Terkenal dengan sifat pemurahnya, usahawan berjaya Kieda Crepe telah menghadiahkan kipas dan air fryer kepada guru-guru anak bersempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei lalu.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Kieda atau nama sebenarnya Nur Khalieda Yusra berterima kasih kepada guru yang banyak bersabar dalam mendidik anak-anaknya malah ikhlah memberikan ilmu buat mereka.
Bagi meraikan guru anaknya itu, Kieda membawa hadiah itu ketika majlis sambutan hari guru yang diadakan di sekolah anak baru-baru ini.
“Hari Selasa sekolah Akif ada buat sambutan Hari Guru, jadi kita tak sempat nak beli hadiah, kita beli kipas untuk mereka.
Ads
“Tak tahu nak beli hadiah apa.
“Jadi ini semua hadiah untuk Hari Guru. Kipas ini adalah hadiah untuk cikgu sekolah rendah dengan cikgu tadika, dan yang ini (air fryer) untuk ustaz yang ajar mengaji dan cikgu tuisyen anak-anak,” tulisnya berkongsi.
Menerusi perkongsian video Kieda, dia bukan sahaja membeli malah turut membungkus kesemua hadiahnya satu persatu sehingga lewat malam demi menghargai guru-guru serta memberi kegembiraan pada anak-anaknya.
Ads
Meninjau diruangan komen, rata-rata wargamaya memuji sifat pemurah Kieda malah tidak berkira bukan hanya dengan staf bahkan guru-guru yang mengajar sekolah anaknya.
Setiap manusia diuji oleh Allah SWT mengikut kemampuan masing-masing. Bukan mudah punya anak yang diuji dengan sakit kanser. Namun perlu berlapang dada dengan setiap ujian yang Allah berikan.
Ini perkongsian ibu bernama Hazamaratul Damrah, ibu kepada adik Danish Rizqin bin Rosli yang menghidap ketumbuhan (tumor) pada bahagian belakang kepala.
“Penghujung Februari 2016, (Jumaat) Rizqin muntah di tadika, cikgu menghubungi akak dan akak terus bergegas ke sekolah untuk mengambil Rizqin dan membawanya pulang. Sampai di rumah Rizqin rehat dan tidak muntah lagi.
“Pada petang yang sama, ketika Rizqin tidur, bahagian kepala terutamanya dahi berpeluh dan secara tiba-tiba Rizqin menjerit kesakitan. Tapi rasa sakit itu hilang dalam beberapa saat sahaja.
“Pada hari isnin kami membawa Rizqin berjumpa dengan pakar kanak-kanak di KPJ Tawakal. Ketika itu, Rizqin sihat Cuma ada batuk-batuk kecil, tetapi dia mula hilang imbangan badan ketika berdiri dan berjalan. Jadi doktor menasihatkan agar Rizqin dipantau selama seminggu, sekiranya tiada perubahan doktor menasihatkan Rizqin di bawa semula ke hospital untuk pemantuan susulan.
“Pada hujung minggu, Rizqin minta belikan kasut baru dan teringin nak makan ais krim Magnum. Jadi kami membawa Rizqin ke Mid Valley. Semasa di Mid Valley ketika Rizqin berlari mendapatkan papanya, dia terjatuh dan memberitahu secara tiba-tiba kakinya berasa lemah. Pada hari isnin pagi, kami menghubungi doktor dan membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut ibunya, tiada perubahan ketara, cuma yang ketara adalah dia hilang imbangan ketika berjalan.
Setelah menjalani ujian CT Scan, Rizqin disahkan mempunyai ketumbuhan (tumor) pada bahagian belakang kepala dan perlu dilakukan pembedahan untuk memasang VP Shunt.
Kes kami kemudiannya telah dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatab selanjutnya termasuklah pembedahan untuk membuang tumornya.
“Selepas pembedahan, Rizqin perlu menjalani rawatan radioterapi sebanyak 30 kali bagi membunuh sel kanser yang berbaki 5% kerana dalam pembedahan sebelum ini, hanya 95% sahaja sel tersebut yang berjaya dikeluarkan. Kemudian diikuti dengan 8 pusingan rawatan kimoterapi.
