Di sebuah klinik kesihatan, seorang isteri yang masih dalam pantang ditengking suaminya di hadapan orang ramai.
“Kau pergi la cepat, aku nak pergi kerja!” katanya kasar, sambil menolak-nolak isterinya. Lebih menyedihkan, dia meletakkan bayi mereka di atas meja dan sibuk bermain telefon, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Melihat situasi begini, sukar untuk bersangka baik. Mungkin kita tidak tahu apa kesukaran yang mereka lalui, tetapi satu perkara pasti isteri bukan tempat untuk melepas marah atau dijadikan mangsa tekanan.
Ads
Mereka telah berkorban jiwa dan raga melahirkan zuriat kita, dan sedikit penghargaan serta belas kasihan sepatutnya menjadi hak mereka.
Ads
Ramai suami lupa bahawa seorang isteri bukan sekadar pasangan hidup, tetapi juga tulang belakang dalam setiap jatuh bangun seorang suami. Menghargai mereka bukan sekadar dengan kata-kata, tetapi dengan perbuatan—memberikan sokongan, kasih sayang, dan penghormatan yang selayaknya.
Ads
Isteri adalah amanah Allah untuk dijaga, bukan untuk disakiti. Semoga setiap suami lebih menghargai pengorbanan mereka dan membimbing mereka dengan penuh kasih sayang menuju kehidupan yang lebih bahagia.
Sumber: Azri Osman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyanyi Shila Amzah yang baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya pada Mei lalu berkongsi perkembangan anaknya, Rhea Akira yang kini sudah mula tumbuh gigi.
Menerusi Instagramnya, Shila turut berkongsi kisah Rhea yang menangis tanpa henti kerana mahu tumbuh gigi. Bukan itu sahaja bahkan pada usia tidak kurang setahun bayi juga akan kerap demam.
“Dia menangis tak berhenti sampai tiga jam. Nak tumbuh gigi, nak tukar bulan.
“Keadaan ni buat saya selalu fikir fasa bayi baru lahir yang paling mudah. Mata panda, selama 3 hari berturut-turut,” kongsinya.
Ujar Shila lagi dia memilih untuk kekal tenang dalam menjaga anak kerana merasakan itu adalah jalan terbaik buatnya sebagai ibu.
“Ubai selalu kagum macam mana saya sentiasa tenang. Saya kata kita sebagai mak ayah tiada pilihan. Saya tak mahu hilang kawalan depan anak-anak sebab tak nak anak trauma.
” Tak kira penat macam mana pun anak adalah rahmat dan amanah Allah pada kita. Mereka tak boleh pilih kita tapi kita boleh pilih jadi ibu bapa yang bagaimana pada anak-anak,” tambah Shila.
Mahu cipta memori baru bersama suami & anak-anak
Menerusi entri yang sama juga, Shila turut memuat naik beberapa keping gambar bersama suami dan anak-anak ketika bercuti ke Pulau Pinang baru-baru ini.
Akui Shila lagi, negeri Pulau Mutiara yang terkenal dengan deretan makanan enak itu pernah membuatkan dia trauma untuk kembali ke sana lagi namun dia mahu mencipta kenangan baru bersama Ubai dan dua anaknya.
“Saya berdepan dengan rasa takut bersama suami tercinta. Ramai yang tidak tahu Pulai Pinang membuatkan saya rasa trauma.
“Ada beberapa insiden yang berlaku di Pulai Pinang yang menghantui dan tak boleh saya lupakan. Dah lebih 10 tahun saya cuba atasinya.
“Baru-baru ini kami bercuti bersama keluarga dan saya cadangkan Pulai Pinang. Saya mahu mencipta memori baru bersama keluarga,” ujarnya.
Banyak kenangan manis yang sempat Shila potretnya sebagai kenangan bersama.
Terdahulu Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Rhea Akira yang kini berusia lima bulan.
Penularan wabak Covid-19 semakin hari semakin kritikal. Hari ini memasuki hari kedua perintah kawalan pergerakan dilaksanakan di negara kita. justeru, semua pihak diarahkan berada di dalam rumah bagi mengelak wabak ini kian menular.
Dalam pada itu, Seorang pengguna Facebook , Ammar Zahar berkongsi beberapa soalamn yang dikemukakan kepada doktor mengenai Covid-19 ini.
Saya pergi klinik pagi tadi sebab sakit tekak. Risau pulak mana tau ada something yang pelik ke. Dah la tengah musim Covid-19 ni. Saya memang takde pergi mass gathering, jumpa2 orang bulan ni. So, cerita semua sejarah simptom ni dengan jujur dekat Dr.
Dah terlanjur jumpa Dr, memang banyak la soalan tentang Covid-19 ni. Saya kongsikan kat sini..
Q: Macam mana nak tau sakit saya ni Corona virus atau sakit biasa?
A: Lepas Dr cek tekak, ada white spot. So itu menunjukkan ada jangkitan virus/bakteria. Tak pasti lagi virus jenis apa (jika virus) atau bakteria jenis apa (jika bakteria). Kalau nak tau, memang kena buat test yang khusus di hospital. Kat klinik biasa tak ada.
