Anak anugerah terindah dalam kehidupan suami isteri. Kehadiran si kecil ini melengkapkan syurga kecil keluarga ini . Kerana itu, setiap pasangan yang berkahwin tidak sabar menantikan hadirnya si kecil dalam hidup mereka.

Ibarat menatang minyak yang penuh, demikian juga dalam membesarkan anak. Seboleh mungkin segala keperluan mahu disediakan. Terutama sekali apabila menyambut kehadiran anak buat pertama kalinya.

Anak yang dijaga dan dibesatrkan dengan oenuh kasih sayang, pelbagai impian dan harapan sudah tergambar di fikiran, namun ketentuan Tuhan tak siapa mampu menduga. Kisah memilukan ini dikongsikan oleh seorang ayah yang kehilangan anak kecilnya.

Mohd Firdaus Mohd Anuar menerusi laman facebooknya SiputSedut GorengTepung hanya berkesempatan menikmati bahagia  selama setahun lebih apabila anaknya itu meninggal dunia.


Pejam celik hari ni genap seminggu pemergian kamu..begitu cepat masa berlalu..Terlalu banyak kenangan ayah dengan kamu wahai Adam..Walaupun setahun setengah Allah pinjamkan..ayah bersyukur..walau perit untuk ayah menerima hakikat ini..terlalu perit.

Seminggu sebelum kamu pergi tinggalkan ayah & ibu.ayah pun tak tau kenapa terdetik hati nak lipat khemah yagn kamu selalu main..kamu nampak sangat ceria.selera makan kamu banyak..bila ayah tanya kamu sayang ayah tak .kamu cium ayah berkali2 sampai ibu gelak..sebab kamu cium pipi ayah tak berenti..masa kamu tengah makan dengan ibu.

“Bila nampak ayah balik dari kerja..kamu akan tepuk tangan bila ayah balik buka pintu..ikut ayah ke dapur, tinggalkan ibu sampai ibu bising sebab kamu  tak habiskan makanan yang ibu suap..kamu kacau ayah mkn..ayah tak lupa semua tu..setiap kali ayah pimpin kamu berjalan..kamu akan tengok ayah sambil gelak.

Ya Allah ayah memang tak boleh lupa sebab kamu memang sentiasa begitu..bila ayah solat dalam bilik kamu akan tolak pintu..duduk atas sejadah..ikut ayah sujud..sejuk hati ayah..masa ayah baring berehat pun kamu suka duduk atas perut ayah..baring atas ayah..selesa ayah peluk kamu..ibu kamu suka pakaikan kamu tudung..dia kata kamu comel.muka perempuan.sampai kakak kamu gelarkan kamu makcik bawang.

“Ayah masih ingat, kamu paling suka selongkar beg ayah..keluarkan pen..tabur duit ayah..tarik bulu kaki ayah..tapi ayah tak pernah marah..selalu ayah biarkan dulu sebab ayah tau kamu bahagia bila buat macam tu..cuma ayah sedikit terkilan sebab ayah tak pernah rakam & simpan memori-memori tu untuk ayah abadikan dalam hidup ayah..

“Tapi hari ni semua tu ayah dah tak rasa lagi. Bukan ayah nak menidakkan apa yang berlaku..ayah cuba untuk terima qada & qadar yang telah ditentukan oleh Allah sejak kamu lahir..cuma..ayah rindu..ayah belum puas bmain dengan kamu..geletek kamu sampai mengekek..pimpin kamu dari dapur ke ruang tamu macam biasa.

“Tanggal 12hb februari..kamu pergi tiba-tiba tinggalkan ayah & ibu..malam hari kejadian ayah tidurkan kamu..bagi kamu susu. Tak ada apa yang beza macam malam hari2 yang lainnya..tapi..waktu ibu kejutkan kamu bangun pagi, bibir kamu biru..badan kamu lemah longlai..kaku tak bergerak. 

“Ayah & ibu cuak..ayah ambil kamu dari tangan ibu ayah rasa badan kamu hangat.tanpa buang masa ayah capai kunci kereta..ayah pecut semahunya pergi ke klinik bdekatan UIA sebab ayah tau kat situ ada ambulans & bantuan paling cepat untuk kamu..

“Masuk klinik UIA kamu diberi bantuan kecemasan..cpr..oksigen..kami ditenangkan oleh staf yang merawat kamu..15 minit mereka buat rawatan..jantung kamu tetap tak berdegup..mereka berlari masuk ambulans nak hantar kamu ke hospital Selayang sebab sana ada pakar..itu yang mereka kata pada ayah.

“Ibu temankan kamu dalam ambulans.ayah bawa kereta..ayah ikut belakang ambulans yang bergerak laju..sampai di hospital Selayng kamu diberikan bantuan kecemasan..masuk zon merah..ayah tak henti2 berdoa..ya Allah selamatkanlah anak kesayanganku ini dari sebarang musibah..permudahkan lah urusan dia.