Sebelum memulakan rawatan, Rizqin juga perlu menjalani pembedahan membuang semua gigi susunya kerana ada antara gigi tersebut yang rosak dan tidak mahu berlaku jangkitan ketika menjalani rawatan kimoterapi nanti.
“Sepanjang rawatan dijalankan, terdapat beberapa perkara yang tidak diingini berlaku, antaranya VP Shuntnya rosak dan terpaksa ditukar baru. Ekoran itu Rizqin juga perlu dipantau di PICU selama 10 hari. Boleh dikatakan sepanjang tempoh rawatan berjalan hospital sudah menjadi rumah kedua kami. Alhamdulillah Rizqin berjaya melalui tempoh yang sukar sepanjang lebih kurang setahun setengah rawatan sebagaimana yang telah dijadualkan.
Menurut Hazamaratul Damrah lagi, sepanjang tempoh rawatan bermula dari Mac 2016 sehingga akhir tahun 2017, Rizqin memang tidak meneruskan sesi persekolahan disebabkan oleh faktor-faktor kesihatan bagi anak-anak onkologi.
“Rizqin memulakan persekolahan pada awal tahun 2018. Dalam tempoh rawatan akak ambil inisiatif mengajar Rizqin di rumah sekiranya keadaan kesihatan dan emosinya mengizinkan. Akak hanya mengajar subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik kerana tidak mahu membebankannya.
“Sekiranya ada menjalani rawatan di hospital, Rizqin akan diajar oleh guru-guru Sekolah Dalam Hospital (SDH). Sesi pembelajaran ini juga bergantung pada tahap kesihatan Rizqin. Selain itu, akak juga menggalakkan Rizqin membaca buku cerita dan bahan bacaan yang bersesuaian dengan minatnya seperti majalah Top Gear.
Bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek, kini tahap kesihatan Rizqin semakin baik. Bagaimanapun Rizqin masih perlu menjalani ujian MRI setiap enam bulan untuk memantau keadaan kesihatannya.
Selain itu, Rizqin juga perlu menghadiri beberapa temu janji di klinik-klinik yang berkaitan seperti klinik mata, telinga, gigi dan sebagainya secara berkala. Ada yang tiga bulan, enam bulan dan setahun sekali.
“Sebagai seorang ibu, sudah pasti tiada yang lebih membahagiakan untuk melihat Rizqin sembuh sepenuhnya dan bebas daripada kanser. Akak ingin melihat Rizqin kembali sihat dan sembuh sepenuhnya supaya dia boleh menjalani kehidupan normal seperti anak-anak lain di luar sana.
“Semoga suatu hari Rizqin boleh berdikari, mempunyai keyakinan diri untuk bergerak sendiri tanpa perlu dipantau sepenuhnya oleh akak. Buat masa ini Rizqin masih belum cukup kuat dari segi fizikal dan mental untuk berada di alam persekolahan mahupun pergaulan dengan rakan seusianya.
Selain dapat membesar dalam keadaan kesihatan yang baik, ibunya juga berharap agar Rizqin mampu untuk melakukan aktiviti yang digemari setelah kesihatan dan kecerdasannya bertambah baik.
“Akak sangat bersyukur kerana Rizqin seorang anak yang mempunyai semangat juang yang begitu kental dan sikap yang begitu positif dalam berjuang melawan sakitnya. Biarpun bertubuh kecil, namun semangatnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya yang mengenali Rizqin secara dekat, tahu bagaimana jiwa anak kecil ini.
“Bagi mereka yang diuji dengan masalah kesihatan seperti mempunyai anak yang mengidap kanser, akak nasihatkan agar dapatkan rawatan yang betul di hospital. Patuhi segala nasihat serta saranan yang doktor berikan berkaitan dengan rawatan yang dijadualkan untuk anak kita.
