Drama Takdir Yang Tertulis baru melabuhkan tirainya. Kisah kekeluargaan ini nyata mendapat tempat dihati peminat drama tanah air. Tidak hairanlah, ramai yang berkongsi pandangan dan pendapat mengenai drama tersebut.
Bahkan, drama ini turut menarik perhatian pelakon Norman Hakim, sehinggakan memuat naik perkongsian mengenai drama itu namun dari sudut versi kisahnya sendiri.
Percaya pada Qada & Qadar dalam Rukun Iman yang Ke-6, in shaa Allah kita akan redha dengan takdir.Sayang & hargai insan sekeliling dengan meletakkan mereka bukan dalam hati,tapi dalam doa.Sebab hati akan sentiasa berbolak balik,tapi doa akan sentiasa kekal dilangit in shaa Allah
Ads
Terima kasih sayang wifey @memeysuhaiza sentiasa berusaha menjadi isteri terbaik & terima diri ini seadanya.Terima kasih sayang bok mantan isteriku @abby_abadi112 sentiasa menjadi ibu yang terbaik buat anak2 & terima kasih sayang Jai @jaiezzany menjadi suami terbaik buat ibu kepada anak2ku🤲🏻
Korang adalah sayap kekuatanku.Terima kasih sentiasa ada disisi.Terima kasih Ya Rabb hadirkan mereka ini dalam perjuanganku🤲🏻❤️
Rata-rata warganet yang membaca perkongsian Norman ini turut menyokong aktor tampan ini bahkan mendoakan semoga ikatan hubungan baik antara pasangan ini kekal selamanya.
zura_sagigurlz Andai ke egoan diri boleh di tolak ke tepi… Ini lah HASIL nyer.. Sgt menjadi CONTOH buat semua.. Dlm kebaikan pasti ada kekilafan tapi di tutup rapi utk di jadikan satu KESEMPURNAAN…… Alhamdulillah ❤️
sweet_halwaTerharu pula sy baca.. ape2pun sy suke tgk family ni bersama
Hati berkobar-kobar nak buat kek, siap tengok dan ikut langkah demi langkah tapi kek tak juga menjadi. Rupa-rupanya bukan salah bahan tapi cara sukatan juga memainkan peranan.
Sebagai contoh, sukatan guna cawan juga ada caranya. Jom baca perkongsian oleh puan Yatie Eimra ni.
Tip Tepung #1 : Cawan Penyukat Standard vs Cawan Minuman (cawan teh/kopi)
Ramai yang konfius kan bab sukat tepung guna cawan.. Kebanyakkan orang fikir, tak kisah guna cawan yang mana (samada cawan penyukat standard atau cawan teh/kopi) & tak jejaskan resipi asalkan sukat tepung & cecair guna cawan yang sama.
Sebenarnya ia hanya betul kalau resipi tu takde telur. Kita boleh guna apape jenis cawan pun asalkan sukat tepung & cecair gunakan cawan yang sama.
TAPI kalau resipi yang ada telur, selalunya hasil akhir akan efek gak sikit sebab sukatan cawan tu berbeza..
Contohnya resipi gunakan –
1 biji telur B (lebih kurang 50gm) 2 cawan tepung ½ cawan air … … (bahan lain)
👉Cawan penyukat standard = 125gm tepung.
👉Cawan teh/kopi = 80gm-100gm tepung jer
⚠So, kalau resipi asal tu gunakan cawan penyukat standard, total berat tepung sepatutnya = 250gm, bagi sebiji telur.
⚠Tapi kalau kita pakai cawan teh/kopi, total berat tepung = 160gm-200gm jer bagi sebiji telur. Nampak tak, dah kurang 50gm kat situ.. Walaupun betul sukatan air yang kita gunakan (tetap disukat setengah cawan & gunakan cawan yang sama).
⚠Dengan berat telur yang sama, tapi bila kita guna cawan berbeza, berat tepung tak cukup, sikit sebanyak efek la gak resipi tu..
