Cara kreatif membuat rak kasut dengan menggunakan paip PVC bukan sahaja bertujuan menjadikannperletakkan kasut di rumah lebih tersusun, malah tidak dinafikan rak kasut dari paip pvc ini nampak unik dan tersendiri.
Jadi buat anda yang ingin hasilkannya, bolehlah lihat langkah demi langkah yang dikongsikan oleh saudara Mohd Azrin Roselan ini. Jom semak.
Kali ini kongsi projek DIY saya, kembali hasilkan rak kasut dari paip PVC.
Selepas dah ada rak kasut tambahan tidak lagi bersepah selipar dan kasut sekolah anak-anak didepan pintu rumah.
Kena pastikan anak-anak simpan selipar dan kasut di rak kasut.
Modal nak bina rak kasut dari paip PVC ini tak besar sekitar RM25.
Selamat membina rak kasut dari paip PVC sambil-sambil itu boleh keluar peluh pada hujung minggu.
Senarai bahan-bahan diperlukan untuk membina DIY rak kasut dari paip PVC.
-Paip PVC 15 sepanjang 9 kaki
-Gam PVC
– Elbow joint
– T joint
Ads
Step 1
Bahagian A: pasang T joint pada paip 30″
Step 2
Pasang paip 4″ pada bahagian A
Step 3
Bahagian B: Pasang T joint pada paip 4″
Step 4
Ads
Pasang paip 2″ pada bahagian B
Step 5
Pasang bahagian A dan B
Step 6
Rak kaki sudah dipasang
Step 7
Ads
Bahagian C: Pasang elbow pada paip 4″
Step 8
Pasang paip 1″ pada bahagian C
Step 9
Bahagian terakhir pasang bahagian C untuk sempurnakan bentuk rak kasut
Update version pasang pelapik.
Memandangkan tiada pelapik dan kasut atau selipar mudah jatuh.
Bahan-bahan yang diperlukan.
– plastic cardboard sheet 30″ x 30″ (RM9.20)
– cable tie
Pelapik yang telah disiap pasang pada rak kasut paip PVC.
Momen paling indah dalam hidup seorang wanita adalah apabila diri disahkan mengandung dan bakal melahirkan zuriat dari rahim sendiri. Lengkap sudah fitrah hidup bagi seorang wanita apabila lahirnya si kecil tanda kasih dan sayang, sekali gus melengkapkan syurga kecil suami isteri.
Dalam menantikan si kecil ini, pasti isteri paling berdebar menantikan saat-saat untuk melahirkan. Pelbagai persediaan dilakukan. Namun, bukan hanya isteri, sang suami juga kena sama-sama memberi semangat dan berada di sisi suami kerana waktu inilah isteri amat memerlukan anda.
Sementara menantikan isteri melahirkan zuriat anda, suami mestilah mengamalkan bacaan doa untuk isteri yang sedang bertarung nyawa di wad bersalin. Ini sedeikit sebanyak dapat mengurangkan kesakitan. Saudara Haris Darus berkongsi beberapa surah yang boleh para suami amalkan untuk memudahkan isteri bersalin.
10 April adalah ulangtahun kelahiran isteri saya. Tadi, pada tarikh yang sama, isteri saya dibawa masuk ke karma bersalin. Saya menunggu di luar. Tidak dibenarkan menemani isteri bersalin sebab nak elakkan wabak-19.
Siap saja melahirkan anak, dia beritahu saya, proses bersalin tadi senang dan sekejap saja. Lebih kurang 10 minit saja. Alhamdulillah.
Saya senyum baca text whatsapp-nya. Dia tak tahu yang suaminya ini membacakan sesuatu untuknya di luar karma bersalin.
Amalan ini dikongsikan oleh seorang ilmuwan islam, Maulana Hamid. Ini amalannya semasa dijangkiti virus Covid-19.
Alhamdulillah, berkat amalan ini, proses kelahiran bayi perempuan kami tadi berjalan dengan baik. Senang dan sekejap saja. Saya baca surah Yaasin dan diikuti dengan bacaa ini:
1. Selawat 3 kali.
2. Baca surah Al Fatihah 3 kali.
3. Baca surah Al-Ikhlas 3 kali.
4. Baca “Hasbunallahu Wani’ Mal Wakil 313 kali.
5. Penutup dengan selawat 3 kali.
Dan maafkan isteri.