“Sentiasa berusaha untuk kekal positif dan memberi sokongan kepada anak yang sakit. Layan anak seperti biasa, fahami anak-anak, tunjukkan sokongan dan kasih sayang yang berterusan pada mereka.
“Jangan mudah berputus asa, banyakkah berdoa, Insyaallah, Allah akan permudahkan segala urusan rawatan. Persiapkan diri dengan info yang berkaitan dengan penyakit anak kita. Dapatkan penerangan yang sewajarnya daripada doktor serta jururawat yang merawat anak kita. Sesungguhnya bukan mudah punyai anak yang diuji dengan sakit kanser. Namun perlu berlapang dada dengan setiap ujian yang Allah berikan.
Hakikatnya untuk bahagia bukan wang ringgit semata tetapi hubungan mesra dengan pasangan.
Salah satu cara yang dilakukan oleh pelakon, Aeril Zafrel yang mengenakan isterinya,Wawa Zainal.
Hanya dengan berpakat dengan pelayan seakan cawan terjatuh ke arah Wawa. Situasi ini mengejutkan Wawa tetapi disambut gelak ketawa kesudahannya apabila Wawa menyedari itu hanya prank dari suaminya.
Kepada encik suami, kadang kala boleh lah prank isteri. Jangan serius sangat ye. Kadang kala,hidup ni kena ada senda gurau kan.Barulah rumah tangga ceria.
Sumber: Instagram Aeril zafrel
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rencah kehidupan sudah tentunya ada yang suka dan duka serta miskin dan kaya. Perkongsian ustaz EbitLew meruntun jiwa dan memberi ikhtibar buat kita bahawa ada insan diluar sana yang memerlukan bantuan dan sokongan bagi meneruskan kehidupan dengan sempurna.
Sebak ya Allah hati ini tadi turun jambatan. Terkejut tiba -tiba ada seorang terbaring macam ni. Cuba pergi dekat hati kuat berdebar rasa sesuatu. Sekali panggil banyak kali lepas tu saya kuatkan hati pegang dia dan kejut dia. Rasa nadi dia. Dia tidur ni. Saya sangka dia akan marah nanti.
Sekali dia tak marah. Bangun tidur terus salam cium tangan saya. Dia pernah jumpa saya. Bersih muka dia.. Ustaz. Terima kaseh ustaz. Saya tanya berapa lama kat sini. Dah 2 bulan. Duduk seorang diri jer bawah jambatan ni. Tunjuk belakang kepala dia baru kena pukul terbelah sikit. Ya Allah. Saya tengok ic saja nak kenal. Ya Allah baru 20 tahun umurnya. Anak ini sebenarnya baik dan kuat ni..
Saya minta maaf padanya. Ustaz ni berdosa sangat kat kau. Ceramah sana sini. Makan sedap-sedap. Hidup senang lenang. Kau duduk dekat sini. Apalah saya nak jawab nanti Allah tanya. Tak sangka anak muda begini tidur bawah sini. Pasti ada masalah besar dalam hidupnya. Berdosa rasa pada adik. Ya Allah…Takper ustaz. Ustaz sudi cari saya di bawah sini. Ustaz selalu cari kami macam ni dekat bawah longkang ni. Saya jadi sedih sangat. Tak tahu nak buat apa.
Kau nak kerja tak adik? Nak ustaz. Nanti ustaz tolong carikan kau kerja. Kau kerja elok-elok yer..nak ustaz tolong yer cari saya kerja. Kalau ada asrama boleh saya duduk dekat situ.
Sedih lak rasa. Saya nak peluk dia. Ustaz. saya kotor busuk. Ustaz pakai jubah. Ish takper adik. Kau mulia baik Allah sayang. Ustaz ni kotor berdosa biarkan kau dekat sini. Dia tak berhenti cakap terima kaseh dan lambai saya. Saya hadiahkan sedikit duit padanya dan makanan. Nanti saya cuba fikirkan bagaimana nak bantunya. Ya Allah tuhanku maafkanlah diriku ini. Apa nak jawab pada Allah dan apa nak jawab pada Nabi saw…maafkanlh diriku ya Allah..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di