Hasrat seorang pemuda untuk menambah simpanan musnah apabila duitnya berjumlah RM113,086.40 lesap akibat terpedaya dengan tawaran kerja.
Siapa sangka tujuan untuk menambah simpanan, pemuda berusia 27 tahun itu berputih mata apabila peluang kerja sambilan yang diberitahu kepadanya tidak wujud.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner, Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pemuda berkenaan yang merupakan seorag pegawai perubatan telah berkenalan dengan seorang individu melalui satu aplikasi dan ditawarkan kerja sambilan.
Ads
Menurutnya, mangsa diminta untuk membuat tinjauan mengenai kecekapan tenaga dan akan mendapat pulangan komisen sebanyak 20 peratus setelah selesai membuat tinjauan melalui pautan yang diberikan.
Ads
“Tertarik dengan pulangan komisen lumayan serta tawaran kerja sambilan tersebut, mangsa telah mendaftar sebagai ejen dalam sebuah web. Bagi mendapatkan pautan tinjauan yang ditawarkan, mangsa telah melakukan 14 transaksi ke lima akaun berbeza berjumlah RM113,086.40.
Ads
Melalui paparan laman web yang dimuat turun, mangsa telah mendapat keuntungan sebanyak RM130,000. Bagaimanapun, untuk mengeluarkan keuntungan tersebut, mangsa diminta membuat bayaran tambahan,” katanya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, dengan sebatan dan juga denda.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon Fizo Omar sebelum ini berkongsi berita gembira isteri nya, Fazeera Nazri selamat melahirkan anak sulung mereka.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi akaun Instagramnya.
Lebih membahagiakan adalah pelakon berusia 37 tahun ini berkesempatan menyaksikan sendiri proses kelahiran anak keduanya itu memandangkan anaknya Maryam bersama bekas isteri sebelum ini lahir secara pembedahan
AIR MATA SEORANG SUAMI DAN AYAH.
Gugur air mata jantan, gengster mcm mne pun si suami dan ayah.
“24 jun isteri saya di masukkan ke Labour room pkl 3pm, hampir 10 jam get ready utk baby dilahirkan.Kami memilih untuk bersalin secara normal, nasib baik buat keputusan yg tepat utk isteri saya mengambil bius epidural, kalau tak sya pun tak sanggup nak tengok dia menanggung kesakitan ‘contraction’ sebelum nak bersalin. 10 jam weh bukan sekejap dan hampir 3 jam dok ‘push’ sampailah baby keluar. Gugur air mata jantan seorang suami bila tgk orang yg kita sayang menahan kesakitan dan bertarung nyawa demi melahirkan zuriat kita.
“Pukul 12.39 pg (25 jun) lagi sekali gugur air jantan, perasaan kali ni terus bertukar gembira,sedih dan sebak sebagai seorang ayah pulak bila ko tengok buat pertama kalinya seorang anak yg di tunggu2 selama ni.Serius weh abe joe tak boleh tahan perasaan ni sampai menggigil tangan ni bila Doktor minta pegang guntung utk potong tali pusat baby.
“Perasaan abe joe masa mcm… ok, this is the moment u gonna start ur real life, after keluar dari kandungan ibu dan terputusnya ‘sambungan’ dgn ibu di dalam kandungan. the moment abe joe potong tali pusat tu, wujudnya satu bisikan, ini zuriat kau, kau kene jadi ayah yg baik, suami yg baik dan contoh yg baik kepada keluarga dan smua orang”.
“Datangnya seorang baby,bukan sahaja utk kita meraikan kegembiraan tapi bersama tanggungjawab untuk membesarkan dan mendidik dan juga motivasi kpd si ayah utk menjadi seorang leader yg lebih baik dr sebelum ini.
“Pesanan abe joe kpd Suami dan bakal ayah, ambil lah moment ini bukan sahaja untuk just be there for her (the wife) tapi lebih kpd untuk diri kita sendiri.bukan senang nak buang ego sebagai lelaki dan ketua keluarga, Sometime, by experience it membuat kita lebih faham apakah mesej yg nak disampaikan dari Allah buat kita semua yg bergelar AYAH dan SUAMI.
