Di sebuah klinik kesihatan, seorang isteri yang masih dalam pantang ditengking suaminya di hadapan orang ramai.
“Kau pergi la cepat, aku nak pergi kerja!” katanya kasar, sambil menolak-nolak isterinya. Lebih menyedihkan, dia meletakkan bayi mereka di atas meja dan sibuk bermain telefon, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Melihat situasi begini, sukar untuk bersangka baik. Mungkin kita tidak tahu apa kesukaran yang mereka lalui, tetapi satu perkara pasti isteri bukan tempat untuk melepas marah atau dijadikan mangsa tekanan.
Ads
Mereka telah berkorban jiwa dan raga melahirkan zuriat kita, dan sedikit penghargaan serta belas kasihan sepatutnya menjadi hak mereka.
Ads
Ramai suami lupa bahawa seorang isteri bukan sekadar pasangan hidup, tetapi juga tulang belakang dalam setiap jatuh bangun seorang suami. Menghargai mereka bukan sekadar dengan kata-kata, tetapi dengan perbuatan—memberikan sokongan, kasih sayang, dan penghormatan yang selayaknya.
Ads
Isteri adalah amanah Allah untuk dijaga, bukan untuk disakiti. Semoga setiap suami lebih menghargai pengorbanan mereka dan membimbing mereka dengan penuh kasih sayang menuju kehidupan yang lebih bahagia.
Apabila bergelar ibu bapa banyak cabarannya dalam mendidik anak. Mendidik anak seharusnya dimulakan dengan ibu bapa dari rumah, sejak mereka dari kecil lagi. Ia termasuk mendidik anak mencintai Al-Quran. Dengan mulai mengajarkan anak mengaji sejak masih kecil. Jangan bertangguh untuk mendidik anak.
IBU BAPA HARUS JADI ORANG PERTAMA AJAR ANAK CINTAI AL-QURAN
Renungan Kalam Langit Buat Para Ibunda
Usahakan agar anak-anak anda belajar Al Quran daripada anda, kerana hal ini akan memberi kesan yang paling mendalam bagi jiwa anak-anak anda kelak.
Lalu perlihatkan diri anda kepada anak-anak anda sebagai pencinta Al Quran kerana itulah salah satu metode terbaik agar anak-anak anda cinta terhadap Al Quran.
Suara merdu anda ketika membaca Al Quran di hadapan anak-anak anda menjadi suara terindah bagi anak-anak anda kelak ketika mereka dewasa.
Keikhlasan anda mengajarkan al-quran kepada anak-anak anda akan menciptakan keajaiban keajaiban dalam hidup anda yang anda sendiri tidak menyangka sebelumnya. Itulah keberkatan Al Quran.
5.Maka, janganlah anda berkeluh kesah dan patah semangat terhadap anak-anak anda yang susah payah memperbaiki bacaan Al Quran. Kerana boleh jadi hal itu akan menjadi tangga menuju kemuliaan hidup anda kelak. Allah tidak akan mensia-siakan hasil usaha anda.
Mungkin anda akan merasakan kepenatan dan keletihan ketika mengajarkan Al Quran kepada anak-anak anda, sehingga anda pun bosan, jenuh, emosional dan kecewa. Namun, ketahuilah bahawa jerih payah anda pasti akan dibayar mahal oleh Allah.
Maka…, wahai para ibunda!
Ketika anak-anak anda berangkat sekolah di pagi Hari, tataplah kedua bola matanya, pandanglah wajahnya, lalu panjatkan doa untuknya dengan keikhlasan walaupun hanya dengan ucapan “rabbi habli minas salihin” wahai Tuhanku, kurniakanlah aku anak yang soleh.
Lalu mohonlah agar Allah menjadikannya sebagai ahli Quran, kemudian hembuskanlah ke ubun ubunnya Dan ulangi tindakan itu secara istiqamah.
Wallau A’lam.
UIA
*Disadur dari renungan Kalam Langit karya Dr. Ahsin Sakho Muhammad
Macam sebaya hingga ada yang menyangka pasangan kekasih. Semuanya gara-gara seorang bapa yang berwajah awet muda hingga disangka ‘kekasih’ anaknya walaupun hakikatnya sudah mempunyai enam orang anak.
Balqis yang merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik, berkata, sejak dari bangku sekolah menengah lagi, ramai yang salah anggap bapanya sebagai kekasihnya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Malah, setiap kali itu juga Balqis yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Syariah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu menjelaskan status mereka.