Kita ada Dia. Dia sebaik-baik penolong. Kita doa pada-Nya. Tak kira yang kecil atau besar ujian itu , semuanya dari Dia.
Alhamdulillah. Kami dikurniakan satu lagi amanah dari-Nya. Anak perempuan seberat 2.8kg. Mudah-mudahan tanggungjawab ini dipikul sebaiknya.
Haris Darus
Tahun depan Papa jimat duit beli kek besday. Beli satu saja dan sambut besday mama dan kamu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ikan memang sedap bila digoreng. Tetapi ada satu masalah yang sering dialami oleh kaum ibu di dapur tatkala menggoreng ikan. Sama ada ia melekat di kuali atau meletup-letup semasa menggoreng.
Ikan goreng, tak kiralah ikan keli, kembung, siakap, bawal dan sebagainya, memang sedap apabila diratah. Namun, nak mendapatkan ikan goreng yang sempurna kalau tak tahu caranya. Lebih-lebih lagi ikan yang berlendir seperti ikan keli. Memang meletup-letup la jawabnya!
Itu belum bab kulit ikan yang digoreng akan melekat pada kuali. Bila diangkat, habis isinya hancur. Berikut dikongsikan petua goreng ikan tak melekat di kuali, tidak meletup dan tidak hancur isinya.
Petua Goreng Ikan Tak Melekat Di Kuali Dan Tak Meletup.
Cuci Ikan Sebelum Menggoreng
Antara punca utama ikan meletup-letup semasa menggoreng adalah kerana ia masih mempunyai banyak cairan di dalamnya, seperti ikan keli yang berlendir.
Dua cara untuk membersihkan ikan yang berlendir:
Gunakan limau nipis dan sedikit garam halus.
Gunakan tepung gandum untuk mencuci ikan. Disarankan juga untuk perap ikan dengan tepung gandum lebih kurang 15 minit.
Dengan kaedah ini bau hanyir ikan juga dapat dikurangkan selain menghilangkan lendir.
Perap Ikan Sebelum Menggoreng
Setelah dicuci bersih, disarankan untuk memerap ikan dengan asam jawa supaya isi lebih enak dan tidak melekat. Asam jawa juga dapat memejalkan isi ikan. Jadi, tidaklah ia berderai dan meletup-letup semasa menggoreng.
Perapan asam jawa ini selalunya dilakukan kepada ikan yang kurang segar atau yang sudah lama berada di freezer.
Panaskan Kuali
Terlebih dahulu, panaskan kuali sebelum menuang minyak. Setelah menuang minyak, pastikan minyak cukup panas sebelum memasukkan ikan.
Uji kepanasan minyak dengan beberapa butir beras atau keropok. Sekiranya ia menembang dengan cepat, ini bermaksud minyak dah cukup panas dan sedia untuk menggoreng.
Jangan biar terlalu lama dan minyak terlalu panas kerana ia akan membuatkan ikan garing di bahagian luar tapi tidak cukup masak di bahagian isi dalam. Minyak yang terlalu panas juga boleh membuatkan kulit ikan melekat di kuali.
Minyak Yang Banyak
Penggunaan minyak yang banyak membuatkan ikan mengembang dengan baik dan dapat mengelakkan ikan dari menyentuh dasar kuali. Ini sedikit sebanyak mengelakkan kejadian ikan melekat di kuali ketika menggoreng. Dengan itu, ikan akan masak di semua bahagian dengan sekata.
Bahan Salutan
Kepada yang suka hasil gorengan yang rangup, bolehlah gunakan tepung beras untuk meyalut ikan. Salutan membantu mengelakkan ikan melekat di kuali. Boleh juga gunakan kunyit untuk menyalut ikan.
Salah satu lagi cara untuk mendapatkan gorengan yang rangup adalah dengan mencelupkan ikan ke dalam celupan telur. Kemudian salutkan dengan tepung atau serbuk roti sebelum di goreng.
Petua Orang Lama Goreng Ikan Tak Melekat Di Kuali
Menurut orang-orang lama, beberapa bahan berikut boleh mengelakkan ikan dari melekat ketika menggoreng:
Asam Keping – goreng beberapa keping asam keping terlebih dahulu sebelum mesaukkan ikan.
Garam – taburkan sedikit garam ke dalam minyak panas, kemudian goreng ikan seperti biasa.
Halia – gorengkan beberapa keping halia sebelum menggoreng ikan.
Kulit bawang – Masukkan kulit bawang semasa menggoreng ikan.
