Anak adalah anugerah yang amat bernilai buat pasangan suami isteri. Apabila lahirnya zuriat, ia pastunya memberikan kegembiraan dan kebahagian buat keluarga itu.
Sebagaimana perkongsian penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni di instagram miliknya yang berkongsi cerita mengenai cahayamatanya yang menjadi penyeri rumahtanggan yang dibina bersama isteri tersayang Ayudaputrii.
Katanya, untuk zuriat pertama, mereka pernah berdoa mohon mendapat anak kembar.
Namun, walaupun tidak mendapat kembar, anak pertama dan keduanya sekarang seakan kembar.
Ads
“Time Heidy 8 bulan. Putri cakap perut dia lain macam…Rezeki Allah. Buat Pregnancy Test. Baru tahu mengandung Chayra..”
Dah macam kembar
Ads
”See guys. Even beza setahun. Tapi dorang mcm kembar kan? Teringat doa kitaorang dulu nak anak kembar..”
Dalam pada itu, Haziq akan memastikan isterinya ‘rest’ dulu untuk kehamilan seterusya.
Dalam bercerita tentang zuriat yang memberi sinar bahagia keluarganya, Haziq berpesan kepada peminatnya yang belum dikurniakan zuriat agar sentiasa berdoa kepada Allah, lambat atau cepat, Allah akan makbulkan doa itu.
Sumber : Instgaram Haziq_hotfm
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apa jua content yang dimuat naik oleh pelakon Syatilla Melvin mesti ada yang lucu dan gurauannya.
Baru-baru ini, Syatilla atau lebih mesra dengan panggilan Tilla memuat naik ucapan hari jadi anak keduanya, Sarima Samheizy yang sememangnya lain dari ucapan orang lain.
Dalam perkongsian tersebut, kapsyennya sememangnya mencuit hati netizen dengan mencoretkan ingatan yang masih segar iaitu kenangan sewaktu menyambut kelahiran anak keduanya itu.
“Dah tiga tahun amoi Taiwan bubu ni. Happy birthday anak solehah bubu. Sayang kakak Mima banyak sangat.
“Fresh lagi muka dia lalu depan mata masa doktor keluarkan dari perut tiga tahun lepas, kemeknya muka anak aku Ya Allah.
“Ingat lepas beberapa bulan kemek tu akan hilang rupanya sampai hari ini masih kemek. Ayayu my dagu. Dia tak sabar sungguh-sungguh nak tunggu adik dia keluar.
“Insya-Allah bubu pasti Mima boleh jaga baby baru lebih bagus dari bapak jaga,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mengucapkan ucapan hari jadi pada puteri kepada Syatilla dan Sam ini termasuklah rakan artis. Selain itu, mereka juga memuji wajah comel Sarima yang seiras wajah ayahnya.
Terdahulu, Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada Februari 2016. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.
Syatilla kini sarat hamil anak ketiga dan bakal bersalin tidak lama lagi.
Mungkin ramai antara kita ada yang masih belum mencuba merasai pengalaman bercuti dengan menaiki keretapi untuk ke destinasi tertentu bersama seisi keluarga. Istimewanya menaiki keretapi ini, sepanjang perjalanan akan dihidangkan dengan suasana kedesaan dan melihat panorama hutan dan gunung ganang yang indah sepanjang perjalanan.
Hal ini pastinya akan memberi pengalaman yang begitu bermakna buat yang pertama kali mencubanya.
Meskipun terpaksa melalui tempoh perjalanan yang panjang, namun itu semua akan menjadi momen indah yang akan terus dikenang.
Berkongsi pengalaman dan iternari percutian bersama keluarga di facebook, Travelogue Mr Backpacker ada berkongsi gambar-gambar menarik mereka seisi keluarga sepanjang percutian ke Kota Bahru dengan menaiki Tran Express Rakyat Timuran. Jadi bolehlah dijadikan panduan untuk yang ingin mencuba merasai pengalaman yang sama sepertinya.
Trip Family 4H3M ke Kota Bharu dengan menaiki Train Express Rakyat Timuran.