“Masa saya sekolah menengah, waktu itu ayah berumur 30-an, dia selalu jemput saya dan bawa saya ke gerai makan. Bila kawan-kawan ternampak, jadi bualan hangat antara mereka bahawa saya keluar makan dengan kekasih.
“Sampaikan sudah masuk universiti, ayah hantar balik hostel, pernah kawan-kawan tersalah anggap yang ayah itu adalah pakcik lah, adik lah, abang saya lah, sebab mukanya kelihatan muda,” ceritanya ringkas.
Mohd. Rizan Haron, 48, yang bekerja sebagai penghulu mukim, kelihatan muda dan tampan bergaya berbaju melayu hitam di dalam satu gambar yang dimuat naik di akaun Twitter anaknya, Balqis Najwa Mohd. Rizan, 23.
“Ini bukan insiden pertama bapa dianggap kekasih saya. Mungkin sebab kawan bapa atau kawan saya jarang melihat kami berdua.
“Jadi, apabila mereka sesekali terserempak dengan kami akan berfikir sedemikian. Ada juga yang masih tak percaya, sebab bapa nampak muda sampai saya habiskan pengajian di UKM.
“Seperkara lagi yang mungkin orang anggap bapa saya adalah kekasih sebab dia seorang yang bergaya dari segi penampilan. Sejak dulu lagi bapa memang suka ikut trend semasa. Gaya rambut baru kerinting itu pun baru beberapa minggu lepas bapa buat,” katanya.
Mencungkil tentang rahsia awet muda bapanya, Balqis berkata sejak muda ayahnya memang gemar bersukan, tidak pernah tinggal makan sayur-sayuran dan kurang makan makanan segera menyebabkan dirinya terlihat awet muda.
“Selain gemar bersukan, ayah memang dari muda suka makan sayur dan tidak boleh kalau tiada sayur dalam satu hidangan makanan, mesti wajib ada.
“Makanan segera pun sangat-sangat kurang dia ambil, kalau sebulan itu hanya sekali sahaja, sebab itu juga dia nampak lebih muda berbanding umur sekarang,” kata Balqis lagi yang turut berkongsi antara aktiviti sukan yang dilakukan ayahnya adalah badminton, berbasikal dan bola keranjang, disamping sering pergi ke gim untuk bersenam.
Sumber : Twitter @Kiselwitxh_ , Harian Metro & Kosmo
Ruginya jika tak bermain dengan anak! Kenyataan inilah yang perlu ibu ayah sedar sebelum terlambat.
Bayangkan jika ketika anak-anak masih kecil kita asyik terlalu sibuk dengan urusan sendiri hingga tidak sedikit pun meluangkan masa bersama bermain dengan mereka, sedar-sedar anak semakin membesar dan tentunya hubungan mesra dengan anak-anak tidak dapat dibina sejak mereka kecil. Bahkan tidak pelik andai menjadi punca hubungan dengan anak semakin menjauh.
Oleh itu mengetahui lagi tentang apa kebaikan bermain dengan anak, ayuh kita baca perkongsian daripada saudara Mohd Fhais ini.
1 – Padahal dengan selalu bermain tu la kita dapat tingkatkan kualiti bonding kita dengan dia
2 – Padahal dengan selalu bermain tu la dapat buatkan anak rasa lebih connected dengan kita.
3 – Padahal dengan selalu bermain tu la kita jadi lebih memahami kelemahan dan kekuatan anak kita.
4 – Padahal dengan selalu bermain tu la kita dapat tampal balik kelompongan emosi anak akibat dari kena marah, kena bebel dan kena tengking dengan kita.
5 – Padahal dengan selalu bermain tu la kita dapat repair balik kualiti trust anak pada kita.
6 – Padahal dengan selalu bermain tu la anak kita dapat asah sosial skilnya. Ada 6 play stage yang anak kena lalui untuk asah sosial skil.
7 – Padahal dengan selalu bermain tu la yang akan jadi Emotional Investment kita kemudian hari. Kita makin sayang anak, anak pun makin sayang pada kita.
Masa bermain tak banyak. 12 tahun je yang kita ada. Pulun habis habis bermain masa ni.
Manfaat dari memori bermain ini la yang akan jadi penentu samaada anak jadi sahabat baik atau jadi stranger pada kita bila dah menjangkau remaja kelak.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.