“Happy Birthday Sayang. Isteriku Dunia Akhirat. Dari Suamimu.” Jalaludin Hassan Titip Ucapan Romantik Buat Isteri. Sweet!

Share

Siapa yang tak kenal dengan pelakon serba boleh, Datuk jalaludin Hassan. Lakonan nya sehingga kini tetap mantap biarpun dimamah usia.

Malah, babak lelaki atau suami romantik antara yang menjadi ‘makanannya’ setiap kali menerima tawaran.

Rupa-rupanya bukan hanya dalam lakonan, bahkan dalam kehidupan biasa sebagai suami, Datuk jalaludin seorang yang cukup romantik.

Bersempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta yang ke-50 baru-baru ini, dia menitipkan ucapan istimewa buat isterinya, Rapidah Abd Ghani.

Ucapan tersebut dikongsikan menerusi laman Instagramnya.

“Realitinya aku tidak pandai mencurahkan perasan hati ini. Berbeda ketika aku di dalam set pengambaran. Mungkin aku hebat mencurahkan perasan hati ku, namun ianya hanya sekadar lakonan dalam menghayati watak atas arahan Tuan Director Ahmad Nisfu demi sesuap nasi untuk menyara keluargaku.

Menurut Dato Jalaludin, dia tidak pandai meluahkan isi hati secara realiti jika dibandingkan dalam dunia lakonan. Begitupun sempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta, dia mencuba.

Sebagai suami, dia mendoakan agar isterinya itu dikurniakan keberkatan, kesihatan, kesabaran, ketaatan, dimurahkan rezeki, keikhlasan hati dalam pergaulan juga ketika beribadat dan dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat hingga ke jannah.

“Happy birthday sayang. Isteri ku dunia akhirat..” ucap Jalaludin Hassan buat isteri kesayangannya.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Termasuklah rakan Selebriti yang lain. Rata-rata memuji Dato Jalaludin Hassan seorang yang sangat romantik dan sentiasa tersenyum apabila bersama isteri tercinta.

Bahkan semua menitipkan doa semoga pasangan ini sentiasa sihat dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

sitiazuraarifin Happy Birthday buat sahabatku Datin Yong Rafidah.. Bidadari cantik Datuk🎂🎂🎂
missnurfasya .memang jatuh cinta dgn lakunan dato . romantic❤️.selamat ulang tahun Utk isteri dato.
zuleedaaleeya 🥰🥰🥰 happy birthday mama… we all love you so much k… thank you abah for your love 🤍🌹 @jalaludinhassan
chintaedora So sweet presentation uncle @jalaludinhassan.. Moga berkekalan hingga ke syurga ❤️
mazyong20 Romantic nye atok kck @jalaludinhassan. Happy brtday utk wife atok. May Allah swt protect atok dgn family dari segala kesusahan. Semoga dimurahkan rezeki. Diberi kesihatan sepanjang hayat. Love u atok

Sumber: jalaludinhassan


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

 

 

IKLAN