IKLAN

“Lepas setengah jam doktor mencuba..kamu tak dapat diselamatkan..ayah sedih sangat..ayah angkat & cium kamu..wangi sangat ya Allah..sedangkan kamu belum sempat ibu mandikan..tapi ayah tak dapat cium lama…ayah keluar bilik..air mata ayah mengalir laju..ayah meraung dalam hati..ayah tak mampu nak tengok kamu..

“Setelah berbincang,ayah putuskan untuk buat post moterm terhadap kamu..ayah & ibu nak tau apa punca sebenar kamu tinggalkan kami tiba2..walaupun ayah tau itu semua adalah asbab kematian kamu..sekurang2nya tak ada menghantui seumur hidup ayah & ibu..selesai post moterm kita balik kampung..nenek kamu pakcik2 makcik2 kamu semua tunggu..atuk belum tau..sebab semua yang ada kat kampung takut nak bagitau atuk..atuk baru kena strok..kamu pulak cucu yang selalu dia sebut2.

“Sampai kat kampung suasana sunyi sepi..cuma kedengaran bunyi cengkerik sesekali..bila ayah letak kamu atas tempat pembaringan..nenek orang pertama cium kamu..nenek menangis..makcik kamu..pakcik kamu..semua tak dapat tahan..seorang demi seorang datang cium kamu..bacakan surah yassin sampai ke pagi..ibu kamu temankan kamu tidur..dia takde selera makan dari pagi..secubit pun dia tak makan sebab nak temankan kamu saat2 akhir sebelum kamu dikebumikan.

“Keesokan awal pagi lepas solat subuh..nenek kamu bagitau atuk..mohon bersabar dengan ujian Allah..nenek bawa atuk pergi depan kamu..atuk tanya..sapa ni..pastu nenek cakap ni Adam..masa tu air mata ayah gugur..hilang malu & ego ayah..atuk meraung..banyak kali dia sebut.Allahuakbar..Allahuakbar..nenek minta atuk istighfar banyak-banyak.

“Ayah sedih..sebab ayah tau kamu adalah cucu kesayangan dia..yang dia sebut hari2..sehari sebelum kamu pergi tinggalkan kami..ayah sempat video call atuk..nenek..terngiang2 telinga ayah..atuk tanya adam bila nak balik kampung..hari ni adam balik atuk..tapi adam balik dalam keadaan tak bernyawa..kaku.

IKLAN

“Alhamdulillah..walaupun ayah terkejut dgn pemergian kamu..ayah tetap bersyukur..Allah dah atur yang terbaik..ketika kamu pergi..ayah & ibu bercuti & ada dirumah..kamu pergi dalam dakapan kami..ayah ambil tanggungjawab bantu mandikan jenazah kamu..pakteh kamu bantu untuk mengimamkan solat jenazah kamu..segala urusan dipermudahkan oleh Allah..

“Terima kasih adam anak syurga..terima kasih Allah..kerana bagi peluang setahun setengah untuk aku & isteri menjaga amanah yang comel & tak ternilai harganya ni..bermain lah kamu di taman syurga bersama bidadari..terima kasih rakan2 & saudara2 yang tak putus mendoakan ketabahan & kesabaran buat aku serta keluarga..cuma aku berharap selagi hayat dikandung badan, Allah tidak meluputkan segala kenangan kita bersama..biarlah ia kekal sebagai memori yang paling kuat untuk aku teruskan hidup di muka bumi ini.

“Nama putera kesayanganku Muhammad Adam ini aku ambil sempena nama Nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw & Nabi Adam as..ibu kamu tambah Haadif meanjadikan nama kamu Muhammad Adam Haadif..kamu berkongsi tarikh kematian dengan 3 tokoh islam..

Tarikh yang sama, dengan kemangkatan .
1) As-Syahid Hassan Al Banna
2) As-Syahid Tengku Mahmud Mahyidden
3) Al Marhum T.G. Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu 12 februari..

Ape yg ayah tulis ni tulus dari hati ayah..Hari ini..suasana dirumah sunyi sepi..tanpa gelak tawa kamu..tanpa tangisan kamu..sungguh ayah rindu..ketika menjaga kamu semasa ibu bekerja..ketika tidur ayah selawatkan kamu..ketika mandi bersama2 kamu..ketika bermain dgn kamu..kini ayah dah tak lihat & rasa semua tu..bermain lah kamu di syurga wahai putera kesayanganku..semoga pemergianmu menjadi 1 syafaat untuk membantu kedua ayah & ibumu satu hari nanti.

Muhammad Adam Haadif
31/7/17-12/2/19
Kasih Ibu Sampai Ke Syurga
Kasih Ayah Kekal Selamanya..
InsyaAllah..

Al-Fatihah..