2 Malam di dalam train & 1 Malam di hotel
Total PAX: 8 Dewasa,3 Kanak-kanak & 1Bayi.
1 Jan 2023
10:40PM ERT26 Kluang – Wakaf Bharu
Saya ambil semua dalam 1 Koc (T8) dan booking katil bawah untuk lebih selesa dan dapat view yang lebih cantik dan sedikit luas berbanding katil atas.
Perjalanan mengambil masa selama 14 jam dan akan sampai di Wakaf Bharu keesokan harinya iaitu Pada 2 Jan 2023.
Saya parking di KTM Kluang berdekatan Kluang rail coffee ,kena pakai TnG card dan bayaran dikenakan max RM5 untuk sehari, open car park tapi still selamat sebab berpalang.
Dari Kluang sampai Ke Kuala Lipis korang kena tidur dan berehat sebab malam tak nampak apa pun view,tapi dari Merapoh sampai la ke Tumpat korang kena bangun untuk tengok sunrise dan view yang cantik di sepanjang perjalanan sehinggala sampai ke destinasi terakhir.
Cafe ada sediakan makan untuk breakfast tapi pilihan makanan amat limited, kalau nak minum-minum dan makan maggi cup sambil lepak dekat cafe pun nice. Saya dah siapkan stock makanan awal-awal sebab trip family ni ramai and incase ada yang lapar tengah-tengah malam tu kan ada jugak bekalan.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
1:00PM Sampai di Stesen Wakaf Bharu,Kelantan.
Train lewat tiba 30mins dari jadual asal
Kami sewa van untuk 1 hari setengah dengan kos RM450 ,van Hiace 12 seat sesuai sangat untuk trip family ni.
Destinasi Pertama selepas Lunch kami pergi jalan-Jalan dan shopping di Kompleks Bebas Cukai,Pengkalan Kubor,Tumpat.
Dalam perjalanan balik ke Kota Bharu, kami Singah bergambar di Wat Machimmaram,Tumpat.
5:30PM
Sampai di Kota Bharu terus check in di Ibis style Kota Bharu ,aim stay hotel ni sebab saya dapat offer yang menarik dan kebetulan ada pool, boleh bawa anak-anak buah mandi tapi awas ya, pool dia dalam dan tiada pool kanak-kanak, korang kena bawa pelampung dan awasi anak-anak korang.
8:30PM
Banyak kedai makan yang viral tutup, kami cari Dinner di sekitar bandar KB dan terus balik ke Hotel untuk berehat.
3 Jan 2023
8:00AM-6:00PM
Breakfast di Kopitiam Kita
Cari ole-ole di Pasar Khadijah
Picnic di Pantai Nami Malaysia, juga di kenali sebagai Pantai Senok yang terletak di Daerah Bachok.
Minum petang sebelum balik malam nanti,kami cuba ICT di Warung Acu Tera Sotong Celup Tepung.
7:00PM
Return semula Van Sewa di station Wakaf Bharu.
Mandi,solat,Makan dan tunggu train ERT27 untuk balik semula Ke Kluang.
8:45PM
Train ERT27 sampai on time ,masuk je train semua terus tertidur kepenatan.
4 Jan 2023
9:40AM
Train ERT27 sampai di Stesen KTM Kluang dan kami beransur pulang.
Tips
Korang boleh downloads Apps KITS KTMB dan buat tempahan seawal sebulan untuk pastikan korang dapat katil bawah dan koc yang bersesuaian.
Elakan pilih katil di no awal dan akhir (1&3 dan 37&39) sebab tingkap dia ada 2 section dan korang tak akan dapat view yang penuh sebab ada panel tingkap.
Bagi mereka yang tak nak ada ganguan orang keluar masuk dari koc ke koc untuk ke cafe boleh pilih di koc yang hujung sekali (T8/9) agak bising sedikit sebab dekat dengan engine lokomotif untuk ERT26 (JB sentral-Tumpat),kalau untuk laluan balik insyallah tiada bunyi engine sebab Koc Hujung Kepala Lokomotif akan berada di hadapan sekali.
Pastikan korang ambil masa dan keluar sekejap untuk bergambar di stesen Gua Musang sebab view dia sangat cantik dan train akan berhenti sedikit lama di sana.