“Alhamdulillah syukur semuanya selamat dan terima kasih kpd semua yg mendoakan sya dan isteri.semoga doa yg berterusan dr anda semua akan membara barakah dalam rumah tangga kami. AMEEN YRA. . Abe joe (daddy2 baru Up)
Apabila bergelar ibu bapa, tentu kita mahu melihat anak berjaya, genius dan soleh dan solehah. Itu semua adalah impian buat semua ibu bapa. Sememangnya anak-anak adalah harta berharga untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian, segala pahala dari amalan kita terputus dan anak-anaklah yang diharap dapat menyambung pahala dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w.; “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Justeru, apakah sepatutnya yang ibu bapa lakukan?
Perkongsian Pendidik Ilmu Keibu bapaan, Dr Taufiq Razif boleh menjadi garis panduan untuk kita muhasabah diri dan mendidik anak mengikut cara Islam.
1. Pilih pasangan yang solehah
Islam telah memberi garis panduan dalam mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW telah memberi panduan untuk mencari pasangan yang baik kepada lelaki yang baik iaitu dipilih atas dasar kecantikan, harta, keturunan dan agama.
2. Jaga makanan
Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis diriwayatkan Muslim bersabda yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu”.
Sebagai ibu dan bapa hendaklah mengambil berat terhadap pemakanan anak-anak serta ahli keluarga yang lain. Pastikan makanan yang diberi bersih dan halal daripada sumber rezeki yang halal juga. Sesungguhnya memberi anak makanan yang halal memberi kesan kepada anak seperti cemerlang pelajaran, alim dan anak yang sholeh.
3. Mindset perlu jelas .
Mempunyai anak yang soleh sudah sememangnya menjadi idaman kita semua. Sebelum lahir dah kena ada target spesifik untuk masa depan anak nanti. Jadi, baca info-info bagaimana mendidik anak menjadi soleh dan solehah serta genius. Didikan awal akan memberikan kesan kepada pembentukkan akhlak anak.
4. Jaga adab semasa hamil
Terdapat pelbagai amalan-amalan postif semasa ibu hamil seperti doa, pemakanan dan petua untuk melengkapi keperluan si manja di dalam kandungan. Antara memperbanyakkan membaca Al-Quran. Ini kerana amalan tersebut boleh memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada baby dalam kandungan. Juga jaga percakapan walaupun anak masih di dalam kandungan kerana anak boleh mendengar walaupun dalam rahim lagi.
4. Ubah sikap
Bila anak dah lahir, ubah perangai buruk yang lama kerana anak adalah peniru terhebat sikap ibu bapanya. Ia adalah salah satu cara mereka belajar. Tapi, ada juga perkara yang tak sepatutnya ditiru. Oleh itu, ibu bapa menjadi contoh tauladan terbaik buat anak dari segi solat, akhlak, membaca Al-Quran, percakapan dan melakukan aktiviti yang bermanfaat setiap hari bersama anak seperti membaca buku dan melukis.
5. Elak makan bergula tinggi dan makanan segera
Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, seperti fast food dan junk food. Makanan sebegini boleh menyebabkan menganggu kepintaran anak.
6. Kawal emosi
Anak-anak ini pelbagai ragam. Sebagai ibu bapa, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk mengatasi kanak-kanak sebegini. Ibu bapa, perlu kawal emosi bila berhadapan dengan karenah anak kerana anak bukannya beban tapi anak adalah ujian yang mendatangkan pahala jika betul cara mengendalikannya.
7. Amalan membaca Al-Quran
Setiap ibu bapa tentu punya impian anak-anaknya gemar membaca Al-Qur’an. Jadikan ia budaya di rumah sendiri. Amalkan membaca Al Quran setiap hari walau sekadar sebaris ayat. Amalan membaca al Quran hendaklah diterapkan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Kerap membaca Al-Quran didepan anak. Walaupun anak buat macam tak kisah tapi sebenarnya mereka simpan memori tu dalam otak mereka.
8. Makanan berkhasiat
Semua ibu bapa inginkan anak yang cerdas dan bijak. Setiap yang kita ajar, mudah sahaja mereka faham dan praktik Pemakanan sihat dan berkahsiat bermaksud mengambil hidangan seimbang yang mengandungi semua kumpulan makanan utama untuk perkembangan otak yang optimum.