Bungkus Daun Pisang
Untuk ikan yang bersaiz besar, anda boleh bungkuskan dengan daun pisang semasa menggoreng.
Caranya mudah. Terlebih dahulu bersihkan daun pisang. Balut ikan dan goreng dalam minyak panas seperti biasa. Daun pisang berfungsi untuk menyerap panas dan mengelak dari ikan meletup-letup semasa menggoreng. Bila cukup masak, daun pisang akan terlerai dengan sendirinya. Hasil masakan juga akan lebih berbau wangi.
Penutup Periuk
Sediakan penutup periuk berdekatan untuk menutup kuali jika anda bimbang minyak akan terpercik. Kecilkan api sebelum membuka penutup masa nak terbalikkan ikan.
Diingatkan supaya berwaspada ketika nak membalikkan ikan, agar ia cukup masak terlebih dahulu. Jangan terlalu awal dan terlalu lambat. Sekiranya diterbalikkan berkali-kali, ikan boleh pecah dan isinya berderai.
Selamat Menggoreng
Dengan beberapa kali percubaan, anda pastinya akan berjaya mengoreng ikan dengan baik. Semoga dengan petua ini, anda akan mahir mengoreng apa jua jenis ikan dengan baik.
Sumber: Sehinggit
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Terlalu lama terperap di rumah tanpa berbuat apa-apa bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan bahkan siapa sangka keadaan tersebut juga boleh menjadi penyebab badan terasa lenguh dan lemah.
Masalah ini bukan sahaja dirasai oleh orang yang berusia malah jangan pelik bila anak-anak kita juga turut merasai sakit-sakit badan bila tiada aktiviti dilakukan di rumah.
Hal ini dikongsi oleh Dr. Roslin dan ini perkongsiannya.
“Doktor! Betis saya sakit rasa macam dicucuk-cucuk! Sakit sangat sampai tak dapat pergi sekolah pagi tadi!”
“Sakit dekat sini doktor!” mengadu sorang lagi sambil menunjukkan bahagian belakangnya.
Percaya atau tidak? Semenjak beberapa minggu ini semakin ramai murid-murid sekolah mengadu sakit belakang, sakit kaki, sakit betis, sakit tengkuk!
Jikalau pesakitnya sudah dewasa dan mempunyai faktor risiko duduk seharian di pejabat tanpa banyak pergerakan, saya tidak akan merasa pelik. Tetapi inikan pula anak-anak kecil yang masih bersekolah.
Situasi semasa dengan risiko penularan virus Covid-19 telah mengubah gaya kehidupan kita seharian. Anak-anak yang biasanya berlarian ke sana sini, tiba-tiba terpaksa duduk setempat sepanjang mereka di sekolah dan pergerakan fizikal mereka sangat terbatas.
Saya jarang merasakan keperluan untuk mengajar senaman regangan kepada anak-anak kecil kerana mereka jarang mengadu sakit-sakit badan. Tetapi hakikatnya sekarang, saya terpaksa mengajar kepada murid-murid ini kepentingan melakukan senaman regangan.
Post ini saya tujukan khas untuk para ibubapa dan guru-guru agar mengingatkan anak-anak kita untuk melakukan senaman regangan sewaktu di sekolah. Mungkin sedikit “stretching” pada setiap pagi atau pada permulaan setiap kelas dapat membantu mengelakkan dari lebih ramai lagi anak-anak kita mengadu sakit-sakit kaki dan sakit belakang.
Ajar mereka tentang kepentingan menjaga postur badan yang betul dan kepentingan bersenam. Badan kita bukanlah dicipta untuk duduk berjam-jam tanpa bergerak. Semakin lama kita duduk, semakin bertambah risiko kita untuk mendapat sakit-sakit sendi.
Di sini saya sertakan gambar senaman ringkas yang boleh dilakukan di sekolah mahupun di tempat kerja. Sambil duduk di atas kerusi, cuba luruskan kaki ke atas, ketatkan sedikit otot paha dan luruskan lutut. Gerakkan hujung kaki agar menghala ke arah dada. Rasakan regangan di belakang betis dan lutut. Kekalkan posisi ini untuk beberapa saat dan lakukannya beberapa kali. Ini adalah senaman mudah yang dapat menguatkan otot paha dan lutut. Dan senaman ini juga boleh membantu melegakan ketegangan pada bahagian belakang lutut & betis.