Ruang bagasi tidak disediakan ya, barang dan beg boleh diletak ditepi katil di laluan di dalam koc, kalau dalam perjalanan balik korang tershopping banyak, korang boleh book extra 1katil untuk kumpulkan satu tempat untuk mengelakan kehilangan barang dan memudahkan pergerakan nak turun dari train nanti. Macam saya ada beli 2 katil kanak-kanak tapi masa balik barang banyak sangat, jadinya 2 orng anak buah saya tidur sekali dan lagi satu katil kami buat cargo space untuk kami.
Warga emas/pesara kerajaan ada diskaun konsesi sebanyak 50% tetapi kena buat pendaftaran di kaunter ataupun online melalui apps KITS terlebih dahulu.
Tiket kanak-kanak untuk umur 4-12 tahun, manakala 3 tahun ke bawah adalah percuma dengan syarat mereka perlu duduk bersama Ibu/bapa dan umur dikira mengikut bulan kelahiran ya.
Untuk Penumpang yang datang dari lembah klang ataupun utara, korang boleh naik ETS sampai ke stesen Gemas untuk try naik Sleepers Train/Jungle train/Express Rakyat Timuran ni. Boleh semak jadual dan rancang perjalanan kerana 1 hari cuma 1 jadual perjalanan sahaja.
Sedih melihat sebilangan besar anak-anak remaja kita tidak tahu membaca Al Quran. Mungkin pandai membaca tetapi tidak lancar dan langsung tidak mampu mempraktikkan setiap hari. Apa lagi membaca setiap hari.
Usahkan anak remaja, kita sendiri adakalanya termiss juga hari tanpa membaca Al Quran.
Tidak perlu menunggu waktu atau umur yang sesuai untuk memberi pendidikan islamik kepada anak anda. Ketika di dalam kandungan lagi, ibu boleh memilih untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran atau zikir secara berterusan kepada bayi di dalam kandungan.
Namun untuk bayi, anda bolehlah memperkenalkan secara perlahan dan berperingkat kepada mereka. Tip di bawah pastinya membantu anda.
1. Biasakan bayi anda di bawah usia satu tahun dengan bacaan ayat Quran atau perdengarkan kepadanya bacaan ayat-ayat suci ini saban hari untuknya.
2. Ajar anak mengenal huruf hijaiyyah melalui penggunaan kad imbasan. Biasakan huruf-huruf ini dalam setiap permainannya.
3. Perkenalkan Alif Ba Ta kepadanya secara berperingkat dan gunakan aplikasi paling menyeronokkan untuk menarik minat mereka membacanya.
4. Jika nyanyian dan alunan lagu berunsurkan ayat-ayat ini lebih mudah membuatkan mereka tertarik, gunakan pendekatan ini sebaiknya.
5. Jangan sekali-kali paksa anak. Pupuk minat mereka secara perlahan-lahan dan elakkan memaksa mereka.
6. Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Buat 5 hari seminggu sekitar jam 8.30 hingga 9.30 malam.
7. Bacakan surah pada anak sebelum mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu pagi. Lama-lama mereka boleh mengikut kita membacanya.
8. Dalam kereta, pasang CD mengaji setiap hari. Dengan hanya mendengar, lama kelamaan anak-anak boleh ‘tangkap’ dan ikut dengan sendirinya di mulutnya. Kita pun boleh tumpang hafal sekali.
9. Ketika membaca, sediakan gula-gula khas daripada madu, badam atau kismis supaya dapat menarik minat anak.
10. Setiap kali anak dapat menghafal satu surah, berikan sesuatu tanda ganjaran istimewa buatnya. Bukan mengajar tetapi ia salah satu cara mendidik.
11. Radio mengaji yang banyak dijual di pasaran sebenarnya sangat membantu. Perdengarkan padanya setiap hari sejak bayi lagi. Penting!
12. Sentiasa sebut kalimah Allah walau dimana berada. Ada waktunya anda sendiri yang harus sentiasa membaca supaya anak mendengar.
13. Beli dan gantikan buku/Al Quran yang baru untuk tarik minat anak.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.