Bukan semua pandai menjahit apatah lagi ia memerlukan minat untuk dilakukan bahkan memerlukan ketelitian dan kesabaran.
Namun jangan jadikan itu sebagai penghalang dan bolehlah dicuba menghasilkan jahitan yang ringkas dan mudah seperti yang dikongsikan oleh Pn Haslina untuk membuat bahagian tangan baju bergetah.
Ini perkongsiannya.
Tutorial Lengan Getah
Sambil2 dok menjait lengan blouse saya nak share cara jahit getah di hujung lengan.. Banyak cara lain sebenarnya tp ni salah satu cara paling mudah dan kemas..
Cara-caranya :
Sediakan getah mengikut keselesaan lengan masing-masing. Contoh macam hujung lengan saya 6.5″ jadi panjang getah saya potong 8″ ..ukuran hujung lengan pada kain 14″
Ads
Jahit getah pada ke dua-dua hujung kain pada bahagian lengan tersebut.
Letakkan getah pada permukaan kain sebelah dalam ye, bukan sebelah luar/cantik. Benamkan jarum pada hujung getah, kemudian tarik getah tersebut sebelum menjahit.
P/s : untuk jahit getah di lengan saya suka pakai tapak tinggi rendah.
Rupanya akan jadi begini selepas menjahit getah di atas kain.
Ads
Kemudian lipat/gulung hujung lengan untuk menutup getah (2 kali lipat/gulung)
Ok kat sini fungsinya tapak tinggi rendah tu. Letak kedudukan kain seperti dalam gambar.. jahitan akan lebih sekata @ sama bila pakai tapak ni.. tapi kalau pakai tapak biasa pun ok..
Benamkan mata jarum dulu sebelum jahit. Bagi mengelakkn jarum patah.. kemudian tarik getah.
Dalam banyak-banyak sambal yang biasa kita sediakan untuk keluarga, mungkin sambal yang dibuat menggunakan buah mangga yang dicampur isi ikan ini tak ramai pernah merasanya.
Melainkan bagi keluarga orang Kelantan, Sambal Putik Pauh ni sudah maklum keenakan rasa dan pakar pula membuatnya.
Untuk itu, jom pelajari cara membuatnya untuk kita satu keluarga mencuba rasa.
CARA-CARA BUAT SAMBAL PUTIK PAUH KELATE
(Sambal Tumbuk Mangga Muda Ikan Bakar)
Orang kelantan memang familiar dengan sambal ni. Makan dengan nasi panas-panas… fuhhh tak pandang kiri kanan dah memang berselera.
Makan dengan bubur nasi pun sedap tak terkata. Sambal ni mesti rasa masam, pedas dan masin serta manis ikan..terangkatlah.
Nak buatnya pun simple je cuma kena tau caranya nak bagi sambal ni sedap. Ada yang nak resepi? Boleh tengok kat bawah ni
Bahan-bahan:
3 ekor ikan sardin fresh (bakar tawar)
2 biji cili padi (nak pedas boleh letak lebih)
1-2 biji mangga muda (paling sesuai mangga telor yang masam)
garam
Cara-cara
Tumbuk cili dengan garam sampai hancur pastu tumbuk mangga muda yang diracik biar mangga tu pecah-pecah dan sebati dengan garam dan cili.
Pastu masukan ikan dan tumbuk sampai sebati. Part ni jangan tumbuk lumat-lumat. tumbuk asal boleh sebati, kalau lumat nanti tak sedap.
Sumber : Wan Muhammad Hafiz Satar via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sakit kepala ini memang mudah sangat kita rasa, lagi-lagi bila berdepan dengan situasi stres. Tak disangka-sangka datanglah sakit kepala tu, terasa berat dan berpusing pandangan mata.
Meredakan kesakitan yang dirasa selain perlu mengambil ubat, sebenarnya anda boleh juga usahakan beberapa teknik ini yang dikongsikan oleh doktor untuk melegakan kesakitan.
Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian ini dan bolehlah dicuba.
PETUA BAGI MENGHILANGKAN PENING
Rasa pening kadang-kadang kita alami dalam hidup kita. Ia tidak berbahaya. Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti ‘kepala ringan’, rasa tidak seimbang tubuh da nada kala rasa seperti ‘mahu pengsan’.
Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simtom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kapal terbang atau kenderaan darat (motion sickness), perubahan hormone dalam tubuh dan kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik.
Rasa pening yang biasa, selalunya cepat sembuh apabila kita berehat. Cuma kadang kala kita tidak tahan dengan keadaan seperti ini.
Nasihat saya ialah agar buat pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa pening yang dialami bukanlah suatu yang berbahaya.
Jika sudah mendapat pemeriksaan doctor, selalu pesakit akan diberikan beberapa ubat untuk mengurangkan rasa pening ini. Ia bukan rawatan sebenar hanya ubat yang membantu mengurangkan rasa pening.
Rawatan dan ubat sebenar akan diberikan jika seorang pesakit dikenalpasti mengalami penyakit tertentu. Dengan merawat penyakit tersebut, rasa pening akan hilang.
Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubatan sintetik bagi mengurangkan rasa pening, saya mencadangkan beberapa cara.
1. Menarik nafas dalam. Ia adalah teknik yang terbaik untuk mengurangkan pening kerana ia akan membekalkan oksigen pada otak secukupnya, membuatkan sistem saraf menjadi relaks, dan dengan perlahan-lahan ia mengurangkan rasa pening.
a) Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa.
b) Letakkan satu tangan pada abdomen, dan letakkan ibu jari dari tangan yang satu lagi untuk menutup satu lubang hidung. Tutup mulut.
c) Bernafas perlahan-lahan melalui lubang hidung yang tidak ditutup itu. Cuba bernafas secara maksima hingga terasa tangan yang menyentuh abdomen bergerak ke hadapan.
d) Tahan nafas dengan menutup kedua-dua lubang hidung. Tahan sehingga kita tidak mampu lagi bertahan. Kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut (secarmeniup bibir).
e) Ulang langkah-langkah ini sebanyak 10 kali.
2. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan rasa pening. Ia berlaku apabila kita jarang minum air, dalam cuaca yang sangat panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Boleh minum air minum sedikit-sedikit, untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.
3. Makan sedikit. Rasa pening juga boleh disebabkan oleh tahap gula dalam darah yang rendah, terutama pesakit diabetis. Bagi pesakit yang tiada penyakit diabetis, rasa terlalu lapasr juga boleh menyebabkan rasa pening. Jadi bila pening, boleh cuba makanan yang tidak pedas, berminyak dan masam. Makan sedikit bagi mengurangkan rasa pening. Saya mencadangkan pengambilan buah-buahan yang manis (bagi bukan pesakit diabetis) atau kekacang yang dapat memberikan tenaga segera.
4. Halia telah terbukti dapat mengurangkan rasa pening dan loya/muntah. Ia merangsangkan pengaliran darah pada otak, dengan ini mengurangkan rasa pening. Setengah inci halia dipotong dan diperah jusnya. Ia boleh dicampur dalam segelas air suam atau dalam segelas air the panas. Kepingan halia yang direndam dalam madu juga boleh diambil dengan cara menghisapnya perlahan-lahan.
5. Lemon mengandungi vitamin C, yang membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia membantu meningkat metabolism dan tenaga. Perahkan separuh buah lemon dalam gelas air, Campurkan sedikit madu sebanyak satu atau dua sudu. Minum 3 kali sehari.
6. Madu mempunyai kandungan gula bersama mineral dan enzim. Ini membantu meningkatkan tenaga. Campurkan dua sudu teh madu bersama dengan cuka buah-buahan (seperti cuka kurma atau cuka epal). Campurkan dalam segelas air air suam. Minum perlahan-lahan. Boleh campur dengan setengah inci kayu manis (cinnamon) dan diminum setiap hari.
7. Ginkgo Biloba. Ia adalah herba yang banyak dijual secara komersial melalui farmasi dalam bentuk kapsul. Ia adapat mengembangkan saluran darah dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia juga mengurangkan rasa berdesing dalam telinga. Dos yang biasa diambil ialah 40-50 mg, diambil tiga kali sehari.
8. Makan makanan yang sihat. Makan makanan yang sihat dapat membantu merawat rasa pening. Jika rasa pening itu disebabkan oleh kekuarangan sel darah merah (anemia), tekanan darah rendah dan kandungan gula rendah dalam darah, dengan memakan makanan yang sihat yang kaya dengan zat besi, vitamin A, folic acid dan fiber. Makanan yang sihat adalah makanan yang rendah gula dan lemak tepu.
Makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, tauhu, bayam, badam, kurma dan asparagus. Makanan yang kaya dengan vitamin C pula adalah oren, lemon, cili bengala, broccoli, anggur, dan bayam. Makanan yang kaya dengan folic acid seperti sayur-sayuran hijau, hati, pisang dan broccoli.
Jadi pemakanan yang sihat dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan rasa pening.
Cili padi merupakan antara tanaman kesayangan yang sering digunakan di dalam masakan harian. Namun seringkali juga, tanaman cili ini sukar untuk kekal “hidup”, kurang menjadi, membesar apatah lagi mengeluarkan hasil.
Semua ini berpunca daripada serangan serangga perosak seperti siput, semut hitam, kumbang dan sebagainya. Namun demikian terdapat petua yang cukup mudah untuk mengatasi masalah ini, iaitu hanya dengan menggunakan bawang putih.
Bahan-bahannya:
Beberapa ulas bawang putih
Langkah-langkah:
Tanamkan beberapa ulas bawang putih bersebelahan dengan pokok cili.
Jangan tanam terlalu dalam. Memadai sekadar menimbuskan tanah tersebut.
Biarkan sehingga bawang putih mengeluarkan tunas atau daun, nescaya serangga tidak lagi berani membuat sarang pada pangkal pokok ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Laman Hati-Kebun Bandar:Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.