Q: Apa simptom2 kalau saya kena Covid-19 ni?
A: Coronavirus ni masalahnya boleh jadi orang tak ada simptom langsung. Tak sakit tekak, tak batuk, tak demam, tak selesema. Boleh je orang tu nampak dari luar sihat tapi dia pembawa virus Corona. Ni yang bahaya. Tapi kalau virus tu menyerang dan pesakit lemah immune system, dia boleh serang beransur2 dengan sistem pernafasan dulu seperti (batuk, sakit tekak, demam) dan kemudian masuk kedalam peparu (yang ni severe bila pesakit sampai tak cukup nafas)
Q: Kalau macam saya jenis tak pergi mass gathering, tak ada jumpa dengan close contact dengan pesakit Covid-19, kerja pun sendiri, tak jumpa orang sangat, ada possibility ke saya kena Covid-19 ni?
A: Ada. Kerana Coronavirus juga boleh hidup di permukaan besi. Boleh jadi kita ada sentuh butang lift, tombol pintu, meja besi, yang ada Coronavirus tu dan kita tak cuci tangan. Kemudian kita gunakan tangan tersebut untuk terus makan, garu hidung/mata, maka Coronavirus tu berpeluang masuk kedalam badan kita. Sebab itu pentingnya mencuci tangan.
Q: If let say saya kena Covid-19, macam mana nak ubati?
A: Covid-19 belum ada ubat atau vaccine khusus. Kalau kena pun, Dr akan prescribe ubat untuk mengawal simptom kita. Kalau kita diuji positif tapi tak ada batuk, demam, selesema, kita hanya perlu kuarantin selama 14 hari. Ini kerana jangkahayat Covid-19 ni adalah 14 hari. Ada pesakit yang positif pada mulanya, lepas 14 hari test dia negatif.
Q: Apa tanda-tanda yang sakit saya ni Covid-19 kalau saya tak buat test? Sebab saya hanya sakit tekak saja.
A: Kalau dah ikut rutin ubat tapi sakit tekak masih tiada peningkatan malah makin teruk ke tahap demam, batuk, selesema, cepat-cepat pergi ke hospital. Dr akan buat test samada positif atau tidak. Namun, buat masa ni perlu kuarantin dan self distance walaupun didalam rumah kerana takut berjangkit dengan anak-anak dan isteri dirumah.
Q: Apa nasihat Dr kepada saya?
A: Kuarantin diri, self distance, kerap mencuci tangan, minum banyak air, tidur kena cukup supaya immune sistem baik, jaga kebersihan, dan jangan lupa makan ubat.
Ini apa yang saya ingat sessi saya tanya Dr tadi. Saya hanya salin balik yang saya ingat je. Yang tak ingat, saya tak tulis. Takut tertulis yang tak tepat. Kalau tengok balik, kunci untuk memenangi battle dengan Covid-19 ni memang kena kuarantin 14 hari, self distance, kerap mencuci tangan, dan tidak berada di tempat ramai orang.
Update: Perbualan ni adalah perbualan sebenar antara saya dengan Dr yang memberi rawatan di Klinik Mediviron Kajang (Bandar Teknologi) pada jam 11:00am 18/3/2020. Setakat ini, 9:30pm hari yang sama, sakit tekak saya semakin baik. Alhamdulillah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Salah satu yang menjadi kegilaan kita adalah menikmati air yang sedap dan manis ketika berbuka. Segar rasanya bila dapat basahkan tekak dengan segelas air penghilangkan dahaga.
Tapi minuman ni bukan sahaja hilangkan dahaga bahkan baik juga untuk wanita mengandung. Jadi yang tengah mengandung dan ada masalah HB tu bolehlah cuba minuman ni. Sedap pun sedap!
Perkongsian oleh Mardiana Sobri yang berjaya menurunkan HB nya sesuatu yang boleh dikongsikan dengan semua. Jom cuba.
Sapa yang pregnant tu, try minum air ni hari-hari inshaallah HB sentiasa elok. Saya HB 13,12+ dari awal pregnant sampai la sekarang dah 8 bulan. Terjumpa petua ni dan terus cuba. Sedap dan segar.
*UPDATE*
Saya buat macam ni.
1.Rendam chia seed sampai kembang. Letak dalam peti ais, biasanya saya rendam malam, esok baru saya minum.
2.Perah lemon dalam air rendaman chia seed tu.
3.Letak gula sikit saja (takut kencing manis masa pregnant)
4.Letak hirisan lemon dan daun pudina (koyak-koyakkan sikit)
5. Letak ais (ais tu buat dengan air masak/air tapis untuk elak kencing kotor)
**Tak letak ais pun takpe, tapi saya tak boleh telan kalau tak letak ais. Ikut cita rasa masing-masing.
Chia seed ni ada yang kata kalau tekanan darah rendah tak boleh ambil, tapi saya tekanan darah rendah ambil ni ok sangat-sangat. Dah normal bacaan, HB pun ok, kencing manis pun bebas.
Terpulang pada badan masing-masing, niat minum jadikan sebagai ubat ja, jangan minum lebih sangat.
Selamat mencuba ! 🙂
Kredit: Mardiana Sobri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.