“Alhamdulillah, sudah selesai semuanya. Hati saya lega, lapang. Anak saya sudah pulang kepada Penciptanya.”
Begitulah luahan hati seorang ibu, Azmawati Ab Kadir, 55, selepas selesai pengebumian anak sulungnya Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak 29 Okt tahun lepas.
Menurutnya, tiada lagi persoalan bermain di minda selepas 10 bulan menunggu khabar berita anaknya.
“Terima kasih ya Allah, 24 tahun Allah pinjamkan dia untuk saya. Syukur Alhamdulillah, dia anak yang terbaik untuk saya,” katanya kepada pemberita selepas selesai pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih, awal pagi ini.
Turut menemani Azmawati ialah anak bongsunya Nurul Izz Anisah Dzulkarnain, 21, dan tunang Allahyarham, Nurfaizah Mahadi, 25.
Dalam pada itu, tunang kepada Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain tidak sangka mimpinya bertemu dan bercakap dengan Allahyarham yang memberitahu akan ‘pulang’ merupakan petanda jasadnya yang hilang ditemukan serta disemadikan pada Selasa.
Nurfaizah Mahadi, 25, yang bekerja sebagai kerani berkata, sudah dua kali bermimpi bertemu dengan Allahyarham pada awal tahun ini dalam tempoh kira-kira 10 bulan Allahyarham menghilangkan diri.
“Saya tidak ingat tarikh kedua-dua mimpi itu tetapi dalam mimpi pertama, saya hanya sempat bertanyakan ke mana dia pergi tetapi dibalas dengan senyuman arwah.
Ads
“Dia senyum tunjuk ke satu arah dan hilang, sebelum saya terjaga dari tidur,” katanya.
Menceritakan berkenaan mimpi keduanya, Nurfaizah berkata, dia ‘berjaya’ menghubungi Allahyarham menerusi telefon bimbitnya.
“Saya bertanya dalam mimpi itu, awak di mana? semua orang mencari awak. Arwah cakap saya ada sini dalam 26 hari bulan (Selasa) nanti saya balik la. Saya bersyukur Iman ditemui,” katanya.
Dia melahirkan rasa syukur kerana jawapan kepada persoalan hampir 10 bulan di mana tunangnya pergi telah terjawab kerana sebelum ini sering risau keadaan Allahyarham sejak kehilangannya 29 Oktober lalu.
“Selama hampir 10 bulan kami menunggu jawapannya, sekarang sudah terjawab di mana dia berada. Ada kuburnya, Saya rasa bersyukur sangat kerana ini jawapan yang saya tunggu, selama 10 bulan ini saya selalu fikir dia di mana. Dia makan ke atau tidak?,” tambahnya.
Ads
Allahyarham Muhammad Iman Aqmar dan Nurfaizah sepatutnya melangsungkan pernikahan ketika ulang tahun kelahiran tunangnya itu pada Disember lalu namun hajat mereka tidak kesampaian.
Perkahwinan mereka sepatutnya diadakan pada Ogos tahun lalu, namun ditangguhkan pada Disember lalu kerana Ayah Norfaizah meninggal dunia.
Terdahulu, jenazah Muhammad Iman Aqmar selamat dikebumikan 1 pagi tadi, yang dihadiri lebih 100 ahli keluarga dan rakan-rakan.
Sebelum van yang membawa jenazah tiba di tanah perkuburan kira-kira 12.15 tengah malam, Allahyarham dibawa ke kediaman keluarganya di Taman Air Biru, di sini pada 11.45 malam.
Jenazah Muhammad Iman Aqmar terlebih dahulu dimandikan, dikafankan dan disolatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, sebelum dibawa pulang ke Johor selepas solat Asar.
Hujan lebat di akhir majlis pengkebumian seolah-olah menangisi pemergian pemuda yang hilang 10 bulan tanpa khabar berita.
Ads
Dua hari lepas, satu rangka manusia ditemukan dalam sebuah kereta ditarik keluar dari Sungai Api-Api, Nenasi, Pekan di Pahang, dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang hampir 10 bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin dilaporkan berkata mayat ditemukan dalam kereta pelbagai guna (MPV), yang dijumpai seorang lelaki warga emas semasa mengalihkan besi dari jalan ke tepi sungai berkenaan pada 11.40 pagi.
Ketika ditemui, kenderaan itu turut terdapat kerosakan pada bahagian hadapan, kiri dan kanan selain dijumpai rangka manusia diselaputi lumpur serta pas pekerja atas nama Muhammad Iman Aqmar.
Sebelum ini, kisah kehilangan Allahyarham tular di media sosial sejak dia dilaporkan hilang.