9. Pujian buat anak
Banyakkan pujian penghargaan pada anak. Itu juga salah satu bentuk doa apabila anda mengeluarkan kata-kata yang postif buat dirinya. Memberi penghargaan seperti pujian, pelukan, dan ciuman akan memberikan kebanggaan kepada anak. Apabila hendak memberi pujian pada anak, pilihlah kata-kata yang sederhana, jelas dan spesifik.
10. Doa khusus
Mendidik anak supaya menjadi seseorang yang lebih baik akan menjadi lebih sempurna apabila disertai dengan doa khusus buat dirinya. Selepas solat lakukan doa khusus untuk anak kita tiap-tiap hari. Lagi berkesan kalau doa sambil sebut nama penuh anak kita, di depan mereka. Biar mereka mendengar nama mereka disebut di dalam doa anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sesungguhnya mereka bukanlah sedarah sedaging tetapi mempunyai hubungan paling dekat dengan salah seorang adik beradik kita.
Namun pesona kasih sayang mereka juga bukan calang-calang. Biarpun ipar dianggap ‘orang luar’ dalam keluarga namun kasih sayangnya tiada sempadan buat ahli keluarga pasangannya.
Begitulah kasih sejati yang ditunjukkan oleh seorang kakak ipar yang sanggup berhenti kerja demi menguruskan adik iparnya yang parah akibat kemalangan jalan raya.
Sebagaimana petikan sebuah berita ini yang meruntun jiwa mengenai kasih sayang kakak ipar yang sanggup berhenti kerja demi menguruskan adik ipar.
Raja Aniatikah Raja Ahmad Terjudin merupakan kakak ipar kepada Muhammad Hairril Ashraff Mohd Hairry, 18, yang terlantar selepas terbabit dalam kemalangan pada 28 Jun lalu.
Namun suami kepada Nia yang juga abang kepada adik iparnya turut membantu, Muhammad Hairril Asren Mohd Hairry, 25. Dalam pada itu, tanggungjawab menjaga adik kerana emak dan ayah sudah meninggal dunia. ,
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
RUTIN HARIAN
Diifahamkan selama dua minggu Muhammad Hairill Ashraf koma di wad dan tiada apa dapat dilakukannya selepas pulang dari hospital melainkan terbaring di katil, malah lehernya terpaksa ditebuk untuk pernafasan manakala minum susu pula melalui tiub pada hidung.
Nia yang mengakui tiada pengalaman menjaga ahli keluarga sakit, pada mulanya agak kekok untuk membiasakan diri.
“Sebelum ini, saya bekerja sebagai kerani namun ambil keputusan berhenti untuk bantu suami menjaga adik.
“Kini, 24 jam saya di rumah dengan adik di samping memasak dan menguruskan kerja rumah.
“Ikutkan tiada pengalaman malah apabila doktor minta sedut kahak (adik) agak terduduk juga tetapi saya cuba dan Alhamdulillah dapat lakukannya cuma tetap perlukan bantuan suami kerana tidak larat untuk uruskan sendiri.
“Rutin harian saya adalah menguruskannya termasuk memberinya minum susu formula dan setiap bulan, perlu memerlukan 14 tin susu yang setiap satunya berharga RM98.
“Menurut doktor, adik memang boleh sembuh dan tiada risiko lumpuh jadi itu beri harapan kepada saya.
“Disebabkan itu, saya ikhtiar dengan memanggil jurufisioterapi datang ke rumah selain berborak dengannya untuk bantu pulihkan ingatannya.
“Sebagai abang, saya tentunya nak dia (adik) sembuh macam dulu dan berdikari, cukup dengan boleh pergi tandas, makan serta urus diri sendiri.”
BANTUAN
Dalam pada itu, Nia meluahkan rasa terkilan apabila ada netizen mengatakan dia sengaja meraih simpati atas kesusahan adik iparnya. Namun dia yang berkongsi kisah adik ipar di TikTok meluahkan rasa syukur ada yang mendoakan kesejahteraan adik iparnya.
“Selain wang simpanan, Nia bersyukur kerana mendapat bantuan keluarga dan jiran sekeliling yang prihatin dengan nasib menimpa adiknya.
“Sejak hari kejadian hingga sekarang saya tidak bekerja namun majikan ada beri gaji pada awalnya selain sumbangan duit rawatan buat adik.”
Difahamkan mereka juga sudah memohon bantuan zakat untuk adiknya dan sedang menunggu kelulusan.