⚠Camtu gak kalau resipi asal guna cawan teh/kopi tapi kita gunakan cawan penyukat standard.. Resipi kita tu akan jadi “terlebih tepung” untuk resipi yang sama.. Bagi penggemar resipi Azlina Ina, selalunya korang yang guna cawan penyukat standard, akan alami masalah terlebih tepung ni.. 😆
🌟Walaupun macam tu, ada pengecualian gak.. Kalau resipi tulis telur pun perlu disukat gunakan cawan, maknanya korang boleh guna apape jenis cawan/mangkuk hatta guna periuk sekali pun untuk sukat setiap bahan 😆 Sebab tu perasan tak, resipi mak kita dulu² (terutamanya resipi kek) bukan setakat tepung & air, tapi telur pun kena sukat dengan cawan.. So hasil akhir nanti takkan lari jauh walaupun cik kiah guna cawan kopi, cik bedah guna mug besi.. Bezanya lagi besar cawan diguna, lagi banyak la adunannya..
P/s: Sukatan tepung gunakan cawan penyukat standard = 125gm. Tapi KEBIASAANNYA sukatan tepung ni berbeza 5-10gm (1-1½ sudu besar) bila kita timbang sendiri. Ni bergantung pada keadaan kelembapan tepung, cara sukat lak..
Boleh gak tengok post lame untuk tip sukatan cawan standard & cawan minuman kat sini👇 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2910367808991450&id=100000547782708
Ada waktu kita boleh buat dua benda dalam satu waktu, namun ada masanya kita tak mampu lebih-lebih lagi bila melibatkan masa depan. Itulah yang dihadapi oleh penyanyi, Najwa latif di mana dia mengumumkan kepada peminat bahawa dirinya terpaksa berhenti bekerja sebagai pensyarah bagi memberi ruang kepada pelajarannya di peringkat doktor falsafah (PhD).
Menerusi laporan Harian Metro, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif berkata, dia menghadapi masalah untuk melakukan kedua-duanya dalam masa yang sama lalu memutuskan untuk mengorbankan pekerjaannya.
“Ya, saya berhenti kerja sebab nak fokus PhD sebab PhD saya tak bergerak, kerja pun terus-menerus. Memang rasa berat hati sangat sebab saya tak pernah tak kerja.
“Inilah kali pertama saya betul-betul rehat daripada bekerja. Penulisan PhD saya masih berjalan cuma pergerakannya sangat perlahan. Sudah hampir setahun dan saya kena korbankan kerja buat sementara waktu,” katanya.
Walau bagaimanapun, penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu menjelaskan keputusannya untuk berhenti kerja berhenti kerja adalah buat sementara waktu sahaja dan akan kembali jika diberi rezeki.
“InsyaAllah tahun depan saya akan kembali bekerja semula. Nanti saya usaha cari kerja semula. Saya cuma perlu beberapa bulan untuk fokus PhD sekejap,” ujarnya.
Apabila ditanya mengenai penerimaan suami, wanita berusia 28 itu memberitahu bahawa Akwa Arifin sentiasa bertanyakan khabar selepas dirinya tidak bekerja serta memberikan sokongan penuh.
Untuk rekod, Najwa sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bertugas sebagai pensyarah di Universiti Selangor (UNISEL).
Sumber: Harian Metro (Georgie Joseph), Instagram Najwa Latif
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Yunos Laith sekali lagi mencuri perhatian apabila penyanyi, komposer dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim berkongsi momen istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka yang jatuh pada tarikh yang sama, iaitu 15 Jun. Perkongsian penuh kasih sayang itu mendapat perhatian ramai kerana menggambarkan hubungan erat antara seorang bapa dan anak yang membesar dalam suasana penuh kasih serta keharmonian keluarga.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, anggota kumpulan KRU itu memaklumkan bahawa beliau kini berusia 53 tahun manakala anak bongsunya menyambut ulang tahun kelima. Kebetulan yang cukup istimewa itu menjadikan tarikh berkenaan lebih bermakna buat dirinya setiap tahun.