Sumber: BERNAMA, Sinar Harian
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai kan antara kita ini sebagai ibu bapa yang risau bila anak kita asyik tak sihat. Selalu sangat kena pergi jumpa doktor. Ambil ubat. Tetapi masih juga selalu demam, batuk dan selsema.
Kalau boleh, biar kita yang tak sihat. Bukan anak-anak. Betul?
Ada 10 sebab mengapa anak-anak kita selalu dijangkiti demam dan kerap jatuh sakit.
1. ‘Manjakan’ anak dengan antibiotik. Flu biasa disebabkan virus tak perlu antibiotik
2. Duduk di tempat ramai kanak-kanak. Pusat penjagaan contohnya.
3. Beberapa keadaan dan situasi yang menyebabkan imuniti anak tak kuat. Banyakkan pemakanan seperti buah-buahan dan sayuran.
4. Kerap sangat makan luar. Jangkitan mudah dapat daripada makanan yang berisiko tercemar.
5. Ramai anak-anak kecil di rumah. Anak mudah berjangkit.
6. Lewat kawal simptom awal. Bila anak-anak dah dapat gejala seperti batuk dan selesema, terus dapat nasihat dan periksa doktor. Tak perlu tunggu demam tiga empat hari.
7. Makan dan minum ubat tak ikut nasihat doktor. Ubat antibiotik contohnya, perlu dihabiskan dos seperti dinasihat, tak boleh kongsi dengan anak-anak lain.
8. Kerap bawa ke tempat ramai dan ‘crowded’. Ini tak elok terutama pada anak-anak kecil.
9. Rawatan tradisional. Kerap sangat dengan rawatan yang tidak sepatutnya akan menyebabkan jangkitan yang boleh dirawat dengan ubat menjadi sukar. Komplikasi pada sistem tubuh lain pula yang berlaku.
10. Masalah alahan, rhinitis atau resdung tidak terkawal. Ini menyebabkan lendir atau lelehan dari hidung kerap mengalir ke belakang tekak. Anak-anak mudah mendapat jangkitan tekak.
Setelah dua tahun tidak menyambut Hari Raya bersama keluarga, akhirnya hari ini 2 Mei 2022, rakyat Malaysia menyambut Adilfitri bersama keluarga di kampung.
Pastinya ramai yang mengambil gambar kenangan bersama pasangan, anak-anak dan ibu ayah di kampung.
Bagi yang tercari-cari latar belakang yang cantik bagaikan studio, boleh cuba edit cara ini.
JOM EDIT GAMBAR FAMILY MASA RAYA NANTI.
insyaAllah simple simple ajer sbb backgroundnya dah ada.
1. Snap gambar family
Kalau boleh background jgn over crowded.
2. Bukak je link ni https://www.remove.bg/
Upload je pic family korang.
Mesti Tonton: Hati wanita mana yang tidak sedih jika ini yang terjadi. Namun curang itu pilihan, setia itu tanggungjawab. Deep perkongsian Ustazah Dr Robiah K Hamzah.
3. Tunggu je dia padamkan background belakang
4. Download dan terus save dalam phone
Ini baru step gambar family. InsyaAllah esok kita masukkan dalam background terus.
Belajar 1 persatu supaya, hehe boleh kan ?
Nak banyak lagi gambar background cun boleh juga download kat dalam telegram ini
https://t.me/happykidsprojectbyummi2F
Percuma sahaja
Moga setiap usaha ini diredhoi Allah, kalian dapat manfaat dan ia di sedekahkan pada arwah tokwan, mak dan abah.
Buat contest pun best kan? Sapa masukkan pic family paling best guna background yang ummi dah edit masa raya nanti. Mesti meriahkan raya kali ni
Mempunyai jiran yang baik adalah rezeki. Tidak semua dapat berasa mempunyai jiran yang mempunyai sikap begitu.
Sebagaimana perkongsian daripada akaun eikinhanipah begitu menyentu hati apabila jiran berbangsa Cina membelinya makanan lain disebabkan menghormati agamannya.
Difahamkan mereka sekeluarga tidak dijemput ke majlis sambutan hari jadi kerana menghidangkan makanan ‘non halal’. Atas dasar prihatin, jiran itu membeli di restoran makanan segera.; KFC diberikan kepadanya.
Ikuti perkongsian ini.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Seronok tengok macam ahli keluarga
Perkongsian murni dari Eikin Hanipah telah menarik perhatian ramai dan video terbabit sudah ditonton lebih dari dua juta viewers di aplikasi TikTok.
Rata-rata mereka juga berasa seronok melihat keharmonian dan perpaduan seperti ini kerana jiran adalah individu paling dekat dengan kita selain ahli keluarga
Buta sebelah mata dibaling mainan, pemuda 29 tahun kini OKU penglihatan. Harith Luqman Ismail dilahirkan sebagai individu normal, namun satu insiden tragis sembilan tahun lalu mengubah segalanya.