukkan asam keping.
14. Akhir sekali masukkan garam secukupnya. Hati hati semasa masukkan garam kerana sos sudah ada garam dan ayam goreng tadi juga telah diletakkan garam.
15.Apabila cukup rasa, masukkan ayam goreng tadi.
16. Gaul sebati ayam tersebut ke dalam kuah masak merah tadi. Alhamdulillah, cantik kejadian ayam masak merah kita. Sedia dihidang dengan daun ketumbar
atau kacang peas.
17. Ini papadom untuk makan bersama Nasi Tomato. Goreng papodom ini yang seperti di kedai mamak. Papodom bulat ini lebih sedap berbanding papodom yang berbentuk segiempat.
Nasi Tomato sedia dihidang bersama Ayam Masak Merah dan Kuah Dhal.
Selamat mencuba!
Sumber: Rafiza Idayu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Setiap kali ‘exam’ saya akan puasa kerana lebih fokus. Demikian resipi kejayaan yang dikongsikan oleh Wan Mohammad Waliuddin Afzainizam, 17 yang merupakan pelajar cemerlang SPM 2018. Dia berjaya memperoleh 10A daripada 11 mata pelajaran yang diambil.
Anak sulung daripada tiga beradik yang juga merupakan anak kepada penulis skrip ‘Andainya Takdir’ bercita-cita untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.
“Tiga hari lepas, masa balik dari masjid selepas selesai solat zohor, saya kemalangan. Jatuh motor, tak sangka hari ini dapat berita yang menggembirakan. Alhamdulillah.
“Ini adalah hadiah kepada ibu bapa yang banyak memberi sokongan selama ini , terima kasih juga kepada guru SMK Seksyen 18 yang tak pernah jemu berusaha membantu sehingga mencapai kejayaan hari ini,” ujar Wan Mohammad Waliuddin lagi.
Dalam pada itu, Wan Mahani melahirkan rasa syukur dengan kejayaan anaknya. Malah dia berharap cita-cita anaknya itu akan tercapai kelak.
‘Dalam seminggu ini memang saya berdebar, macam saya pula yang nak ambil result,” seloroh Wan Mahani sambil memberitahu skrip drama bersiri terbaharunya, ‘Maryam Elina’ sedang ditayangkan di RTM serta telemovie ’14 hari’ yang bakal disiarkan sabtu ini.
Wan Mohammad Waliuddin merupakan anak sulung dan menjadi harapan keluarga.
“Alhamdulillah, walaupun tak dapat straight A, sebagai ibu saya bersyukur. Sebagai ibu, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik buat anak-anak. setiap kali anak exam, solat DHUHA tu jadi macam wajib pada saya. Waktu inilah saya selalu doa supaya Dia terangkan hati anak-anak saya.
“Wali jenis yang study macam orang lain juga. fokus masa prep dan selalu ajar kawan-kawan jika mereka minta tolongsebab itu akan jadi kan kefahaman dia lebih baik. Esp matematik dan add math. Malah dia pernah dipanggil abang add math sebab selalu markah add math lagi tinggi dari math biasa.
“Kalau dia tak faham sesuatu subjek tu, dia memang akan cari semula cikgu lepas kelas. tanya cikgu sampai dia betul-betul faham,”ujar Wan Mahani lagi, anaknya itu juga rajin berpuasa sunat setiap hari exam selain mengamalkan pengambilan kismis setiap pagi.
Membeli dan memiliki rumah sendiri pastinya menjadi suatu perkara yang amat menggembirakan hati sesiapa pun. Apatah lagi jika rumah tersebut merupakan rumah idaman yang selesa untuk didiami oleh kita seisi keluarga.
Bercakap lanjut tentang membeli rumah idaman ini, apa kata kita baca perkongsian daripada Harith Faisal yang sudi berkongsi info untuk manfaat bersama. Rumah yang dibeli bukan sahaja untuk tujuan dihuni malah boleh juga dijadikan aset untuk membeli rumah yang lebih bagus.
TIP BELI RUMAH IDAMAN
1. Sebenarnya, nak beli rumah pelaburan, lagi murah dan mudah daripada kau nak beli rumah duduk sendiri. Kalau nak beli rumah untuk settle down lagi 10 tahun, mesti kita nak beli rumah idaman terus, kan.
2. Rumah idaman kita semua biasanya nak yang besar, yang moden, yang selesa. Tak sesuai dengan gaji kau sekarang. Entah-entah harganya boleh sampai RM600K. Kalau dapat RM300K pun jauh ya amat dari bandar.
3. Kalau beli untuk pelaburan, kau cari rumah dan hartanah harga bawah RM200K pun dah okay. Market penyewa lebih luas. Senang nak sewakan. Kau belilah sebijik tahun ni.
4. Lepas tu, jangan biar kosong. Kau sewakan bagi positive cashflow dalam 6 bulan dengan tenancy agreement. Lepas tu, beli lagi satu. Kemudian beli atas nama isteri kau lagi 2 bijik.
5. Sementara nak tunggu kau finalize nak settle down kat mana, kau dan isteri dah boleh ada 2 bijik rumah sorang. Total 4 bijik rumah. Ikay sangat dah tu. Bukan biasa-biasa.
6. Nak finalize tu mungkin makan masa 5-10 tahun. Dah tahu nak settle down kat mana, kau jual rumah sorang satu. Guna duit untung tu bayar sebahagian besar harga rumah idaman.
7. Bila kau dah bayar sebahagian besar pakai cash, pembiayaan akan jadi lebih kecik, instalment bulanan pun rendahlah. Harga rumah naik, kau tungganglah sekali sebab kau ada 4 bijik rumah pelaburan. Takdalah sakit hati tengok rumah orang lain makin mahal.
8. Jadi, kalau gaji kau cukup-cukup makan, lupakan dulu nak beli rumah duduk sendiri. Perbaiki kewangan, biar dalam akaun nampak macam orang kaya. Lepas tu, beli rumah pelaburan sampai puas dulu.
9. Lepas puas, kau belilah rumah untuk duduk sendiri pula. Buat betul-betul bagi jadi. Jangan asyik takut je. Dah kau tak mula simpan duit, memanglah kau takut je. Ha! – HF
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.