Menurut Yusry, walaupun mereka berkongsi tarikh lahir yang sama, anak kesayangannya itu lebih banyak mewarisi wajah dan penampilan ibunya, Lisa Surihani. Perkara tersebut dianggap sesuatu yang menggembirakan oleh beliau dan turut dikongsikan dalam nada berseloroh kepada para pengikutnya.
“Walaupun dia berkongsi hari lahir dengan Daddy, Yunos Laith sememangnya salinan Mummy. Dan saya tidak mahu ia menjadi sebaliknya,” tulisnya.
Kenyataan ringkas itu mengundang pelbagai reaksi positif daripada peminat yang terhibur dengan cara Yusry menzahirkan rasa syukur serta kasih sayangnya terhadap keluarga. Ramai yang turut memuji hubungan erat pasangan selebriti itu yang sentiasa dilihat saling menyokong antara satu sama lain.
Dalam perkongsian yang sama, Yusry mengakui beliau bukanlah seorang individu yang terlalu teruja untuk menyambut hari lahirnya sendiri. Namun begitu, kehadiran anak bongsunya telah mengubah persepsi tersebut dan menjadikan tarikh berkenaan antara hari yang paling dinantikan setiap tahun.
“Anak kecil ini telah menjadikan 15 Jun sebagai salah satu hari yang paling bermakna dalam hidup saya setiap tahun,” katanya.
Ungkapan tersebut jelas menunjukkan betapa besar penghargaan beliau terhadap kehadiran anak dalam kehidupan mereka sekeluarga. Ramai peminat turut menyifatkan kata-kata itu sebagai luahan yang ikhlas dan menyentuh hati.
Mengakhiri perkongsian berkenaan, Yusry turut menitipkan ucapan istimewa buat Yunos Laith yang kini genap berusia lima tahun. Ucapan itu memperlihatkan kasih sayang mendalam seorang ayah terhadap anak yang semakin membesar di depan mata.
“Selamat hari lahir, Yunos Laith kesayangan Daddy. Daddy menyayangimu lebih daripada apa yang mampu diungkapkan dengan kata-kata.”
Ucapan tersebut mendapat perhatian ramai yang turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada kedua-dua mereka. Ruangan komen dibanjiri doa dan kata-kata positif daripada peminat serta rakan selebriti.
Untuk rekod, Yusry dan Lisa Surihani mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Perkahwinan mereka menjadi antara hubungan selebriti yang sering dijadikan contoh kerana berjaya mengekalkan keharmonian meskipun berada dalam industri hiburan yang mencabar.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith. Ketiga-tiga anak mereka sering menjadi sumber kebahagiaan dan kebanggaan keluarga tersebut.
Kehadiran anak-anak bukan sahaja melengkapkan kehidupan rumah tangga mereka, malah menjadi motivasi untuk terus memberikan yang terbaik dalam setiap aspek kehidupan. Perkara itu jelas dapat dilihat menerusi pelbagai perkongsian yang dimuat naik oleh pasangan berkenaan dari semasa ke semasa.
Kini memasuki tahun ke-14 perkahwinan, Yusry dan Lisa masih dilihat sebagai pasangan yang saling menghormati dan menyokong antara satu sama lain. Hubungan yang dibina atas dasar kepercayaan serta kasih sayang itu terus mendapat perhatian peminat yang mengikuti perjalanan hidup mereka sejak dahulu.
Momen ulang tahun kelahiran yang dikongsi bersama Yunos Laith bukan sekadar satu kebetulan menarik, malah menjadi simbol ikatan kekeluargaan yang erat. Bagi Yusry, tarikh 15 Jun bukan lagi sekadar hari lahirnya sendiri, sebaliknya hari yang mengingatkannya tentang anugerah paling berharga dalam kehidupan sebagai seorang bapa.
Dengan kasih sayang yang jelas terpancar dalam setiap perkongsian, tidak hairanlah keluarga kecil ini terus menjadi inspirasi kepada ramai peminat yang menghargai nilai kekeluargaan dan hubungan yang penuh keikhlasan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.